Masih ingatkah... satu ketika, tentang saya mendapat kiriman poskad dari UK...
Dan kemudiannya saya mendapat kiriman poskad dari ITALY pula....
Beberapa hari yang lalu (beberapa hari yang lalu?)... Ok, takk... Beberapa hari selepas hari raya haji... (sedah agak lama..).tetiba saya mendapat satu lagi tanda ingatan dari sahabat blog kita kat sini... berupa poskan dari Ireland hahaha... seronoknya. Dan yg mengirimnya masih lagi sahabat yang sama yang pernah menghantar poskad dari UK... Poskad dari Italy ... Bro CAPPUCCINO ... tersentuh jugak. Ke mana pun dia bercuti, satu tanda ingatan dikirimkan kepada saya... (lepas ni saya nak buat satu koleksi poskad dari seluruh dunia pulak)... tentunya rasa gembira sebab dapat buat abang posmen yang hantar poskad tersebut merasa jeles untuk kali ke 3.... mekasih Bro... Mekasih banyak-banyak.... Tanda ingatan persahabatan tu yang paling mahal. Tapi sejak kebelakangan ini jarang pula mendapat berita dari coppuccino... Terlalu sibuk dengan banyak urusan barangkali... Sedang mengalami musim salji yang hebat juga barangkali...semoga sentiasa sihat sejahtera walau di mana pun demo ado...
Ok... kali ni tak ada apa nak cerita tapi ada satu tag saya nak jawab. Bukan satu... dua sebenarnya. Tapi biar saya jawab satu dululah. Dah lama jugak dah tag ni saya dapat (errr dah lama sgt). Baru ni dapat buat... Tag diberi oleh Bul Bul, yang baru menyambung pengajian tahun akhir di Unversiti... ???? errrr... mana ya???
Mintak maaf sebab keterlewatan menyelesaikan tag ni...
Kita tengok soalan dia yang lebih berupa soalan cepu emas... (kalau dpt hadiah cepu emas kira oraitlah jugak kan?)
Mula-mula dia suruh senaraikan 7 ciri pasangan Idaman Anda - Pasangan idaman andakah? atau pasangan idaman saya..?. ok! jom tengok:
- Saya mengidamkan seorang yang.. err, tentulah yang cantikkan - pada pandangan mata sayalah. tapi tak perlulah terlalu cantik tahap Rani Mukhirje.. Atau Prety Zinta.. Cuma memadailah kalau dia tu cantik macam Aiswarya Rai (Idaman yg melampaukah?).... Tapi... Apa yg sedang saya ada sekarang pun dah cukup cantik dah...
- Saya idamkan seorang yg beriman - Beriman? (rasanya semua orang pun nak kan pasangan yg beriman). Ok! tak perlulah punya keimanan yg tinggi sehingga sanggup pergi berperang Fisabillilah menentang Yahudi Israel laknat di Palestine... (tapi kalau dapat yg macam tu tahap keimanan dia bagus juga - ada ke?) Memadai lah tahu hukum hakam agama, halal haram harus sunat wajib makruh... Yang boleh nanti mengajar anak2 (errkk) doa makan, atau doa nak tidor, atau doa nak masuk tandas dan doa-doa yg lain... boleh ajar anak-anak mengaji atau sembahyang... (errr... bukan ke tu tanggung jawab suamai @ ayah?)... ok! fine! seorang yg boleh membantu saya memberi didikan agama kepada anak-anak. cukup.
- Saya idamkan seorang yang pandai memasak... (kenapa tak cari tukang masak je) - Pandai memasak tu tak perlulah perlu pandai sehingga perlu cekap membuat Pizza Hawaian Supppreme... Cukuplah sekadar tahu membuat Pizza yang rasanya saling tak tumpah seperti Domino Pizza.. hehe.. Tapi... apa yg saya ada sekarang pun dah handal memasak... Hari tu dia masak telor itik masak lemak... pergghhhh... best gilerrr... memang cukup serba-serbi. errrrrr...
