Thursday, October 9, 2008

Duit raya... SEPOSEN... huh! SEPOSEN???? edisi khas malam jumaat...

Ok... macam ni.. time raya bila tgk budak-budak beraya yg tujuan utamanya adalah nak kumpul duit raya - teringat saya zaman budak2 dulu... halnya tetap hal yg sama. raya nak kutip duit.

Tapi bila dah dewasa (tualah) kita mula sedar bahawa raya ni bukanlah utuk kutip duit raya lagi. tapi sebagai hari kemenangan setelah sebulan berperang dengan nafsu.

Sebagai tanda kesyukuran di atas kejayaan kita sepanjang Ramadan, masa beraya kita bersedekah kepada kanak-kanak barang seringgit dua, supaya kegembiraan ini diraikan...

TAPI... raya tahun ni, lain pula jadinya. Beban hidup kita tiba-tiba semakin memberat bila diorang menaikkan harga minyak sampai 41% (wadehel)... Jika dulu-dulu petrol berharga RM10 kita boleh memandu untuk lebih 100km, hari ni RM10 hanya boleh buat bayar utk 4 liter petrol. Bukan tu je... harga makanan sudah naik mendadak sampai roti canai pun berharga 80sen hingga singgit sekeping.. itu pun saiznya dah makin halus... nipis... - tak lama lagi, takut jugak jadi sehalus dan senipis sutera...

4 bulan lalu. diorang mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen seliter sebab harga kat pasaran dunia dah mencecah USD140 setong. Kadar tukaran asing masa tu - RM3.20 bagi setiap USD. Harga RM2.70 itu sebenarnya lebih mahal drpd harga sebenar ketika itu. Kita boleh buat apa? hanya mendengus... then tambah dosa dok mengutuk, mengeji... Nak mogok, nak demonstrasi... ISA dok tunggu... (wadehel)

Tapi hari ni, harga minyak dunia TURUN MENDADAK sampai melepasi paras USD100 setong. Diorang masih dok berhujah tentang kedudukan tukaran asing kita yang sebenarnya tidak banyak berganjak. Sekitar RM3.4 bagi setiap USD.(Wadehel)

Kalau nak kira dengan faktor2 sekeliling, sepatutnya harga petrol sekarang sehabis mahal pun antara RM2.15 hingga RM2.20 seliter. Tapi kenapa pulak kita masih perlu bayar RM2.45 seliter? Tak patut sangat2 diorang naikkan harga minyak sebanyak 78sen seliter sebelum ini sebab perkara tu jadi bebanan luar jangkaan untuk kita.
TAPI... (ada tapi lagi), bila harga minyak dunia dah turun secara MENDADAK... Diorang cuba pulak berdalih, cari formula sesuai untuk turunkan harga minyak.(wadehel)

Kita dengar ketua pembangkang -DSAI- tawarkan nak turunkan harga minyak sehingga 50sen seliter kalau Pakatan Rakyat memerintah - then, Diorang pun tak nak kalah... Diorang kata KEMUNGKINAN harga petrol akan turun 30sen seliter berdasarkan harga semasa. Kita pun bergembiralah sebab akan dapat duit raya lebih dengan penurunan harga tersebut - konon-kononnya.

TIBA-TIBA ... Diorang hanya luluskan SEPOSEN saje walaupun harga minyak dunia sudah merosot melebihi USD40 setong. Dasar KABINET HAJI BAKHIL... (Wadehel).

Hahahaa... gelak ramai-ramai... ada ke kita dapat duit raya SEPOSEN, padahal diorang dah untung besar masa harga minyak naik, dan diorang juga dapat untung dari penurunan harga minyak dunia sekarang ni sebab diorang dah tak payah lagi tanggung subsidi yang tinggi..

Huhu.. Diorang lagi suka tengok kita susah, merempat, sengsara... asalkan ANAK MENANTU diorang terus kaya raya... Mungkin Diorang suka sangat-sangat bila dapat tengok MENANTUNYA dari Kampung Dusun boleh pandu kereta ke sana kemari dengan bapak kereta dengan DUIT KITA digunakan untuk isi minyak keretanya.

Dalam keadaan yang sangat terdesak sekarang pun, diorang masih ada hati lagi nak tindas kita. Tak mustahil kita akan mati tersepit kalau diorang terus duduk atas TAKHTA...

"Duit raya tahun ni... SEPOSEN shj ya... banyak songel pulak!! nasib baik aku tak bagi 5sen"...

Oklah... Apa-apa pun, terima kasihlah kita ucapkan pada diorang sebab bagi kita duit raya SEPOSEN tu pada kita. hmmm, apa-apalah....

Wednesday, October 8, 2008

amalkan terus budaya ziarah...

