Thursday, June 11, 2009

cerita di sebalik gambar...



Satu ketika... Saya termasuk dari sejumlah besar manusia-manusia Kuala Lumpur yang tenggelam dalam kehidupan yang begitu rutin. Pagi hari berkejar-kejaran meninggalkan rumah, berhimpit-himpitan di jalan, di kenderaan awam, di stesen bas, di terminal Putra-LRT, menuju tempat mencari nafkah. Di petang hari kembali berkejar-kejaran pulang ke rumah masing-masing.

Hidup rutin manusia Kuala Lumpur secara tidak sengaja saling melukakan. Lucunya kita tidak saling mengenal. Namun rutin... dari hari kehari, dari bulan ke bulan, tahun ke tahun, membuat kita dapat mengenali wajah-wajah tertentu yang kemudian jadi terasa begitu akrab - namun tetap tak dikenali...


Sudah lama saya tidak melibatkan diri dalam kesesakan dunia sesak ini... Tapi musim perkahwinan kali ini (dan di lain-lain waktu juga) memaksa saya memasuki dunia rimas ini untuk memenuhi undangan hari bahagia seorang
teman....


Dalam perjalanan pulang...
dari majlis bersejarah seorang kenalan di Kelana jaya...
Menjengah masuk ke laluan sebenar dalam tali arus kereta di LDP yang sesak
seperti arus Sungai Klang yang kuning, pekat, sarat dan sebak dengan beban.


Kesesakan terus membawa ke MRR2...

Saya bermonolog sendiri
apakah yang membawa kita semua ke arus sesak ini ?
Terpaksa bertekun melihat lampu merah kereta hadapan
menekan brek dan gear rendah
bernafas sabar dalam irama resah
Di dalam arus ini kadang dengar bunyi gerit tayar terheret cemas
gempita hon tingkah bertingkah
udara kondisi rimas berjerami
kadang seranah yang muntah
ada amarah yang tak mampu ditahan.

Tapi...
Walau seribu payah kita tetap membawa diri ke arus sesak ini.

Sekiranya kita menjadi seorang polis pada petang ini dan menahan,
bertanya
pada setiap kereta
dan pemandu terpaksa menggelunsur turun cermin;

"Sebenarnya anda semua tiada tujuankan ?"
"Sebenarnya anda tiada destinasikan?"
"Anda hanya jalan-jalan di arus inikan?"
"Seleruh kesulitan ini hanya suka-sukakan?"

Semua tentu marah, bukan kerana sesak arus itu, tetapi pada soalan yang tak lucu.
Tiada orang di sini yang tak punya arah
tiada orang di arus ini yang tak punya matlamat
tiada orang sedang sesak ini yang tak punya destinasi !
Kerana arah, matlamat dan destinasi membawa kami ke sini...

Mari kita bermuhasabah..
Kereta di jalan Kuching semuanya pasti tentang arah
tahu apa matlamat
di mana destinasi..
Juga kereta di Jalan Ipoh... Atau di Jalan Parlimen...
Tetapi, berapa ramai manusia di arus hidup ini dengan laluan bersesak
(Ada yang datang hari ini dan ada juga yang berangkat pergi ke alam lain buat selama-lamanya)
tahu.. tentang arah
apakah matlamat dan di mana destinasi hidup ini ?

Adakah hidup ini hanya hidup-hidupan seperti rumput meliar, bertunas baru, menghijau kemudian kuning kekeringan tak lama kemudian terurai mereput dalam putaran alam ?
Atau seperti haiwan ternak yang hidup hanya untuk hidup semata,
bangun pagi untuk makan
kemudian minum
kemudian kahwin
kemudian berkrisis
kemudian main
kemuadian tidur
kemudian mati...jadi tanah.

Meneroka ke alam diri dengan ciptaan yang sangat kompleks membuat kita berfikir, hidup ini bukan untuk di sia-siakan tetapi ada matlamat, ada arah dan destinasi !



Dalam arus kenderaan yang berjejer dan hari yang kian suram, matahari kian kelam..
mari mencari makna hidup,
bukan dalam minda
tapi dalam kelung rasa
sehingga memuncak sedar tentang Tuhan yang menghantar kita ke sini
membekal keperluan dengan segala warna warni indah, hidup berabdi padaNya bernafas dalam tulus Ilahi.
Dan selanjutnya bertanya ..telah bersediakah kita ke destinasi itu?
Dalam rembang esok yang tak pasti buat kita..

Opps.. saya akan menyusur ke Lebuh Raya Karak... melepasi Plaza Tol Gombak.. selamat tinggal sesak !

(dalam doa bangun tidur pagi tadi kita menuturkan ... Dan kepadaNya kita menuju..)


********





Ini Encik Pilot... heheheh...







teka-teki... banyak-banyak jalan, jalan mana tikus takut nak lalu...

jawapan: Jalan Kuching... heh... ok, ok.. teka-teki tak berapa cerdik...



entri ini untuk jawapan cabaran Yoyooh minggu 6...



******************************************

14 comments:

:: Wiween :: said...

satu jek nak komen..kimslm kat encik pilot. ahahahaha


acah aje. :P

Keri AlHaj said...

ok... esok saya kirim salam... dia single lagi tau... hmmmm...

ASYIQ said...

Dahsyat ye berada dlm kesesakan lalu lintas..turun gelap2 pg..smpai rumah pn gelap2 malam. Aduhai....

Esoknya ulang balik rutin yang sama...

Kalau 30 thn mcm tu mmg la bosan kan...so, sekali sekala kena bercuti lama keluar dari dunia kesesakan.

