Saturday, April 18, 2009

Ada apa dengan 'TULISAN'...

On a lighter note.... my working life seemed to spin 10 times faster... imagine... so many job need to be planned and done. I spent every minute of my time trying to tied up some loose ends but when I tied this end, that end got unraveled again.. I was quite surprise that I found myself quite in tune with the athmosphere. They are getting merrier and smarter. Or it's me becoming older? hikss..hikss.. Don’t get me wrong, I was not afraid of them. I have never been and I never will.

Ok.. sebelum saya teruskan... sekali lagi... saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga pada Kak Tirana.. sebabnya - sebab telah sekali lagi menyenaraikan nama saya dalam list penerima hadiah beliau..


Yeah... terima kasih sebab menyukai blog saya yang tak seberapa mana sangat ni... dan ya. Untuk kak Tirana... I LOVE YOUR BLOG TOO... terima kasih banyak-banyak.



....rasanya tersangat lama ingin menulis + mengarang cerita.... ketika mula menaip nie.. datang sedikit semangat yang membara, bermotivasi untuk menulis tentang lebih banyak perkara dan cerita. Tapi selalunya semangat itu larut.. hanyut ketika dihadapkan dengan tugasan pejabat yang bertimbun-timbun didepan mata, hinggakan impian untuk menulis dah jadi malas dan akhirnya tak tertulis lagi... tapi kali ini tidak ada 1001 alasan lagi....

Baru-baru ini.. seorang teman bertanya... "macam mana kau boleh menulis dengan hebat??"... (penulis yang hebat tau?)... haha... saya hanya tergelak sambil berkata - "kau ni, mengarut jelah"... haha.. hebat ke?? hahaha.. macam kelakar je bila orang kata macam tu.. kelakar...

saya menulis apa yang ingin saya tulis mengikut apa yang terlintas dalam daya fikir saya... tidak ada sebarang kehebatan pun. Dan tak pernah merasai apa yang saya tulis sebagai hebat.. hahaha.. kelakar je... Yang penting semua orang pun hebat juga. Menulis dengan cara dan gaya masing-masing... saya tak merasakan saya hebat dalam penulisan... Tapi - mungkin 'Tersendiri' dengan gaya saya.. hmmm.. agaknyalah... - dan ya... Anda juga, masing-masing juga tersendiri dengan nilai-nilai tersendiri...

Katanya.... pengaruh seorang penulis ~ adalah mood. Mereka mampu menulis dengan baik kalau sedang ada mood. Tapi, mereka akan berhenti menulis kalau tidak lagi ada mood. Soalnya: menulis atau tidak, bergantung pada mood saja ker?

Apa ya, yang kita inginkan dari sebuah tulisan atau catatan? Apa yang pernah kita bayangkan tentang tulisan kita sendiri? Sebuah perubahan dari sudut pandangan secara peribadi? Sebuah peristiwa emosi ketika pembaca dikocak perasaannya? Atau sebuah tulisan yang sekadar menjadi pengisi masa terbuang?

Apa ya, manfaat yang kita inginkan dari setiap tulisan ini? Dan, apa manfaat yang ingin sekali kita berikan kepada pembaca melalui setiap tulisan ini?

Ramai yang berkata: "Saya ingin jadi penulis! Tetapi mereka malas membaca, malas untuk mula menulis. Kalau begitu, sampai bila-bila pun mereka tak akan jadi penulis. Sedangkan menulis adalah salah satu bentuk komunikasi dan refleksi kebijaksanaan seseorang yang diperlukan dalam perkembangan mereka itu sendiri dan masyarakat sekelilingnya...

Ianya bermula dengan...... mempunyai catatan harian seperti di blog, multiply, dan website personal... kita bebas menulis apa yang kita ingin rasakan.. dan kita alami setiap hari. Ia sebenarnya mampu melatihkan diri kita menjadi lebih efektif terutama bagi mereka yang ingin menjadi penulis.

Nampak macam mudah?
Katanya... latihlah terus kemahiran itu dengan"melukiskan" ruangan, alam terbuka, orang-orang di sekeliling, pekara yg berlaku di sekitar kita dan sebagainya. Lalu kembangkan imaginasi kita.. luaskan dunia bacaan kita!

Dulunya... selalu terfikir begini.... kadar intelektual seseorang diukur dari cara ia menggunakan bahasa ~ menulis perlu ada ketrampilan gaya berbahasa. Tulisan mampu menjadi lebih berkualiti dengan lenggok bahasa yang teliti dan bergaya, dan ini akan membuat tulisan kita lebih kaya dan unik. Kerana takut dan malu dikritik, akhirnya karya-karya itu hanya mampu disimpan dalam folder entah sampai bila.

