Wednesday, October 1, 2008

Salam Lebaran

Andai jemari tak sempat berjabat
Jika raga tak bisa bersua
Bila ada kata membekas luka...
Semoga pintu maaf masih terbuka...

Bila kata merangkai dusta...
Bila langkah membekas lara...
Bila hati penuh prasangka...
Dan bila ada langkah yang menoreh luka...
Mohon bukakan pintu maaf...


Selamat Aidil Fitri
Mohon Maaf Zahir Batin

Tuesday, September 30, 2008

Demi...

Hari ni dapat satu bungkusan besar dan agak berat... saya dapat sebuah buku KISAH PARA NABI - yg berketebalan 986 muka surat... satu naskhah penulisan yang giler punya tebal. Mulanya tertanya jugak siapa yag baik hati memberi buku ini kepada saya... rupanya buku ni merupakan hadiah kepada saya (selain wang honorarium) kerana hasil tulisan saya telah diterbitkan oleh sebuah syarikat penerbitan - GISB...
Gembira? ya, sangat genbira. Saya suka membaca. Tetapi bila melihatkan pada ketebalan buku tersebut yang ke arah kitab saya tahu ia memerlukan tahap kesabaran dan ketekunan yang tinggi untuk menghabiskannya... Maklum, membaca buku-buku berunsur kitab ni bukanlah semudah membaca novel-novel cinta.... dan lebih sukar juga berbanding membaca buku-buku motivasi... semoga saya mempunyai kecekalan untuk menghabiskan membaca buku tebal ini...


Demi 1
Beberapa hari yang lalu, 'Orang belah sana' hantar sms, katanya dia baru bershoping membeli keperluan membuat kuih raya... setelah membuat bayaran, dia meminta izin kepada gadis cashier utuk meletakkan barang itu sebentar di meja cashier tersebut kerana dia perlu ke kedai berhampiran untuk mencari barang keperluan lain, dan setelah urusan selesai dia akan mengambil semula brang tersebut....

Entah macamana, dia terlupa... setelah urusan membeli barangan keperluan selesai, dia terus hidupkan kereta dan melupakan barangan yang ditinggalkan sebentar di meja cashier... tiba di rumah barulah disedari yang dia telah tertinggal barangan tersebut.
Dia tanya pendapat saya, perlukah dia balik semula ke pasaraya tersebut utk mngambil barangan itu sedangkan letak duduk rumahnya dengan pasaraya berkenaan - memang jauh juga.

saya yang perasan sibuk masa tu terus tekan tekan telefon dengan pantas hantar SMS:

“Pergilah ambil semula, demi..”

Ops!, saya tak sempat habiskan ayat SMS, tapi dah tertekan butang ‘send’, saya sepatutnya habiskan ayat dengan menulis … “Pergilah ambil semula demi mengelakkan pembaziran, sebab barang yang tertinggal tu pun, byk jugak..."

Tapi takpelah, saya harap dia faham, lalu saya terus sambung kerja tanpa hantar SMS susulan, dan seperti yang di duga, dia balas SMS balik:

“demi apa?”

saya terus balas SMS:

“demi cintaku padamu”

YIHA!!

Ps: Demi sesungguhnya, membazir itu amalan Syaitan....

Demi 2

Tersebutlah, beberapa hari lagi sebelum berakhirnya Ramadan, kelihatan seorang rakan yang baru keluar dari klinik pergigian sambil menayangkan giginya yang putih bersih kesan langsung daripada kerja kerja mencuci gigi oleh doctor gigi pakar, lalu tersengih-sengihlah mamat ni seperti tyrannosaurus yang bangga dengan giginya yang bersih dan kuat.. tentunya dia dapat beraya dengan bangga juga.

Dan kehidupan mamat itu berubah selepas mencuci gigi kerana semenjak dari itu, apabila masuk sahaja waktu solat, dan apabila masing masing menolak diri enggan menjadi imam solat berjemaah, akhirnya mamat itu yang terpaksa jadi imam setelah dipersetujui oleh semua ahli jemaah dengan alasan :

“Gigi kau lebih putih dari kami..”

Ps: Demi sesungguhnya, kebersihan itu sebahagian dari iman, dan Allah suka dengan orang orang yang mensucikan diri…

Demi 3

Kali ni 'orang belah sana' SMS lagi

“Saya kat bazar Ramadan... ada nak kirim beli apa-apa tak"

pertanyaannya lebih kepada tanya-tanya ayam (macam ajak-ajak ayamlah)

saya pun reply dgn jawapan berunsur jawab-jawab ayam juga (macam ajak-ajak ayam jugaklah)

“Beli murtabak 3 kilo, demi...”

Dia tanya balik.

“demi apa?”

Saya terus balas SMS:

“demi cintaku padamu”


Ps: Demi sesungguhnya, manusia itu mudah lupa…

Demi 4

Hah! ini cerita dari seorang rakan...
Ceritanya macam gini - Kereta yang dia start tak hidup-hidup, lalu seorang kawan yang baru nak pulang dari kerja nampak dia terkial kial lalu datang menghampiri..