Mujur saya tak duduk KL...hihihi. Musim raya aje bandar kecik mcm kami sesak sbb org bandar balik kampung.

AiE bAhRi said...

Bila jalan di kolumpo, mmg sesak suasana. naik rimas! Tp itulah manusia. Pagi2 lagi sudah mencari sesuap nasi di duniawi..Balik malam sampai lupa ukhrawi..

Secret Writer said...

La...pegi KL tak roger-roger kita pun, hmm...terlepas jumpa kawan jauh

addyaholix said...

dulu-dulu, masa kecik-kecik, sebelum duduk KL. hari-hari berangan dapat datang KL. bila tengok KLCC dalam TV mula la tak senang duduk. bila kawan-kawan bercerita pasal KL, mula la nak tunjuk macam kita tahu semua. padahal jejak KL pon tak pernah. bila mak ayah ajak datang KL, walaupun cuma atas sebab datang kenduri, kita la paling hebat. canang satu sekolah. heboh satu kampung. kecoh satu pekan. kira KL tu macam tempat paling hebat. macam syurga dunia.

tapi itu dulu bang chime. perasaan sekarang dan dulu dah tak sama. dah banyak beza.

*rindu mak ayah!

eqbalzack said...

elo bro chime...selamat berhujung minguu...jom jalang2 cari makang...hehe

IamYonna said...

kajian dr yonna sendiri hahhaa.. org yang selalu terlibat dengan kesesakan yang extreme akan membuatkan org itu cepat panas baran.

ok.tak berapa nak fakta :p haha

smurf said...

salam chime ...
sebulan sekali saya akan mengharungi kesesakan itu , menjenguk ibu di kelang dan anak di Seri Puteri .. kemudian pulang semula ke kuantan ..
tapi kan , kesesakan itu menjadikan saya orang yang sabar ..

Keri AlHaj said...

kak asyiq - hmmm, saya pun sekarang dah tak duduk dlm suasan tu lagi.. dah tak sesak dah... cerita sesak2 tu cerita sepajang 7 tahun yg lepas... . dah tau mau pegi sana lagi dah... sesekali tu pergi jugaklah...


aie - ya, kesesakan tu satu keterpaksaan utk mencari rezeki... suka tak suka, kena lalu jugak. pergi pagi, balik malam... rehat, tido... esok buat perkara yg sama jugak... mcm tak de kehidupan je...


kos - hahah... tak sempat nak buat apa pun. nak roger2 ke... nak ronda-ronda ke. pergi kenduri semata-mata pastu balik... penat je... lain kali kalau saya pergi saya roger dulu.. k..


addy - hahaha, kita serupa lah addy.. dulu2, KL adalah tempat paling hebat di dunia... tapi bila dah 7, 8 tahun dok kl... huhhhhhhh... sekali dapat balik kerja kat pahang, duduk pulak dgn mak - hahah... kalau boleh, tak mo dah cari-cari kerja belah kl sana. kat sana mana boleh bawak motor laju-laju.. kat sini... bawak selaju2 alam pun tak de gangguan punya.. hahah..


abang eq - jalang2 lagi ke bang... baru je balik jalang-jalang kan... iyelahh, org cuti panjang kann... jalang-jalang jelah kerja dia.. hahaha.. selamat berhujung minggu bang..


dek yonna - fakta tu macam bleh pakai je... sebab kalau nak dengar org sumpah seranah yg kategori power punya, try lah duduk dlm kereta yg tgh tersangkut dalm jam.. hahahah...


hidney - seronok kan... dulu saya rasa kerja kawasan kampung sendiri ni mcm bosan je... sekali bila dah dpt dok kl 7 tahun lebih, baru tahu betapa seronoknya kerja kawasan kampung... aman... free... murah...


ASE - eh... dok kuantan ke??
Kalau kesesakan tu boleh ajar ita jadi bersabar... Alhamdulillah... tapi selalunya, kesesakanlah buat saya jadi tak sabar... maklumlah tgh penat baru sudah kerja, nak layan jam ni memanggg tensen... haha.. tapi kena lalui jugak... errrr... sekarang tak lagi dah.

Tirana said...

Andainya kita ada pilihan...siapa suka bersesak-sesak tapi kadang2 tertanya kepada diri sendiri.."betul ke kita tak ada pilihan atau kita sendiri yang memilih untuk bersesak-sesak begitu?" Hmmmm... hidup ini penuh dengan kesesakan..kadang2 semput jugak dibuatnya...Apapun pilihan kita, kita kena bertanggungjawab dan sendiri merasa kesannya..

addyaholix said...

sape cakap tak boleh bawak motor laju-laju? saya boleh je. cuma kena pandai nyelit. haha!

tapi motor abang chime memang tak dapat la nak nyelit. besar sangat. haha!

Keri AlHaj said...

kak tirana - cerita tentang pilihan... kalau memang diberi pilihan, semua kena bergantung pd kebijaksanaan kita utk memilih. jgn sampai tersalah pilih, sebab akibatnya kita sendiri yg kena tanggung... andai tak diberi pilihan pulak - lalui jelah apa yg diberi - walau terpaksa... sesak atau selesa itu semua memang dah termasuk dlm jadual kehidupan... huhu



addy - uih, merempit jugak ke addy ni?? bila kita nak rempit sama-sama addy??

alah.. nyelit tu biasalah addy... tapi tak bestlah, bawak motor kena nyelit2 jugak... kat jalan lurus, lengang... bawak motor laju... perghhhhhhhhhh...
erkkkk... hobi tu. merempit sorang-sorang...

:: Wiween :: said...

errk incik pilot tu single? wahhh beri gud. kimslm lagik skali. gagagaga