Friday, December 26, 2008

kesulitan demi kesulitan...

Selesai sudah satu kesulitan... kesulitan yg diselesaikan dgn rasa sulit sekali...
Sekarang bertemu pulalah kesulitan dari gelombang yang lain. Hmmm, selesai kesulitan ini, maka akan muncul kesulitan dari gelombang berikutnya pula.... Kerana sudah demikian mestinya hidup ini. Habis kesulitan yang satu akan menimpa pula kesulitan lain. Kita hanya istirehat buat sementara, guna untuk mengumpulkan kekuatan untuk menempuh perjuangan yang baru. Sebab itulah maka kita tak usah menangis di waktu mendaki. Sebab di sebalik puncak perhentian pendakian itu telah menunggu daerah yang menurun. Hanya satu yang perlu kita jaga di sana, iaitu kuatkan kaki, supaya jangan tergelincir. Dan tak usah kita ketawa di waktu turun kerana kita akan menempuh pendakian lain pula, yang biasanya lebih tinggi dan menggoyahkan lutut daripada pendakian yang dahulu. Dan kalau sempat kita turun lagi... kita akan turun lagi... dan kalau sempat kita perlu mendaki lagi... kita akan mendaki lagi...

Dan barulah kelak di akhir sekali, kita akan berhenti pendakian dari penurunan itu. Di satu padang yang luas terbentang bernama MAUT... Di sana akan bertemu alam datar, tidak berpendakian, tidak berpenurunan lagi.....

Thursday, December 25, 2008

Everything happens for a reason

What a wonderful rainy day today. It's so spectacular. I dunno why I love the rain so much. Everything does seem like it's in place now. It's not as uncomfortable as I thought it would be. Things are just great. I hope they stay this way...

What is love anyways Who knows that it is? Nobody does. People have an idea of what it is, but no one is certain. There are so many interpretations of love. Its crazy. I mean, how do you know when you really love someone, until you stop loving them or something...

Everything happens for a reason. Nothing happens by chance or by employing available good luck. The people you meet who affect your life, your success and mistrials, help to create who you are and who you become. Even negative events can become learning experiences when we handle them right.

Sometimes people come into your life and you know right away that they were meant to be there, to serve some sort of purpose, teach you a lesson, or to help you figure out who you are or who you want to become.

Appreciate every moment and take from those moments everything that you possibly can for you may never be able to experience it again. Let yourself fall in love, break free, and set your sights high. Hold your head up because you have every right to. You can make your life anything you wish. Create your own life and then go out and live it with absolutely no regrets. And finally, enjoy looking forward to learning a new lesson each day and enjoying the journey....


Don't try so hard, the best things come when you least expect them to.
Translation - Desperate people do desperate things, sometimes you just have to let it happen while you are living life, not running through it..

oh! ya.. dah lama tak cakap... "I sound silly when i speak in malay u see"... heheh... ampunnn




Wednesday, December 24, 2008

"Are You Married?"

Hah ya... semalam saya dapat panggilan dari seorang kawan lama yg kini bertugas di sarawak - Kori ... lama sangat kami terpisah... 7 tahun or 8 tahun - lebih kuranglah.

Katanya dia dah punya 3 anak... !!!... Dan soalannya pada saya tetap soalan yg sama seperti soalan-soalan cepu emas dari kawan-kawan lama yg lain apabila kami berbual di telefon atau sesekali terserempak... "Are U Married?".... ..saya tidak keberatan untuk menjawabnya..haahaa malah rasa seronok pulak buat orang bingung dan prihatin kerana sudah seumur begini masih lagi sendiri. Dan keluar lah ayat standard yang stereotype.. "Hey, what’s wrong with you, dude??"

"....mempunyai anak benar-benar mengubah kehidupan aku secara total, baik cara berfikir maupun perasaan ini secara peribadi. Jelaslah bahawa peristiwa itu merupakan satu-satunya peristiwa yang paling penting yang pernah aku alami..."

Adoooiii..touching banget ayat dia!! Keliru dong. Saya kira saya tidak pernah memikirkan perkara se"serius" ini. Saya pasti tidak dapat mengingati bila saya berbicara tentang soal ini!! Ahhhh... tiba-tiba saja sedar bahawa saya sudah menjadi orang tua.. errrrrr....


Kata Fuad: I recently confided in a friend, that I was nervous about getting married is... life-long commitment. I suppose you could call me an old-fashioned sort of men. The not marrying kind. In theory, I'm not alone. It's bothers me now.....

Why I'm not Married?

What you said?

