Ada saat-saat tu, ketika tubuh lelah, terlalu lelah. Mata penat telah terpejam... namun benak masih menari-nari. Tak mahu berhenti...
Untuk diri sendiri, kita boleh muhasabahkan diri dengan merespon dan belajar akan kitaran dunia. Ada insan yang "tinggi melangit dan ada insan yang struggling di bawah, di tanah rata". Perkara yang berlaku ada motifnya untuk kita belajar.
Luaskan pemikiran. Buka minda dan bentangkan jiwa nurani seantero maya....
....
Memang manusia tidak penah lari dari kesilapan. Apatah lagi manusia seperti saya. Ada rahmat Allah yang menbuatkan saya terus bersyukur dan menyayangi insan dalam hidup saya sekarang. Dia bukan sahaja membuka minda dan menegur pendirian saya yang acapkali degil, megah menjunjung kemodenan yang seringkali teragung pada unsur kebaratan. Dia bukan sahaja sedarkan saya dari lamunan "Saya bijak... saya tahu apa yang saya buat" malah dia tidak pernah sekali pun lupa mengingatkan saya agar saya tidak lupa untuk berjumpa dan pasrah pada Tuhan saya 5 kali sehari. Bertekak pada nilai hidup yang masing-masing bawa. Pada pendirian bak batu kerasnya yang masing-masing mahu tegakkan.
Walaupun dari keserasian bercinta kami sangat sesuai, waduh! dari segi pemikiran umpama langit dengan bumi....