Friday, September 12, 2008

Berfikir dewasa... bertindak dewasa...

Berborak ada masa... takkan nak surf web atau blog yang ada unsur motivasi tak boleh. Takkanlah sibuk sangat sampai kematu buat kerja... tentu ada masa untuk senyumkan?? - itu ucapan dari seorang rakan kerja siang tadi - errrr... aku ni kerja serius sangat ke???...

Ok... ceritanya macam gini. Dua tiga hari ni agak free sikit, jadi bolehlah singgah ke bazar Ramadan berhampiran utuk intai-intai juadah nak berbuka... tetiba dapat panggilan telefon dari seorang kenalan yg agak rapat - seorang kakak yang telah agak berusia juga. Suaranya ketika itu agak desperate sangat. Kasar dan bengis sikit. Eh! suara bengis tu macamana ya? - Alah! takkan tak boleh bayangkan...

Kakak yang seorang ni... peliknya bila ada masalah rumahtangga, seringnya dia mengadu pada saya minta saya bagi pendapat macamana nak selesaikan hal dia dengan suami - saya dari dulu lagi dah agak pelik - orang kahwin puluh-puluh tahun, mintak pendapat dari orang bujang yang tak ada pengalaman tapi teringin jugak nak kawin - untuk selesaikan hal rumahtangga... huh!!

Kali ni, dia kutuk dia punya suami... Dia kata suaminya tak sedar diri, ada hubungan dengan anak angkat belasan tahun... kemuncaknya ke hotel!!! laaaa... bulan puasa tuuu... saya tanya berapa umur suami? - 49 tahun... laaaa... dah tua tuuu...

Kata kakak tersebut, mereka dulu tak ok, kemudian jadi ok sebab dia kuat bekerja, sekarang jadi tak ok sebab perangai suami. Dia tak sangka, suami yang tak tinggal sembahyang... kiranya hujung-hujung pada usia dekat 50-an buat perangai... macam biasa... dia tanya saya, apa yang perlu dia buat (persoalan pelik)...

Apa patut dia buat?
Kalau jawapan orang tengah marah - "Terajangkan aje... lelaki tak guna. Tua kutuk, tak sedar diri. Dari simpan laki macam tu, baik tinggal sorang-sorang"...

Saya kena fikir banyak jugak untuk bagi jawapan... almaklum dalam hal macam gini, pakar motivasilah yang sepatutnya jadi tempat rujukan.
Dan saya pun macam biasalah belagak macam bagus je, bagilah jawapan -Macam ginilah (jawapan saya) - "Apa lagi yang akak nak sekarang ni?? Suami umur 49, akak pun lebih kurang, agak-agak berapa lama lagi kita boleh hidup... Katakanlah setahun je lagi. Alahai kak... setahun je lagi yang terakhir tu aktivitinya - bergaduh... aktivitinya dendam, benci, meluat sakit hati."

Bayangkan kalau kita mati, masa minda kita tengah berserabut dengan dendam, benci, meluat, geram, sakit hati. Boleh tenang ke mati? Hujungnya macam tu, agak-agak ok tak dalam kubur sana. Agak-agak ok tak akhirat?

Saya kata "Teruskan hidup akak. Takkan usia macam ni nak bercerai pulak. Bercerai tu puas hati tapi boleh tenang ke? Soal suami kita jahat, suami buat tak tentu hala, soal buat benda tak patut tu soal dia. Soal dia dengan TUHAN dia. Isteri tak bertanggungjawab sebab tak didik suami, tapi suami akan dipertanggungjawabkan sebab tak didik isteri" - **Perghhh... boleh saya jawab macam tu - macam bagus je**

Nasihat saya kepada wanita yang menghadapi masalah serupa ini, jangan berapi sangatlah. Nak berapi jugak tunggu habis bulan puasa dulu... itu pun kalau nak berapilah.. kalau tak nak, lagii baik...

Dah tua-tua kita buatlah cara tua. Fikir cara tua, bertindak cara tua. Dan para suami yang macam tu, "Bila nak menopause?"

Ampun maaf....

"Bukan yang bernama puasa itu sekadar menahan makan minum, tapi puasa sungguh-sungguh itu menahan diri dari perkataan yang tidak ada gunanya dan kata-kata keji." (Riwayat Muslim)

Thursday, September 11, 2008

Ni nak bagi duit raya jugak ni....

Ok... ini ditujukan khusus untu semua rakan2 saya kat sini... terutama sekali yg terpaksa beraya awal...


duit raya ni saya nak bagi pada mereka2 yg berikut...

1. Kak Lawa

2. Ween
3. Aqies
4. Kak E
5. Sodep
6. Topek
7. Along
8. Angah
9. Cik Yuyu
10. Rezz
11. Combi
12. Ryan
13. Fadzli Khan
14. Shaizar
15. Ako...
16. Amer

dan mereka2 yang lain... harap2 cukuplah ya byk tu, tahun depan jangan mintak lagi...

ok ada sikit tambahan nama kat sini ya... sebab semalam tu dah lewat malam sgt nak masukkan satu2 nama... harap dpt diambil dgn segera sementara stok masih ada...

mula dgn no 1 balik ya...
1. Chika... (sorry chika - saya betul2 ingatkan nama chika dah tersenarai - chika kan my feveret blogger... tak boleh lupakan dia ni... sorry)
2. Dir
3. ecah
4. rosma
5. anuar
6. kak sue
7. cik abu
8. Heliza AF
9. Fysal
10.ien

kpd yg agak terlambat sikit tu harap maaf lah ya... sebarang kesulitan amtlah dikesali....

Gift & Duit Raya...

Happy dlm 2, 3 hari ni ada kawan2 yg baik bagi penghargaan pada saya... saya sangat-sangat hargainya....

