Showing posts with label tag. Show all posts
Showing posts with label tag. Show all posts

Sunday, August 16, 2009

Anda Romantik..

Tiba-tiba si Badariah Muklisan... yang baru je saya kenal kat sini dah berani-berani suruh jawab tag. huh!! tapi tak pelah. Alang-alang tengah tak de idea nak menulis ni, elok jugak tiba-tiba dapat tag. Boleh jugak menghibur hati (menghibur hati??)...

Ok, dgn tidak melengahkan masa, jomlah kita tgk apa yg cik Badariah ni nak...

Soalannya adalah seperti berikut...

- Anda adalah?
Saya adalah hensem... heheheh. oklah jawapan gitu kan.

- Pendapat anda tentang
a. Handphone...
Benda yg memudahkan yang kadang-kadang menyusahkan. Memudahkan tu bila senang lah nak hubungi sesape, dan sesape nak hubungi kita... menyusahkan tu pulak, bila dibuatnya tertinggal, mulalah kelam kabut nak patah balik nak ambik. Nak-nak lagi kalau tercicir kat mana-mana, mau dekat 2 minggu dok rungsing pasal handphone ilang. maklumlah segala benda segala rahsia semua dok dalam tu...

b. Camera Digital...
Benda yang paling meyedihkan. errrrr... maksudnya saya dah tak de lagi benda tu, dah musnah pasal anak sedare dah jatuh pecahkan... sedih kan...

c. Buku/majalah...
Benda wajib ada di dalam bilik saya, dan di merata-rata tempat saya lepak dalam rumah saya... Benda wajib ada sebelum tidor (maksudnya ko tidor dakap buku ke?) -ehhh! tak lah. tidor tu mcm biasalah dakap bantal panjang tu, cuma buku tu guna dia sebagai ubat tidor. Cari buku2 motivasi yg agak memboringkan, baca sehelai dua sambil berbaring tu.. haha, kejap je mata pun kelayu-layuan...

d. Hobi memancing..
Memancing???? Huh! tak minat. kalau mancing awek tu kira boleh lah. dulu2 memang minat, tapi sekarang ni bila saya sendiri dah terpancing... buat-buat tak minat jelah dgn hobi tu (walaupun masih lagi minat sebenornya.. heheheh)

e. Modelling.
Jadi model ke?? hahah. Oklah, walaupun wajah saya ni memang ada iras seorang model (hak ptuih)... tapi untuk saya jadi model... jawapan dia - Haghammmmmmmmmmmmm aku tak minat. hahah. (tak minat jadi model ke, orang tak minat ambik ko jadi model)...
Errr, tapi dalam suasana sekarang ni, kalau nak suruh saya jadi model untuk pakai Mask tu bolehlah kot, pasal nampak mata je kan. masuk tv ke, surat kabar ke, nampak mata je - kalau gitu tak pe... Tapi jawapan tetap tidak, Nehi... i tak suka jadi model...


- Kenderaan anda.
Saya ada motor je. 3 bijik... mula-mula sekali EX5... pastu beli pulak skuter karisma kaler ijau... pastu beli pulak RXZ sebijik... Pastu sekarang ni saya pakai SuperBike. (eh! tadi kata 3 je, tu dah jadi 4 dah tu) - 3 je, sebab RXZ tu saya dah hadiah kan kat adik saya masa tu dia tengah Study dekat U... (ha, baikkan budak chime ni).. dan ya, saya tak suka bawak kereta. (padahal takde duit nak beli)

-Hobi anda...
Memancing awek.. heheheh... ok. tak!!
saya suka bawak motor laju-laju... memang tahu hobi tu bahaya, tapi masalahnya motor saya tu mana boleh bawak slow, nanti cepat rosak... (ok tak, alasan gitu. macam boleh pakai jugak kan.. )Saya suka jugak membaca, menulis, mengira (maksudnya mengira wang ringgit), menyanyi seorang diri (kalau ramai-ramai takut orang terpesona pulak)... **takut terpesona ke? bukan takut orang pitam sampai buih-buih mulut ke**

-Aktiviti sampingan anda...
Aktiviti sampingan tu maksudnya apa? Kalau aktiviti sampingan yg utama saya sekarang ni tgh ternak anak-anak itik telor pulak.. (selepas cubaan pertama yang gagal dulu) Dulu ternak ayam-ayam kampung dgn jumlah yang banyak untuk tujuan kemersiallah... tapi semuanya dah besar dan habis dah dijual. sekarang ni di sambung balik dgn percubaan kedua menternak itik telor pulak - bukannya apa, sekarang nikan gula dah payah nak dapat... (errr, mende sangkut paut pulak telor itik dgn gula ni)

-Aktiviti utama anda..
Salah konsep soalan ni... patutnya aktiviti utama dulu baru soal aktiviti sampingan...
Aktiviti ni maksud dia kerjaya ke?... saya seorang grafic designer. (rasanya dah byk kali dah bagitau hal ni dalam saoalan tag yg lepas-lepas).
Selain itu aktiviti utama saya pada hari cuti pulak ialah tidor......... dan aktiviti utama pada petang ahad pulak... Datingggggg... hahahah.

-Anda seorang pemarah...
Tidak... orang hensem macam saya ni tak elok jadi pemarah. Nanti jadi tak hensem.. (meluatnya aku budak nihh)
Oklah... saya memang payah nak marah. Tapi kalau sesekai marah tu, lambat pulak nak sejuk. Tapi payah lah nak tengok saya marah.

Sekiranya anda sorang wanita (soalan ni untuk peserta lelaki)/Sekiranya anda lelaki (untuk peserta wanita)
Sekiranya saya wanita - Lelaki pertama yang kan buat saya jatuh cinta ialah Jerico Rosales... errrrr...tapi syukurlah saya seorang lelaki, sebab tu saya tak jatuh cinta kat jerico tu... huh! sawan ke apa, nak becinta dgn jerico pulak...

Anda Romantik..
errr... ini pujian ke atau soalan... kalau pujian - saya ucapkan terima kasih jelah ya.. heheh. Tapi kalau tu soalan, jawapan dia saya pun tak tahu. Macamana saya nak tahu saya romantik ke tidak. Kalau nak tahu sila bagi tag ni kat 'orang belah sana' suruh dia jawab.. (takut nanti dia jawab - "Tak!! budak chime tu mana ada romantiknya, jiwang je lebih"..)

Anda Punya gambar yang anda anggap romantik... masukkan di sini dan jelaskan kenapa??
Hadoiiiiiiiiiiiiii... tang gambar2 ni tak berapa minat sangat ni. Tapi takpe, saya cuba... jangan gelak pulak...
Errrr... gambar Romantik???? macam pelik je bunyinya...







bawah sikit ya



















Bawah sikit lagi






























Ok ni dia...



Hah! gelaklah gelak...
Kenapa saya rasa gambar yg ni romantik...
Pertamanya, sebab saya pegang bunga (uih, kalau pegang bunga tu kira romantik ke? bukan mat bunga ke)
Keduanya, background dia saya letak kaler pink dgn kerawang-kerawang sekali (tu nampak macam jiwang jambulah - bukan romantik)
Dan ketiga - dia senyum mcm model iklan colgate (ceh!!!!!... aku rasa nampak macam orang miang je....) ... Gambar ni ada ceritanya tersendiri antara saya dgn 'orang belah sana'... cerita masa dia merajuk duluu... hahahahahahahahah (comfirm lepas ni saya kena bebel dgn org belah sana pasal bocorkan rahsia.. heheheh) - tapi mana ada bocor rahsia pun. tu cuma clue sikit2 je... **apesal pipi ko makin tembam?** - **Hoi! U Sadap, tembam2 jangan sebut**


Lapar?
Sekarang ni tak lapar sangat. separa lapar je... Nape, nak belanja makan ke.

