Friday, September 12, 2008

Berfikir dewasa... bertindak dewasa...

Berborak ada masa... takkan nak surf web atau blog yang ada unsur motivasi tak boleh. Takkanlah sibuk sangat sampai kematu buat kerja... tentu ada masa untuk senyumkan?? - itu ucapan dari seorang rakan kerja siang tadi - errrr... aku ni kerja serius sangat ke???...

Ok... ceritanya macam gini. Dua tiga hari ni agak free sikit, jadi bolehlah singgah ke bazar Ramadan berhampiran utuk intai-intai juadah nak berbuka... tetiba dapat panggilan telefon dari seorang kenalan yg agak rapat - seorang kakak yang telah agak berusia juga. Suaranya ketika itu agak desperate sangat. Kasar dan bengis sikit. Eh! suara bengis tu macamana ya? - Alah! takkan tak boleh bayangkan...

Kakak yang seorang ni... peliknya bila ada masalah rumahtangga, seringnya dia mengadu pada saya minta saya bagi pendapat macamana nak selesaikan hal dia dengan suami - saya dari dulu lagi dah agak pelik - orang kahwin puluh-puluh tahun, mintak pendapat dari orang bujang yang tak ada pengalaman tapi teringin jugak nak kawin - untuk selesaikan hal rumahtangga... huh!!

Kali ni, dia kutuk dia punya suami... Dia kata suaminya tak sedar diri, ada hubungan dengan anak angkat belasan tahun... kemuncaknya ke hotel!!! laaaa... bulan puasa tuuu... saya tanya berapa umur suami? - 49 tahun... laaaa... dah tua tuuu...

Kata kakak tersebut, mereka dulu tak ok, kemudian jadi ok sebab dia kuat bekerja, sekarang jadi tak ok sebab perangai suami. Dia tak sangka, suami yang tak tinggal sembahyang... kiranya hujung-hujung pada usia dekat 50-an buat perangai... macam biasa... dia tanya saya, apa yang perlu dia buat (persoalan pelik)...

Apa patut dia buat?
Kalau jawapan orang tengah marah - "Terajangkan aje... lelaki tak guna. Tua kutuk, tak sedar diri. Dari simpan laki macam tu, baik tinggal sorang-sorang"...

Saya kena fikir banyak jugak untuk bagi jawapan... almaklum dalam hal macam gini, pakar motivasilah yang sepatutnya jadi tempat rujukan.
Dan saya pun macam biasalah belagak macam bagus je, bagilah jawapan -Macam ginilah (jawapan saya) - "Apa lagi yang akak nak sekarang ni?? Suami umur 49, akak pun lebih kurang, agak-agak berapa lama lagi kita boleh hidup... Katakanlah setahun je lagi. Alahai kak... setahun je lagi yang terakhir tu aktivitinya - bergaduh... aktivitinya dendam, benci, meluat sakit hati."

Bayangkan kalau kita mati, masa minda kita tengah berserabut dengan dendam, benci, meluat, geram, sakit hati. Boleh tenang ke mati? Hujungnya macam tu, agak-agak ok tak dalam kubur sana. Agak-agak ok tak akhirat?

Saya kata "Teruskan hidup akak. Takkan usia macam ni nak bercerai pulak. Bercerai tu puas hati tapi boleh tenang ke? Soal suami kita jahat, suami buat tak tentu hala, soal buat benda tak patut tu soal dia. Soal dia dengan TUHAN dia. Isteri tak bertanggungjawab sebab tak didik suami, tapi suami akan dipertanggungjawabkan sebab tak didik isteri" - **Perghhh... boleh saya jawab macam tu - macam bagus je**

Nasihat saya kepada wanita yang menghadapi masalah serupa ini, jangan berapi sangatlah. Nak berapi jugak tunggu habis bulan puasa dulu... itu pun kalau nak berapilah.. kalau tak nak, lagii baik...

Dah tua-tua kita buatlah cara tua. Fikir cara tua, bertindak cara tua. Dan para suami yang macam tu, "Bila nak menopause?"

Ampun maaf....