Menurut tips petua menjadi penulis itu.... tak perlulah terlalu resah dengan ayat 'bakat'. Bila kita merasa diri tak berbakat, itulah yang mematahkan semangat untuk menulis. sebenarnya kita jugak mampu menjadi penulis hebat, asalkan punya tekad dan suka membuat latihan.

hmmmmmm... gitulah kot...


Menurut James Peannebaker, menulis boleh menjadi satu "terapi diri" atau bahasa umumnya: menghilangkan stress! Malah kekadang menulis mampu menolong orang lain..

Tuesday, April 14, 2009

Andrew...

Saya mengenalinya pada hari pertama saya mendaftarkan diri di pusat pengajian tinggi di ibu kota… Dia begitu segak berkemeja hijau muda tampil bersama gaya rambut yang saya kira begitu elegan pada ketika itu… Melihat pada matanya yang separa sepet menjeling tajam – yang terlintas pada fikiran singkat saya hanya satu ~ dia sombong!!..

Kami tidak berbicara apa-apa, sehinggalah tatkala saya menemuinya semula di kolej kediaman ke 10… Terkejut saya bukan sedikit… Pemuda cina itu – adalah teman sebilik saya…

“Saya Andrew… Asal Kuala Lumpur,” dia bersuara sambil hulurkan tangan… salamnya saya sambut. Wah! Dia fasih berbahasa Melayu…

Sejak itu dialah rakan karib walaupun berlainan jabatan pengajian. Saya major di Jabatan Pengajian Media dan dia menekuni ilmu di Jabatan Seni Persembahan. Seperti saya, dia juga anak keempat dari anggota keluarganya.. bezanya dia tidak berabang… dan saya tidak berkakak…

Setahun mengenalinya, terdetik juga di hati saya apa dia ini memang ikhlas bergaul dengan orang-orang melayu. (anehnya dia tidak terlalu rapat dengan rakan-rakan sebangsanya) dan apakah motifnya rapat dengan saya. Pun saya cuba padamkan wasangka. Saya terus bersahabat dengannya hari demi hari demi hari demi hari……

Hinggalah pada ketibaan Ramadan pada satu tahun… terkejut saya bila dia berkata,
“Aku nak sahur dengan kau, nanti jangan lupa ajak aku.”
Saya terpana… dan mula yakin dengan kejujurannya bertutur dalam lenggok bahasa Melayu padahal dia terdidik di sekolah Aliran Inggeris (MGS). Yakin dengan kesungguhannya… dia berbaju melayu bila hari Jumaat yang pada saya melebihi pelajar-pelajar melayu yang lain.. saya mula yakin dengan ketulusannya bersahabat dengan saya selama ini.

Pada tahun kedua…
“Aku dah reserve kan bilik untuk kau.”…
Sebagai pembantu pelajar, dia berhak memilih roommate…

“Eh! Kita nak jadi roommate lagi ke?”

“Yalah… kan aku dah kenal kau, kau pun dah kenal aku.” Jawabnya agak selamba..

Tahun ke dua meyambut Ramadan di kolej, dia masih mengulangi amalan berpuasa…
Saya sekali lagi terharu… Dia ikut mengambil makanan di kafe, menunggu azan Maghrib berkumandang dan dinihari sama-sama bersahur. Malah dia pula yang selalu utarakan pertanyaan “Kau pergi tarawih tak malam ni?”…

Diam-diam saya anggapnya sebagai adik beradik saya sendiri.

Waktu sesekali keluar membeli-belah, apabila masuk waktu solat dia akan berkata, “Nanti aku carikan surau untuk kau.”…
Dan pengalaman manis yang tak akan saya lupa sampai bila-bila, saat saya mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran pada malam-malam Ramadan dia akan duduk di sebelah saya dan mendengarnya penuh minat.

Hanya sewaktu tahun ke tiga dan keempat pengajian… kami bukan lagi teman sebilik. Tetapi Andrew masih lagi mencari saya, lebih-lebih lagi ketika Ramadan bermula. Pertanyaannya yang menusuk hati saya.. “Nanti engkau nak berbuka kat mana?”.. dan saat Syawal menjelma bicaranya “Jangan lupa kuih raya untuk aku tau!”

Sejak itu, saya selalu mendoakan agar Allah memberi dia ‘Nur’ dan ‘Hidayah’… saya mula menghadiahi atau meminjamkan buku-buku agama berkenaan motivasi atau penghayatan Islam – sementelah kami berkongsi minat yang sama--- BUKU….

Saya perhatikan dia memang meminati budaya melayu. Cuma bila pula dia akan mencintai Islam? Ada masa, saya berseloroh dengannya… “Kau ni.. bila lah agaknya nak jadi Muslim ya?” dan dia menjawab… “Sabarlah… akan tiba jugak masanya..”