Mengantuk?
Tak... Huhu, pukul 11 pagi baru bangun, kalau ngantuk lagi ko memang ah... tapi tengok lah kejap2 lagi. kalau tak de pape nak buat mungkin saya akan paksa diri untuk jadi mengantuk.

Gembira?
hmmmmmmm... biasa je. Pasal hari ni ahad, waktu gembiranya ialah petang nanti.

Sedih?
Masih terasa jugak dgn pemergian Ustaz Asri... lain-lain, tak de...

Lepas ni nak ke mana?
Mandi.... Hah!!! dah tengahari buta pun tak mandi lagi???
heheheheh... alah rileks aaaaa... ahad kan. i tak mandi pun wangi tau...

Sebarkan kepada 6 orang mangsa berikutnya...
Errrr... sebarkan apa ni. soalan ni buat saspen je tau. nanti tak pasal2 sekolah kena tutup seminggu...
Sebarkan soalan tag ni lah (apa lah bebal)..
Ooooo... gitu ke. Ok, sebab dah lama jugak tak bagi tag ni sama rata sebab nak boikot. Hari ni apa kata kalau kita bagi je...
Mula-mula mangsa kegemaran saya ialah cikgu ween... Pastu Aie... Pastu Abang Eq. Pastu cD... Pastu Kak Zai... Hidney, Kosserani dan jugak Puan Chika... hmmmm jawab tau.

Hah... dah abis ke?? bagussss..
Kepada cik Badariah, harap puas hati. lain kali jgn tanya lagi dah....






Saturday, July 18, 2009

Tanda ingatan lagi

Aha.. seronok bila diingati. dengan pemberian tanda penghargaan persahabatan... Sekali lagi (untuk kesekian kali nya), saya diberi award lagi. Kali ni diberi oleh Kakak KLCITIZEN... ni award dia...

Best Blog award... hmmmm... terima kasih tak terhingga untuk kak klcitizen atas penganugerahan yg berharga ni. terima kasih daun keladi. kalau ada lagi nanti jgn lupa bagi lagi ya (nak lawan kak tirana nihh - dia dpt byk betul award.. heheheh)...

ok, berikutnya satu lagi tanda ingatan... TAG. yeah. kena tag lagi sekali. kali ni DIR pulak yang bagi... jom kita jawab apa dia punya soalan....

THREE NAMES I GO BY
1. Jericho Rosales... errrkkkk!!! (biar betul).

2. Anak-anak buah semua panggil saya Anjang (Pak Anjang sebenarnya - saje je tak nak letak 'Pak' tu... baru rasa macam muda sikit. kann..)

3. Ada bermacam panggilan sebenarnya. Ada member panggil Khi, ada yg panggil Bada, ada yang panggil Shuk, ada yang paggil Ari, ada yang panggil Abang... pilih lah mana yg rasa best.

THREE JOBS I HAVE HAD IN MY LIFE
1. Masa lepas abis SPM saya kerja kat Hotel Seri Malaysia... jadi GM. GM=General Manager. Best woooo, datang je terus duk atas kusi pusing2 arah orang buat itu ini... hmmm, errr... ok, jangan percaya tipu daya semata-mata. Kerja kat bahagian dapur tukang cuci pinggan je. Tapi sangat ok lah. sebabnya dari situlah saya belajar masak sikit-sikit, belajar potong bawang dgn betul, potong ayam dengan betul potong kentang dgn betul. Kira byk jugaklah hal-hal di dapur yang saya dapat lakukan dengan betul dan sekarang ni saya bolehlah masak beberapa jenis masakan yang enak seperti masak nasik, air dan telor rebus... (Yang enak?)

2. Jadi desktop publisher kat TTDI. Kerja dia men'design'kan dan meng'layout' buku-buku dan majalah. Mewarna gambar-gambar kartun dan membuat lukisan secara menipu tapi orang kata lukisan betul...

3. Sekarang, Grafic Designer. errrrr, sebenarnya tak ada beza pun dgn desktop publisher. kerjanya sama je. design mendesign.

THREE PLACES I HAVE LIVED
1. London... Tapi sebab tak tahan sejuk, saya balik dok Malaysia semula. Maklumlah saya ni tak boleh dok kat tempat sejuk nanti kulit jadi gelap... pastu naik jerawat.

2. Yang nombor 1 kat atas tu jangan percaya sangat lah. auta je lebih tu. tahun lepas dan beberapa tahun yang lepas (maksudnya 7 hingga 8 tahun yg lepaslah) saya dok KL. kat sg. Penchala. Mula-mula dok dekat dgn rumah Maya Karin (yang ni tak tipu tau) rumah maya karin memang betul2 kat tepi hutan yg byk pokok durian. pastu depan rumah dia byk tempayan... (apehal dok citer pasal rumah maya pulak ni). Pastu saya pindah dok kat luar sikit (masih lagi kat Sg penchala) - bukan apa, sebab dekat sgt dgn rumah Maya karin jadi seram pulak. Takut je malam-malam bulan mengambang tetiba dengar suara "Pulangkan!! Pulangkan!!" hah engkau, tak ke haru...

3. Sekrang saya dah balik dok dengan mak dan ayah kat pahang. Oklah sikit kan. byk dapat jimat. rumah tak yah sewa, makan ada orang masak, kain baju adik-adik tolong basuh... senang hati - berat badan pun dah naik dekat 5 kg dlm masa tak sampai setahun nihh... hadoiiiiii...


THREE TV SHOWS THAT I WATCH
1. Tak suka sangatlah tengok tv... tapi sejak hari tu tengok citer 'Nur Kasih' best pulak...

2. Citer Naruto (hihihi) Wonderpets, Geng Bas Sekolah, Ben10, Otromen, Power Rangers...

3. Smallville, Hero's, Kyle XY, Keliwon (pasal tak seram - kalau seram memang saya tak tengoklah), majalah 3, iklan bio aura (apa tu bio aura).. **Tadi kata tak suka tengok tv**

THREE PLACES I WANT TO GO (right now)
1. Right now??? hmmm. nak pergi KL lagi nak tengok harry porter pulak.

2. Katil... Pasal dah ngantuk sangat. Tapi sebab panas, dapat landing kat sofa orait jugak.

3. Tak terasa nak gi mana-mana pun sebenarnya. Sebab faktor kewangan yang tak berapa nak mengizinkan. Cuba duit byk, segala tempat kalau boleh nak pergi...

THREE OF MY FAVORITE FOODS..
1. NASIK.. yes. memang tak syak lagi. nasik dan saya memang tak dapat dipisahkan, kami memang kamceng sejak kecik lagi.

2. Cis kek.. secret resepi. lebih-lebih lagi yang orang belanja. perghhhh.. memang lazat.

3. Nasik goreng... (nasik jugak ke?)

THREE THINGS I AM LOOKING FORWARD TO
1. Suruh Mak pergi merisik...

2. Suruh mak pergi meminang...

3. Errrrrr... Kawin lah. Apa lagi??

THREE PETS THAT YOU HAVE OWNED
1. Seekor kucing bernama Hitam (tapi bulu dia kaler putih) tapi dah mati sebab tua..

2. Seekor kucing bernama Jusoh (apalah kampung sangat nama dia nih)... Tapi dah mati jugak walau pun masih muda (itulah, mati ni tak kenal usia).

