Thursday, October 23, 2008

satu lagi hari yang meriangkan

Sekadar mahu mengingatkan... setiap yang dijadikan Tuhan itu mempunyai nilai agung yang tersendiri dan terasing. Kita semua berbeza dan dipelbagaikan untuk saling memahami dan berinteraksi selain beramal dan berbakti... Percayalah! Jika saya manusia istimewa, begitu juga istimewanya anda....

Ok.. cerita keterujaan yang berterusan...
Hari ini saya menerima sekeping lagi kad raya dari kenalan (maya)... walaupun kad dikirimkan bukanlah kad yang berunsurkan kad raya tetapi niatnya kad tersebut dihantar kan sebagai kad raya - dan dimaafkan juga kerana dekat 'sana' sudah tentulah tak ada kad raya...




Kad ini dikirimkan sebagai balasan kepada e-kad yg saya berikan kepadanya - ahh! tak sangka pula dibalas secara real punya kad... dan apa yg sgt menerujakan saya bila menerima kad ini berbanding kad-kad lain ialah kad ini dikirimkan jauh dari SHEFFIELD, UK....



Hahaha... terasa bagai mahu riak kepada seluruh isi rumah bila dapat kad ni... saya canang kepada semua orang yg ada di rumah bahawa saya menerima kad raya paling jauh...


Terima kasih yang tak terhingga kepada CAPPUCCINO atau pun nama dia... errr... bro! nak isi nama betul ke tak payah ni?? hmmm.. tak payahlah kot.
kita panggil dia CAPPUCCINO cukuplah. Beliau adalah ayah kepada 2 kanak-kanak comel yg wajahnya telah saya potretkan dalam entri yang lepas...
Thanxxx bro... serius saya suka sgt2 atas ketibaan kad ini. Teruja dan terharu sangat-sangat. Rasa macam budak-budak dapat duit raya pulak seronoknya... don't worry... akan dibalas dalam tempoh yg sesegera mungkin...

Sebenarnya saya nak berkisah dengan sedikit kisah malam ni... tapi mengenangkan saya telah di tag oleh seseorang - iaitu ZUL... Jadi ada baiknya kalau saya selesaikan dulu tugasan tersebut. So, kisah yang nak saya kisahkan akan kita baca di entri yang seterusnya...

Tag dari zul kali ni ialah kena senaraikan 10 nama dalam phonebook aku yang pelik/menarik.. lepas tu kena xplain kenapa guna nama gitu... (errr... gitu lebih kurang syarat-syarat penyertaan kot)

Ok. Tak pe... kita mula! antara nama yg ada dalam telefon saya;

1. Man Nila - Seorang dari member rapat saya - kenapa nama Man Nila, bukanlah sebab dia suka pakai baju yang berwarna biru akibat di nila. bukan jugak sebab dia penjual nila. dan dia juga bukanlah orang yang mencipta kata pepatah 'akibat NILA setitik rosak susu sebelanga' - dinamakan sebagai man nila kerana suaranya apabila menjerit nyaring - saling tak tumpah macam suara itik nila - itik nila tu tau tak apa? Alah itik seratilah... ---errrrr... mintak ampun man...

2. Along - Errr... Along tu nama yang pelik dan menarik ke hah?? ish! tak pelik langsung... dan tak menarik langsung juga... abis tu apesal saya isi nama dia kat sini. Ok walaupun nama dia tak pelik, tapi dia ada hobi yang pelik... hobi dia suka kumpul kad prepaid telefon byk2.. kalau masuk bilik dia ada berjuta-juta kad tu tertampal kat dinding bilik... tak ke pelik tu... - oit! salah konsep ni. org nak yang nama pelik, bukan yang hobi pelik.... errr, tak boleh ke yang ni...

3. Faizal Tahir - errrr... sejak bila pulak aku kawan dgn artis ni... errrr... biar betul...

4. Secret admire - Ha, yang ni saya tak tahu sape... dari dulu lagi suka buat miss call... pastu hantar msg jiwang-jiwang yang meremangkan bulu ketiak... bila saya call balik tak mau pulak dia jawab... bila hantar msg tanya siapa, boleh pulak dia jawab "Alah... U tak kenal I ke?"... boleh gituu??