"Bukan yang bernama puasa itu sekadar menahan makan minum, tapi puasa sungguh-sungguh itu menahan diri dari perkataan yang tidak ada gunanya dan kata-kata keji." (Riwayat Muslim)

8 comments:

:: Wiween :: said...

ni pun ragam manusia jugak. manusia bergelar suami isteri pulak. biasa laa tu chime.asam garam idup. simpati kat akak tu. tp nasib dia baik jugak psl hubby dia nak jugak lg kat dia walaupun ade skandal dgn budak belasan tahun tu.
ada insan lain yg lagik merana bile terpaksa tima hakikat yg hubby dia main kayu tiga, and dahtu da xnak lagik kat dia & inginkan penceraian. Akak yg mengadu pd chime tu patut bersyukur.

Lagik satu, ween cukup x berkenan laa kalo seorang isteri mengutuk suami pd org lain. Kalo x puas hati patut bncg elok2 dgn suami. Bukankah sbg seorang isteri, patutnya menjaga maruah & nama baik suami walau jht mana pun suami tu?

sebenarnya nih suma dugaan Dia. Bukankah hamba Allah sering diuji dgn pelbagai ujian? Cuma ujian bg setiap org x sama kan.. :) buat akak tu, bncg laa elok2.. :)

Keri AlHaj said...

ntahlah ween... kekadang pelik jugak manusia ni... nak komen byk2 pun tak reti... dengar jer.. pastu senyum, tanda ambik perhatian... masalah jugak tau jadi tempat mengadu masalah ni...

:: Wiween :: said...

tu laa..batman kena tuka profesion jadik kaunselor plak laa pasnih. :p

Aiden Reez said...

Salam...

Tersengeh bila Reez baca cite Chime ni... Actually, dalam kehidupan masyarakat kita skarang, perkara ini sebenarnya perkara biasa... Kalau hendak diikutkan, ada lagi kes yang jauh lebih teruk/berat daripada kes kakak ni... Ni kira OK lagi ni...

Pendapat Reez, Chime dah bg pandangan dan nasihat pada kakak ni.. Itu sudah cukup baik dan sekurang-kurangnya dpt beri idea pd dia... Soal pandangan baik ke tidak, itu belakang cite... You've done something for her and that's good!..

Terpulang pada dia bagaimana untuk menilai pandangan Chime dan buat keputusan sendiri...

Biasalah, bila org yg rapat dgn kita menghadapi masalah, org yg pertama yang dicarinya ialah org yg paling rapat dgnnya... Tak kesahla bujang trang tang tang ke, dah kawin ke, dah cerai ke... Dalam kes ini, Chime adalah org yg dia ingat dan rapat, so tidak mustahil...

You've been a nice person by listening to her and responded as what you think is right... Selebihnya, biarkan dia untuk selesaikan masalah dia sendiri...

Hehehe... Hati2 sikit Chime, kita tengah puasa ni... Hehehehe...

Keri AlHaj said...

hahaha... tulah pasal rezz... yg jadi masalah sekarang ni - bulan poser - org dok mengutuk, kita yg dgr ni pun turut kurus pahala... tak nak layan kang, kawan baik pulak... harap2 tak berlaku lagi dah...

roserose*MrsYusof* said...

I pun ada problem gak ni..

hahahhaha..jadi pakar motivasi utk isteri2 yang tak puas hati dengan suami..

Tahniah kerana chime memberi nasihat terbaik. Kalau perceraian itu berlaku..itu dah takdir namanya.

Keri AlHaj said...

salam kenal rose-

ada masalah jugak ke...
hahaha.. pakar tu tak lah pakar, baut apa yg terlintas kat otak je masa tu... hmmm sama-sama kita berdoa moga kita dan semua saudara dan sahabat kita sentiasa bahagia...

umi_e said...

chime... katakan pada 'kakak itu' bahawa dia baru mula diuji... biaslah pada usia sebegini lelaki/suami akan diuji maka sebagai isteri kenalah faham betapa ebratnya ujian yang sedang dihadapi oleh si suami...

Apa kata 'kakak itu' bercerita dengan kaum ibu yang telah terlebih dahulu merasai dan melalui ujian sedemikian...

Salam buat 'kakak itu' semoga terus tabah dengan ujian yang diberikan oleh Nya...