3. Seekor kucing yang tak de nama lagi. Warna putih, tapi saya dah warnakan dgn kaler coklat buat belang-belang... (suka buat kerja tak senonoh gini tau)

THREE FRIENDS WHO WILL REPLY
1. Ntah...

2. Tak tahu...

3. No idea...

THREE FAVORITE BANDS/SINGERS (for now)
1. Hijjaz...

2. Tok iti

3. Inul daratusta (erkkkkkk)...

THREE FAVORITE SPORTS TO WATCH
1. Saya menggemari sukan-sukan rakyat seperti Lumba Motor, Lumba kereta dan lumba kuda...

2. Oleh kerana jawapan satu saya dah senaraikan 3 jenis sukan, jadi no2, dan 3 tak payah isi dah lah...

3. ... seperti di atas.

THREE FAVORITE DRINKS
1. Bio aura - 'airnya pun jernihh, tak berbau pulak tu' - hari tu sekali buat mandi pun pakai air bio aura.. heheheh - bukan apa, untuk cantikkan kulit... gituuu.

2. Limau ais - boleh membakar lemak-lemak kat perut yg dah semakin berkembang secara pesat ni.

3. Tea perisa straberi yang beli kat cameron helen hari tu. best.. kalau bancuh dgn susu lagi best. cubalah...


haaa... ok.. tamat sudah.... sekian.

Thursday, June 25, 2009

Terima Kasih...

Sebuah tag... dan sebuah lagi award yang saya kira sangat berharga untuk penulis seperti saya... (yang baru-baru nak belajar bertatih ni)...

Kita buat tag dulu lah..

Tag kali ni diberikan oleh KOSSERANI... super model kita (yang melampau tu.. heheheh.. Ammpunnn kose )
Tag ni saya dah pernah buat dah dulu. Tapi menurut kose, dia memang dah tahu saya dah pernah buat... tapi saya tak boleh mengelat - kena buat jugak sekali lagi.. Oklah.. demi menghargai dia yang mengingati saya... saya buatlah sekali lagi (jawapan mungkin berbeza dgn yang dulu.. ikut kesesuaian lah **kot ya pun nak bagi, bagi lah tag yg macam lain pulak**)


Tapi tak pe... kita jawab je...
Soalan-soalan dia....

1. Anda Rasa Anda Hot?
Hot?? memang tengah hot lah ni... elok-elok pakai baju, dah kena bukak... kipas memang ke on 24 jam... malam ni tak hujan pulak tu... semalam tak adalah hot sangat sebab hujan lebat dari petang sampai ke tengah malam... pastu sambung pulak sikit lagi pagi tadi..
Ni hot-hot ni.. tiba-tiba buat rasa macam nak mandi pulak tengah-tengah malam buta ni...


2.Upload Pic Yg Anda Rasa Sexy.




Errrrr... seksi tak?? seksi kan... seksi dalam kemanjaan gitu. (addy tu kejap lagi mesti dia kata saya makin jambu)

Kenapa Anda suka Pic Tu?
Entah!!! jawapan yang sama mcm yang saya pernah jawab dulu, gambar tu saya capai mana yang sempat je.. errrrr, mungkin jugak sebab saya nampak tersangatlahh cute bila buat muka senget gitu.. alahaiii... cutenya budak niii.. anak sapelah agaknya ni ya... hughhhhhhhh!! (gelak sambil tutup mulut)


Bilakah kali terakhir anda makan pizza...
Hmmmmmmmmmmmmmm... dah lama sangat dah. sekitar 4-5 bulan yang lepas. Itu pun sebab ada orang belanja. Saya memang kurengg sikit dengan pizza.. Jaga bodylah (uhuk!!) pastu pulak sebab tengah boikot. alahhhh, pizza pun bukannya sedap mana sangat. Saya lagi suka cis kek (tetiber pulak)

Lagu terakhir yang anda dengar...
Tadi dengar lagu 'Call me When You're Sober'... lagu Evanescence tu.. sekarang pulak tengah dengar lagu Mak iti 'di taman teman'... layannnnnnn.


Selain dari nama sendiri, anda suka dipanggil dengan nama apa?
Emmmmm... Jericho Rosales... heheheheh... - saya kan ada iras-iras macam rupa dia... hurghhhhhhhh (gelak tutup mulut sekali lagi)


Tag lagi Empat orang.. (part ni paling tak best ni)..
tapi tak pe...
saya nak tulis nama:
1. Cikgu Wiween.. (macam biasa.. nama dia memang sinonim dengan tag)
2. Aie...
3. Ustaz Adam
4. Hidney


(ok-ok... tak perlu gelabah ya... nama tu semua sekadar hiasan semata-mata.. sekadar untuk menjawab soalan berikutnya... tak payahlah susah-susah nak jawab - sama-sama kita memboikot tag... Tapi kalau ada yang rajin nak jawab tu.. bolehlah jawab.)

Siapa nombor satu bagi anda...
Cikgu wiween - Dia ialah gelprend saya... heheheh... (namamposs??, bagi jawapan gitu)
ok, dia ialah seorang cikgu matematik, yang selalu sangat tersalah eja bila menulis (heheheh)
Puteri gunung lukut... Ganas macam joker... (musuh ketat batman kan)... ganas-ganas pun dia comel.

Orang no. 2 ada hubungan dengan sape...
No 3? Aie? dia ada hubungan dengan ramaiiiii orang. dia ni budak baik ni... orang baik-baik selalunya mesti ada ramai kawan (dan awek)...

Kata sesuatu tentang no4.
No 4... hidney?? hmmmm, apa ya... pada saya, dia seorang yang berkarisma, bijak, handsome, kelakar, muka dia ala-ala siam sikit... heheheh...

Bagi pesanan kepada orang no. 3...
Ustaz adam... - pesan saya, jgn suka melepak kat tengah2 dataran (apakebenda ntah nama dataran tu) sampai tengah-tengah malam... nanti perut masuk angin jadi kembung perut (ada kena mengena ke hah lepak malam dgn kembung perut)

***************************************

ok... siap dah tag tu ya...

Berikutnya... Kalau anda membaca blog milik HIDNEY, ada sesuatu yang sangat memeranjatkan (memeranjatkan saya sebenarnya) - pada satu entrinya yang bertajuk 'My Favourite Blogs'... salah satu dari blog yang menerima award yang di bawah ini.... adalah blog milik saya...

Ok.. serius sangat tersentuh apabila dia memberi komen begini kepada saya:

"Give him a pen and a piece of paper, he’ll give you Shakespeare. But don’t be fooled by his all-Malaysian macho-alpha-male looks as he can definitely poke your heart with his soothing and delicate words. Here I will have my healthy daily dosage of wisdom and inspiring thoughts." (yang saya hi lite kan dgn warna kuning tu yang tak tahan tu.. heheheh)

Secara jujurnya saya sangat tersentuh bila dihargai sebegini.. di beri anugerah bersama kata-kata pujian. Memang saya akui pujian-pujian tu agak terlalu tinggilah untuk diberi kepada saya yang baru nak belajar menulis ni... Tapi, dari hati saya.. kena jugak akui - sesekali kita memang perlu di beri hal-hal sebegini untuk mengetahui bahawa apa yang kita lakukan selama ini sebenarnya tidak sekadar sia-sia membuang masa. Juga boleh dijadikan sebagai dorongan untuk terus menulis perkara-perkara bermanfaat... (setidak-tidaknya kepada diri saya sendiri).
Dulu, saya menulis kerana saya suka menulis. Jadi apa sahaja yang saya mahu tulis (yang saya fikir sesuai untuk dijadikan pengajaran) saya akan tulis. Tanpa peduli langsung tulisan saya akan dibaca atau tidak... dan kalau ada yang sudi membaca pun sudah memadai... tapi kini, dengan rendah dirinya (mahu tidak mahu) saya kena akui hasil tulisan saya memang punya nilai-nilai tersendiri dan diikuti oleh beberapa pihak bukan sekadar untuk dibaca sahaja - tapi telah ada yang dijadikan pedoman... sehingga ada yang menghargai sebegini rupa... Saya benar-benar tersentuh... Untuk Hidney... Terima kasih banyak-banyak sangat...