5. Jangan jawab - Eh!... saya pun tak tahu apa motif asal nama sebegini ada dlm telefon saya. Sape dia ni hah? apakah ini beerti setiap panggilan dari dia saya tak perlu jawab - tapi tak pernah pulak dia call... so, macamana saya nak jawab kalau dia tak call... sape dia ni *** Sambil garu-garu kepala***

6. Nona Rogayah - Haha, walaupun namanya terdengar begitu unik dan antik yang menggambarkan betapa jelitanya tuan yg empunya nama - tapi hakikatnya apalah yang ada pada nama sebab dia ni bukanlah seorang wanita walau pun dia jelita...

7. Awek Aseng - Seorang awek kepada kawan saya yang bernama Aseng - tapi saya tak tahu sape nama awek tu... pelik tak?? pelik laa, sebab awek tu lawaa sioootttt...

8. Wajah pujaan hamba - errrrrr... heheh (apa sengih-sengih)

9. Layan je - Ni satu lagi nama dan nombor yang tak dikenali... tapi layan jelah... tak layan karang kata sombong pulak...

10. Yatim - ini namanya bukanlah sebab dia anak yatim... tapi memang nama dia Yatim - esok kalau dia ada anak-anak, anak-anak dia itulah yang akan digelar anak yatim walaupun masih memiliki ibu atau bapa. Kalau dia ni kawin dengan pompuan nama piatu... maka anak-anaknya adalah anak Yatim Piatu...

Dah selesai. lepas tu kena passing kat 3 org lain pulak... siapakah org2 yang bertuah tersebut okey kepada mereka yg bernama seperti di bawah ini... sila lah bersiap sedia ya.
  • Cik Yuyu...
  • Ryan
  • Cikgu Ween

Wednesday, October 22, 2008

Ukhwah itu masih kukuh....

banyak juga saya mendapat jemputan ke rumah terbuka raya… tapi kebanyakan darinya tidak saya dapat hadiri kerana himpitan tugas-tugas.

Tapi bila mendapat panggilan telefon dari Suriati – Office mate saya satu masa dulu – panggilan yang berupa satu jemputan rumah terbuka juga… membuatkan saya berfikir berulang-ulang kali untuk pergi. Saya sangat-sangat teringin untuk hadirinya. Apatah lagi nada suara Suriati ketika itu agak bersungguh… (siap dengar pulak suara-suara kat sebelah menyebelahnya “Paksa dia… paksa dia suruh datang jugak” ***saya tidak jelas itu suara siapa – tapi begitu lemak merdu sekali*** - bernada hasutan yang menunjukkan saya memang perlu pergi)…

Oh ya… Rumah terbuka ini adalah anjuran GALERI LMU SDN. BHD. Sebuah syarikat penerbitan buku-buku dan Majalah (ANIS & ASUH)… bergabung dengan persatuan Nasyid Malaysia, yang disertai oleh Rabbani, Raihan, Inteam, Nowseehart… dan beberapa kumpulan nasyid yang lain juga.

“Almon London ada tak??” Tanya saya kepada Suriati – entah kenapa, bila sebut je rumah terbuka, yg terbayang dalam kepala saya – Almon London & Satey…

“Alah… tu boleh diusahakanlah… boleh datang ke tak ni?” Tanya suriati lagi.

“Tak tahu lagi. Tak berani jamin… Byk kerja lahh..” Alasan tak pasti masih saya bagi walaupun dalam hati sangat meronta-ronta nak pergi…

“Ahad kan cuti. Mintak cuti lah hari sabtu tu, boleh datang awal sikit” Suaranya masih ada nada mengharap…

“Tengok dulu…”saya masih tak pasti…

“Ehhh… kalau dapat datang, Bawak Bahulu beras dengan cucoq peniram sekali”…

Huh… sempat lagi tu order kuih..

Kalau sebut pasal Bahulu beras yang saya tahu, hanya seorang sahaja yang meminati bahulu itu di sana – Kak Sue – Dia kot yang suruh order.

“Lagi satu… Kak Aliyah suruh buat Tapai 5 kilo beras pulut…”

Hahaha… saya tertawa sendiri…

“Datang tau…..”

Dan saya masih tidak memberi jawapan pasti.

