Thursday, June 25, 2009

Terima Kasih...

Sebuah tag... dan sebuah lagi award yang saya kira sangat berharga untuk penulis seperti saya... (yang baru-baru nak belajar bertatih ni)...

Kita buat tag dulu lah..

Tag kali ni diberikan oleh KOSSERANI... super model kita (yang melampau tu.. heheheh.. Ammpunnn kose )
Tag ni saya dah pernah buat dah dulu. Tapi menurut kose, dia memang dah tahu saya dah pernah buat... tapi saya tak boleh mengelat - kena buat jugak sekali lagi.. Oklah.. demi menghargai dia yang mengingati saya... saya buatlah sekali lagi (jawapan mungkin berbeza dgn yang dulu.. ikut kesesuaian lah **kot ya pun nak bagi, bagi lah tag yg macam lain pulak**)


Tapi tak pe... kita jawab je...
Soalan-soalan dia....

1. Anda Rasa Anda Hot?
Hot?? memang tengah hot lah ni... elok-elok pakai baju, dah kena bukak... kipas memang ke on 24 jam... malam ni tak hujan pulak tu... semalam tak adalah hot sangat sebab hujan lebat dari petang sampai ke tengah malam... pastu sambung pulak sikit lagi pagi tadi..
Ni hot-hot ni.. tiba-tiba buat rasa macam nak mandi pulak tengah-tengah malam buta ni...


2.Upload Pic Yg Anda Rasa Sexy.




Errrrr... seksi tak?? seksi kan... seksi dalam kemanjaan gitu. (addy tu kejap lagi mesti dia kata saya makin jambu)

Kenapa Anda suka Pic Tu?
Entah!!! jawapan yang sama mcm yang saya pernah jawab dulu, gambar tu saya capai mana yang sempat je.. errrrr, mungkin jugak sebab saya nampak tersangatlahh cute bila buat muka senget gitu.. alahaiii... cutenya budak niii.. anak sapelah agaknya ni ya... hughhhhhhhh!! (gelak sambil tutup mulut)


Bilakah kali terakhir anda makan pizza...
Hmmmmmmmmmmmmmm... dah lama sangat dah. sekitar 4-5 bulan yang lepas. Itu pun sebab ada orang belanja. Saya memang kurengg sikit dengan pizza.. Jaga bodylah (uhuk!!) pastu pulak sebab tengah boikot. alahhhh, pizza pun bukannya sedap mana sangat. Saya lagi suka cis kek (tetiber pulak)

Lagu terakhir yang anda dengar...
Tadi dengar lagu 'Call me When You're Sober'... lagu Evanescence tu.. sekarang pulak tengah dengar lagu Mak iti 'di taman teman'... layannnnnnn.


Selain dari nama sendiri, anda suka dipanggil dengan nama apa?
Emmmmm... Jericho Rosales... heheheheh... - saya kan ada iras-iras macam rupa dia... hurghhhhhhhh (gelak tutup mulut sekali lagi)


Tag lagi Empat orang.. (part ni paling tak best ni)..
tapi tak pe...
saya nak tulis nama:
1. Cikgu Wiween.. (macam biasa.. nama dia memang sinonim dengan tag)
2. Aie...
3. Ustaz Adam
4. Hidney


(ok-ok... tak perlu gelabah ya... nama tu semua sekadar hiasan semata-mata.. sekadar untuk menjawab soalan berikutnya... tak payahlah susah-susah nak jawab - sama-sama kita memboikot tag... Tapi kalau ada yang rajin nak jawab tu.. bolehlah jawab.)

Siapa nombor satu bagi anda...
Cikgu wiween - Dia ialah gelprend saya... heheheh... (namamposs??, bagi jawapan gitu)
ok, dia ialah seorang cikgu matematik, yang selalu sangat tersalah eja bila menulis (heheheh)
Puteri gunung lukut... Ganas macam joker... (musuh ketat batman kan)... ganas-ganas pun dia comel.