- Saya idamkan seorang yg pintar... Tak perlulah menjadi pintar seperti sang kancil yg bijak menipu daya ketika meyelamatkan diri dari menjadi mangsa buaya atau sang harimau... (sang kancil pintar ke?... ok! contoh tak releven). Tapi, memadailah punya kepintaran yg boleh memberi didikan yg sempurna kepada anak-anak kelak... **macam malu je nak tulis ayat macam ginih**
-Saya idamkan seorang yg boleh menerima saya seadanya. Menerima saya bukan disebabkan saya ni hensem macam jericho rosales atau sape-sape... **jauh sekalilah dari hensem yg menyamai shah rukh khan**.Tapi boleh menerima saya sebab saya adalah saya yg tak sempurna... ok contoh mudah gini. Kalau sekarang ni saya ensem (dush sebijik atas dahi), mana tahu kalau satu hari nanti saya dah tak ensem lagi, dia akan tetap menerima saya.. ok! boleh pahamkan?
- Saya idamkan seorang yg tahu hormati orang tua... Hormat seperti biasa dan seadanya juga. Tak perlulah hormat sehingga mengangkat sembah sambil berkata "ampun tuanku beribu-ribu ampun"... tak perlu! alah! hormat! macama biasa kita hormatkan mak ayah kitalah... hah gituulah.
- Saya idamkan seorang yg sifatnya sama seperti 'Orang belah sana'... errr. Tak apalah kalau anda tak faham.
Dah cukup 7 kan???????....
Next soalan dari bulbul - nyatakan 7 jenis pasangan Yang Tak Pernah Anda Minati Sepanjang Hidup :
Jawapan soalan ni saya jawab simple jelah.
1. Saya tak sukakan orang yg suka menipu. Maksud saya - yg suka menipu. Kalau yg menipu sikit-sikit sebab terpaksa atau nak jaga kehormatan diri takpe. Di maafkan.
2. Saya tak sukakan orang yg low IQ - Tapi tak payahlah yg IQ tinggi sangat. Orang yg IQ tinggi sgt pun bahaya jugakkan...
3. Saya tak sukakan orang yg suka mengata orang lain. Mengumpat, memfitnah, mengeji atau mencaci... apa-apalah. Jangan ok!
4. Saya tak sukakan orang sombong... atau bongkak... atau tinggi diri... (tapi saya suka juga org yg tinggi)... Tak suka org yg berlagak macam dia tu bagus sangat.
5. Saya tak suka orang yang tak malu... contohnya berpakaian sexi dikhalayak ramai... (kalau sexi depan saya takpe)...
6. Saya tak suka orang yang getik... gelenyar orang terengganu dgn kelantan kata, biroh kata orang pahang. Miang namamposss... Kalau miang sikit2 tak pe. Contohnya dia berasa miang ketika menebang buluh utk dibuat lemang masa raya (Wah! gagahnya)... miang disebabkan terkena getah keladi pun kira dibolehkan. Tapi kalau miang umpama kucing betina yg tgh datang galak nampak kucing jantan... haaaa... itu aku tak suka.
7 . (baguss... dah 7 dah. saya bukannya ada idea ni) - last sekali saya tak sukakan orang pemalas. Tak perlulah terlalu rajin sehingga hari-hari membasuh lantai rumah sehingga luntur warna.. Tak perlu. Cukuplah sekadar jgn malas. kalau sesekali terasa malas tu takpe. tapi kalau sampai kain baju kotor naik setinggi kinabalu... rumah dah macam dilanda garuda... atau tiap-tiap hari kena makan megi... (walaupun megi sedap jugak dimakan sekali-sekala). Haaa... mcm tu tak suka... ok...
Soalan berikutnya 7 perasaan (7 perasaan?) Anda Sekiranya Keluar Dengan Orang Yang Minati :
(7 perasaan??? mcm pelik je.... Macam cerita 7 perhentian pulak)
Perasaan yg pertama - Tentulah sukakan. Sapelah tak suka dpt keluar dgn awek.
Perasaan kedua - Gembira! (suka dgn gembira bukan perasaan yg sama kan?)
Perasaan ketiga - senang - **senang bermaksud bukanlah senang nak keluar dgn dia. agak susah juga sebab asyik dokk sibukkkkkkkkkkk je memanjang ** -senang bermaksud - senang hati. -
Perasaan keempat - Happy- errrrkkkk (happy dgn gembira bukan perasaan yg sama ke?) Tak tak de perasaan dah dah ditulis ni.