Harinya tiba juga. Hari tersebut saya masih berbelah bagi hendak pergi atau tidak. Maklum jarak Kuala Lumpur – Temerloh (Jengka) memakan masa 3 jam perjalanan juga.

Tapi ahad itu, saya baru dapt buat keputusan mengejut… Setelah berfikir2 tak nak pergi, saya tukar fikiran untuk pergi… Ya... saya pergi...

Bukan sebab Almon London… bukan sebab satey… bukan sebab kesungguhan Suriati menjemput… Tapi sebenarnya saya rindukan sangat rakan-rakan saya kat tempat kerja lama tu… Rindu...

Oleh kerana keputusannya mengejut… maka tiadalah persediaan Bahulu beras, cucoq peniram dan tapai 5 kilo beras pulut seperti yang di oder… (mintak maaf lah ya kepada mereka yang terlibat).

Saya tiba pukul 2 petang… (Setelah sesat seketika – maklum, mereka telah pun berpindah ke pejabat baru ketika saya sudah tidak bekerja di situ lagi)…

Suasana raya sangat terasa. Meriah… Lagu-lagu raya berkumandang secara ‘live in konsert’ oleh artis2 nasyid terkemuka tanah air… dinyanyikan secara bergilir-gilir, kejap raihan, kejap rabbani, kejap intim ... bla bla bla...

Orang pertama yang saya temui di situ… Encik Halim (Orang kuat GISB yang kuat… antara orang-orang kuat kat situ, dia yang paling kuat – dulu, masa kerja di GISB, En Halim adalah orang paling takut untuk saya temui – masuk bilik dia seolah-olah ada aura yang boleh mengecutkan usus perut)… Kami bersalam seadanya. Encik Halim masih ramah seperti biasa…. Segak dan kacak dalam pakaian baju melayu sepasang berwarna *** errrr, kaler apa dah En Halim pakai hari tu… tak hengat lah***

“Baru sampai ke?” Tanya Encik Halim…

“Ha’ah… baru.. penat lagi ni... bulu roma pun dok meremang lagi ni” Jawab saya tersengih-sengih. (jawapan terakhir tu jawapan dalam hati je).

Selalunya saya agak gabra berhadapan dgn Encik Halim… tapi tidak kali ini… rasa macam berani je.. Ntah, mungkin sebab lapar, atau mungkin sebab teringatkan almon London

“Pegi makan dulu… buat macam rumah sendiri.”

“Ya, saya tahu… kalau tak suruh pun memang saya nak pergi makan” Jawapan ini pun saya jawab dalam hati je… hmmm memang dari dulu kalau dgn Encik Halim, saya suka jawab dalam hati ...

Hah… Almon London mana? Almon London…

Sedang saya menuju ke meja buffet yang penuh masakan lazat-lazat, tiba-tiba nama saya di seru (ish! Macam kekasih ku seru lah pulak)…

Saya berpaling…

Suriati….

“Hah… sampai pun… pergi makan, buat macam rumah sendiri ya… tak boleh layan lama-lama…”

Saya tunggu juga dia tanya pasal cucuq peniram dan bahulu beras yang dipesannya... sebab saya dah bersiap sedia dgn jawapan sejak dari rumah lagi... tapi dia tak tanya. Huhu.. lega jugaklah..

Ya, sebagai tuan rumah, saya paham kesibukan Suriati dan ahli-ahli rumah yang lain melayan tetamu yang beribu-ribu orang tak putus-putus datang….

“Hmmm tak pe…” Huhu, saya ni kalau tak layan pun tak pe… saya lagi suka layan diri sebab tak segan sgt nak ambik almon London banyak-banyak…

Belum sempat buat apa-apa nama saya diseru lagi… kali ini oleh Rosma… kemudian di seru lagi, oleh Kak Jalilah… lagi… oleh Shima… Lagi oleh Ustaz Yeh… Lagi Oleh Nasri… Lagi oleh Rusdi… Lagi Oleh Azadan (Rabbani) Lagi oleh Kak Asmah… Lagi Oleh kak Syam… Lagi oleh Kak Aida… Lagi Oleh Kak Syima… lagi- lagi – lagi dan lagi….. terasa betapa popularnya diri ini...

