Saturday, June 13, 2009

Seperti 'kita kecil' dan layang-layang...

kita dengan nikmat cinta..
Seperti 'kita kecil' dan layang-layang...

sebentar tadi masih di tangan,
sekarang sudah tinggi terbang bersama angin mengejar awan.
lantas 'kita kecil' mulai memainkan, meliukkannya ke kiri atau ke kanan.
tidak peduli terik mentari siang hari.
gembira dan senang 'kita kecil' karena bermain layang-layang.
bahagia, lupa pada dahaga.

bahagia kita pada cinta.
seperti 'kita kecil' dan layang-layang.

hingga tiba saatnya. meski tidak pasti bila waktu,
layang-layang yang 'kita kecil' pegang, seperti lelah menari-nari.
seperti enggan meliuk lagi.
hingga memilih pergi.
menyangkutkan diri ke pucuk pohon tinggi
atau memilih kalah aduan sehingga melayang bebas tanpa kekang temali.

bersedih 'kita kecil' karenanya.

kita dengan perit cinta.
seperti 'kita kecil' dan layang-layang.





********

Thursday, June 11, 2009

cerita di sebalik gambar...



Satu ketika... Saya termasuk dari sejumlah besar manusia-manusia Kuala Lumpur yang tenggelam dalam kehidupan yang begitu rutin. Pagi hari berkejar-kejaran meninggalkan rumah, berhimpit-himpitan di jalan, di kenderaan awam, di stesen bas, di terminal Putra-LRT, menuju tempat mencari nafkah. Di petang hari kembali berkejar-kejaran pulang ke rumah masing-masing.

Hidup rutin manusia Kuala Lumpur secara tidak sengaja saling melukakan. Lucunya kita tidak saling mengenal. Namun rutin... dari hari kehari, dari bulan ke bulan, tahun ke tahun, membuat kita dapat mengenali wajah-wajah tertentu yang kemudian jadi terasa begitu akrab - namun tetap tak dikenali...


Sudah lama saya tidak melibatkan diri dalam kesesakan dunia sesak ini... Tapi musim perkahwinan kali ini (dan di lain-lain waktu juga) memaksa saya memasuki dunia rimas ini untuk memenuhi undangan hari bahagia seorang
teman....


Dalam perjalanan pulang...
dari majlis bersejarah seorang kenalan di Kelana jaya...
Menjengah masuk ke laluan sebenar dalam tali arus kereta di LDP yang sesak
seperti arus Sungai Klang yang kuning, pekat, sarat dan sebak dengan beban.


Kesesakan terus membawa ke MRR2...

Saya bermonolog sendiri
apakah yang membawa kita semua ke arus sesak ini ?
Terpaksa bertekun melihat lampu merah kereta hadapan
menekan brek dan gear rendah
bernafas sabar dalam irama resah
Di dalam arus ini kadang dengar bunyi gerit tayar terheret cemas
gempita hon tingkah bertingkah
udara kondisi rimas berjerami
kadang seranah yang muntah
ada amarah yang tak mampu ditahan.

Tapi...
Walau seribu payah kita tetap membawa diri ke arus sesak ini.

Sekiranya kita menjadi seorang polis pada petang ini dan menahan,
bertanya
pada setiap kereta
dan pemandu terpaksa menggelunsur turun cermin;

"Sebenarnya anda semua tiada tujuankan ?"
"Sebenarnya anda tiada destinasikan?"
"Anda hanya jalan-jalan di arus inikan?"
"Seleruh kesulitan ini hanya suka-sukakan?"

Semua tentu marah, bukan kerana sesak arus itu, tetapi pada soalan yang tak lucu.
Tiada orang di sini yang tak punya arah
tiada orang di arus ini yang tak punya matlamat
tiada orang sedang sesak ini yang tak punya destinasi !
Kerana arah, matlamat dan destinasi membawa kami ke sini...

Mari kita bermuhasabah..
Kereta di jalan Kuching semuanya pasti tentang arah
tahu apa matlamat
di mana destinasi..
Juga kereta di Jalan Ipoh... Atau di Jalan Parlimen...
Tetapi, berapa ramai manusia di arus hidup ini dengan laluan bersesak
(Ada yang datang hari ini dan ada juga yang berangkat pergi ke alam lain buat selama-lamanya)
tahu.. tentang arah
apakah matlamat dan di mana destinasi hidup ini ?

Adakah hidup ini hanya hidup-hidupan seperti rumput meliar, bertunas baru, menghijau kemudian kuning kekeringan tak lama kemudian terurai mereput dalam putaran alam ?
Atau seperti haiwan ternak yang hidup hanya untuk hidup semata,
bangun pagi untuk makan
kemudian minum
kemudian kahwin
kemudian berkrisis
kemudian main
kemuadian tidur
kemudian mati...jadi tanah.

Meneroka ke alam diri dengan ciptaan yang sangat kompleks membuat kita berfikir, hidup ini bukan untuk di sia-siakan tetapi ada matlamat, ada arah dan destinasi !



