Dalam hidup ini kita sebenarnya akan selalu terpaksa memilih
Setiap kali sujud ketika sembahyang hati akan mendoakan kebaikan dan sesuatu akan berubah. Bersyukur dengan hidup dan kehidupan yang dianugerahkan. Dijauhkan dari segala bencana. Walaupun masih ada yang tidak kesampaian, saya yakin dalam hidup ini kita tidak akan memiliki semua yang kita inginkan. Tuhan itu Maha Kaya ~ Maha mengetahui ~ Pasti ada hikmah disebalik kejadiannya..
Pernahkah kita menjadi orang lain? Sudah tentu ini bukan membicarakan tentang kegiatan lakonan yang sering dilakukan oleh pelakon drama/filem. Tetapi tanpa kita sedari lakonan sebenarnya sudah menjadi sebahagian dari kehidupan kebanyakkan orang.
Seorang pakar psikologi mengatakan hidup bersosialisasi mengharuskan kita menjadi seorang 'aktor' seketika. Jika tidak, risikonya kita akan membiarkan kejujuran dan keterbukaan kita yang apa adanya memberi kesan tidak baik, disampingnya tentu kesan positif. Anda sebagai contohnya, tak perlu mengatakan "aku bunuh kau" kepada rakan kerja yang sungguh menjengkelkan, meskipun hati anda berkata demikian. Anda juga tidak dapat menyatakan "hodohnya..!" pada seorang wanita yang berpakaian sangat membosankan...
Perlu ada banyak selimut agar anda tetap menjadi seorang yang disukai dalam pergaulan seharian....
Saya terpanar sebentar dengan artikel tersebut yang saya baca dari sebuah buku. Membaca tulisan tersebut benar-benar membuat saya sedar diri. Kita memang seorang pelakon. Pelakon pentas dunia yang paling hebat. Kadang kala kata-kata yang terucap dari mulut kita terpesong dari kata hati kita sendiri. Kerana terlalu menjaga hati orang, hati kita terabai. Sampai bila kita terus jadi seorang hipokrit? Ataupun hipokrit sudah sebati dalam hidup kita masa kini?... Yelah.... semata-mata nak jaga hati orang dengan harapan orang itu menyukai kita?... Perhubungan itu berlandaskan apa sebenarnya?
Salah ke kita berterus-terang? Mungkin orang itu boleh menerima kritikan kita. Bukan untuk menjatuhkan, tapi kritikan membina. Saya juga seorang yang pentingkan diri sendiri, kerana saya harus menjaga hati sendiri....tapi, terluka juga. Seperti orang melihat saya, mereka melihat saya ketawa.... tapi hati saya? saya juga tergolong dalam golongan hipokrit bukan?
Sebagai contoh lainnya, kita melihat pasangan yang sangat bahagia... adakah mereka benar-benar bahagia atau sekadar berlakon agar mereka dilihat sebagi pasangan bahagia? Seperti seseorang menyatakan rasa cinta yang lahir dari hati dengan penuh kejujuran dan keikhlasan, adakah kita terus menerus menerima mereka? Kita tak boleh mempercayai seseorang walaupun kita dah kenal orang itu bertahun-tahun. Sedangkan pantai lagi berubah, inikan pula hati manusia....
Membaca artikel tersebut juga membuatkan saya menjadi seorang pemikir. Sebenarnya bagaimana kedudukan kita? Menjadi seorang hipokrit atau jujur? Mahukah kita menjadi seorang yang jujur hingga dipermain dan diperbodohkan? Atau kita jadi seorang yang hipokrit hingga kita menjadi orang lain yang bukan diri kita?
hmmmmmm