“Eh tak per- tak per… saya boleh buat sendiri… saya boleh makan sendiri… pegilah layan tetamu lain, saya ni takyah layan pun tak pe... tak kesahh..”

Terasa betapa ikatan Ukhwah kat sini tak pernah kurang walau sedikit pun… walau seinci pun, walau seposen pun….

Saya ditegur lagi… oleh Encik Wan Azmin… yang juga hensem berbaju melayu sepasang lengkap bersampin tengkolok... (tengkolok tu di tokok tambah sahaja ya.. bagi nampak meriah) - sebenarnya semua staff GISB nampak hensem hari tu... yang lelaki jelah... Yang perempuan pulak jelita-jelita semuanya (terutama Kak Aida yg pakai tudung bercorak sisik ular sawa)... hu... tapi kak Asmah paling cantik... baju raya dia lawa...

“Awak tak de kat sini rasa tak cukup meriah je. Patutnya awak kena datang semalam, tolong hiaskan mana-mana yang patut.”

Ish!! Terasa betapa diri saya sebenarnya berharga jugak kat sini… terharu.. tersentuh…

“Bila buat majlis mcam ni, teringat pulak dekat awak… dulu awaklah yang paling rajin hias ni semua… sekarang ni dah tak de hiasan sangat”… Itu kata kata dari Kak Shima… Sekali lagi saya terharu.. sekali lagi terasa betapa berharganya saya kat situ…

“Awak tak de kat sini… tak de sape nak buah hias-hias semua… tu yang buat ala-ala kadar je” Itu pula kata-kata dari Encik Yusri… Aik... semuanya tentang hiasan. Tapi memang betul... dulu masa saya kat sini, bila menjelang nak raya, saya yg paling suka hias ruang pejabat... gantung kad raya, lampu kelip-kelap, atau ntah apa-apalah... maklumlah orang grafic... gitulah kerja dia... - agaknyalah..

Sempat jumpa Kak Sue sekejap sahaja... Menyapa seadanya sahaja... Dia sibuk main kejar-kejar dengan anak terunanya yang aktif.. kejar sana, kejar ke sini... heheh, kesian jugak. he..

Setelah puas di bahagian kanopy, saya melepak di bahagian ‘dapur’ majlis tersebut… - see, lepak kat dapur okey… walaupun saya dah datang sebagai tetamu...

Kat tempat saya lepak tu sebelah depan saya, kak Aida tgh makan nasik beriayani... Sebelah kiri Aina tgh makan apa ntah... sebelah sini Fauzi tgh makan nasik impit dgn satey... sebelah dia ada Encik Yusri makan mende yang sama mcam Fauzi makan... kat sebelah saya pulak terdapat sebuah kotak polisterin besar yang penuh berisi satey…. – bayangkan betapa kenyangnya saya melahap satey… lepas 5, 5 cucuk saya ambik, lepas 5, 5 lagi… pastu 5 lagi…. Sampai kenyang…

Di bahagian depan saya terdapat sebuan kotak berisi biskut2 raya termasuk ‘ALMON LONDON’ dalam jumlah yang gilerrrr banyak…. Hahahaha… aku mabuk almon London!!!!

Okey... pengumuman - selain dari nasik... saya juga peminat almon london secara major..

To kak CT Delima – Saya dapat Almon London sampai muncet… hahaha…

Ya, sebelum terlupa… Majlis tu jugak dihadiri oleh seniwati veteran Negara Datok Sarimah Ahmad (Marjina)… - tak teruja sangat, sebab dah biasa jumpa dia sebelum ni - (ketika saya masih bekerja di sinilah) Masa GISB buat majlis apa-apa, dia mesti diundang sama... dan dia pula sentiasa punya masa untuk diluangkan bersama..

Dan saya lepak di situ berterus-terusan hinggalah pukul 5 petang… Mengenangkan keesokannya saya kena kerja, bermakna petang itu saya kena balik juga… kalau tak, mahu rasanya saya lepak kat situ sampai rumah di tutup sepenuhnya.

Haaa, Hari tu pertama kali saya dengar lagu raya baru Group Hijjaz yang dinyanyikan secara live… memang best lagu tu… Suara Munif memang power luar biasa… apa ya tajuk lagu raya baru tu… memang best… yayaya… suara Asri Rabbani pun luar biasa juga okey….