Terima kasih sekali lagi...




Saturday, March 14, 2009

Layang-layang.... cerita Kencan Impian

Orang kata, jangan jadi seperti layang-layang. Terbuai-buai ditiup angin bagai tiada haluan... Membiarkan diri dikawal oleh manusia yang mengemudi memegang tali. Benarkah?


Spontan saya teringatkan pesanan Mak Teh (Arwah).. jiran di sebelah rumah satu waktu dulu...

Katanya - Hidup kena jadi seperti layang-layang. Semakin kuat angin bertiup, semakin tinggi dia terbang, semakin gah menyapu awan. Kita seharusnya begitu, semakin kuat ujian datang, semakin yakin untuk berjaya dan berusaha menentang ujian itu...”


“Seperti layang-layang juga, bila meninggi menentang angin, jangan terlalu megah dan angkuh. Berwaspadalah. Kerana ketinggian layang-layang hanya berpegang pada tali yang halus. Andai terputus, hilanglah pedoman, binasalah diri. Jatuhlah ia teroleng-oleng mengikut angin yang tiada hala. Jatuhlah ia di merata-rata yang tidak ketahuan tempatnya. Mungkin terjatuh di sungai, atau padang, atau belukar. Mungkin di paya atau rimba... atau di mana-mana. Andai bernasib baik, jatuh di halaman orang, lalu diambil diikatkan tali yang baru kemudian diterbangkan semula. Dan kalau masih kukuh, bolehlah ia meninggi menentang angin kembali.”


Bicara tentang layang-layang... terpulanglah kepada perpepsi diri masing-masing... untuk tidak membiarkan hidup menjadi seperti layang... atau megumpama kan diri seperti layang-layang...


Hmmm.. bicara tentang layang-layang lagi... saya teringat tentang impian seorang pemuda yang punya impian di sini... saya tidak pasti sebenarnya ianya impian atau angan... tetapi dia lebih merujuk kepada fantasi diri... Fantasi tentang 'Kencan Fantasinya'.... Dan dia itu Addy... bersama salah satu 'Kencan Fantasinya' ialah bermain layang-layang bersama gadis pujaannya... - (seperti yang dijelaskan) gadis itu Lyana Jasmay... hmmm (maaf kata) saya awalnya tidak kenali siapa itu Lyana Jasmay sebenarnya... haha... Dan kini sudah maklum... Rupanya dia gadis manis yang comel itu...

andai satu masa, kencan fantasi mu bertukar kencan realiti... tentunya ramai yang akan cemburukan mu kerana bisa bermain layang-layang dgn gadis itu... meski pun dia hanya melihat dan ketawa... Tapi... Tidak bagi saya... saya tidak cemburu malah akan turut gembira atas rasa gembira mu... Tapi fantasi tetap fantasi kan... bayangkan betapa bosannya duaia tanpa fantasi...


Yahh... Setelah Addy berfantasi bersama kencan-kencan fantasinya... pintanya agar saya juga menyenaraikan juga tentang temujanji impian saya juga... Oh ya.. Tentunya awalnya saya juga saya tidak tahu apa 'Kencan Fantasi' Sebenarnya... Dan saya bertanya

'Kencan itu apa ya?'...

lalu dijelaskan -

Kencan itu hanyalah temujanji...

hmmm.. hanya temujanji

- Fantasi temujanji...


Temujanji yang selalu menjadi fantasi saya ... (ah! saya kira betapa malunya saya jika -dia 'Orang belah sana' mengetahui senarai kencan... errr... maksud saya temujanji fantasi saya bersamanya)... kalau pun kau mahu ketawa... biar saya jelaskan ianya hanyalah fantasi..


Saya berfantasi... Membawa dia menunggang Motorsikal berkuasa tinggi milik saya... membelah lebuh raya sepi dan lengang di hari yang cerah dan nyaman... pada hari yang bermata hari tetapi terik panasnya diselindungi awan... saya tidak pasti dengan pasti ke mana destinasinya... mungkin ke Pantai timur (ke negeri kelahiran saya)... dan saya akan bawa pada kelajuan cahaya... (wow! fantasi)...

pun begitu dia tetap berasa selamat (sambil mendakap saya dengan selesa)... errrr....





kencan fantasi saya lagi...

Saya dan dia masih lagi menunggang... kali ini kuda pula... sama ada saya menunggang kuda milik saya dan dia bersama gaun labuh pink menunggang kuda miliknya... Atau kami bersama di atas belakang seekor kuda.. sama ada dia berada di sebelah belakang aya dan mendakap saya... atau berada di bahagian depan dan saya pula mendakapnya... (huh! fantasi ini).. bersiar-siar di sebuah padang luas di puncak sebuah banjaran tinggi yang ditiupi angin dingin... bersama latar belakang gunung-ganang yang birunya kebiru-biruan bersama tompokan-tompokan salji dipuncaknya... hahaha... kalau namanya pun fantasi... ianya mestilah sesuatu yang sempurna.

(fantasi ini.... buat saya tersenyum sendiri)


Dan lagi...

Saya dan dia... menjadi model penghias papan iklan gergasi di kota sesak pengunjung... Mungkin Kota Paris atau London... Setiap orang yang lalu lalang di situ akan terpegun seketika melihat keindahan papan iklan tersebut... Keadaannya tidaklah seghairah mana.... Gambarannya - di papan iklan tersebut, dia bersama gaun labuh (satin dan organza) berwarna putih berhias manik kilau kemilau dan masih bertudung kemas... sedang menjeling sedikit manja sambil tersenyum sedikit juga ke arah saya yang sedang melutut menghulurkan sejambak bunga - (mawar lebih romantik barangkali)... dan wajah saya ketika itu pula bercahaya dengan harapan... (hahaha... fantasi ini)... - ini dikira sebagai temujanji jugakah...


Lagi...

Berlari di dalam basah hujan... (berpayungkan daun pisang...) heheheheh....


dan satu lagi (untuk melengkapkan lima)

Saya tak punya fantasi yang indah-indah sangat sebenarnya tentang temujanji saya... kalaulah 'kencan' saya ketika ini hanya akan berlansung sekali dalam seminggu... fantasi saya, agar ia boleh berlangsung lebih kerap lagi... dan sendiri-sendiri tanpa membawa teman yang lain.... heh!! dan awak!!! ini hanyalah fantasi... bukanlah keinginan yg nyata... sebab saya lebih senang dengan cara yang kita selalu lakukaan... dan saya tiada masalah dengannya.......



ok... sudah cukup 5 kah....

ahah... untuk anda ketahui ini adalah tag dari addy....

dan walaupun saya teringin juga meminta beberapa kenalan di sini menyenaraikan kencan fantasi mereka... tapi... tak apalah... kita akhiri di sini....



awak..... jgn gelak tau....

terima kasih sebab dah tak merajuk lagi....



saya kira... saya ini... romantik juga ya... heheheheheheh





oh ya... saya ikut cara ab geldofg.... Boikot tag... pastikan saya org terakir yg membuatnya....

