Friday, March 20, 2009

Tidak ada yang percuma...

Dunno larrr! Recently I was reading an interesting article about the Malaysian's richest people and feel like to shared about it.
Yelah.. I know i've been writing so much crap lately, so today something different lar kan.
Ok ker?

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary ~ seorang usahawan berjaya atau entrepreneur. Adakah sukar menjadi berjaya seperti ini?? Hmm... teringat siri tv realiti The Apperantice di TV3 satu ketika. Naluri dan kreativiti manusia akan berkembang tidak terbatas kalau perjalanan hidupnya sendiri tidak terbatas dengan peraturan dan sekatan. Ini saya positif ~ Sangat TEPAT!

Sudahkah membaca biografi berjudul "MY STORY" yang ditulis oleh jutawan kasino Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong ~ menceritakan kisah liku-liku perniagaan beliau sehingga boleh membangunkan sebuah tempat peranginan yang terkemuka Genting Highlands ~ tempat perjudian terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara. Kata Lim Goh Tong "Cerita ini sungguh mengilhamkan, bermula tanpa memiliki sesen pun, mengubah kesusahan menjadi kesempatan, bertindak menurut gerak minda, mengambil risiko terancang dan menumpaskan para pengkritik dengan pandangan jauh dan hati yang cekal".

Petikan dari kata-kata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
1. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

2. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

3. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

7. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

8. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

9. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

10. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

11. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

12. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

13. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

14. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

15. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

16. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. ukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

17. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

18. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

19. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

20. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

21. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

22. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

23. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

24. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

25. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

26. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

27. Lifestyle? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

28. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

29. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

30. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

31. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

32. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

33. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

34. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

35. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

36. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

37. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

38. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja ~ kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.


Benarlah di mana ada kemahuan... di situ ada jalan

Kata Hamka:
.....di dalam bukunya "Lembaga Hidup" di bawah satu tajuk kecil "Hak Kemauan".
"...orang yang kurang akal dinamakan bodoh, orang yang tidak ada rasa kasihan dinamakan kejam. Tetapi orang yang tidak mempunyai kemahuan, tidak patut diberi nama manusia lagi. Banyak orang yang jatuh sengsara, melarat, hina dan papa. Bila diselidiki ternyata bahawa sebab yang paling besar atas bencana yang menimpa dirinya ialah lantaran tidak mempunyai kemahuan. Mereka tidak tahu bagaimana hendak berdiri tegak dalam perjuangan. Bukan dia kekurangan pertolongan, bukan dia kekurangan kekuatan. Pertolongan cukup, kekuatan penuh, lapangan perjuangan maha luas, cuma dia tidak mahu menempuh... sehingga akhir perjalanannya menuju lubang yang digalinya sendiri...."

Wednesday, March 18, 2009

Tulis semua...


"Semuanya harus ditulis... Apa pun, jangan takut tidak diterima atau dibaca. Yang penting tulis, tulis dan tulis... Suatu saat pasti berguna" ~ (Pramoedya Ananda Toer - Menggelinding 1, 2004)...


Saya terperasan sesuatu... itu pun setelah mendapat beberapa teguran~entri saya sejak kebelakangan ini, asyik berkisar pasal soal cinta... cinta.. dan cinta lagi.. (sudah ada yg meluat barangkali)...

Ok.. kali ni elemen tersebut akan tidak dimasukkan secara total... tak ada walau sikit pun...

--
Keharuan petang semalam... bila tiba-tiba adik saya masuk ke bilik dan menghulurkan sekeping poskad... Bila di teliti saya beristigfar tanda terkejut dan tersentuh juga... Sekeping poskad cute dari Chech Republik...


Pengirimnya... masih lagi sahabat blogger kita yang sama... yang pernah mengirimkan poskad dari UK, dari Rome, dan dari ireland... Mr CAPPUCCINO .. Sekali lagi saya tersentuh sangat... meski saya tak kenal pun dia secara nyata... Meski hanya kenal melalui dunia maya sahaja... dia tak pernah lupakan saya... Ke mana pun tujuannya - satu tanda ingatan akan dihantarkan... Dari email yang dikirinkan kepada saya dia kata saya sekarang darah tengah manis.... errrr... errr... Mana tahu ni???... Terima kasih banyak-banyak bro... semoga demo dan keluarga sentiasa dirahmati Allah selalu di bumi UK sana... Balik malaysia nanti, comfirm saya belanja ikan bakar kat Tanjung Lumpur...