Dalam arus kenderaan yang berjejer dan hari yang kian suram, matahari kian kelam..
mari mencari makna hidup,
bukan dalam minda
tapi dalam kelung rasa
sehingga memuncak sedar tentang Tuhan yang menghantar kita ke sini
membekal keperluan dengan segala warna warni indah, hidup berabdi padaNya bernafas dalam tulus Ilahi.
Dan selanjutnya bertanya ..telah bersediakah kita ke destinasi itu?
Dalam rembang esok yang tak pasti buat kita..

Opps.. saya akan menyusur ke Lebuh Raya Karak... melepasi Plaza Tol Gombak.. selamat tinggal sesak !

(dalam doa bangun tidur pagi tadi kita menuturkan ... Dan kepadaNya kita menuju..)


********





Ini Encik Pilot... heheheh...







teka-teki... banyak-banyak jalan, jalan mana tikus takut nak lalu...

jawapan: Jalan Kuching... heh... ok, ok.. teka-teki tak berapa cerdik...



entri ini untuk jawapan cabaran Yoyooh minggu 6...



******************************************

Sabarlah diri....

Agak 'sentap' dengan satu kenyataan yang diberikan oleh seorang 'kakak' hari ini...
Tapi tak apalah... mungkin dia bergurau... dan dia juga tak tahu sejarah duka yang lalu...
Dia tak tahu, aku baru belajar untuk sembuh dari kesedihan dulu...
Tak apalah..
Maafkan ajelah...



Sekadar untuk mumujuk diri; -
Tidak!! jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai meniti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar..
Kita hanya merancang...
DIA sebaik-baik perancang...





Nasihat untuk diri.... "Hati-hati menjaga lidah, tajamnya menikam lebih bisa dari pedang.. hati-hatilah sentiasa"...




Kenapa tiba-tiba sensitif ginihhh....





**************

Sunday, June 7, 2009

Juara tempat Ke 2

Bentuk mengikut fungsi... Cikgu fizik mengajar kita, objek berbentuk torpedo adalah untuk terbang dan meluncur. Melalui pengalaman pula, orang dulu-dulu selalu kata "Yang pipih datang melayang, yang bulat datang bergolek"... Walau pun itu perumpamaan, ia tetap menunjukkan bentuk mengikut fungsi. Itu adalah hukum alam - law of nature (orang kampung saya kata) - yang tak akan bertukar dan berubah. Allah maha bijaksana.

Semalam, saya kebetulan berjumpa dengan seorang kawan - kawan kepada adik saya sebetulnya - tapi mesra pula dengan saya seperti abangnya sendiri - Siswa perubatan dari UKM yang sedang bercuti panjang... **katanya salah seorang dari 'cikgu' dia kat sana - Dr. Sheikh Muzaffar Syukor - ntah ya ntah tak **

Ada kemusykilan di hati siswa itu... tiada apa-apa masalah sebenarnya. Tapi perasaannya terganggu.

***
"Abang rasa saya sesuai tak jadi doktor?" soalnya pada saya. - seperti biasa, dia memanggil saya sebagai abang kerana jarak umur yang jauh juga.

saya agak terkejut.
"Kenapa sekarang baru nak tanya pasal tu?" Pelik... siswa tahun ke tiga menyoal soalan yang sepatutnya ditanya sewaktu di tingakatan lima atau paling lewat pun di peringkat matrikulasi.

"Entahlah... rasa berat pulak..."

"Payah sangat kot?".. saya cuba mencungkil.

"Eh! tak!!... ni bukan pasal study. Tapi jiwa saya."

Saya diam..

"Abang selalu banyak idea... saya nak tanya pendapat abanglah ya, kerjaya disesuaikan dengan diri ke, atau diri disesuaikan dengan kerjaya?" tanyanya lagi.

Saya banyak idea?? hahaha... (saya dah mula perasan bagus).

"Kedua-duanya pun boleh" jawab saya.

"Tapi eloklah kalau kita dapat kerja yang sesuai dengan diri kita kan?"...

"Betul!! tapi kenal ke kita pada diri kita sebenar?" saya menjawab dengan soalan.
Kali ni, dia pula terdiam.

"Maksud abang?"

Saya senyum.

"Tuhan cipta kita untuk berjaya. Mahasuci Allah, Dia tidak mencipta kita untuk gagal.."

"Itu saya tahu. Kita adalah satu daripada jutaan sperma ayah yang 'selamat' untuk bercantum dengan ovum ibu dalam satu perjalanan sejauh US ke Jepun. Merentasi lautan Pasific. Itu nisbahnya jauh kembara yang menjadikan seorang manusia dalam rahim ibu. Kelahiran kita pun dah membuktikan bahawa setiap kita adalah juara!" Dia menjawab bijak.. tentu sekali. Dia siswa perubatan...

Saya angguk kepala.
"Setiap juara ada kelebihan masing-masing. Bakat, kecenderungan dan minat yang unik. Tuhan tak cipta manusia bodoh, tapi mencipta manusia dengan kepandaian yang berbeza".