Kami agak renggang bila masing-masing menamatkan pengajian dan bekerja, kerana hambatan masa… Namun, kad ucapan hari lahir, kad selamat hari raya (pernah dia tulis nama saya dan namanya dalam tulisan jawi), telefon.. emel.. SMS menjadi penyambung persahabatan…

Ketika dia berkhidmat sebagai pensyarah di kolej swasta, sesekali saya menjenguknya. Ada ketikanya kami keluar bersantai sambil bercerita di restoran makanan segera yang digemarinya…

“Kau ni, bila lagi nak jadi Muslim?” saya memang tak pernah lupa membariskan pertanyaan itu bila bersua dengannya…
“Kau ni tak reti sabar ke? InsyaAllah,” Jawabnya seakan marah… saya maklum sikapnya dan hanya ketawa…

Dan ketika saya menamatkan pula pengajian saya dalam bidang seni reka graphic (secara sambilan) dan saya diterima kerja di bidang ini pula… rutin hidup menjadi sangat sibuk dan rumit. Saya pasti begitu juga dengan dia… Kami tidak ada ruang bertemu. Malah kami jarang juga bertelefon… Hanya emel sebagai penyambung – dan saya pula menjadi begitu malas membuka peti emel… hah!

Sehinggalah pada bulan Ogos tahun lalu… saya menamatkan khidmat saya di Kuala Lumpur… pulang ke Pahang, menabur bakti di tanah kelahiran di bidang yang sama membuatkan ruang saya untuk bertemu dengannya yang telah sedia sedikit menjadi makin sempit (malah langsung macam tak ada)…

Ada ketikanya dia bertanya, “Bila kita nak jumpa?”…
Dan jawapan saya.. “Maaf, aku sibuk sangat!!”… dan hakikatnya memang itu. Sibuk…

Melebihi setengah tahun kami tidak bersua muka…

Dan perkhabaran tengahari itu melalui SMSnya…
“Aku jemput kau ke majlis pernikahanku minggu depan. Nanti aku call kau lagi”… buat saya terpana tak senang duduk… Perkataan NIKAH itu… hahhh

Serta merta saya mendail nombornya… “Bila kau Muslim???”
Dia jawab… “Dah nak masuk 4 bulan”…
Saya membalas, “Sampai hati kau tak bagi tau aku”… seakan merajuk dan kesal…

“Aku sering ajak kau keluar, kau kata kau sibuk… tak apalah kan… apa bezanya beritahu kau hari ni dengan beritahu kau 4 bulan yang lalu?” sekali lagi saya terpana..
Ah!... memang silap saya tidak membuka ruang untuknya menceritakan hari bahagianya… saya membuat persoalan… saya kah bertindak agak kejam… atau memang masa yang kejam, atau saya sendiri kejam kerana membiarkan masa bertindak agak kejam… (hakikat manusia… mulalah menyalahkan perkara lain bila sesuatu perkara berlaku)

Malam itu… memikirkan dia… tanpa sedar saya menangis… jiwa saya tersentuh. Betapa kerdilnya kita sebagai manusia di sisi Ilahi. Seandainya sesuatu perkara itu memang tertulis, memang termaktub, akan memang terlaksana, tinggal lagi cepat atau lambat.
Saya sujud syukur atas kurniaNya menjadikan Andrew Cheng Wong kini Adnan Cheng Abdullah…

Saya menghadiri masjlis pernikahannnya.. (kerana saya berjanji pada diri… biar jauh, biar sibuk…apa pun terjadi, saya mesti hadir)… Kami kejap berpelukan ketika bertemu. Saya bukanlah yang jenis mudah menangis... Tapi... demi Allah tak dapat tahan air mata dari terus gugur…

“Huih, kau pulak yang over… gitu pun nak nangis… macam pompuan...” katanya yang memang sangat tampan berbaju melayu rona cream, bersongkok dan bersampin songket… saya memang tak dapat menahan sebak. Barangkali saya tercuit bila mengenangkan pengalaman persahabatan kami sepanjang tempoh 10 tahun lebih, akhirnya Allah menyatukan kami dalam ikatan persaudaraan Islam… Betapa agungnya dia yang maha Khaliq…

Alhamdulillah perkahwinan mereka direstui keluarga kedua-dua belah pihak.
Tahniah.. Selamat Pengantin Baru, Semoga bahagia ke akhir hayat… sahabatku merangkap saudara Muslimku, Adnan Cheng Abdullah dan pasangannya Nor Mastura Suhaimi!!!...








Dan persoalannya yang terakhir hari itu…
‘Kau bila lagi???’…….