Saturday, March 7, 2009

Me and My day... (sebuah tag)

Balik dari bercuti... Hari-hari saya tiba-tiba jadi sangat sibuk tahap kelam kabut... kerja-kerja tertunda selama 5 hari (walaupun sebelum bercuti saya dah cuba selesaikan kerja-kerja hari esok punya... tapi... hmmmm, nasaiblah. dah namanya pun kerjakan... pendek kata, celik je mata... kerja, kerja, kerja...

Saya ditag lagi... dan lagi... dan lagi... ***3 kali perkataan 'lagi '- bermakna ada 3 tag kena selesaikan... tapi tak pe. kita buat satu-satu dululah.

Mr Hidney. Mahukan saya menceritakan tentang hari-hari saya bersama saya... errr... atau kata mudahnya, saya dan hari-hari saya...

Hari-hari saya... kita mulakan dengan hari ini....
Today... Kerja macam biasa...
Actually, I'm not bitching . Not much anyway... but I am feeling VERY good today .

During the past week, I did not do a great job of eating healthy and exercising (ye ke? - bukan ke baru je balik dari bercuti?). I could blame the bad weather, which makes me want to curl up on the couch and do nothing, but this is not a good excuse. Lacking on the walking this week b'coz of the rain . Looks like it's supposed to rain through Sunday. I am planning to eat a lot better and exercise alot more this week!!! Konon-konon larrr... . . Berat memang dah bertambah 2 kilo ni... dlm masa yg singkat sgt2... ***byk betul aku makan

One thing that made me smile today : . . .
Oh dear, I'm working with a bunch of people with full of stressed or "bermasalah negara" (esp. people wt marital life problem larr) . . Work life balance? What balance? What life? I'm currently "enjoying" 13-15 hour days at a city firm that has frozen my salary and thinks I should be grateful for my job in a depressed market. This means not blaming external factors - even work .

The point is that there is no good reason for jobs to be overly stressful! Yelah, everyone has stress of one sort or another. Stress is self-made. If you wring your hands about how stressful your life is, you will find your life stressful. If you just take the view that work is just something that we do, then it's a lot easier to take it in your stride. If you can't do that, change career or change job. I've done it and it's a lot easier than it seems before you take the plunge. Life is too short to waste on being unhappy..

Ehhhh... apa ke situ pulak saya bercerita ni...
Kita mulakan balik... saya dan hari-hari saya...
ISNIN. -
Selalunya hari isnin ni, agak boring sikitlah bagi saya. Bangun pagi dengan rasa sangat malas.. (Padahal memang sentiasa malas bangun pagi) memang selalu begitu. Pengaruh mood ahad masih belum hilang... apatah lagi memang cuti hanya pada hari ahad sahaja. rehat pun tak sempat hilangkan penat... - Tapi selalunya Isnin adalah hari paling sibuk. Sebabnya kerja2 yag dibuat pada hari sabtu (sebelum cuti) selalunya akan menjadi agak tertanguh-tangguh sebab memikirkan apa aktiviti nak buat pada hari ahad... so, mana-mana yg tertangguh tersebut terbawalah ke hari isnin... byk kerja nak buatlah pada hari ni...


Selasa.
Mood kerja sudah ada pada hari ni... disebabkan dorongan kerja yg bertimbun2 pada hari isnin... Rutinnya seperti biasa. Masuk Office. onkan I-mac, tengok list kerja yang dah tulis siap-siap dalam satu buku nota... Tgk2 kalau ada nota pesanan dari boss yg ditampalkan di komputer... kemudian kertas-kertas yg bersusun dalam bakul bertingkat, tengok mana-mana job yg perlu didesignkan segara... itu akan di dahulukan dulu (ikut dateline)...

Rabu, Khamis, Jumaat....
Sebenarnya langsung tak ada beza pada hari-hari ini. Kerja yg tak menentu sibuk... bila free, free sunguh-sungguh... tak tahu nak buat apa pastu mulalah bertenet.. Tapi kerja grafic memang tak menentu.. Tgh2 free tu tiba-tiba boss datang .. "Chime!! ni, saya nak awak designkan benda ni serta-merta... saya nak hari ni jugak siap".... hah!!! bertungkus lumuslah kamu dgn kerja kamu... then, kadang-kadang tak siap pun satu... dah masuk 3 kerja yg baru yg semuanya nak kena siap hari tu jugak... hahah... masa tu baru ko tahu, masa 24 jam tu memang tak cukuplah... tapi tak pe. saya seorang pekerja yg berdedikasi dan cekap.. dan pantas.***dan hensem**

Sabtu...
Macam biasa jugalah. Tapi selalunya Sabtu tak sesibuk mana. Sekadar siapkan kerja-kerja yg tak sempat disiapkan semalam... Sabtu boss tak ada.. jadi kerja pun tak banyak mana... Tapi walaupun tak byk mana, semangat kerj tu agak kurang sikit berbanding hari-hari lain... sebab asyik fikir 'esok cuti aku nak buat apa ek????...' disebabkan itu, selalulah kerja-kerja pada hari sabtu ni tak siap walaupun tak banyak mana... then, di bawalah ke hari Isnin dan membuatkan hari Isnin menjadi hari yg paling sibuk kembali....


Ahad...
Bangun pagi-pagi... sembahyang subuh. Pastu siap sembahyang, sibuklah tolong mak masak sarapan kat dapur... siap je masak, tolong mak basuh baju... sidai baju, lipat baju, bagi makan ayam... itik... siram pokok... kemas rumah, sapu sampah, lap cermin, basuh lantai, basuh dinding (basuh dinding?)... bla bla bla... yalle! yalle! yalle!!
hmmmmmmmmm, tapi semua senarai kerja tu selalunya berlaku dalam mimpi je. sebab selalunya lepas semayang subuh tu saya akan tidor semula... masa tidor tulah datang mimpi-mimpi buat kerja rumah tu.. heheheheh.... dan, seperti biasa... pukul doblas tghari barulah bangun. petang pergi dating... (see, saya dating seminggu sekali je tau)...

Tapi sejak akhir2 ni, ahad pun tak boleh bagun lambat sgt dah... sebabnya melayan anak saudara kembar tu... main 'Spot the different'... kat muka diorang... heheheheh.... Sampai sekarang masih tak dpt kenal pasti yg mana satu Hakimi dan mana satu Azhari.....

Ha, itulah kot, rentetan perjalanan hari-hari saya... sekian... tag berikutnya pada entri berikutnya...
mmmmmm... malas nak tag sape2. bukan sebab saya dah lupakan anda semua, tapi saya tahu semua orang pun tak suka jawab tag... Saya nak ikut ab geldof... Musnahkan industri tag... boikot! boikot! hahahaha... saya nak tag jugak sorang tu... CIKGU WEEN... heheheh *tak sengajalah cikgu*



Monday, February 16, 2009

PGL punya tag dan PGL punya Teater

Ada seorang puteri yang cantik jelita... namanya puteri gunung lukut (ada hubungan bau-bau bacang dgn puteri gunung ledang.... yang sedang menunggu pinangan dari putera idamannya... tiba-tiba dia telah menyuruh jawab tag - alasannya - dia tak sengaja - alasan yg sama macam alasan yg saya bagi kat dia... klik kat sini kalau nak kenal PGLukut tersebut... percayalah dia memang comel...

okeylah... kita tgk apa Tuan Puteri ni nak...

Wowwww!!! walaupun dia seorang puteri berciri tradisional Lukut... tapi soklannya dlm bahasa omputih U..... ok, jom kita jawab...