Perasaan kelima - Berhati-hati (berhati-hati ni sejenis perasaan kah)... kira orait jelah... berhati-hati takut adik beradik, atau sedare-mara atau jiran tetangga nampak, pastu diorg balik cerita kat mak ayah saya... mesti lepas tu akan berlaku sesi soal jawab yg panjang pulak... so, perlu waspada...
Perasaan ke enam - sedih!!! - yg ni berlaku masa nak berpisah tu... heheheheh... bolehlah kot.
Perasaan ke tujuh - rindu!!! - (tolonggggg! aku dah tak tahu dah perasaan jenis apa lagi nak dijelaskan)
Next soalan dia - 7 Tempat Istimewa Yang Ingin Dilawati Bersama Pasangan Anda
1- Pegi tempat orang buat Kursus Nikah.. heheheh.
2. pejabat agama... errr, pejabat agama tempat yg menarikkah utk dilawati. Menarik!!! sebab di situ ada tok kadi... (kenapa ayat ni mcm berbau miang je ni)
3 - Tempat kenduri kawin. Kenduri kahwin itu tempat istimewakah? - maksud saya, kenduri kawin milik saya sendiri... Melawat sambil diiringi dgn paluan kompang dan lagu-lagu kawin yg berkumandang...
4 - Saya nek pegi mekah dgn dia nanti - Errr!! alah sekadar cakap2 je tu. kononlah nak pegi mekah... tgklah esok, kalau ada duit.. mekah tu jatuh tempat ke berapa ntah utk dilawati.
5. Kalau hanimun saya nak pergi bali... tapi kalau tak dapat bali, dpt pergi hawaii pun kira oraitlah...
6. Ha, lupa... dari dulu dia ajak pergi nilai 3 atau pun tangkak. Sebab kat sana kain murah-murah... tapi tak lepas-lepas jugak lagi...
7. Oh ya! lepas dpt poskad mcm kat atas tadi, UK - Italy - Ireland dah termasuk dalam senarai tempat saya nak pergi jugak nanti... (byk betul duit aku)
Soalan berikutnya - 7 Barangan/Sesuatu Istimewa Yang Akan Anda Hadiahkan Kepada Si Dia :
1. Mas kahwin... heheheheh... boleh?.
2. Sejadah yg digubah bentuk bunga.
3. Kasut dgn beg tgn...
4. Set Parfum Esei miyaki
5. Sireh junjung...
6. Duit hantaran
7. Kain utk buat baju...
(dan beberapa barang yg lain bagi cukup 9 dulang) --- heheheh. buleh kot.. istimewa lah tu.
Next nyatakan 7 Tajuk Lagu Yang Akan Anda Nyanyikan Untuk Pasangan Anda :
1 - lagu Meet uncle Hussin yg menang juara lagu baru ni - apa ntah tajuk dia. Tetiba rasa mcm lagu tu best pulak.
2 - Lagu Sampai Syurga - Faizal tahir.
3 - Lagu farawahida - errr, apa tajuk dia ek, yg memang etnik kretaif tu.
4 - Lagu Ziana Zain - Dingin. Walaupun dia tak menang malam tu, tapi kak Ziana Nyanyi memang Best.
5 - Lagu Stasy - tajuk dia aku stasy
6 - Lag yg Aizat nyanyi pun best jugak.
7- Senang cerita semua lagu yg tersenar masuk juara lagu baru ni... heheheh.
Lagu bonus - Lagu Selimut putih - Nyanyian Hijjaz (uih! ngeri lagu tu)... **Bila Izrael, datng memamggil, jasad terbujur. dipembaringan...** errrr
Ok dah abis..... leganya...
cukup dululah. ada satu lag tag nanti next entri pulak saya tulis ya. dah malas nak menaip ni..
lupa pulak - arahan permainan ni, kena tag 7 org yang lain pulak... ok sedia ya utk jawab
mula-mula sekali saya nak suruh dek Yuyu buat, cikgu ween, Cd, Kosserani, Aqies, Hidney dan sorang lagi Annamiechi... ok
Terus boikot Irael dgn US...