“kenapa?”

“kereta ni tak hidup, macam takde bateri, tapi jika aku bukak radio, hidup”

“bateri lemah kot?”

“agaknyalah”

“dah berapa lama tak tukar bateri?”

“Dah dekat 3 tahun rasanya”

“Patutlah, ni nak kena tukar baru, kau ada ‘jumper’? charge pakai bateri kereta aku”

“takde..”

Kemudian datang lagi seorang rakan dan tanya, Kenapa?
Lepas tu berulang balik jawapan macam tadi, bateri lemah, dekat tiga tahun dan tiada jumper..

Tak lama lepas tu datang lagi seorang rakan dan tanya, Kenapa?
Lepas tu berulang balik jawapan macam tadi jugak, bateri lemah, dekat tiga tahun dan tiada jumper..

lepas tu, datang lagi seorang rakan dan tanya, Kenapa?
Lepas tu jugak, berulang balik jawapan macam tadi gak, bateri lemah, dekat tiga tahun dan tiada jumper..

Tidak beberapa lama kemudian, datang lagi seorang rakan dan tanya juga, Kenapa?
Dan lepas tu berulang balik jawapan macam tadi jugak, bateri lemah, dekat tiga tahun dan tiada jumper..

Datang lagi yang lain, bateri lemah, dekat tiga tahun dan tiada jumper..

Datang yang lain pulak, bateri lemah, dekat tiga tahun dan tiada jumper..

Arghh!!!, Kawan saya tersebut dah penat dah nak explain condition keretanya pada semua rakyat Malaysia yang prihatin.., Katanya dia macam nak rakam jawapan lengkap dan Onkan player bila ada yang tanya.., pendek cerita semua rakyat Malaysia yang prihatin tu takde ‘jumper’ dalam kereta, jadi sebulat suara bersetuju untuk tolak kereta dia sampai hidup..

Inilah pengalaman pertama dalam hidupnya, kereta dia di tolak orang untuk ‘hidup’..

Hari tu dia dapat satu ilmu baru, kaki tekan clutch, masukkan gear satu, bila kereta di tolak, lepaskan clutch dengan pantas dan tekan minyak terus, ajar seorang rakyat Malaysia yang prihatin pada dia akan bagaimana nak hidupkan kereta tanpa bateri..

Maka mereka pun tolak..,

Tapi dan tiga kali tolak tak berjaya jugak..

Dahlah bulan puasa, kesian kat mereka..

Tiba tiba baru kawan saya tu perasan, ketika mereka tolak kereta dia tu, ada satu benda yang dia tak buat, kalau dia tanya mereka tentang apa yang dia lupa buat tu, nampak bodoh pulak soalan tu, dan ceritnya, dia pun ‘buat’ secara senyap-senyap apa yang dia lupa buat dan merayu agar mereka tolak lagi sekali dan kali ni dia akan berdoa dengan sungguh sungguh, pujuk kawan saya pada mereka yang menolak..

Maka dengan izin Allah, Sekali tolak, kereta terus hidup, broom!

Mereka gembira kepenatan, itulah, kena doa sungguh sungguh dulu, kata salah seorang rakyat Malaysia yang prihatin..

Kemudian kawan aku pun berterus terang, tadi.., "aku lupa nak ON kan suis kereta.."

Dalam kepenatan setelah menolak kereta , mereka tak marahkan kawan saya tu, tapi mereka pakat pakat ketawakan dia! - saya pun turut ketawa sampai senak-senak perut....

banyak pengajaran dalam cerita ini, antaranya adalah, bateri bila dah setahun setengah memang nak kena buat tindakan, lepas tu jika tak nak buat tindakan, jangan lupa bawak ‘jumper’ dalam kereta, dan akhir sekali bila nak tolong tolak kereta ke, bas ke, lori ke, kapal terbang ke, pastikan driver tu ON kan suis kenderaan….

Ps: Demi sesungguhnya, ingat-mengingati dan tolong menolong itu bermanafaat bagi orang-orang yang beriman…

Demi 5

'Orang belah sana' SMS pada hari yang lain,

"Saya nak buat bubur lambuk... awak nak tak... kalau nak, nak balik nanti datng singgah rumah saya dulu..."

Saya reply:

“Bubur lambuk?? buat banyak-banyak sikit tau ... demi”

….

Eh, pelik, dia tak reply pun SMS macam biasa untuk tanya balik ‘demi’ apa...

Saya pulak yang tak sabar dan telefon..

“Kenapa awak tak tanya ‘demi’ apa?”

“Dah tahu, demi cintaku padamu..”

“tak, saya bukan nak bagitahu, ‘demi cintaku pada mu’ macam biasa, tapi ada ‘demi’ lain..

“demi apa?”

Nanti saya SMS, segan nak cakap..

Pendek cerita, lepas tu, saya pun taip SMS dan sent kat dia..

“demi SESEUNGGUHNYA, aku cinta pada mu”

YIHAAA!

“DEMI ALLAH Aku cinta padamu ”