Yang pertamanya, duit raya dari KAK LAWA.. (yang sekarang ni dah makin fofulerrr... kejap masuk paper, kejap masuk tv...)

Yang keduanya - satu lagi gift dari AQIES...

terima kasih daun keladi tau...

Wednesday, September 10, 2008

Untuk sahabat saya yang lagi seorang tuu...

Saya tiba-tiba terkesan pulak dgn satu lagi hal ajaib... pelik bin ajaib... - Puasa tapi tak mahu sembahyang???...

Hmmm... betul-betul kalut jugak. Ade ke pulak puasa tapi tak sembahyang. Jangan tak tahu, ramai juga yg buat macam tu... yg buat saya agak terkejut tu bila sahabat saya yang lain pula (selain dari yg tak puasa mcm dlm cerita lepas) pun buat gitu jugak.

Sebenarnya saya dah ketemu dgn beberapa orang yang membahaskan hal ini. Nyata orang yang sanggup bertegang leher memperkatakan sembahyang dan puasa tu satu yang terpisah, memang ada. Jelas. Jadi, mudah je kita tengok orang tak ke mana-mana time waktu zohor, asar atau time sembahyang Jumaat, relaks je dalam opis. Tapi bila tiba time berbuka nanti gelojoh...

Heh! mana diaorang ni belajar ntah?
Sembahyang dgn puasa memang berkait. Kuat menguatkan, satu tak ada tak jalan yang satu lagi. Tak caya tanyalah mana-mana ustaz yang muktabar. Dengar tu... ustaz yang muktabar... ada jugak ustaz yang tak boleh pakai. kan lain orang, lain cara fikirnya.
Nak senang, cari yang tak muktabar... senang tak payah sembahyang. Kekadang tu, sembahyang pakai niat je - dah dikira sembahyang... Eiii, makan boleh pakai niat je ke, pastu terus kenyang???

Jangan bayak pertikai, jangan banyak hujah. Buat saja. Dah agama tu didirikan dengan rukun iman dan rukun Islam, nak buat macamana lagi? Takkan terlepas punya dari rukun ini. Sebab dah gitu. Sebab nabi pun buat gitu. Nabi buat dua-dua - sembahyang nabi buat, puasa pun nabi buat...

Kepada rakan saya yang seorang lagi tu dan semua yg berpendirian bahawa puasa itu satu hal, dan sembahyang itu satu hal yang lain, sampailah masanya untuk berubah pendirian. Jangan jadi orang yang rugi. Buat kerja tak ada gaji. Nak ke gitu? Puasa penat2 tapi tak ada ganjaran... nak gitu?
Hmmm, saya percaya banyak perkara tentang puasa yang kita musykil... bolehlah bertanya pada yang tahu dan kita boleh selesaikan...

Monday, September 8, 2008

Untuk sahabat saya yang seorang tuu...

Saya yakin motivasi perlu dibina secara berterusan. Kita tak mahu amalan kita bermusim.. Time bulan puasa barulah nak banyakkan ibadah, time hari biasa, selamba jerrr...

Maka rugilah orang yang tak mahu puasa tahun ini (bukan tak boleh puasa ya), sebab tahun depan belum tentu bertemu lagi dengan Ramadan. Ramadan tetap jugak datang... kita ni, sama ada masaih ada kesempatan atau tak ada... itu persoalan...

Jadi mari kita manfaatkan usia yg berbaki ini untuk jadikan puasa tahun ini puasa yang lebih baik dari tahun-tahun sudah...

Sebenarnya saya berasa sikit hairan dengan orang yang tak tahan puasa, padahal dia sihat waalfiat. Tak ada apa-apa masalah... saya sikit hairanlah.

Sebab saya rasa untuk mencuri makan, untuk tak puasa dalam bulan puasa lebih susah daripada berpuasa. Bayangkan kalau nak curi makan ni... kalau kat rumah mana boleh makan. Kat mana nak makan? Mungkin dalam bilik... Alright!! buatnya tiba-tiba mak bukak pintu bilik.. mahu hijau muka agaknya nak tahan malu... Silap-silap dalam jamban... errr, eh! jamban pulak, bilik air.
"Dalam bilik air boleh makan ke?"
"BOLEH!!!"...
Huh!... apa punya nafsu

Kat pejabat pun gitu jugak. Cuba beritahu kat mana boleh curi makan kalau kat pejabat. Kalau ada bilik sendiri kira boleh tahan lah... kalau tak ada... tak ke bilik air jugak ke sudahnya...

Haa... kan susah tu... lebih susah dari puasa. Sebab kalau tak puasa kena buat-buat letih juga, kena buat-buat tak boleh banyak bercakap jugak... Kena berlakon... Apa tak susah ke tu??

Hhhhmmm... apa yg susah sangat dengan puasa. Tak mati pun. Tak pernah dengar pulak ada org mati sebab dia puasa. Belum...

Eleh!!! setakat tak makan sekitar 9 jam pun tak larat... Tu, orang Afrika ada tak makan berminggu. Lagipun kita ada peluang sahur. Itulah, malas pulak nak bangun... Sahurlah sikit... Sunnah nabi kita tu... InsyaAllah tak rasa apa-apa. Kalau ada rasa apa-apa pun, itu adatlah. Tak rasa lapar langsung karang tak lojik pulak dek akal... dah maksud puasa tu pun menahan rasa lapar dan dahaga... (dan perkara2 membatalkan puasa).

Okey... kepada sahabat saya yang sorang tu... (errr entri ni tak ditujukan untuk engkau sorang je tau)... selamat membina kekuatan dalaman. dan mulalah berpuasa mulai sekarang.... bukan payah pun... heheh