Saturday, May 9, 2009

IBU...


kisah ini telah saya ceritakan dulu. tapi bersempena hari ibu, biarlah saya ceritakan sekali lagi untuk iktibar (jika boleh diambil iktibar darinya)..




Badannya kurus menampakkan rangka yang kecil. Matanya hampir tertutup dengan tahi mata. Jalannya perlahan tidak teratur.

Dia sakit - begitu jangkaan saya.
Saya memegangnya perlahan-lahan. Dia menjilat-jilat - kelaparan.

"Kita ambik ya Anjang!!" Tanya anak saudara saya... ***yg seorang ini memanggil saya tanpa menggunakan gelaran Pak... Hanya Anjang sahaja - tidak seperti anak suadara lain memanggil saya Pak Anjang (hmmm rasa lebih suka dipanggil mcm ni... tak rasa tua sangat)***

"Boleh! ambik je." jawab saya. Saya dengan anak saudara yang ini memang ngam.

"Nanti Tok Ma marah..."

"Tak apa, biar Anjang cakap kat Tok Ma... Ambik dulu."

Anak kucing yang berwarna kuning keperang-perangan itu didakapnya.

Tiba-tiba dari celah meja di pasar petang itu muncul seekor kucing betina dan dua ekor anaknya. Daripada rupanya, saya boleh jangkakan itulah ibu kepada anak kucing yang sedang didakap anak saudara saya.

"Anjang...!! tu ibu dialah." Anak saudara saya menunjukkan kepada ibu kucing tersebut.

Saya angguk. Hati mula berbelah bagi. Hendak saya ambil atau tinggalkan sahaja anak kucing itu. Saya renung ke arah ibu kucing. Badannya merebeh bahagian perut. Kurus kering... matanya juga hampir tertutup - juga sakit barangkali. Dan saya renung pula pada anaknya yg berada bersebelahan dengannya. Warnanya juga kuning keperangan... juga kurus dan lemah.

"Macamana Anjang??" Anak saudara saya minta kepastian.

Saya diam berfikir. Merenung dan menimbang-nimbang, Ma di rumah tentu keberatan memberi izin sebab ini bukan kali pertama kami membawa anak kucing pulang. Di rumah telah ada 3 ekor anak kucing apabila coyote -ibu kucing kami, beranak 3 minggu yang lalu. Muka Ma pastinya berkerut. Bukanlah dia benci tapi Ma merungut justeru sukarnya menjaga makan minum dan kencing berak anak-anak kucing yang sedia ada. Itu tidak termasuk lagi kucing 'PATI' yang selalu bertandang ke rumah kami menagih makanan. Namun, tubuh kurus kering dan mata layu daif anak kucing itu seolah-olah merayu saya...

"Kita ambik..." kata saya pendek. Anak sauadara itu patuh. Kucing kecil kurus itu didukung dan di bawa pulang.

"Kenapa tak pilih anak kucing yang lagi dua tu?" anak sauadara saya betanya bijak.

"Kita terpaksa pilih, Biarlah dua ekor lagi tu, ibu dia yang jaga. Yang ni kita jaga..."

"Kenapa pilih yang ni?" Anak saudara saya masih bijak tutur tanyanya. Banyak pula soalnya. Tapi ya juga. Kenapa yang seekor ni jadi pilihan. Bukan yang dua lagi...

"Yang ni lebih kurus. Lebih sakit dan lebih lemah. Yang tadi tu nampak sihat. Biar emak dia jaga. Kita boleh jaga dia lebih baik daripada emaknya. Kat rumah kita ada banyak tempat perlindungan daripada panas dan hujan. Kalau tinggal kat pasal ni, nanti, kucing ni jadi lemah dan mati."

Sesampai di rumah anak saudara saya mula sibuk. Disiapkan susu, disediakan makanan berzat khusus untuk anak kucing. Si comel nama diberikan. Saya dan anak saudara ini mula sibuk dengan operasi menyelamat tersebut. Kucing-kucing lain hilang keistimewaan. Coyote dipindahkan ke sangkar kelas ke dua bersama anak-anaknya.

Keutamaan diberikan kepada si comel kerana keadaannya yang daif dan lemah. Setelah bersungguh berusaha, saya yakin Si comel akan berjaya diselamatkan. Nasibnya tentu lebih baik dari saudara kandungnya yang dijaga oleh ibu yang daif.

Dia akan selamat... InsyaAllah... begitu bisik hati saya.

Sehari, 2 hari, 3 hari... si comel masih begitu-begitu juga. Matanya masih tertutup. Badannya masih tidak ada perubahan.

Pukul 4 petang, hari kerja... handphone saya berbunyi. Anak saudara memberi salam dan menangis.... Si Comel mati.