Dan ketika balik, saya dibekalkan dengan sebekas biskut Almon London (dlm bekas yang belum dibuka berisis 50 bijik di dalamnya) wahahahaha….

hmmm i love u lah warga GISB...

SEMOGA IKATAN UKHWAH ANTARA KITA TERUS BERKEKALAN...

Err tahun depan jgn serik jemput saya lagi tau....

Tuesday, October 21, 2008

sedikit kisah....

Dengan dua kaki untuk membawaku ke mana aku mahu. Dengan dua mata untuk memandang mentari dan bukit-bukit. Dengan dua telinga untuk mendengar desir angin dan segala bunyi. Ya Allah, maafkan aku bila aku mengeluh....

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya nampak sia-sia.....
Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah sudah menghitung airmatamu....

Ketika kau fikir bahwa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi
Allah punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan
Allah sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur..
Allah telah memberkatimu...

Ingat bahwa di mana pun kau atau kemanapun kau menghadap...
Allah MAHA TAHU & MAHA MENDENGAR

************************************************************

Ok.. kisahnya macam ni... saya dapat satu email dari kak sue, yang menceritakan tentang pengalamannya ketika balik beraya dari KL ke Kota Bharu... ceritanya bukanlah berlaku ketika balik beraya tahun ni, tapi 2 tahun yang lepas...
Al - kisah... kak Sue ni (bertiga) kerana dah kehabisan tiket bas dan kapal terbang, mereka terpaksalah balik dengan menaiki keretapi... (menurut kak sue, keretapi adalah kenderaan yang paling tidak suka dinaikinya)

"Eh! dah azan asarlah" salah seorang kawan kak Sue bersuara. Keretapi masih belum bertolak ketika itu. Akan bertolak pada pukul 4.20 petang. Berkebutulan pula azan Asar kedengaran.

"Nak sembahyang kat mana ya?" Tanya kawan kak sue yang seorang lagi.
"Jom kita pergi tengok gerabak tempat tidur" Kak sue memberi cadangan.

lalu Kak Sue dan dua kawannya menapak ke bahagian kabin untuk menumpang solat asar atas mana-mana katil yang kosong (sebab dalam keretapi berkenaan musalla tidak disediakan)

Alhamdulillah. Banyak katil yang kosong untuk kak sue dan rakannya bersolat. Dan mereka memilih salah satu katil paling hujung dalam kabin itu. Yang berkemungkinan penumpang lain akan naik di stesen-stesen berikutnya.

Tugasan meyembah Allah selesai.

Untuk solat Maghrib dan jamak dengan Isyak, sekali lagi mereka terpaksa bergegas untuk ambil wuduk bila kereta api tersebut singgah di stesen berikutnya. Kerana tandas untuk berwuduk di dalam keretapi tersebut lebih terbuka dan menyukarkan mereka (dan muslimah lain) untuk berwudhuk...

Lalu, sekali lagi mereka mengikut idea seperti tadi bersolat di bahagian kabin. kerana mungkin masih ada mana-mana katil yang masih kosong.

Malangnya tidak terdapat lagi katil kosong, kecuali katil yang mereka gunakan untuk sembahyang asar tadi. Tapi mungkin juga katil itu sudah berpenghuni dan penghuninya pergi ke tandas atau kafe.

Kemudian Kak Sue kena meramahkan diri, menegur kepada seorang kakak (muslimah) yang duduk di katil bersebelahan katil kosong tersebut.

"Assalamualaikum kak!.. saya nak tumpang solat kat katil sebelah ni. Ada ke orang lain yang guna katil ni?"

Kakak itu terkejut.lalu dengan nada suara yang agak keras, kasar dan bermuka garang, tanpa balasan salam dia bertanya pulak:
"Kenapa nak sembahyang kat sini??"

"Saya nak tumpang semayang kat sini sebab asar tadi saya semayang kat sini. Kalau tak ada orang guna saya nak tumpang semayang Maghrib dan Isyak"

"Kenapa... Kat dlm keretapi ni tak ada musalla ker?" Bernada tinggi dan seolah-olah menempelak. (mungkin beranggapan keterangan kak sue tu seolah-olah 'menjawab' dia yang lebih tua kot)

Lalu kak sue terangkan yang keretapi tersebut tak sediakan Musalla. Kak Sue merasakan mukanya panas dan kebas ditanya sedemikian garang di tengah2 kabin. Banyak mata memerhati kepadanya..