Dan lagi...
ACHA... tuan punya blog "camar putih" telah membuat satu entri khas untuk saya - (saya seorang je tau)... Yeah! meskipun atas tujuan tertentu... 'touching' juga... bersama-sama entri tersebut ada satu hadiah diberikan pada saya...

Ferrero Rocher... (ha, akhirnya saya dpt eja nama benda alah ni dengan betul)...
Apa-apa pun terima sakih banyak-banyak untuk acha... kalau dapat bagi yg betul punya... hmmm, alangkah bagusnya kannnn....


Ada dalam entri lepas.. Kak Tirana begi komen, dia tanya pasal grafic... dan.. i-mac dan bagaiman kegunaan Photoshop...
Untuk Kak Tirana... Photoshop sangat banyak kelebihannya... selain dari edit-edit gambar... boleh design macam-macam juga... Tak boleh nak jelas secara terperinci... Tapi salah satu hasil kerja saya yang saya boleh hasilkan menggunakan photoshop dan hasil ni amat megkagumkan diri saya sendiri (macam berbelit je ayat ni) ialah saya boleh menukar kan gambar kahwin acha
seperti berikut....


Menjadi sebuah lukisan potret... seperti berikut pula:


Saya tak pasti tentang pendapat orang lain... tapi setiap kali saya menghasilkan kasil kerja saya ni, terasa betapa kagum kepada diri sendiri....


Disamping itu juga... dengan cara ini juga saya boleh meletakkan satu gambar lukisan seseorang... seseorang?? ya... seseorang....

Saya pasti akan kena marah kalau letak gambar dia ni... tapi bila letak gambar macam gini... kalau kena marah saya boleh jawab... "Laa! saya bukan letak gambar awak... saya nak lukis gambar Fasha Sandha... abis tu jadi macam gambar awak pulak... saya nak buat macamana?" -- see... betapa bergunanya Photoshop....

ada beberapa cara sebenarnya melukis potret menggunakan Photoshop dengan cara ini... Kalau gambar Kahwin acha dan gambar Fasha Sandha tak jadi tu... saya hasilkan guna medium water colour... tapi untuk lukisan gambar saya seperti berikut:

Gambar saya ni... (gambar saya?) ***kan aku dah cakap, rupa aku mcm jericho rosales... engko tak caya*** - alasan sama macam kat atas... nak lukis gambar saya... tapi hasilnya macam ni pulak. hish... buat bangga je tau....

Ok! fine... gambar ni pun pakai teknik yg sama... tapi elemen warnanya saya gunakan pencil colour... (lebih payah... sebab guna byk warna) - klik atas gambar utk paparan lebih jelas
Gambar-gambar di atas tu... dihasilkan menggunakan photoshop sahaja... then nampak mcm lukisan tangan kan... hmmm saya kagum... boleh melukis sacara menipu... err... bukan menipu... tetap juga kena lukis satu persatu... tapi tak guna pencil atau berus lukisan... tapi guna mouse.. (lebih mudah kalau dapat guna Wacom... Dan memang lebih mudah kalau guna komputer Mac).
untuk kak Tirana... Kalau nak belajar buat ni.. tak boleh saya ajar secara online... kena belajar sacara face to face... saya kena tunjuk melalui komputer... gitulah... payah jugak nak difahami... tapi nak buat ni tak lah payah sangat... dan tak mudah jugak...
untuk addy - tak perlu kagum sangatl... bukan lukis tangan pun... Photoshop jerr... hehehe...


Hmmm cukup dulu pasal photoshop dan contoh kegunaannya...
saya nak tulis satu cerita pengajaran... errr... bukan saya tulis sebenarnya... tapi saya copy terus dari blog EENA... sorry eena... saya ambik cerita ni tanpa kebenaran...

ceritanya mengenai 'paku di dinding hati'

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.


Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.


Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.


Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.


Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.


Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.


Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.


Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata;

"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal."


The End.

Oleh itu... kawallah sentiasa kemarahan anda...

sekianlah sebuah entri carca merba...


Tuesday, March 17, 2009

Power of Love

Pada mulanya adalah cinta. Cinta yang indah bersemi dalam hati, membuat jagat semesta jadi indah pula. Cinta membuat orang jadi penyayang, murah hati, tersenyum-senyum, tertawa riang, rindu menggebu dan terkadang cemburu sayang. Ah, adakah yang lebih indah daripada cinta yang sempurna?

Namun, cinta yang indah itu ternyata sanggup membukakan luka dan sedih di hati yang sama. Cinta bahkan mampu menjangkitkan benci dan dendam ketika ia dibuat kecewa: patah di tengah jalan atau tak berbalas. Benci, tulis Kahlil Gibran suatu kali, adalah cinta yang disakiti. Dan benci yang tertimbun bisa membuahkan dendam: semacam luka yang selalu menganga dan terus menuntut untuk dibalaskan. Cinta yang indah pada akhirnya hanya menyebabkan kesedihan. Seperti tersirat dalam sebait sajak Rendra yang saya kutip di awal tulisan ini, ketika cinta pergi ditinggalkannya... sekeping hati yang luka dan sepi. Cinta bagaikan sekeping bulan yang memiliki dua sisi ~ terang dan gelap.

Puisi adalah dunia rekaan, demikian ungkap Sapardi Djoko Damono. Ya. Sebuah dunia yang direka-reka dalam imaginasi menjadi sebuah kata yang disusun berbaris. Dalam dunia berpuisi... kita boleh popular dengan menunjukkan kemampuan, keunikan kata di depan umum. Kita akan diakui sebagai penyair jika puisi kita menjadi kaguman orang lain. Menenggelamkan imaginasi orang dalam tarian kata-kata yang kita buat. Merangsang jiwa pembaca melalui erotisme kata-kata kita sehingga akhirnya membuat orang lain mampu berorgasime. Tapi sebenarnya bukan itu yang utama. Tapi pengakuan khalayak itulah yang utama. Puisi adalah "proposal" pemberontakan...





Seperti catatan yang dibaca pagi ini :~

Setiap orang menginginkan hidup bahagia. Setiap orang tidak menginginkan hidup menderita. Selama hidup di dunia ini manusia ingin bahagia, dan sesudah kematian pun ingin hidup bahagia. Kadang manusia rela hidup menderita, dengan harapan dapat hidup bahagia di syurga. Bahagia dan sedih adalah dua rasa yang bertentangan, tapi hanya berjarak setipis kertas, sehingga sukar beralih antara keduanya. Allah memberikan kedua rasa ini kepada setiap insan. Dan ada kalanya, kedua rasa tersebut muncul secara bersamaan dalam satu waktu.

Katanya.... kebahagiaan tidak ada hubungannya dengan kekayaan dan kemiskinan. Kebahagiaan adalah sejenis sikap, suatu cara berfikir dan cara mengada. Kebahagiaan tidak ditentukan oleh hal-hal di luar diri manusia. Kebahagiaan itu ada dalam diri tiap manusia itu sendiri, tinggal memilih mahu akan hidup bahagia atau tidak..........

Sesetengah mengatakan bahagia itu relatif sifatnya... Tidak.. Bukan itu sifat bahagia.. Bahagia itu bukan relatif dan subjektif sifatnya. Tetapi ia adalah sesuatu yang mutlak. Yang perlu dicapai oleh setiap dari kita. Mujur dan syukur... perjalanan menuju bahagia itu juga satu kebahagiaan. Igat! bahagia bukan di hujung jalan... tetapi ia di sepanjang perjalanan. Not a destiny but a journey....

Kata bijak pandai:
Orang yang bahagia tidak akan sempat bertanya apakah aku bahagia????



...if we're happy with the way we chose, why bother what others think about us - (Julian's justification)