1. What is your enthnicity?
Saya Orang Melayu... Mak Terengganu campur Ayah Terengganu jugak... Walaupun wajah saya ada iras-iras macam Jericho Rosales!!!!! **uhuk** tapi percayalah - saya memang langsung takde kena mengena dgn hero pilipina tersebut... sumpah tak ada... tolonglah percaya **merayu sambil melutut ni**

2. What are your interests outside of fashion?
Saya minat kerja-kerja Grafic dan seni... seperti mengarang, menulis (mengarang dgn menulis bukan benda yg sama ke) melukis, menyumbangkan suara *** aktiviti mengundang tsunami***, dan menjahit labuci (?????)... errkkk!!

3. Favorite musicians/bands?
Saya suka Foolsgarden... Peterpan... Hijjaz... ecceli saya lebih gemarkan penyanyi-penyanyi solo...

4. Favorite movies?
saya sukakan citer 'Finding Nemo, madagascar, Robots, - bunyi mcm semuanya cerita kartun je... saya paling suka movie Transformers... memang kelass gilerr... **dan jugak gang bas sekolah** - ayark!

5. What do you plan to study? What do you plan to do for a career?
Saya macam dah tak minat dah nak studi lagi... ntah.. dah tua-tua ni... otak pun dah mcm beku sikit nak belajar lagi... saya lebih byk nak pikir pasal kerjaya - nak bukak kedai buat kerja-kerja grafic sendiri... dah lebih pikirkan pasal bila nak kawin... - hadoiii...

6. How often do you shop?
Tak kerap sgt... sebulan sekali kot masa lepas dpt gaji...

7. Do you have a job/work?
Ada... saya seorang Grafic Designer... ni tgh dok kerja lah ni... tapi sempat pulak curi masa bukak tenet jawab tag... (sila jgn amalkan selalu)

8. How do you afford your clothes?
Jahit sendiri.. hahahaha... ok, tak. Beli sendiri pakai duit sendiri...

9. How do people react to how you dress?
Ntah... tak pernah ada orang tegur pun... kalau pun ada yg tegur dia orang cakap "Hensem ko pakai paju putih"... erk!!!

10. What are your summer plans?
Summer???... errr, summer dah lepas belum hah? ni sekarang tgh winter kan... huhu sejukkk oooooo.... - mcm tak jawab soalan pulak ya... Summer plan - kalau boleh, kalau ada masa, kalau dah cukup duit - pergi bali - nak beli limau bali kat sana...

Siapp... dan ada tag lain pulak... melampau tau PGLukut tu.. sekali bagi tag. nah engkau... sampai dua, tiga... kes nak balas dendamlah ni..

Tag about cellphone

1. THREE NAMES IN YOUR INBOX CELLPHONE?
Cikgu Wiween **errrkkk! apesal pulak nama dia dok atas sekali ni... - dia seorang cikgu jelita macam tiara jekelina (terutama tang bulu idung) mengajar kat Somban... - Jiban - Jiran sebelah rumah yg sekarang tgh kerja kat Petaling Jaya... Naza - kawan baik saya yg sgt baik...

2. YOUR MAIN RINGTONE?
Discoid - lagu apa ntah ni.. yg memang dah ada dlm phone tu... tak suka sgtlah layan ring tone ni. asal dengar sudah... kalau nak best-best dgr layan MP3 kat lappy la..

3. WHAT YOU DID AT 12 LAST NIGHT?
Malam tadi??? ntah tak hengat... rasanya tengah layan baby boy kembar tu (anak sedara) yg degil tak mo tidor... besh jugak - teringin je nak ada anak sendiri. **nak anak - kawin la oiii -

4. WHO WAS THE LAST PERSON YOU WENT OUT WITH? WHERE?
Dgn Naza - kawan baik saya.. pergi mandi kat air terjun...

5. THE COLOR OF THE SHIRT YOU’RE WEARING NOW?
Oren seluar hitam

6. THE LAST THING YOU DID?
Emmmmm... baru siap designkan bisnes card utk satu syarikat tu..

7. THREE OF YOUR EVERYDAY FAVORITE ITEMS?
My I-mac... My bantal dan tilamnya dan jugak nasikkk... hehehe (saya dgn nasik memang tak bisa dipisahkan)

8. THE COLOR OF YOUR BEDROOM?
Warna kayu... sebab memang kayu yg dikaler dgn warnish...

9. HOW MUCH MONEY IN YOUR WALLET NOW?
Kurang dari 100... tak suka bawak cash byk2... kalau nak duit gi cucuk kat ATM (padahal memang takde duit pun)

10. YOUR FAVORITE CITY?
Yeah!! KL... sudaa semestinya.

11. WHAT WILL YOU DO NEXT WEEKEND?
Next weekend???? tak tahu lagi... tak plan apa-apa lagi.

12. WHEN WAS THE LAST TIME YOU SAW YOUR MOM?
Pagi tadi kat umah sebelum pegi kerja...

13. WHERE IS SHE NOW?
Ntah!!! mana saya tahu apa dia buat sekarang... mungkin dia sedang memasak, atau tido, atau tgk tv... atau boleh jadi juga dia sedang mengasuh cucu kembarnya yg degil malas tido tu atau boleh jadi juga beliau sedang berjoging... ?????...

14. WHEN WAS THE LAST TIME YOU TALKED TO YOUR PARENTS?
Pagi tadi jugak...

15. WHO IS THE LAST PERSON THAT TEXTED YOU?
Latip...

16. WHERE DID YOU HAVE YOUR DINNER LAST NIGHT?
Kat umah je... ada gulai lemak telor itik...

17. THE LAST SURPRISE YOU GOT?
Dua tiga hari lepas.. bila seorang kawan - Yan - yang dah lama saya tak jumpa tetiba muncul depan pintu rumah ajak pergi mancing...

18. LAST THING YOU BORROWED FROM YOUR FRIENDS?
Pen merah dari rakan sekerja saya... kerja saya memang tak guna pen. sebab tu bila nak guna pen asyik kena pinjam je.

19. WHO IS YOUR BF/GF OR HUSBAND/WIFE?
"Orang belah sana" - alah kalau citer lebih-lebih pun bukannya korang kenal...

20. WHAT DO YOU FEEL NOW?
Lapar... nak masuk time luch ni...

21. WANNA SHARE WITH WHO?
Share apa? share rasa lapar?? atau nak kongsi nasik yg nak dimakan nanti???

22. WHO KNOWS YOUR SECRET?
Ada beberapa rahsia yg diketahui oleh beberapa orang - rahsia berbeza utk orang berbeza...

23. DO THEY KEEP YOUR SECRET?
Alah! tak kisahlah diaorg nak simpn ke tak... bukan penting sgt pun rahsia tu... kecuali ada satu tu... memang big secret.. - kalau org tu bocorkan rahsia tu, saya stapler mulut dia..

24. ARE YOU ANGRY WITH SOMEONE?
Ya... Dgn Bapak katak yang berwajah hodoh dan bermata rabun dan dgn 3 ekor katak tambatannya... Dgn Yahudi lannatullah jugak...

25. WHAT DO YOU ORDER AT MCD?
Saya tak suka McD... tak baik utk badan saya yg cantik ni... (hak ptuiiihhh) - lagi pun memang tgh dok boikot...

26. THE LAST TIME YOU FELT SO SAD?
Tak ingatlah...

27. NAME THREE PERSON THAT YOU LIKE TO TAG HERE:
Hahah... Saya nak tag Aqies, dan saya nak tag sahabat baru saya kat sini - shitsurei, aprilgurl, ejump dan jugak seri lyana... jawab ya...




****************
Ini cerita hari yg lepas.... (Untuk cD.. saya dah tak tumbuk dinding lagi)



KAGUMMMMM... itu komen saya utk PGL 3...