Tiba-tiba bahu Kak Sue dicuit seseorang... Kak Sue terkejut.

"Allo adik!" sapa org yang mencuit bahunya.

"Err.. Akak bercakap dengan saya ke?"

"Ya adik!!"

Rupa-rupanya orang yang mencuit Kak Sue itu adalah seorang wanita berbangsa Cina yang Kak Sue merasakan bukanlah beragama Islam berdasarkan penampilannya dan anaknya.

Wanita Cina tersebut mengajak Kak Sue mengikutnya. Kak Sue yang agak ragu-ragu mengekori juga wanita Cina tersebut ke katilnya.

Sambil mengemas-ngemas katilnya, wanita Cina tersebut menawarkan kepada Kak Sue untuk solat di katilnya. Pelawaannya nampak ikhlas dan bersunguh-sungguh...
....
Kak Sue terdiam. terkesima sebentar. Perasaan jadi bercampur aduk. Sedih dengan tempelak kakak Melayu-Islam tadi. Dan terharu dengan sikap prihatin wanita Cina yang berhati mulia itu.
Malu - terharu - terkejut - semuanya jadi satu. Sehinggakan Kak Sue tak segan silu menitiskan air mata. Kak Sue menangis di situ juga.

Dalam sujud terakhir solat dan dalam doa, Kak Sue memohon pada Allah Taala, moga dibuka pintu hati wanita Cina tersebut...
Moga diberi kesedaran dan hidayah untuk dia memeluk Islam...

Sesudah selesai, Kak Sue memgucapkan terima kasih takterhingga kepada wanita Cina itu... Lalu membandingkan keluhuran dan kesedaran antara dua wanita itu tadi...

Sungguh tak sangaka seorang Muslimah sendiri sanggup menempelak pertanyaan saudara muslimnya untuk tumpang solat di katil yang bersebelahan dengan katilnya. (dan bukan katil dia pun)
Dan kemuliaan hati seorang non-muslim yang menawarkan katilnya untuk aku bersolat... dan sungguh kata kak sue.. hingga ke hari ini, matanya akan berair bila mengenangkan cara dia mengemas katilnya untuk ditumpangi serta kesungguhan yang terpamer di air muka dan senyuman pelawaannya..

Cerita Kak Sue selesai di situ... Lalu saya cuba bandingkan apa yang dialami kak sue dengan peristiwa yang di alami saya...

Ahad - Saya mendapat undangan ke open house raya seorang sahabat yang berada di Kuantan. Menurutnya, ramai kawan-kawan lama saya yang sudah lama benar saya tak temui akan hadir sama... Saya teruja. Rindunya sahabat lama.

Lalu hari tersebut saya menuju ke Kuantan dengan menumpang kereta milik Melvin. Rakan baik saya yang beragama Buddha. Melvin juga mendapat jemputan yang sama.

Tiba di majlis tersebut suasana sangat meriah. Benar, ramai kenalan lama yang hadir... ada yang beristeri, yang bersuami, yang beranak pinak... kami dihidang dgn pelbagai juadah yang best...

Masa berlalu hingga mencecah waktu Zohor. Tapi saya lihat tidak ada siapa pun yang ambil peduli. Mungkin masih awal waktu. Jadi saya pun turut menangguhkan sama... Waktu bergerak hingga hampir ke pukul 3 petang... Masih lagi tidak pedulikan waktu. Saya mula gelisah. Hendak bertanya kepada tuan rumah, entah kenapa, terasa segan pula. Mungkin ramai orang di situ.

Pukul 3.30 petang (lebih kurang) kami beransur pulang. Kami telah merancang beramai-ramai untuk ke Teluk Cempedak... Saya tidak membantah, tetapi dengan harapan dapatlah singgah di mana-mana masjid dulu untuk selesaikan ibadah yang masih tertangguh.

"Errr... kita ke masjid dululah ya." Saya memberi cadangan sebelum memulakan perjalanan secara konvoi...

