Thursday, April 30, 2009

kata seorang teman...

Tepung kalau diuli boleh menjadi kuih yang enak, kayu balak yang besar kalau dipotong kecil-kecil boleh dibuat papan untuk buat rumah.

Manusia pun sepatutnya begitu ~ mereka akan berubah mengikut masa. Sekurang-kurangnya fizikal mereka akan berubah. Dan kajian saintifik menunjukkan mental manusia juga berubah mengikut umur. Secara logiknya, pemikiran manusia akan menjadi lebih matang apabila umur meningkat. Lagi tua lagi bijak membuat keputusan. Tapi kadang-kadang sebaliknya yang berlaku. Semasa muda pun sudah tidak boleh berfikir dengan betul, semasa tua pun begitu juga. Sepatutnya semakin tua semakin bertimbangrasa dalam tindakan, sebaliknya semakin tua semakin menjadi-jadi. Masa tua sepatutnya jadi masa untuk insaf dengan semua dosa semasa muda, tetapi ada yang tua tapi buat perangai orang muda..
..

Hakikatnya, adalah sukar untuk mengubah manusia. Kita boleh cuba tetapi kita harus akui, ianya kadang-kadang di luar kemampuan kita. Tapi kita menghadapi dilema kerana jika manusia tidak berubah, kita yang dipilih sebagai makhluk terbaik ini akan jadi makhluk perosak. Jadi apa yang boleh kita buat? Ikutlah pesan penyanyi Michael Jackson ~ kalau mahu mengubah... jadikan dunia ini tempat yang lebih baik, tengok diri sendiri dan buatlah perubahan..





ok.. sebelum saya tamatkan - mahu saya ceritakan sebuah kisah:...

Pada suatu hari, terdapat seekor cicak melepak di tapak pembinaan.

Pada ketika itu, seekor buaya besar menghampirinya. Buaya tersebut bersedia untuk memakannya.

Cicak tidak dapat melarikan diri lagi... Pada saat yang mencemaskan ini, cicak tersebut dengan cepat memeluk kaki buaya yang besar itu dan menjerit sekuat hatinya, "Mak!!"

Buaya tersebut tergamam dan terkejut. Lalu air matanya mengalir tanpa henti. Buaya tersebut menangis sambil berkata,
"Aduhai anakku yang tersayang, jangan pergi berkerja lagi. Selepas
bekerja setengah tahun, dah tinggal tulang... Ambillah cuti pada 1hb Mei."


ok... pengajaran cerita:
errr... tiada sebarang pengajaran, cuma saya mahu ambil mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan Selamat Hari Buruh kepada semua. Selamat hari pekerja.. selamat bercuti...

Wednesday, April 29, 2009

Aku ingin

aku ingin mencintaimu dengan sederhana
dengan kata-kata yang tak sempat diucapkan
kayu kepada api yang menjadikannya abu

aku ingin mencintaimu dengan sederhana
dengan isyarat yang tak sempat disampaikan
awan kepada hujan yang menjadikannya tiada...

Tuesday, April 28, 2009

tik! tok! TIK! TOK!

Saya yakin pasti bukan saya sendiri yang punya kebiasaan memajukan jam beberapa minit. Jam dinding di kamar saya, yang berada tepat di muka tempat tidur, seringnya lebih maju sekitar 10 minit.

Kenapa dibuat lebih cepat? Ya.. karena saya sering malas bangun dan akhirnya terlambat pergi ke tempat kerja.
Ada pengaruhnya? Gak ada sih... setiap kali saya melihat jam itu, saya pasti akan kata "ah.. masih ada waktu 10 minit lagi" dan ... tidur lagi...

Namun, suatu masa jam itu mati kerana baterinya perlu diganti. Setelah diganti, jamnya tidak saya cepatkan seperti biasanya ~ terlupa..... Akibatnya parah... bawah sedar saya masih menganggap jam itu lebih cepat 10 minit seperti biasanya... he..he..

Tapi memang hampir semua alat penunjuk waktu di rumah saya kacau balau, tidak ada yang sama. Ada yang lebih cepat 5 minit, ada yang 10 minit, ada yang lebih lambat kerana memang putaran jamnya lebih lebih lambat (atau telah rosak barangkali).

Saya jadinya kadang-kadang berfikir, lalu apa gunanya jam buat saya ya? Kalau semuanya tidak ada yang menunjukkan waktu yang sama, tak ada yang tepat. Tepat?... saya tak tahu dengan pasti bilakah waktu yang paling tepat sebenarnya... Tepat waktu itu jadinya relatif. Tepat dibanding apa? Terhadap jam yang mana? Terhadap siaran berita malam Buletin Utama? - teringat orang dulu-dulu boleh mengukur waktu dengan tepat hanya dengan menggunakan matahari.

Saya jadi ingat sebuah cerita yang pernah saya baca, kalau tak salah ditulis oleh penulis Indonesia - Fuad Hassan . Ceritanya ada seseorang yang di rumahnya memiliki tiga buah jam: yang pertama lebih cepat 10 minit, yang kedua tepat waktu, yang ketiga terlambat 10 minit. Seorang sahabatnya bertamu dan menyedari hal ini, bertanya kepadanya, kenapa ia punya 3 buah jam yang menunjukkan waktu yang berbeza. Si empunya jam menjawab, "Jam yang pertama saya tujukan buat tamu yang membosankan dan menyebalkan, jam yang kedua buat tamu yang biasa, yang ketiga buat tamu yang menyenangkan seperti kamu". Si empunya jam melanjutkan, "...kerana kitalah yang mengendalikan waktu... jangan sampai kita yang dikendalikan oleh waktu."

Hm.... kalau dalam situasi saya, yang memcepatkan jam agar tidak terlambat bangun, apa boleh diertikan saya sudah mengendalikan waktu???
hmmmmmm....