~ We're not all bad apples. Some of us want to get married, we just haven't found the right person yet. I admire the ones who get married at a young age. Commitment is something that seems to be waning in society. I would love to be married and have kids, but I don't want to marry the wrong person or for the wrong reason. Dunno larrrr...

doakanlah orang yang saya ada sekarang "orang belah sana" adalah orang yang tepat untuk saya satu masa nanti.

Tuesday, December 23, 2008

Do Something About It...

.... I was always an open person, but you have to break a lot of things that stop you sometimes. It made me even more outgoing, more open to people, and more willing to learn. I learned a lot about people, a lot about different cultures -- I learned a lot of English . I think it will be hard for me to give it up so easily.

Good Feeling or Feeling Good....
We all like to feel good. We can't feel good all of the time, but we try. For most of us, feeling good just comes natural. For others, it needs to be enhanced artificially. In some individuals there is an imbalance of brain chemicals that can cause them to not feel good. These guys may need professional help to get them to feel good again. Feeling good is wonderful, but there are times when we just can't. Problems develop and we feel bad. Feeling good can be free, affordable, and expensive. Everyone is different and feeling good is very subjective. The bottom line is to look at what feeling good is costing you. Is it a few dollars over the weekend? Is it your self-respect? Is it your marriage? Is it a paycheck? Is it time? Is it a life?


Pesan seorang teman:
Kadang-kadang bila kita memberi sesuatu kepada orang lain, kita tidak boleh selalu mengharapkan apa-apa sebagai balasan.

Adakalanya hidup kita ini didatangi dengan sedikit kelebihan yang dianugerahkan oleh tuhan. Pada suatu hari kita sangat miskin sehinggakan terpaksa makan roti yang orang buang.... pada suatu hari yang lain kita sangat kaya sehinggakan makan roti ada orang yang tolong suapkan. Pada suatu hari kita sangat bebal sehinggakan untuk mengira 1 + 1 pun kita tidak tahu... pada suatu hari yang lain kita menjadi sangat pandai sehinggakan kita boleh mengira tanpa menggunakan kalkulator.... dan bersama anugerah itu, ada haknya untuk orang lain.

Hmmm...sebab itu tuhan menjanjikan kita pahala sekiranya kita menggunakan kelebihan yang telah diberikan kepada kita itu untuk membantu orang lain. Kalau kita kaya dan kita tolong orang miskin, kita diberi pahala. Kalau kita pandai dan kita tolong pandaikan orang yang tidak pandai, kita juga diberi pahala.

Orang yang kita tolong itu mungkin boleh mengusahakan sesuatu sebagai balasan ~ dia boleh membalas semula apa yang kita beri atau dia tolong kita semula dengan cara yang lain, tetapi apa-apa pun yang mereka usahakan untuk membalas kita itu tidak setanding dengan pahala yang tuhan telah janjikan.

Kadang-kadang kita mahu mengatakan sesuatu, tetapi kita tidak tahu apakah ayatnya yang betul.

Bila kita mahu memberi nasihat, kita tidak mahu nasihat kita itu bunyinya seolah-olah kita menyalahkan orang yang kita beri nasihat itu. Kita juga tidak mahu nasihat kita itu disalahertikan sebagai kita cuba menunjuk kita ini pandai serba-serbi. Kita sama sekali tidak mahu nasihat kita itu berbunyi seolah-olah satu arahan. Tetapi pada masa yang sama kita juga tidak mahu memberi nasihat yang sekadar 'melepas batuk di tangga'. Kita mahu memberi satu nasihat yang benar-benar dapat membantu tetapi kita masih tersangkut mencari ayat yang sesuai dan akibatnya nasihat kita itu seumpama 'mencurah air ke daun keladi'.

Bila kita mahu memberitahu sesuatu, kita tersepit untuk 'berkata benar walaupun pahit'. Kerana bukan mudah untuk semua orang menerima kebenaran.... dan bukan mudah juga untuk semua orang menerima yang diri mereka itu silap.

Tetapi sama sekali kita tidak boleh berkata bohong. Lalu kita terkial-kial untuk mencari ayat yang berbunyi neutral dan tidak menimbulkan sebarang provokasi ~ baik di pihak yang benar atau pihak yang tidak benar. Kita juga mahu apa yang kita cakap itu boleh diterima atau sekurang-kurangnya menjadi bahan untuk perbincangan secara damai. Kita tidak mahu hanya kerana apa yang keluar dari mulut kita, kita semua menjadi musuh...

Secara semulajadi, tidak semua orang dilahirkan dengan bakat atau pesona berkomunikasi. Ada orang yang menilai kita dari apa yang kita cakap. Ada orang yang menilai kita dengan cara kita meyakinkan mereka. Ada orang yang cuba memperlekehkan kita dengan tujuan untuk menguji... terutama orang yang ada PHD. Ada orang yang tidak begitu yakin tetapi mahu melihat sama ada kita wajar diberi peluang. Ada orang yang begitu 'keras hatinya' tetapi jauh di sudut hatinya, dia mahu melihat sejauh mana kita akan berusaha....