"Ish! tak payahlah, masjid jauh lagi belah bandar sana, nanti lambat pulak kita nak piknik... Engkau qodho' jelah. Lagi pun kita kan musafir... boleh jamak." Seorang rakan menjawab dengan nada main-main. Memainkan hukum hakam.

Saya terkejut... Saya tak mahu bertekak panjang sebab tak mahu mengeruhkan suasana ceria. Takut juga dikata nak tunjuk alim. Apatah lagi saya pun hanya menumpang kereta kawan - Melvin yang bukan Islam.
Kemudian saya lihat Melvin sedang perhatikan saya dengan wajah simpati dengan sedikit senyuman di buat-buat. Ah! Malunya saya pada pemuda cina tersebut.

Ketika memulakan perjalanan Melvin menegur saya...
"Kenapa engkau tak cakap kat aku engkau nak sembahyang?"...
Saya diam. tak tahu nak jawab apa.
Bukan tak mahu bagitahu padanya... tapi memandangkan ada lebih ramai rakan-rakan melayu Islam, rasanya lebih wajar kalau saya mengajak mereka. Saya pun datang dengan menumpang keretanya. Rasa pelik pula kalau saya mengajaknya yg bukan Islam untuk menghanatar saya ke masjid.

Melvin memandu keretanya ke arah bertentangan dengan arah tujuan group konvoi ke teluk cempedak tersebut.

"Aku bawak kau pergi masjid dulu... Tak baik tangguhkan sembahyang. Tuhan marah kan?" Perlahan Melvin bersuara.

Apa saya nak jawab masa tu. Hati saya benar-benar tersentuh. Terasa benar mahu menangis, tapi saya tahankan. Sama ada dia ikhlas atau dia kasihan, itu soal lain... dan saya terasa sangat malu. dengan tindakan rakan melayu-Islam saya.

Selesai sembahyang saya ajak Melvin terus pulang. Tapi sekali lagi Melvin bertindak mengikut akal..
"Nanti apa pula kata kawan-kawan yang lain... tiba-tiba tinggalkan diaorang. tak baik kan?"
- Ah... malunya...

Ya Allah, Moga kau buka hati sahabat ku ini untuk mengikuti agama Mu....

Dan benarlah... Islam itu terhijab oleh orang Islam sendiri...

Monday, October 20, 2008

Kenapa sih... buntu ginihhh

Kenapa tiba-tiba sibuk gini, sampai nggak sempat bersedih hati? Tuhan, semua ini supaya saya nggak sering-sering mikirin dia, ya?
Udah pernah diperiksain dokternya nyuruh gue relax therapy. Disuruh pijet, istirahat yang banyak, jangan stress...I'd never thought an attempt to relax would be a difficult thing to do...
..mungkin bosan?? Kerjaan lagi nggak seru. Nulis juga lagi buntu lagi. Sampai suatu ketika, saya berpikir tentang arti kehidupan. Sebetulnya untuk apa kita hidup? Oh, well, mungkin memang sudah saatnya bagi saya untuk"pindah"...

Okey... sebelum itu, Selamat Hari Lahir Utk CheMat.. Jom kita sama-sama doakan kesejahteraan utk CheMat.. moga CheMat sihat, moga CheMat bahagia, Moga CheMat sejahtera... panjang umur, murah rejeki... dan sentisa hensemm sepanjang masa...

ini untuk CheMat... see, 15 tahun okeyyy....

Yaa... saya betul-betul buntu idea sekarang untuk nulis... udah diperah2 otak, udah penat mikirin idea... udah capek... namun ngak bisa keluaran apa... padahal punya byk rencana mahu dikarang...

Okeyy, sebelum itu (sekali lagi)... Sekali lagi saya dianugrahkan Award oleh rakan bloger kita setelah saya dianugearhkan award beberapa hari yang lalu sebelum itu...
Kali ini award diberi oleh Ameer@Green... (kita sama parti) terima kasih ameer@green.. berikutnya apa yg nak dibuat. Nak di pamerkan terus di sini atau dipanjang-panjangkan kepada rakan-rakan yang lain (Ameer... macamana ni??)
Apa-apa pun... mekaseh banyak2 ameer...

Apa lagi ya, mau dicerita'in... ngak punya ide lagi... sungguh... ngak punya...