Dan kita perasan tak?, takbir hari Raya Aidilfitri, hanya di sunatkan daripada waktu berbuka puasa di akhir Ramadhan sehinggalah ke solat hari raya sahaja, dalam 15 jam sahaja lebih kurang, lepas solat Hari raya dan tak di sunnatkan takbir lagi, kenapa ek? Tak macam takbir Hari Raya Haji, di sunnatkan sehingga mencecah lebih tiga hari, kenapa ek?

Mungkin pada pendapat saya yang bukan Ustaz Ulamak ni, jika Allah sunnatkan bertakbir sampai hari raya enam misalnya, maka dah tentu ada antara korang yang akan pakat-pakat duduk dalam rumah masing masing dan malas nak pergi ziarah dengan alasan nak bertakbir sambil layan TV..

Tapi tulah hikmahnya, sunnat bertakbir hanya sampai solat hari raya, maka korang kenalah ‘lenjan’ habis habisan pergi ziarah semua orang kampong, pergi dari rumah ke rumah, dari pintu ke pintu, niat hanya kerana Allah, dan ketahuilah bahawa, amalan ziarah ni akan kekal sampai bila-bila, dalam syurga dah takde orang solat, puasa atau pergi Haji, tapi dalam syurga, semua ahli syurga akan ziarah antara satu sama lain, dan kemucak ziarah adalah, menziarahi Allah SWT.

Jadi, jika kita nak masuk syurga, kenalah rajin buat amalan ahli syurga, rajin buat program ziarah semata mata kerana Allah, jangan tunggu hari raya sahaja, kalau boleh seminggu sekali korang kena ziarah jiran korang, sebab Nabi bagitahu, ‘julat’ jiran kita adalah 40 buah rumah kiri dan kanan, dan ada tempat khas untuk mereka yang buat ziarah di bawah arasy kelak.. pendek kata, nak masuk syurga, kenalah banyak buat amalan ahli syurga, kan?

Dan ziarah yang paling Allah suka adalah ziarah semata mata kerana Allah, bukan ada tujuan lain, seperti nak memancing... (er cthnya memancing anak dara orang atau memancing undi atau memancing kat kolam ikan belakang rumah orang), kutip derma ke, atau pinjam kicap ke, pinjam kacip fatimah pun bukan, semua tahu sudah, pergilah belajar ziarah dengan mereka yang sentiasa berulang alik ke masjid… itulah maksud ‘life goes on’ sebenarnya!

Dan bersaksilah bahawa mereka adalah ahli syurga!

Tuesday, October 7, 2008

Tak pernah menyesal

Life has been personally nothing but grey too lately. It rains almost everyday and this morning we had another series of soft rain dripping from the sky. I love it. I love seeing it touch the window and create dotted pattern. I love seeing it dripping down to the ground and making splash.

On the other side of equation, my job is getting more demanding than ever. I started to miss things that I should not miss, forgetting things I should not forget. Something like, quiet lunch and deep conversation with my friends.

I have a few real close friends... friends I turn to when I'm feeling down and friends who gather around me when I need them….and when things turn sour, I always have them to turn to. A shoulder to cry on, a cool head to talk to. Someone to console me and to calm me down, and someone to tell me I fucked up when I needed telling. God knows how I'd be if I dont have them.. hahaha
I do not regret much nowadays. I know there is a reason things end up the way it did. That there is a reason I made my choices the way I did. I may end up getting hurt or losing, or I may even end up in physical pain, but I say to myself that there is a reason it ended up the way it did. So I now look forward to discovering what it is that I am fated to have. The outcome of the choices that I made.

I hope the sky will turn blue sooner rather than later

Sunday, October 5, 2008

Tidak Sekadar Budaya Bermaafan....

"Sepatutnya dah selesai... Kata dah kosong-kosong. Ni tak... Masih ungkit-ungkit lagi. Masa raya dah mintak maaf bukan main lagi... ni dah nak gaduh balik semula..." Wajah anak saudara yang berumur 15 tahun itu berkerut-kerut hendak mengadu...

"Kenapa macam tu pulak??" Tanya saya dengan nada simpati. Wajah anak saudara saya yang berkerut itu jelas menunjukkan resah.

"Tak tahulah Pak Anjang... Kami dah bermaaf-maafan tapi masih macam gitu jugak... Nampak gaya macam maaf tak menjadi je. Pak Anjang kan selalu ada idea. Kenapa jadi macam tu hah?.."

Saya ketawa sedikit. Memang di kalangan anak saudara dan sepupu-sepupu juga saya dipandang begitu, Pak Aanjang banyak idea, kata mereka... Rakan-rakan karib juga beranggapan begitu.. heheh..

Saya yang dah mula perasan bagus ni, berfikir sejenak sebelum menjawab.
"Maaf tu kerja hati, kerja tangan atau kerja lidah?" Tanya saya.
Nampak dia terkejut.
"Errr... errr, pada saya, semuanya..."