"Maksud abang?"

Saya diam lagi. Mencari kata-kata yang sesuai untuk menjelaskan.
"Allah dah sediakan satu kerjaya yang sesuai dengan bakat, minat dan kecenderungan yang secara semulajadi dan di'install'kan dalam dalam diri kita"... hah! akhirnya saya dapat juga menejelaskannya walaupun agak berterabur bahasanya.

"Betul ke?.. tapi kenapa pulak ada orang masih dok cari-cari kerjaya yang abang kata Allah dah sediakan untuk diaorang?"..

Hadoiii!!! pening saya nak layan kilasan minda dan lautan rasa siswa perubatan ni.

"Sebab dia tak kenal kecenderungan, bakat dan minatnya sendiri. Dia cuba jadi orang lain, bukan diri dia!" saya cuba jelaskan.

Dia angguk kepala. "akibatnya bang?"

"Akibatnya, dia akan jadi klon. Bila jadi klon, dia bukan lagi pemenang. sang juara no. 1 tapi dah jadi no 2, 3 dan seterusnya... Tu pun kira nasib baik lagi. Ada yang terus gagal."

"Pengajarannya?" dia masih nak tahu. Tak apa, selagi saya boleh jelaskan, saya akan jelaskan...

"Kenali diri dulu." jawab saya lagi

"Tapi, ada tak oarang yang dah kenal diri.. maksud saya minat sendiri, tapi gagal jugak"

"Ada sangat lah... ramai!"

"Ha, kenapa pulak macam tu?"

"Kat dunia ni , tak ada orang bodoh.. yang ada, orang malas. Orang yang bijak, yang tahu kebijaksanaannya tapi tak usaha nak tingkatkan keupayaan dia. Bijak tapi malas, takkan bawak ke mana-mana."

"Rajin, tapi nak jadi orang lain pun, tak ada maknanya.."

kami sama-sama senyum...

"Jadi, saya ni sesuai tak jadi doktor?" soalannya kembali mengingatkan saya pada persoalan utama.

"Awak lebih kenal sapa awak."

"Saya tak ada masalah bersengkang mata nak study dan buat kerja-kerja praktikal. Tapi tiba-tiba je perasaan saya terganggu. Betul ke kerjaya ni yang saya cari?"

Saya menepuk-nepuk belakangnya perlahan.
"Perasaan tu rapuh. Pemikiran kena teguh. Jiwa kena kukuh. Anggap je tu gangguan sementara. Lawan-lawanlah."

"Abang nak nasihat apa-apa tak?" tanya dia perlahan.

"Alang-alang menyelup pekasam... biar sampai ke pangkal lengan... selalu tak dengar, orang kata - kalau tak dapat apa kita suka, kita kena suka apa kita dapat..."

dia ketawa kecil. Senang melihatnya begitu.

"Maksud abang, saya kena teruskan study. kemudian kena ubah diri saya sesuai dengan kerjaya? bukan ubah kerjaya saya?"..
hmmm... orang bijak memang mudah faham.

"Kita hamba Allah. Kadang-kadang pilihan kita banyak. Kadang-kadang tidak. Luruskan hati. Pilihan DIA untuk kita lebih tepat dari pilahn kita untuk kita."

dia termenung.

****

"Sebenarnya apa yang ganggu awak ni?"

"Saya nak jadi penulis!"...

Hahahahahaha... giliran saya pula ketawa. hahaha... adoiiiii... itu je.

"Hmmm, Tak ada masalah langsung kalau macam tu. Belajar terus sampai berjaya, pada masa yg sama jangan hentikan minat menulis tu. Subjek perubatan adalah 'lubuk' untuk penulisan kreatif, motivasi dan macam-macam. Kalau kita tengok filem dengan drama hollywood yang berunsur perubatan memang hebat. Awak tahu sebab dia kenapa?"...

"Selalunya penulis skripnya seorang doktor."

"Hah! tau tak pe..."

"Abang pun hebat jugak menulis. bagi tips sikit bang nak jadi seorang penulis."...
huh! lagi-lagi saya hebat menulis... lagi-lagi saya hebat menulis... hadoiyaii...

"Banyakkan membaca! penulis kena banyak membaca daripada menulis." errrr... itu pada pendapat sayalah.

"Lagi?"

"Jadilah diri sendiri. Tulis benda yang kita yakini, rasai, hayati. Jangan jadi orang lain!"

*****

Setelah siswa itu pulang, saya sendirian berfikir. Apakah kerjaya saya sekarang ni satu pilihan atau takdir. Apakah petanda kerjaya saya sekarang sudah tepat?

Kata ahli hikmah: Untuk mendapat jawapannya, tanyalah hatimu. Apakah hatimu tenang semasa bekerja?... jika ya, itu tandanya kerjaya kita sudah tepat... barangkali.

Kemudian hati saya bertanya lagi.. apakah hati saya sudah tenang?

Ketenangan itu satu kembara, bukan destinasi... itu jawapannya....



*************