Untuk membandingkan PGL musim ini degn musim lepas... ternyata musim ini lebih superb!!.. ada beberapa kelainan magic yg begitu menerujakan... elemen-eleman magik yg kelihtan sgt hebat utk sebuah pesembahan pentas sebegini..


cuma saya tertanya-tanya siapa kah ida mariana yg membawa watak bayan dlm cerita ini - lakonannya A++... hebat...

Tetapi Hang Tuah nampaknya lebih pelat berbanding PGL musim lepas... hhhhmm
mm apa-apalah...


apa-apa pun - tiket mahal pun memang berbaloi... puas hati... nak tgk lagi sekali lah...







Ketika inilah kisah bermula...
dua insan bercinta, berjauhan di mata...
menjalinkan janji untuk bersama...
merentas samudera membelah gunung...
sebuah cerita cinta... Yang Agung...

Cintamu bagai cahaya mentari yang membakar wajahku, meski sekilas kurasa namun akan menjadi bekal hingga akhir zaman..."

Friday, February 13, 2009

Gambar ke enam (dan katak bertiga)

Sebelum cerita katak bertiga itu terus berlangsung... saya mulakan dgn satu tag yg diberikan pada saya... (bilalah agaknya nak selesai ya).. tag ni diberikan oleh sodep. sebab yg ni senang, saya selesaikan dululah. Tag dari cikgu Ween nanti baru akan saya buat sebab tag dia jenis yg kena jawab soalan... bolehhh...

ok.. jom settlekan. Apa yg sodep nak ya?? - yg dia nak adalah seperti berikut.

• Go to your photos folder in your computer.
• Go to the 6th folder of photos.
• Go to the 6th picture in that folder.
• Put the picture on your blog and description of it.
• Invite six friends to join the challenge.
• Link them in your blog and let them know they have been challenged.

Hmmm... sepatutnya penyertaan saya dibatalkan sebab folder gambar2 saya tak adalah sampai enam... walaupun gambarnya ada byk... dah bagitau kat sodep, - sodep kata takpe, isi je gambar ke enam... dari mana-mana folder kot.

oleh kerana saya pun tak berapa nak paham, saya bagi jelah gambar ni:

Haaa.. sebab mintak gambar ke 6... nilah dia... kalau gambar ni yg betul punya (tak edit lagi) dia nombor 5... ok... lain kali mintaklah gambar no 5...
*seb baik jugak tak mintak gambar no 9... kalau tak bolehlah tgk gambar "orang belah sana"... - oh ya!!! tapi kenapa mesti gambar nombor 6 ya???...

Lupa plak - keterangan gambar. Gambar asal ada 5 org semua sekali dlm gambar tu. Tapi tak tahu nape jadi 4. Dah lah tinggal 4 - yg sorang tu jadi separuh pulak... - senag cerita, dah jadi 3 setangah dah... padahal mamat yg gambar dia tinggal separuh tu memang hensem... Tapi tak kisahlahkan.. bukannya orang tahu pun dia sape... dan satu lagi... mamat yg tolong tampalkan gambar tu kat dinding tu pun tak ada kena mengena dgn gambar tersebut... dia hanya jalankan tugas sebagai penampal banner... ok! so, jgn tanya dia sape...
keterangan gambar lagi - semua dah berumahtangga kecuali yg sorang tu... (tak payahlah bagi tahu yg mana satu ya - nanti naik pulak saham dia, hehehe)...

ok cukup ... pastu tag orang lain pulak... mcm biasa, org berikutnya ialah cikgu ween, cD, Dek Yuyu, Hidney, Sis Tirana, Addyaholic, aie pastu sorang lagi annamiechi... ok.

*************************************

Dan kisah katak pun disambung lagi.....
“Semua harta-harta dunia ini akan aku beri kepada mu sekiranya kamu mahu menjalankan tugasan ku”.. kata Bapak katak hodoh bermata rabun lagi kepada ketiga-tiga katak tambatannya. Ketika itu bapak katak hodoh bermata rabun ini telah pun memanjat ke atas belakang seekor katak betina tanpa rasa segan dan silu kepada katak-katak lain yang memerhati...
sambil melakukan kerjanya, bapak katak yang hodoh dan bermata rabun tersebut terus menyambar lalat dan langau hijau gemuk yg semakin banyak mengerumuni bangkai katak di hadapannya.

Katak yang bertiga itu melihatkan aksi 18sx bapak katak yang hodoh dan bermata rabun, semakin membuak-buaklah nafsu berahi mereka kepada katak-katak betina 6 ekor yang sedang beratur sambil memberi aksi-aksi yg menghairahkan...

HH AHAHAHAH... Bapak katak berwajah hodoh dan bermata rabun terus ketawa... "macamana sekarang anakku... Kalau aku tawarkan kamu semua dgn Lalat dan langau hijau yg gemok bersama katak-katak betina tersebut... mahukah kamu menjalankan tugasan dari aku..."

Maka - Katak-katak bertiga yang mula kelabu mata dengan segala benda yang cuba disogokkan, tanpa berfikir panjang terus terkinja-kinja tanda setuju... Setuju!!!! setuju!!! setuju!!!!... jerit mereka... dan di sahut pula dengan jeritan katak-katak betina “ONG! ONG! ONG! ONGG!” Yang juga melompat-lompat gembira...”
“Bagusssssss!!!!”.... Kalau begitu, segala hidangan lazat dan betina-betina tersebut adalah milik kamu...

Tanpa mengetahui apa tugas yang akan diberikan kepada mereka, katak-katak bertiga terus menyerbu ke arah bangkai katak yang semakin sarat diurungi lalat dan langau hijau yang gemok... Menikmati hidangan mereka sepuas-puasnya - kemudian masing-masing bergilir-gilir memanjat ke atas katak betina yang 6 ekor yang disediakan utk mereka....

Sebenarnya Bapak katak berwajah hodoh dan bermata rabun tersebut sangatlah digeruni oleh semua katak-katak kerana keganasannya. Malah, untuk menyelamatkan diri dari menjadi mangsa ular-ular besar yang mengemari daging katak... bapak katak berwajah hodoh dan bermata rabun itu sanggup menyuruh konco-konconya menangkap katak-katak lain untuk dihidangkan kepada ular-ular atau pemanga-pemangsa lain...

Pernah satu ketika ada seekor katak betina yang cuba timbulkan masalah dalam kehidupannya (kehidupan orang suruhannya) ditangkap lalu di jemur sehingga badan katak betina kembang - dan kembang seperti belon dan meletop hingga tidak meniggalkan sisa... Dan atas kuasa kejahatan yg dimiliki juga, katak suruhannya yang telah meletupkan katak betina itu dapat diselamatkan dari dihukum di mahkamah katak-katak...(Oh! ya... dia lupa barangkali pada huuman akhirat... eh!... dia kan katak... mana dikenakan hukuman akhirat... sebab tu boleh buat jahat sesuka hati... kannnn).

Bersambung....

Sunday, February 8, 2009

Tanda ingatan & tanda ingatan...

Pertamanya saya nak ucapkan terima kasih byk2 sangat pada sis Tirana, sebab menyenaraikan nama saya dlm senarai penerima award dari dia... terima kasih daun keladi, rasa terharu sebab masih jugak diingati...

inilah awardnya...

Interesting blog 2009... - interesting ke??? hehe.. adalah sikit-sikit kot... sipi-sipi je kannn... apa-apa pun terima kasih banyak-banyak...



Aha! satu lagi tanda ingatan... (tapi tanda ingatan yg macam gini sebenarnya saya tak berapa berkenan sgt) - saya di tag lagi...

