Hari Ahad - 'Orang belah sana hantar SMS'....
'Awak, saya kat bookfair ni... ada nak suruh beli apa-apa buku tak'... tanyanya...
saya dengan pantas tekan butang telefon dan balas...
'Ada jugak nak suruh beli... tapi tak apalah, demi...'
-Ops!, saya tak sempat habiskan ayat SMS, tapi dah tertekan butang ‘send’, saya sepatutnya habiskan ayat dengan menulis - 'demi tak mahu menyusahkan awak sebab byk yg saya nak beli... lagi pun nanti saya boleh pergi sendiri'....
tapi tak apalah... saya masih harap dia faham sms yang tidak sudah tu. saya abaikan tanpa menghantar sms susulan
dan seperti yang diduga tiba-tiba saya terima sms balas... dari dia...:
'demi apa?'
saya balas...
'demi cinta ku padamu...'
YiHAAA...
- demi sesungguhnya - membaca itu amalan mulia - menambah ilmu -
Dan... ya...
Kalau anda bekesempatan ke pesta buku tahun ni (setakat ni saya masih tak punya kesempatan) - cadangan saya - singgahlah ke booth no 81 (ruang legar) Milik Galeri Ilmu Sdn Bhd... kerana di situ (saya kira) punya bahan-bahan bacaan motivasi bermutu untuk santapan minda dan jiwa... Buku-buku ilmiah yang mendekatkan kita dengan Tuhan... dan buku-buku yang punya panduan untuk melayari kehidupan...
Sudah kah anda membaca buku best seller "Aku Terima Nikahnya"... hasil tulisan ustaz Hasrizal Abdul Jamil (penulis blog - saifulislam.com)...
Saya memiliki sebuah naskhah ini (yang siap di tandatangan sendiri oleh penulisnya)... - bersama kata-kata hikmat yang pupular dari penulis ~ Erti hidup pada memberi ~
-Pelikkah cinta tanpa berkenalan, keluar makan-makan, berbalas emel dan SMS?
buku ini bukanlah untuk yang berumah tangga semata-mata walaupun pada tajuknya lebih terlihat ke arah itu...
"Aku Terima Nikahnya" adalah rakaman pengalaman penulis dalam membina damai pada sebuah kehidupuan berumahtangga. Segalanya bermula dengan menilai cara diri memandang perkahwinan itu sendiri. Melihat perkahwinan sebagai medan untuk menerima, menjadikan hidup sering gelisah dan hidup meminta-minta. Melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi, dan menjadikan kita lebih memikirkan soal peranan dan bukannya hak yang tidak berkesudahan...
Diolah dengan gaya santai dan pendekatan bercerita, dengan dialog-dialog biasa yang merencahi kehidupan sekitar dunia rumah tangga, buku ini seronok dibaca dan begitu mengasyikkan. Suami atau isteri dibawa menghargai keunikan diri masing-masing... Mengiktiraf kelebihan dan mengakui kelemahan, lalu belajar saling memahami... demi menyempurnakan perjalanan sebuah rumahtangga berbekalkan syariat Allah dan sunnatullah...
saya telah membaca buku ini berulang-ulang kali... tidak pasti telah berapa kali saya meng'khatam'nya... menarik... sungguh...
Dan... kini telah pun terbit "Aku Terima Nikahnya 2 ~ Bercinta Sampai Ke Syurga"...
Ok.. saya sudah punya buku ini... tapi masih tidak berkesempatan lagi membacanya. dan saya pasti buku ini juga semenarik, atau mungkin lebih menarik lagi berbanding "Aku terima Nikahnya"...
oh ya.. kepada anda penggemar-penggemar buku... "Aku terima nikahnya - 1 & 2 boleh didapati di pesta buku di Booth no. 81... (saya pasti ada diskaun yang menarik)...
Dan selain itu... saya cadangkan juga kepada anda... buku-buku terbitan bermutu Galeri Ilmu Sdn. Bhd...
Rindu Bau Pohon Tin... oleh penulis yang sama Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
"Tangis jiwa meratap kenangan. Sirna janjiku pada Rabbul Aalamin, sirih pulang ke gagang perjuangan."
juga buku ini
Mencari kemanisan dalam kehidupan. "Bawa Hatimu Bertemu Tuhan".. Di sana menanti Syurga idaman... - dapatkan - Hasil tulisan Ustaz Amaluddin Mohd Napiah...
Tarbiyah rohani yang mengajak membesarkan TUHAN...
Banyak musuh yang cemburu pada kegemilangan hati dan nur hidayahNya yang berkilau serta ilmu Allah yang sarat. Justeru... belum sampaikah masanya untuk membawa hati itu kepada Tuhan?
