Saturday, May 16, 2009

Bukan Sebarang Jasa...


Entri ini saya tujukan khas untuk cikgu Wiween, Kak Lawa, Kak Asyiq, Ustaz Adam, Puteri Ezza, Sufi Idani, Azza-irah, ... dan semua guru-guru yang membaca blog saya juga kepada semua guru di seluruh Malaysia....

Sepuntung Dian, Serangkai Intan...

Profesi ini...
Tetaplah terus menjadi inspirasi,
digemari dan diminati
meski di hadapan ternanti...
aneka cabaran yang menguji,
barangkali juga bertali-tali
menuntut ketulusan hati
agar segalanya nanti
berharga di sisi Ilahi
Semoga DIA akan membalasi... dengan ganjaran yang tinggi.

Profesi ini...
tetaplah terus disanjung dan dihargai
kerana kita mengerti
bahawa jasa, pengorbanan dan bakti
yang telah mereka taburi
banyaknya tiada terperi
bukan ringgit warisan budi
membentuk warisan generasi
agar segak berdiri... dihiasi sahsiah dan jati diri.

Profesi ini...
tetaplah terus disayangi, dicintai dan dikasihi
kerana kita sebenarnya mengakui
merekalah yang banyak memberi
sedangkan sedikit dibalasi
mereka juga sering dilibati
jika krisis moral generasi
semakin menjadi-jadi
sedangkan senario terkini
yang disebut globalisasi
banyak mencorak mempengaruhi
menyumbang nilai-nilai tidak murni
justeru kita juga harus fahami
dan bersama mengawasi
kerana tugas ini... tanggungjawab setiap diri.

Profesi ini...
Tetaplah terus dikagumi dan dihormati
kerana kita menyedari
hakikatnya mereka adalah nadi
di dalam tubuh pertiwi
menjana bangsa bermula dari umbi
kerana...
bukankan sebelum mencecahkan kaki ke tangga universiti
atau berpenat meraih rezeki
awalnya perlu dahulu mengenal A, B, C
atau alif, ba, ta, - huruf-huruf jawi
perlu pandai mengira, mencampur, darab, tolak dan bahagi
di samping tidak melupai
didikan berakhlak terpuji
membentuk peribadi berbudi pekerti
kerana...
walaupun tamadun melangit tinggi
andai akhlak menyapu bumi
sedikit pun tidak beerti

Profesi ini...
tetaplah terus dibanggai dan disyukuri
hingga tersemai keinsafan di dalam hati
bahawa mereka yang berada di bidang ini
sungguh beruntung sekali
ilmu dan tunjuk ajar diberi
semoga menjadi jariah selepas mati
bukankah di sana nanti
segala-galanya tidak berguna lagi
selain iman dan amal bakti........

Sesungguhnya bukan sebarang jasa...
Seorang Insan bergelar GURU

- chimera 2009


dan bersempena hari guru ini... saya tuliskan juga sebuah sajak tulisan Allahyarhan Usman Awang yang sangat saya gemari... kepada semua guru yang pernah mendidik saya sehinggalah saya menjadi "manusia" seperti sekarang.... Hanya Allah akan membalas segala jasa baik kalian. juga kepada semua guru di Malaysia...

Guru Oh Guru (oleh Usman Awang)

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


SELAMAT HARI GURU.. Untuk mu cikgu-cikgu insan yang mulia..... moga terus berbakti dengan tabah.

Tuesday, May 12, 2009

HOLA

Jika di tanya... apakah antara perkara yang mengembirakan dan menyenangkan hati... saya akan jawab - salah satu darinya ialah - sentiasa diingati. Dan untuk diingati, saya perlu mngingati... kerana saya percaya... hukum alam adalah begitu. "Apa yg anda beri, itulah yang anda dapat"

"Hola From Andalusia"...
Sekali lagi saya mendapat titipan tanda ingatan... Masih lagi dari dia yang sama... yang semakin menambah tebalkan semangat saya untuk berjumpa dengannya satu masa nanti

cartel taurino, affiche de cordida bla... bla... bla... **apeke benda lah dia tulis tu**


Ya... sekali lagi saya mendapat kiriman poskad dari sana benua yang berbeza...




Sekeping poskad dari Spain... huk! huk! huk!... apa lagi boleh saya kata.... selain terima kasih tak terhingga... apa lagi boleh saya rasa... selain rasa terharu tak terkira...