Orang no. 2 ada hubungan dengan sape...
No 3? Aie? dia ada hubungan dengan ramaiiiii orang. dia ni budak baik ni... orang baik-baik selalunya mesti ada ramai kawan (dan awek)...

Kata sesuatu tentang no4.
No 4... hidney?? hmmmm, apa ya... pada saya, dia seorang yang berkarisma, bijak, handsome, kelakar, muka dia ala-ala siam sikit... heheheh...

Bagi pesanan kepada orang no. 3...
Ustaz adam... - pesan saya, jgn suka melepak kat tengah2 dataran (apakebenda ntah nama dataran tu) sampai tengah-tengah malam... nanti perut masuk angin jadi kembung perut (ada kena mengena ke hah lepak malam dgn kembung perut)

***************************************

ok... siap dah tag tu ya...

Berikutnya... Kalau anda membaca blog milik HIDNEY, ada sesuatu yang sangat memeranjatkan (memeranjatkan saya sebenarnya) - pada satu entrinya yang bertajuk 'My Favourite Blogs'... salah satu dari blog yang menerima award yang di bawah ini.... adalah blog milik saya...

Ok.. serius sangat tersentuh apabila dia memberi komen begini kepada saya:

"Give him a pen and a piece of paper, he’ll give you Shakespeare. But don’t be fooled by his all-Malaysian macho-alpha-male looks as he can definitely poke your heart with his soothing and delicate words. Here I will have my healthy daily dosage of wisdom and inspiring thoughts." (yang saya hi lite kan dgn warna kuning tu yang tak tahan tu.. heheheh)

Secara jujurnya saya sangat tersentuh bila dihargai sebegini.. di beri anugerah bersama kata-kata pujian. Memang saya akui pujian-pujian tu agak terlalu tinggilah untuk diberi kepada saya yang baru nak belajar menulis ni... Tapi, dari hati saya.. kena jugak akui - sesekali kita memang perlu di beri hal-hal sebegini untuk mengetahui bahawa apa yang kita lakukan selama ini sebenarnya tidak sekadar sia-sia membuang masa. Juga boleh dijadikan sebagai dorongan untuk terus menulis perkara-perkara bermanfaat... (setidak-tidaknya kepada diri saya sendiri).
Dulu, saya menulis kerana saya suka menulis. Jadi apa sahaja yang saya mahu tulis (yang saya fikir sesuai untuk dijadikan pengajaran) saya akan tulis. Tanpa peduli langsung tulisan saya akan dibaca atau tidak... dan kalau ada yang sudi membaca pun sudah memadai... tapi kini, dengan rendah dirinya (mahu tidak mahu) saya kena akui hasil tulisan saya memang punya nilai-nilai tersendiri dan diikuti oleh beberapa pihak bukan sekadar untuk dibaca sahaja - tapi telah ada yang dijadikan pedoman... sehingga ada yang menghargai sebegini rupa... Saya benar-benar tersentuh... Untuk Hidney... Terima kasih banyak-banyak sangat...

Terima kasih sekali lagi...




Tuesday, June 23, 2009

Selamat Pendek Umur

Satu petang di sebuah restoran, saya dia dan adiknya menikmati hidangan sangat istimewa...
Dia menghulurkan sekotak bungkusan yang tidak berbalut. Hanya diikat dengan reben berwarna hijau pucuk pisang...

"Selamat hari lahir" katanya.
"Terima kasih... Apa ni?" Tanya saya pula, walaupun memang dah tahu apa yang diberi.

"Minyak senyoyong..." jawab dia selamba..
hahaha.. padan muka. dah memang tahu, tanya buat apa. dah memang sah-sah, yang dihulurkan tu satu set parfum kegemaran saya.. jenis kotaknya pun memang jenis yang menampakkan isi dalam. Dah memang parfum. - Esei Miyaki - lagi mau tanya ke.