Kali ni tag diberi oleh annamiechi - tapi sebab tagnya tak susah mana dan mcm kelakar jugak dan mengenagkan jugak sebelum ni dia pernah tag saya tapi saya tak buat... kali ni saya buatlah...

Tag tentang lagu... Arahan:-
1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.

2. For each question, press the next button to get your answer.

3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.

4. Tag 10 friends.

5. Everyone tagged has to do the same thing.

6. Have Fun!


Ok... jawab sekarang.. soalannya adalah mcm berikut

IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
Bukan Kemahuan Fikiran... errrkkk!!!


HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
Seksis
(maksudnya terlebih seksi)

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Yummy
(mcm gatal je jawapan ni)


HOW DO YOU FEEL TODAY?
Better Man
(yg ni ok)


WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
Cobalah Untuk Setia..
heh



WHAT'S YOUR MOTTO?
The Sweet Escape...


WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Pretty Boy
- (hehehe - mcm kena pulak dgn saya yg pretty ni... **pretty?)



WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Malu Tapi Mahu
- hahahaha... apehal pulak diaorang nak malu dgn aku... hahah



WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Bukan Cinta Biasa..


WHAT IS 2 + 2?
Smells Like Teen Spirit (????)


WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Kasih Latifah
(kawan baik aku ada awek nama Latifah ke?)



WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Matahariku...


WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Cahaya... (wow!!)


WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
She Bangs...
(haa... yg ni betul!!)



WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Ceritera Cinta...


WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
The Lion Sleep Tonight..


WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
Doktor Cinta...
(boleh la kot)



WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
I Love Rock N Rool...**errrr...


WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?

Lost In Love..
(haaa... dah tak jadi rahsia dah.. hahahaha)



WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
Crawling...
(hah??? tak de menda lain ke aku nak buat... lompat katak ke, ok jugak)



WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
I Surrender
(ish! apesal pulak)



WHAT WILL YOU POST THIS AS?
I Dont Wanna Miss a thing...


hehehe... ok.. dah abis dah soklan dgn jawapan yg pelik tu... tag org lain pulak...
saya nak tag dek Yuyu... Cikgu Ween... Cd... Hidney... errrr... cukuplah 4 orang. sebab saya tahu korang bukan suka jawab tag... ok... sekian...

Friday, December 5, 2008

tag dek pajeli ni

1. Do you think you're hot?
Tak... i'm cool... adalah suam-suam kuku sikit... tak adalah hot sangat. melecur pulak tgn orang nak pegang nanti kannnn....

2. Upload your fave picture of you

3. Why do you like that picture?
Hah.. sebenarnya tak suka sangat pun. Tapi tak jumpa cari gambar yang elok-elok. buboh gambar ni jelah... tapi ni pun orait apa... (dah mula ada misai tu) - kalau pun saya suka gambar ni sebab dia satu je... sebab pakai spek itam... apa yg terlindung di sebalik spek itam tu mana ada orang tahu... entah-entah saya juling ke... saya sakit mata ke... saya berjalan sambil tidor ke... kaannnnn... spek itam adalah bahan utk penyamaran yang berkesan...

4. When was the last time you ate pizza?
Pizza? last sekali pertengahan bulan lepas... boss yang belanja. kat pizza hut.

5. The last song you listen to?
Lagu Yellow Lemon Tree nyanyian Fool garden... ni tgh dok berkumandang di udara lah ni... sebelum ni tadi lagu listen... nyanyian Beyonce...

6. What are you doing right now besides this?
tak buat apa-apa pun... nak buat apa lagi tgh2 malam buta ni. tunggu mata ngantuk jelah...

7. What name you prefer besides yours?
'Orang belah sana'.... dah tak mahu sape2 lagi dah.

People to tag:

(i) Pajeli.... (dia bagi tag ni, aku tag dia balik semula... heheh... boleh ke gitu?)
(ii) Ween (rasanya ween pun kena jugak tag yg sama dr pajeli ni... dah jawab pun kan)
(iii) DirFara
(iv) Kak lawa
(v) Angah...
***pesanan penaja.. nama di atas ni adalah hiasan semata-mata juga. Tak payah jawab... tapi kalau rajin nak jawab bagus jugalah***

8. Who is number one?
Pajeli... Adik saya. Dia ada kakak yg lawa... opssss... rajin memasak. mengemas... meyapu sampah dan rajin juga membasuh pakaian... tinggi... hensem...

9. Number three is having relationship with?
Cuba tgk nama dia tu... dirfara... beerti dir dgn fara... kalau dah gabungkan dua nama jadi satau tu maknanya kedua-dua mereka sedang hangat bercintalah...

10. Say something about number five?
Angah... ***angah ni, saya bayangkan dia seorang yang cantik macam nasya Aziz... seorang isteri kepada suaminya... ibu kepada anak-anaknya... anak kepada ibu ayahnya... adik kepada abang dan kakaknya. kakak kepada adik-adiknya... dan juga jiran kepada jiran-jirannya...
Dia gemar menaiki ambulans kalau nak kemana-mana... dgn alasan, naik ambulan cepat sampai sebab semua kenderaan lain bagi laluan dekat dia... tgh dok diet... tapi makan tak hengattt... heheheh... ampun angah...

11. How about number four?
Kak lawa. Kakak saya yang paling lawa kat maya pada ni... tapi.. oppsssss... jgn kacau dia. dia tgh studi sebab nak exm...

12. Who is number two?
Ween... awek kapada joker *dan han che tai juga**... gangster... ganas mcm the rock. oh ya! dia puteri teluk kemang juga...

hahah... dah abis doblas soalan... tiba-tiba mata jadi ngantuk... kepala tgh melayang-layang tapi jari dok ketok keybod lagi...


huarggggggg!!! Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Saturday, November 29, 2008

Hujan Semalam.. **Tag Dek Aqies juga**

Semalam hujan luruh menderas selepas magrib. Mengharumi tanah. Mengeluar aroma basah. Angin menggoyang cabang-cabang kencang. Daun-daun, ranting-ranting menari bersama. Mari kita rayakan hujan. Bersama daun-daun. Ranting-ranting. Pohon-pohon. Rumput-rumput. Kodok-kodok. Tanah basah. Desau angin. Bersama kita melisan syukur.

Mariii, mari menikmati hujan, dalam pakaian berlapis dan kaki telanjang, secangkir cokelat hangat di tangan kiri, dan kenangan-kenangan lama di tangan kanan :)


Sebagai penikmat hujan, saya merasa beruntung tinggal di Desa Hujan, terutama beberapa minggu belakangan ini--ketika saya bisa bangun dan pergi tidur ditemani rintik hujan, dan menyapa pagi mendung yang berwarna lembayung ...



Oh ya.. di ruang waktu yang sejak kebelakangan ni terasa makin suntuk ni... apa kata kita sudahkan satu lagi tag yg simple.. (buat masa sekarang, hanya tag simple je yg boleh buat)..
tag dari dek Aqies yg cute tu.. tentang tulisan tangan

jawab jew soklan yg di kehendaki..
sila tulis gune tulisan asli tangan anda..
tulis atas kertas
amek la gamba dan paste kan kat blog anda
taq kan utk 6 org yg len lak **saya bagi 3 orang je.. bolehkan??**


Your name/username:



Left handed or Right handed:




Favorite letter to write:



Least favorite letter to write:

Errrr... sofea??? siapakah???


Write "The Quick Brown Fox Jumps Over The Lazy Dogs":

musang kelabu yang cepat, lompat lintasi anjing pemalas... errkkk!!


Tag 6 people **3 sahaja**







Selesai sudaaaaaahhhh... sekian