Buku ini menyajikan 60 mutiara pengajaran dan bahan muhasabah untuk membentuk hati yang sejahtera serta dekat dengan Tuhan. Santai, mudah namun mengesankan.
Antara mutiaranya - carilah kemuliaan pada mentaati Allah --- Kita perlu kuat untuk berpisah dengan kejahatan --- Damping Al-Quran kerana padanya ada nilai tambah --- jadilah hamba yang syukur dengan banyak memberi --- cara mujarab untuk hapuskan dosa ---- jadilah orang yang panjang umurnya --- jadilah anak akhirat supaya hidup lebih bermakna ---- jangan tersungkur di pintu syurga kerana takbur --- rinduilah syurga agar syurga juga merindui kita.. dan byk lagi isi-isi yang manarik....
Pengajaran hebat dalam perubahan diri... hasil tulisan Uztaz Zul Ramli M. Razali... Tarbiah Rohani yang membawa pengajaran hebat dari Tuhan.
Amat penting bagi manusia mencari ruang untuk kembali ke jalan yang betul.. Justeru, di manakah dot pusingannya.
Buku ini merupakan 'wake-up call' untuk menyedarkan kita yang alpa. Seterusnya memandu kita membuat 'u-turn' dalam menyusuri jalan kehidupan, berpandukan mutiara peninggalan Rasul junjungan mulia dan pengajaran dari kisah-kisah kehidupan yang cukup mengesankan. Menggabungkan unsur psikologi dan budaya beragama dalam bentuk kisah dan nukilan.
antara pengajaran dari buku ini:
-- Manusia yang mempunyai arah akan menguasai nasib dan gaya hidupnya --- Ibadah bukan beban, ia hadiah terindah dari Tuhan --- bukan semua yang disukai memberikan kesukaan akhirnya --- sabar itu lebih mudah dari tidak sabar --- musuh ketat bagi terbaik adalah baik --- keinginan ialah penipu dalam diri yang tidak memerlukan izin untuk masuk --- sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, tapi bersyukur tu kena selalu --- Serik ialah pusingan U terakhir untuk kembali ke jalan betul dan banyak lagi pengajaran...
juga buku ini
Universiti bukan jalan pintas untuk menempah kejayaan... bahkan ia juga bukan sebuah gedung ilmu yang boleh dibeli dengan wang ringgit untuk meraih segulung ijazah... - sebuah buku untuk pedoman bakal mahasiswa... hasil tulisan Dr. Kamariah Kamarudin...
itu antara buku2 menarik dan berilmu di situ...
"Perempuan Di Pinggir Tasik" - Sebuah antalogi cerpen - koleksi cerpen-cerpen terbaik...
Ok.. hanya cerpen...
kenapa saya syorkan buku ini...
kerana di dalamnya terdapat juga 2 buah cerpen yang ditulis oleh SAYA... Sungguh...
heheheh... jangan lupa beli tau... sekadar cadangan sahaja..
Semuanya di Booth no 81...

saya cadangkan juga buku ini

dan jangan lupa juga mendapatkan buku ini
"Perempuan Di Pinggir Tasik" - Sebuah antalogi cerpen - koleksi cerpen-cerpen terbaik...
Ok.. hanya cerpen...
kenapa saya syorkan buku ini...
kerana di dalamnya terdapat juga 2 buah cerpen yang ditulis oleh SAYA... Sungguh...
heheheh... jangan lupa beli tau... sekadar cadangan sahaja..
Semuanya di Booth no 81...
Hari yang sama - 'orang belah sana' SMS lagi...
"Saya dah jumpa buku aku terima nikahnya 2. nak saya belikan untuk awak sekali ke"...
saya teruja dengarkan tajuk buku itu...
lalu saya balas...
"Kalau tak menyusahkan belilah... Demi...".. masih saya putuskan ayat pada perkataan demi.
sengaja untuk bikin penasaran.. haha...
dan kali ini dia tidak membalas... tiada sms susulan darinya.
saya pula yang penasaran lalu mendail nombornya...
"Kenapa tak balas tanya 'demi' apa?"...
"Malas.. dah tahu dah. jawapan dia - 'demi cinta ku pada mu'..." jawabnya...
"Eh! bukan... saya bukan nak jawab 'demi cinta ku pada mu'... ni demi lain"
"Habis demi apa?" suaranya seakan tak sabar...
"Nanti saya SMS.. seganlah nak bagitau"..
Pendek cerita, lepas tu, saya pun taip SMS dan sent kat dia..
“demi SESUNGGUHNYA, aku cinta pada mu”
heheheh YIHAAA!