**awalnya pelik jugak tgk poskad ni... ingatkan tiket utk tgk org main laga-laga lembu tu - heheheheh***

Terima Kasih tak sekali lagi kepada sahabat maya kita "Bro. CAPPUCCINO"... ... ... ..., dah lama benar dia tak aktifkan blognya. Tapi sesekali kita tetap berhubung dgn email...
Dulu, dia pernah sekali buat panggilan dari UK.. tapi saya tak berkesempatan mendengar suaranya (memang tak pernah dengar suara dia) sebab masa tu saya sedang solat Maghrib. Mak saya yg menjawab panggilannya sehingga sekarang masih aneh, bagaimana orang boleh berhubung menggunakan telefon pada jarak yang tersangat-sangatlah jauhnya... merentasi lautan, melewati benua... dan dari jarak yang terlalu jauh itu, suaranya tiba di rumah saya. hahaha...
Dan InsyaAllah, tak lama lagi dia akan pulang ke tanah air bersama gelaran DOKTOR... kita sama-sama doakan...
Oh ya.. dia juga punya 2 cahaya mata yang tersangatlah comelnya dan isteri yang cantik juga... Isterinya Dr. RAIHAN adalah rkan blogger saya... nak tengok betapa comel anak2 mereka tengok kat SINI

Kepada Bro Coppcinno... Terima kasih sangat-sangat sebab sentiasa ingatkan saya yang entah sape-sape ni (dan teruknya saya ni... poskad ni saya dpt Jumaat yang lalu, tapi saya masih belum maklumkan ketibaannya kepada tuan yang menghantar... ahaha.. terukkan?)... Terima kasih daun keladi Bro.. kalau dapt poskad dari kutub Utara pun macam best jugak hahahahaha.....


Ok... lupakan pasal poskad... biar saya seorang sahaja yang mengenangnya.

cerita lain pulak....

Apa yang mereka tidak ajar di Harvard Business School adalah tajuk sebuah buku yang tidak pernah saya baca. Walaupun saya gemar membaca, tapi buku ini langsung tidak menarik minat saya... Ditulis seorang seorang yang berjaya dalam bidang pengurusan sukan; yang saya agak merupakan seorang lulusan Harvard Business School, adalah mengenai pengurusan dari segi aplikasi.

Harvard Business School adalah antara institusi terulung dalam melahirkan pengurus atau usahawan yang berjaya. Barangkali apa yang diajar di sana adalah ilmu-ilmu pengurusan yang terkini dan mendapat sokongan atau tunjuk ajar dari syarikat-syarikat multinasional yang berjaya. Tenaga pengajarnya mungkin adalah individu yang pakar di dalam bidangnya dan bukan calang-calang kelayakan. Dan orang-orang yang dapat belajar di sana pun bukan calang-calang kepandaiannya. Jadi tidak pelik jika graduannya juga bagus-bagus belaka.

Pun begitu di Harvard mereka tidak mengajar semuanya. Apa yang mereka tidak ajar tidak pula saya ketahui. Barangkali sebab itu buku itu tajuknya begitu.

Tetapi jika ditukar kepada apa yang mereka tidak ajar di universiti awam, barangkali saya tahu sedikit sebanyak. Kalau dikumpulkan jawapannya secara kolektif, mungkin ada yang akan berkata banyak yang tidak diajar. Mungkin juga ada yang akan berkata langsung tak ajar apa-apa :|

Ironinya, dunia kat luar ni tak sama dengan dunia yang diajar di universiti. Di universiti, semua pembangunan sistem adalah mengikut fasa. Di dunia sebenar ada sistem yang dibangunkan tunggang-terbalik. Di universiti, budak IT akan belajar benda-benda pasal komputer. di dunia sebenar, budak IT pun ada yang jual air tebu! Budak akaun pun ada yang tengah jahit manik labuci.

Di universiti orang selalu sibuk-sibuk pasal peratus yang dapat kelas pertama sikit tapi kat luar tak ramai orang peduli. Dapat kelas pertama tapi tak reti buat kerja tak ada gunanya. Baik dapat kelas dua tak kira bawah ke atas tapi tahu buat kerja. Kat luar ni orang yang tak mengaji sampai universiti pun ada yang boleh buat kerja lagi hebat dari orang yang ngaji universiti. Jadi adalah logik untuk berkata gagal di dunia luar (dibaca: penganggur) adalah kerana salah pihak universiti.

Jadi saya perlu mengatakan begini: mereka tidak ajar Indesign semasa 'budak tu' di universiti. Sebab itu sudah hampir seminggu mengadap Indesign tapi tak reti-reti buat jugak.
Semua tunggu nak kena ajar, apa guna ada otak?

p/s... saya dulu pun tak tahu pakai indesign ni... di ajar sikit je... yang lain-lain semua kena ikhtiar sendiri. Nak hidup, gitulah gaya dia... huhhhh... hangin betul dgn budak sorang tu.....


catatan kecil ini saya tujukan khas untuk seorang kawan saya: Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana untuk berterimakasih atas kurnia tersebut.