"hmmm... betul!! Mulut mengucapkan, tangan bersentuhan, hati merelakan... Masa minta maaf tu, Ketiga-tiganya buat tak?" tanya saya lagi...

"Entahlah Pak Anjang... Tangan dgn mulut tu adalah. Tapi hati, tak pasti pulak... Kita bermaafan dalam suasana raya, ramai orang... sambil makan minum pulak tu. Tak perasan..."

"Hmmm... patutlah pun. Yang penting sekali, hati tu mesti merelakan. Hati tu raja dalam diri. Tangan dgn mulut tu cuma orang suruhan. Kalau raja tak rela, tak cukup syaratlah maaf kita," jelas saya ***ayat macam bagus je aku ni***

"Pak Anjang rasa, saya salah ke... dia yang salah?"

Saya pelik sendiri...
"Hah... Siapa yang mintak maaf, dia ke kamu?"

"Tak pastilah Pak Anjang... Raya, biasalah. Semua orang mintak maaf." Jawab dia sambil garu kepala.

"Nilah masalah dia. Tak jelas siapa yang mintak maaf dan siapa yang beri maaf. Siapa yang salah? Salah kamu ke, salah dia?"

"Salah saya Pak Anjang..." Perlahan dia menjawab.

"So, kamulah yang kena mintak maaf dan dia yg patut bagi maaf. Kamu buat salah apa dengan dia?" Saya cuba mengorek...

"Hah!!! errrr... malulah pak Anjang..." dia jawab lagi sambil garu di bahagian belakang kepala pula.

Saya senyum.
"Kamu boleh malu depan Pak Anjang, tapi jangan malu depan dia. Kamu kena sebut apa salah kamu, barulah dia boleh buat keputusan nak maafkan atau tak."

"Seganlah Pak Anjang..."
"Kalau segan, itu bukanlah mintak maaf secara ikhlas. Jadi patutlah dia ungkit semula."

"Habis tu, semua orang tak buat gitu pun... main salam dengan sebut maaf... maaf... maaf je. Takkan kita nak buat lain macam pulak. Nak sebut salah kita satu-satu... eiii susahlah Pak Anjang."

"Memanglah susah. Sebab tu ganjaran Allah pada orang yang mintak maaf tu sangat tinggi. Yang susah sekali bukan nak sebut, nak salam, tapi nak tekan ego kat hati tu. Mengaku yang kita bersalah... Tu yang paling berat."

Dia termangu-mangu... Termenung.
"Apesal tiba-tiba moyok ni?" Tanya saya.

"Errr... habis tu budaya bermaafan yang kita buat tu tak berapa betullah pak Anjang ya?" tanya dia lagi.

"Eh! dah betul... tapi masih banyak yang perlu diperkemaskan. Hidupkan budaya Ikhlas... jgn setakat ucap maaf je. Kena hidupkan jugak budaya taubat... tak akan buat lagi kesalahan yang kita dah buat tu."

"Hmmm... Idea Pak Anjang tu bernas... Tapi istilah 'Taubat' tu macam tak glamer sikit. Selalu taubat ni orang kaitkan dengan Tuhan.."

Saya ketawa kecil..
"Hmmm, sengaja nak guna istilah taubat... Tujuannya memang nak kaitkan dgn Tuhan jugak. Ni, Pak Anjang nak bagi idea sikit..."

"Idea apa Pak Anjang?" potongnya dengan nada sedikit terkejut.

"Kunci perhubungan antara manusia... Kalau ikut pendapat Pak Anjanglah... kena selalu merendah diri. Penting sangat sifat tu. Nak mintak maaf, kena ada rasa rendah diri. Untuk tundukkan ego tu, perlu ada rasa rendah diri. Macam tu jugak dengan orang yang nak bagi maaf tu. Bila kita rasakan Allah Yang Maha Besar pun sanggup maafkan hamba dia, habis tu kita ni siapa tak nak bagi maaf... jangan angkuh sangatlah.."

Dia terdiam lagi.

"Terima Kasih Pak Anjang... Nanti saya nak jumpa balik kawan saya tu. Nak sebut kesalahan saya satu- satu. Lepas tu nak minta maaf"

"Baguslah... Budaya bermaafan tu sinonim dgn hari raya. Tapi Budaya taubat tu, kena segera!"


Baru pulang dalam kepenatan

Tidak bermasalah rasanya kalau waktu raya pun kita menulis tentang sesuatu yang tiada kaitan dengan sambutan hari raya ya?

