Gapailah pelangi dunia.... Capailah apa saja cita-cita... Jangan lupa untuk tidak lupa... Tiada yang kekal di sini.
Apa yang kita fikirkan kadang jauh meleset dari kenyataan yang sesungguhnya tengah terjadi... Banyak orang mencari kebahagiaan. Namun lupa kesejahteraan. Banyak orang mencari Syurga, namun lupa dunianya. Banyak orang membaca.. tetapi tidak mengerti banyak.
Ada seseorang mencadangkan kepada saya sedikit masa dahulu untuk mengamalkan program penghargaan diri sendiri.
Contoh yang diberi (jika saya masih ingat dengan betul) ialah beli televisyen apabila putus cinta.... Gayanya seperti merayakan sesuatu yang menyedihkan tetapi ia sebenarnya satu bentuk penghargaan juga. Biasanya bila seseorang itu putus cinta, dia akan mengurungkan diri di dalam bilik dan membasahi bantal dengan air mata. Mungkin juga ada yang bertindak nak bunuh diri. Orang-orang yang semacam ni memang tak perlu dihargai; elok dihargai dengan pelempang sahaja. Dunia tidak kiamat hanya kerana kita putus cinta...
Tetapi bagi orang yang masih boleh meneruskan hidup dengan normal walaupun baru aje putus cinta, elok benar jika diberi hadiah. Disebabkan baru lepas putus cinta, jangan harap bekas pakwe/makwe akan kasi hadiah. Elok sahaja dibeli sendiri. Sebab itulah ia dinamakan program penghargaan diri sendiri. Sendiri dapat susah, sendiri dapat senang balik dan sendiri kasik hadiah pada diri sendiri...hahahahaa
Ramai orang suka dapat hadiah pada hari-hari yang dia gembira. Misalnya pada hari jadi atau hari dinaikkan pangkat. Dan orang juga akan hanya beri hadiah pada hari-hari yang macam ni. Jarang orang dapat dan beri hadiah pada hari-hari yang dia sedih. Dan jarang juga orang akan dapat dan beri hadiah pada hari-hari yang dia susah...
Sepatutnya kita mesti dihargai bukan hanya pada masa kita senang atau gembira. Kita mesti juga dihargai pada hari kita susah atau sedih. Bukan kesedihan atau kesusahan itu yang dihargai tetapi ketabahan dan kesabaran. Dan siapakah orang yang terbaik untuk menilai kesabaran dan ketabahan seseorang melainkan diri kita sendiri....
Dalam hal penghargaan juga, jika yang akan menerimanya adalah diri sendiri juga, terpulanglah kepada diri sendiri yang menentukan. Saya berpendapat membeli televisyen ketika putus cinta adalah sedikit tidak masuk akal tetapi itulah hadiah yang kawan saya tadi hadiahkan kepada dirinya sendiri. Dia ada sebabnya sendiri untuk memilih hadiah yang itu. hhhmmm... Asalkan bahagia
Jadi ~ ketika jam sedang menunjukkan pukul 2.10 pagi ini, saya perlu melakukan sesuatu untuk menghargai diri sendiri. Kerja-kerja yang nak kena siap esok pun dah siap. Mata pun dah kuyu. apa kah lagi cara menghargai diri pada waktu ini yang lebih baik berbanding tidor.... hehehe.. oh ya. minum milo dulu juga salah satu cara menghargai diri... (agaknyalah)