Hahaha.. saya ketawa.

“Selamat pendek umur,” Ucap dia bergurau.

Saya ketawa juga. Itu juga ucapan yang saya ucapkan kepadanya pada hari lahirnya tahun lalu.

“Macam mintak saya pendek umur je”

Dia kelihatan ceria. Hari itu ulang tahun hari kelahiran saya. Dia meraikan saya dengan belanja makan di restoran berhampiran tempat dia bekerja.

“Yalah… bukankah tarikh mati telah Allah tetapkan di dalam rahim ibu lagi. Ertinya, semakin hari, semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu…”
“Makna, semakin hari semakin pendeklah umur kita.” tingkahnya memberi penjelasan
“Ya, hari ini setapak lagi kita dekat dengan kematian.”
Saya memang telah faham sebenarnya.

“Pelik, selalunya bila hari lahir orang bercakap tentang hidup. Tentang kejayaan. Tentang pencapaian. Sekarang kita bercakap tentang mati pulak.” saya meningkah kata.

“Siapa yang tidak bercakap tentang mati akan ‘mati’,” balas dia.

“Ekkk... Kenapa pulak?”

“Hukama' berkata, barangsiapa yang tidak tahu untuk apa dia akan mati, maka dia tidak layak hidup!”

“Untuk apa kita mati?”

“Untuk hidup…” kilas dia lagi, sekadar bermain kata, bersilat bahasa untuk meninggikan makna.
Saya diam. Menung dalam alam fikir yang telah terusik.

“Mati untuk hidup?”
“Ya, mati bukanlah suatu pengakhiran tetapi hanya satu permulaan…”

Saya diam lagi... Selalu begitulah, dengan Wanita bijaksana seorang ini saya selalu kematian hujah bicara... lebih banyak bertanya atau hanya menjadi pendengar sahaja.

“Mati adalah satu permulaan kepada hidup yang tidak mati-mati lagi – alam akhirat. Awak masih ingat kata-kata Umar Ibn Aziz yang saya sering ungkapkan dulu?”

"Ingat!! kata Umar, manusia diciptakan untuk hidup selamanya. Hidup selepas mati itulah hidup yang hakiki!”

Dia senyum lagi...

“Jadi, hidup ini untuk mati dan mati itu untuk hidup?”
Dia pula bertanya... bertukar-tukar pandangan itu lebih perlu untuk mengembangkan ilmu. Wah, saya pula yang terkejut mendengar liuk lentuk bahasanya. Berputar-putar seputar maknanya.

“Ya. Hidup di sini, di dunia ini, adalah tanaman untuk tuaian pada hidup di sana, di akhirat. Itulah tujuan hidup ini, untuk kelangsungan hidup kat 'sana' pulak. ” saya menjawab setelah terdiam seketika menyusun kata.

“So, kalau macam tu apa yang ada pada umur?”

“Umur hanyalah putaran matahari mengelilingi bumi, saat, minit, jam, hari, minggu, bulan, tahun yang dilakarkan oleh jarum jam, minit dan saat sebuah arlogi,” balas saya. Seronok sekali-sekala, berbual dengan bahasa berbunga di sulam kosa kata yang yang berputik dan berbuah.

“Itu maksudnya kita juga abadi kan? Tapi bukanlah abadi seperti Allah yang tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran. Kita tetap makhluk.” dia menyambung kata.

“Kalau gitu, umur itu relatif juga kan?”

“Ya, kan Enstein pun fahamnya macam tu jugak? Ingat tak Teori Relativiti masa?”

“Panjang dan pendek umur bukan pada kuantiti tapi pada kualiti.”

Semakin rencam perbincangan kami. Tidak mengapa, sekali-sekala apa salahnya… berfalsafah kekadang lebih indah.