Meyakinkan manusia adalah satu tugas yang sangat sukar. Ia hanya boleh dilakukan orang-orang dan cara-cara yang tertentu sahaja. Maka berjaya meyakinkan manusia boleh dikira sebagai satu kemenangan yang sangat besar. Kerana kalau tidak berjaya meyakinkan manusia, apa-apa yang selepasnya tidak mungkin akan berlaku....

Monday, December 22, 2008

Lukisan saya... -

Ahah... dah lewat ni. mata pun dah berat... yg terakhir utuk hari ni, mari kita buat satu lagi tag simple... (simple?)...

Tag kali ni dari Kak Ct Delima... ok jugak. tag pasal lukisan. mari kita selesaikannya.. tgk peraturan dulu;

1-Lukis jer la kartun ker muka sendiri ker kat kertas apa2 je..
mesti lukis sendiri jgn suh org lain buat..
2-Snap/scan lukisan tu...
3-Pastu upload kat blog korang ya !!
4-Pastu tag 4 mangsa


ini dia...

Ni ialah gambar awek saya dulu-dulu... sekarang dah tak lagi sebab dia dah kawen dgn satu orang tua tu.... oklah... bukan awek saya lagi dah...

Saya suka tag kali ni sebab saya suka jugak melukis... so, sekali bila dah dpt pegang pensil dgn kertas lukisan... dgn senang hatinya saya akan lukis gambar lain-lain jugak sampai saya boring... nasiblahkan. sape suruh bagi tag macam ni... so, selain gambar Mak Iti... (ada rupa mak iti ke?).. anda jugak terpaksa menyaksikan gambar2 lukisan yg lain... boleh kan...



Ini Hitam... (walaupun warna tubuhnya adalah putih)... tapi dia dah tak de... dah mati sakit tua... gambar2 dia ada byklah...



gambar tak siap... tetiba mood habis... heheh...


ada sikit lagi ni ya...

ok... baru dpt penuhi syarat tag... mintak lukis gambar katun... yg kat atas2 tadi tu, tak memenuhi syarat... tapi sebab dah lukis byk sampai habis mood, pesalahnya saya letak kat sini...

ok... ada satu lagi, saya nak tumjukkan cara nak lukis katak paling mudah...

errrr... heh... tak berciri-cirikan katak kah.....


hahah, rasa mcm overlah pulak.. org mintak satu saya bagi sampai 5...

next... tag orang lain pulak sebanyak 4 orang...
Ween, saya tahu dia pandai melukis... so, saya nak tag cikgu ween... saya nak tag hidney, Erni, pastu dek Yuyu... ok... 4 orang...

ayah penah cakap, binatang paling senang sekali nak lukis... cacing... memang senang pun...





(seduatan dari entri yg lepas-lepas)......
"Ikhlaskan aje lah... Mudah-mudahan akan di ganti dengan yang lebih baik".... Itu nasihat 'orang belah sana' satu hari ketika saya mengadu padanya tentang kehilangan Handphone saya..
Ya... mudah-mudahan akan digantikan dengang rezeki yang lebih baik...
Mudah-mudahan akan diganti dengan i-mac G5 20"... ... Yihaaaa... teruja gila tgk keybord dia yang nipis cute tu... huh!!


sambungannya-----



errr... bagaiamana pula kotak computer idaman ini boleh ku miliki...


dan mousenya yg comel juga.... apakah???....










errrr... apakah...





yessss....



YIHAAAA....

Sunday, December 21, 2008

ada sesuatu di hati...

....Ada sesuatu yang ingin ku tulis disini... tentang qadar Allah, tentang kebesaranNya... tentang nikmatNya yang tak putus-putusnya diberikan kepadaku....tapi rasanya sulit untuk merangkai kata-kata itu... hanya doa yang dapat terucap...

Di dalam kehidupan saat yang paling sulit adalah ketika kita dihadapkan pada suatu pilihan. Memilih mana yang terbaik bukanlah hal yang mudah, terkadang banyak pertimbangan disana-sini.

Kekeliruan di mana-mana.....

Hidup ini seperti menempuhi satu perjalanan kereta api yang panjang dan berliku. Gerabak-gerabaknya adalah umpama ruang usia, di mana kita memasukinya, lantas keluar dan masuk lagi ke gerabak berikutnya hinggalah kita tiba di gerabak yang paling hadapan lantas menginjak akhir sebuah perjalanan iaitu stesen. Stesen yang tika siangnya meriah namun lengang dan sepi tika malam menjelang.