Peperangan yang paling sulit adalah perang dengan diri sendiri, perang dengan hati sendiri.
Dengan orang lain mungkin kita masih mampu mempertimbangkan toleransi dan simpati. Dengan diri sendiri? Bukan perkara mudah!
Soal pahala dan ganjaran lainnya, biarlah Allah saje yang menilai. Pucuk pangkalnya kemahuan dan keikhlasan yang pastinya tak dapat diukur oleh kita, manusia biasa. Paling utama ialah usaha untuk menghidupkan malam-malam Ramadan sebaik mungkin sebagaimana yang disarankan oleh syariat. Apa pun disebalik ujian ini, kita dan semua saudara kita yang lain yang senasib dididik untuk terus mengenal erti sabar dan sentiasa bersyukur atas segala yang kita miliki kerana di luar sana masih ramai yang jauh lebih menderita dan kesusahan. Sesungguhnya Allah maha mengetahui atas segala sesuatu yang ditentukan...
Beberapa pesanan Mak lagi:
• Masak-masaklah di rumah. Jangan banyak membeli belah makanan di luar, membazir.
• Kalau nak beli pun beli yang akan abis di makan saja. Jalan kat bazaar tu jangan lupa pakai topeng muka..
• Beli makanan tengok dulu cara memasak dan kandungan gizi dan galian (huh! boleh tahan jugak orang tua ni). Kebanyakkan makanan kat bazaar tu tak elok sangat untuk kesihatan. (matilah aku nak cerita pasal kesihatan pulak kan???)
• Rancang belanja bulan ini, supaya ada wang lebih untuk buat beraya.
• Bulan puasa ni kalau boleh kurangkanlah mengumpat dan segala men*%#@? ye.. sebulan aje.. lepas tu sambung la balik... apa2 citer yg dikarutkan, simpan dan archive utk diguna lepas Raya nanti!!! tapi kalau boleh berenti terus sampai bila-bila, lagi lah bagus....
• Yang penting, lawat lah masjid/surau buat semayang sunat tarawih/witir untuk mendapat keberkatan dan penuhkan bicara dengan puji-pujian pada-Nya.
Dan pesan mak yang terakhir (untuk hari ini)... Balik nanti jangan lupa belilah kurma Yusop Tayyoob. Mabrum ke, Safawi ke, Safeeya ke... Tak pun beli kurma madu tu sedap jugak... tapi kalau banyak duit bolehlah beli Ajwa - rasanya RM60.00 je (je?) setengah kilo...
Oh ya... satu lagi pesanan dari cikgu wiween. "Sila hantar lompat tikam ke teluk kemang"... hadoiiiii. tak habis2 lagi dengan lompat tikam dia...
p/s: ...save the money to buy DSLR Nak ganti balik yang dah jahanam hari tu...