“Imam Nawawi, pendek umurnya tetapi ‘panjang’ ilmu dan kekal jasanya. Imam Safie, Imam Ghazali… tidak sempat pencen pun, tapi kesan perjuangannya melangkaui dekad dan abad,” tambahnya memberi contoh.
“Umar ibn Aziz memerintah hanya lebih kurang 2 tahun sahaja tetapi keunggulannya mengatasi khalifah Umayyah sebelum dan selepasnya,” sambungnya lagi.

“Rupa-rupanya petua nak panjangkan umur ialah dengan panjangkan amal, panjangkan ilmu, panjangkan jasa,” kata saya seakan merumuskan.
“Harta boleh panjangkan umur… sedekah atau wakafkan, jadilah amal jariah. Pahalanya berterusan. Akhlak boleh panjangkan umur… hubungi silahturrahim, panjanglah umur kita. Itu maksud hadis nabi tu.”

“Apakah rahsia kejayaan orang-orang yang ‘panjang’ umur tu?”

“Mereka sedar tentang tujuan! Mereka adalah peribadi yang sentiasa sedar akan tujuan segala sesuatu . Mereka tahu tujuan hidup, mereka tahu tujuan mati. Mereka mencari tujuan pada setiap tindakan.”

"Hasilnya?”

“Dunia sentiasa sediakan jalan kepada orang yang ada tujuan. When there is will, the is a way!.”

“Tapi kita bukan mereka”
“Betul. Tapi itu bukan kelemahan tapi kekuatan. Setiap kita adalah unik. Tuhan tidak ciptakan manusia bodoh, tetapi Dia mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.”

“Kita lebih bijak daripada mereka?” tanya saya secara berterusan.

”Ya, di sudut-sudut tertentu. Seorang pemandu lebih bijak daripada seorang profesor dari segi pemanduan kereta.”

“Tetapi keintlektualan lebih berharga daripada kebolehan memandu kereta. Profesor lebih berharga daripada seorang ‘driver’. Gaji mereka lebih tinggi”

“Maksudnya, umur seorang profesor lebih ‘panjang’ berbanding seorang driver? Maksud awak gitu?”

“Perbezaan itu bukan perbezaan taraf, tetapi perbezaan jalan. Jalan untuk seorang driver menjadi hamba Allah berbeza dengan jalan seorang profesor. Itu sahaja.”

“Awak tidak mengiktiraf darjat orang berilmu?”

“Bukan macam tu. Orang berilmu memang dilebihkan beberapa darjat… tapi dengan syarat, mereka takutkan Allah. Kan itu takrif sebenar seorang ulama?”

“Maksudnya?”

“Seorang driver yang takutkan Allah lebih tinggi darjatnya daripada seorang profesor yang tidak takutkan Allah. Tetapi sekiranya kedua-duanya takutkan Allah, tentu sahaja ‘umur’ profesor itu lebih panjang daripada umur seorang driver lantaran ilmu dan amalanya yang lebih tinggi dan berharga!”

“Kata ahli sejarah, para sahabat Rasulullah itu hidup kerana mereka mencintai mati. Dan kita hari ini ‘mati’ kerana mencintai hidup.”

Jam menunjukkan pukul 6.30 petang... hari makin pendek, malam makin menjengah. kami tamatkan perbualan bersama tamatnya hidangan lazat di meja.

"Selamat panjang umur" Ucapnya sekali lagi sebelum kami keluar dari restoran tersebut.
“Eh, tadi kata ‘selamat pendek umur" kata saya buat-buat hairan.

“Hmmmm, Awak lupa agaknya. Maksud ‘panjang umur’ tu berbeza dari biasa. Maksud saya, selamat menambah ilmu, selamat menambah amal, selamat mengeratkan silahturrahim, selamat menambahkan sedekah, selamat menambahkan rasa takut kepada Allah. Ya, itulah. Itulah maksudku selamat panjang umur!”...

Saya senyum lagi... Bersyukur dipertemukan dengan wanita bijaksana ini....