Hari ni baru balik dari kampung (Terengganu) Penat, lelah masih bersisa...
MY RAYA dekat kampung??? It was certainly a different Hari Raya this year for me (and family), because it's the first time that we celebrate without my grandmother. So the days in kampung have been quiet with not too much excitement... Kecuali ketika mandi laut (tidak dikira sebagi aktiviti raya)... ketika ini barulah terasa nikmatnya berada di kampung...

sehari dua (termasuk hari ini) saya tidak langsung berkesempatan untuk memegang telefon bimbit saya... ia tiba-tiba menjadi rebutan antara anak-anak saudara (kerana game yg ada di dalamnya). saya walaupun bimbang juga mengenai keselamatan telefon tersebut, tetap juga merelakan anak-anak buah saya mempergunakannya - kerana esok rumah bonda ini akan kembali sunyi... sementara ini, biarlah mereka beriuh-riuhan dgn telefon kesayangan saya tersebut (cuma yg dibimbangkan kalau-kalau ada panggilan telefon dari rakan dan saya tidak dpt menjawabnya - harap maaf kepada sesiapa yang berkenaan)

On a lighter note.... my working life seemed to spin 10 times faster... imagine... so many job need to be planned and done. I spent every minute of my time trying to tied up some loose ends but when I tied this end, that end got unraveled again.. I was quite surprise that I found myself quite in tune with the athmosphere. They are getting merrier and smarter. Or it's me becoming older? hikss..hikss.. Don’t get me wrong, I was not afraid of them. I have never been and I never will. But to be able to swim, I need to have clear mind. And peace at heart. Something that I doubt that I will keep on having, had I welcomed the challenge. I need something fresh to relax myself..
Am I being too ambitious?


....rasanya tersangat lama ingin menulis + mengarang cerita.... ketika mula menaip nie.. datang sedikit semangat yang membara, bermotivasi untuk menulis tentang lebih banyak perkara dan cerita. Tapi selalunya semangat itu larut.. hanyut ketika dihadapkan dengan tugasan pejabat yang bertimbun-timbun di depan mata, hinggakan impian untuk menulis dah jadi malas dan akhirnya tak tertulis lagi... tapi kali ini tidak ada 1001 alasan lagi....

Katanya.... pengaruh seorang penulis ~ adalah mood. Mereka mampu menulis dengan baik kalau sedang mood. Tapi, mereka akan berhenti menulis kalau tidak lagi ada mood. Soalnya: menulis atau tidak, bergantung pada mood saja ker?

Apa ya, yang kita inginkan dari sebuah tulisan atau catatan? Apa yang pernah kita bayangkan tentang tulisan kita sendiri? Sebuah perubahan dari sudut pandangan secara peribadi? Sebuah peristiwa emosi ketika pembaca dikocak perasaannya? Atau sebuah tulisan yang sekadar menjadi pengisi masa terbuang?

Apa ya, manfaat yang kita inginkan dari setiap tulisan ini? Dan, apa manfaat yang ingin sekali kita berikan kepada pembaca melalui setiap tulisan ini?

Ramai yang berkata: "Saya ingin jadi penulis! Tetapi mereka malas membaca, malas untuk mula menulis. Kalau begitu, sampai bila-bila pun mereka tak akan jadi penulis. Sedangkan menulis adalah salah satu bentuk komunikasi dan refleksi kebijaksanaan seseorang yang diperlukan dalam perkembangan mereka itu sendiri dan masyarakat sekelilingnya...

Ianya bermula dengan...... mempunyai catatan harian seperti di blog, multiply, dan website personal, fotopages jugak... kita bebas menulis apa yang kita ingin rasakan.. dan kita alami setiap hari. Ia sebenarnya mampu melatihkan diri kita menjadi lebih efektif terutama bagi mereka yang ingin menjadi penulis.

Nampak macam mudah?

Katanya... latihlah terus kemahiran itu dengan"melukiskan" ruangan, alam terbuka, orang-orang disekeliling, pekara yg berlaku disekitar kita dan sebagainya. Lalu kembangkan imaginasi kita.. luaskan dunia bacaan kita!

Dulunya... ketika masih lagi naif dalam dunia penulisan ini, selalu terfikir begini.... kadar intelektual seseorang diukur dari cara ia menggunakan bahasa ~ menulis perlu ada ketrampilan gaya berbahasa. Tulisan mampu menjadi lebih berkualiti dengan lenggok bahasa yang teliti dan bergaya, dan ini akan membuat tulisan kita lebih kaya dan unik. Kerana takut dan malu dikritik, akhirnya karya-karya itu hanya mampu disimpan dalam folder entah sampai bila.

Menurut tips petua menjadi penulis itew.... tak perlulah terlalu resah dengan ayat 'bakat'. Bila kita merasa diri tak berbakat, sebenarnya kita jugak mampu menjadi penulis hebat, asalkan punya tekad dan suka membuat latihan.

Hmmmm.... SELAMAT HARI RAYA KE 4....