*************

Sunday, June 21, 2009

Aku mahu kau tahu

Aku mahu kau tahu...
Antara yang paling aku syukuri...
Adalah kerana aku memiliki kau...
Yang dulu waktu pertama aku melihat dunia...
Mengazankan aku...
menyempurnakan sebuah kelahiran...
sehingga aku diberi nama...
dan aku sangat berbangga
Kerana pada namu ku...
namamu turut ku bawa sama...

Aku mahu kau tahu
Antara yang paling aku syukuri
Adalah kerana aku miliki kau...
Yang tak pernah membiarkan aku dahaga, kelaparan...
Yang mendokong memeluk aku..
Ketika aku ketakutan...
Ketika aku kegelapan...
Ketika aku kesejukan...
Sehinggalah aku mampu tidur lena dan aman.

Aku mahu kau tahu...
Antara yang paling aku syukuri...
Adalah kerana aku miliki kau...
Yang memyambut rebah ku...
Ketika pertama kali aku cuba gagahkan kaki...
Memberi langkah-langkah pertama..
Dari tatih-tatih gementar, sehingga aku teguh berlari
Bersama wajah mu yang penuh harapan...

Aku mahu kau tahu...
Antara yang paling aku syukuri
Adalah kerana aku miliki kau...
Yang memimpin tangan ku...
Melangkah ke pagar gedung ilmu...
Di hari pertama persekolahan..
Tentunya di hari itu,
aku masih tidak kenal sahabat dan teman...

Aku mahu kau tahu..
Antara yang paling aku syukuri...
Adalah kerana miliki kau...
Yang sedia dengan sebilah rotan..
Tanpa rasa simpati membedal tangan...
Ketika aku lakukan kesalahan
Hukum-hukum tajwid tidak aku betulkan
Mengalunkan ayat-ayat suci muqaddam dan Al-Quran...

Aku mahu kau tahu...
Antara yang paling aku syukuri...
Adalah kerana aku miliki kau...
Yang menunjukkan aku...
Tertib-tertib berwuduk..
Sehinggalah Solat mampu aku dirikan...

Aku mahu kau tahu...
Antara yang paling aku syukuri...
Adalah kerana aku miliki kau...
Yang garang, tegas dan agak baran...
Mendidik ajar erti kesusahan..
Kerana dengan sifat-sifat mu itu...
Menjadikan aku seorang manusia...
InsyaAllah, yang mengerti juga erti kemanusiaan...

Aku mahu kau tahu...
Antara yang paling aku syukuri...
Adalah kerana aku miliki kau...
Yang mengorbankan apa sahaja yang kau mampu
Untuk melihat kejayaan aku dan anak-anakmu
sehinggalah aku mampu
berdiri sendiri di mana aku berdiri sekarang..

Aku mahu kau tahu...
Antara yang paling aku syukuri...
Adalah kerana aku miliki kau...
Yang mengajar aku supaya sentiasa percaya pada diri...
memberi keyakinan bahawa aku mampu lakukan itu, lakukan ini...
memupuk semangat juang yang kental di hati..
pertahankan maruah jangan sampai dikeji....

Aku mahu kau tahu
Aku sayang pada mu sepenuh jiwa... sepenuh hati...
Selagi nyawa dikandung badan..
Selagi nafas menerus kehidupan...

Aku mahu kau tahu...
Antara yang paling aku syukuri...
Adalah kerana aku miliki kau... AYAHKU...
Hanya kau satu-satunya... tiada galang ganti

Aku mahu kau tahu...
terlalu banyak sebenarnya..
Yang aku perlu syukuri...
kerana aku miliki kau...

Semoga kau sihat sentiasa...
Kerana aku mahu kau tahu...
Dari dirimu...
Masih terlalu banyak yang aku perlukan...


peluk cium dari anakmu...

SELAMAT HARI AYAH... Untuk Ayahanda - Ismail bin Taib
Juga untuk ayah-ayah seluruh dunia...




***************