Ketika balik saya melihat sangkar istimewa si Comel telah dihuni oleh Coyote dan anak-anak.

**********


"Anjang rasa, adik beradik Si Comel pun mati jugak ke?" tanya anak saudara saya setelah seminggu comel mati.

"Hmmm tinggal kat rumah, makan sedap dan berkhasiat pun si Comel boleh mati. Anjang rasa anak kucing yang kita tinggal kat pasar tu pun mati jugak."

"Betul ke Anjang?"... ... ...
Saya terusik dengan pertanyaan itu. Ingin juga saya pastikan.

Satu hari setelah beberapa minggu peristiwa itu berlalu, saya pergi lagi ke pasar itu. Anak saudara yang sama masih suka mengikut. Ma sudah menyelinap di sebalik kesibukan manusia membeli belah. Saya dan anak saudar berjalan di tepi gerai menjual sayur...

"Anjang, Anjang..." Panggilan anak saudara tiba-tiba mengejutkan.

"Kenapa?"

"Tengok tu..." Katanya sambil menunjuk ke satu arah.

Kelihatan anak kucing 'Saudara' si comel berlari-lari cergas bersama ibunya. Nampak sihat dan lebih gemuk. Begitu juga si ibu. Kelihatan lebih kuat dan aktif.

"Anjang betullah ni saudara si Comel." Kata anak saudara saya sambil mendukung anak kucing itu.

Saya diam. Rasa kesal, malu dan bersalah bertubi-tubi menimpa.

"Dia tak mati pun Anjang." Perlahan suara anak saudara menghiris hati. Ternyata keputusan saya memutuskan kasih sayang si Comel dengan saudaranya adalah salah.

***************************

"Nak tahu kenapa Anjang bersalah?" Akui saya dalam perjalanan pulang dari pasar.

Anak sauadara saya diam terus mencari-cari jawapan.

"Anjang bersalah sebab dah putuskan kasih sayang si Comel dengan ibu dia. Anjang fikir, si Comel boleh sihat semula hanya dengan makanan dan perlindungan. Anjang lupa, binatang pun perlukan kasih sayang dari ibunya."

"Ingat tu, kasih ibu tak boleh ditukar ganti..." tiba-tiba Ma saya mencelah.

Saya termenung sendiri... itu baru anak kucing... Bagaimana pula anak manusia yang diputuskan kasih dengan ibunya, Pasti lebih derita...

Hati terus diburu rasa bersalah. Memisahkan si comel dengan ibunya. Angkuhnya diri, apabila merasakan boleh gantikan kasih sayang ibu. Hakikatnya saya tidak layak menjadi pengganti ibu... sekali pun ibu bagi seekor kucing**

Kasih Ibu tiada gantinya....



***************************************************************

Kisah 2

(cerita ke dua ni saya sedut dari cerita yang ditulis dalam buku motivasi 'U-Turn Ke Jalan Lurus - tulisan ustaz Zul Ramli M. Razali... (bedasarkan kisah benar juga))

*** Seorang pemilik dusun durian bercerita, apabila datang musim durian, kerja yang paling sukar adalah untuk mengawal bunga durian daripada dirosakkan oleh haiwan. Dan haiwan yang paling sukar dikawal ialah monyet...

Apa yang dilakukan ialah mereka terpaksa berkawal seperti soldadu ketika darurat. Siang dan malam kena berjaga, kalau tidak musuh akan menang. Dengan selaras senapang bersama peluru daripada belerang panas, tembakan yang menjerit diseluruh lembah mencari sasaran. Mana-mana monyet yang kelihatan akan jadi mangsa.

Pada satu petang... seperti hari-hari lain dia keluar berkawal. Di hujung dusun kelihatan pokok duriannya bergoyang. Perlahan-lahan dia berjalan mendekati pokok tersebut. Di sebalik sebatang pokok yang lain dia bersembunyi dan dengan jelas dia nampak dari arah belakang seekor monyet sedang lekan menikmati bunga durian, meratah dengan lahapnya. Tanpa berlengah dia mengangkat senapangnya membidik, nafas di tahan jarinya memetik picu
dan:

Dammmmmm!!!!

Bunyi tembakan bergema memecah sunyi petang. Bersama tembakan itu terdengar bunyi susulan jeritan monyet kesakitan. Peluru menembusi seluruh bahagian belakangnya. Dalam keadaan serba gawat itu sebelum dia benar-benar jatuh ke tanah, tangannya sempat mencapai satu dahan dan bertahan di situ...

Apa yang mengejutkan ialah bergayut di bahagian leher monyet itu, seekor anak monyet. Ertinya dia telah menembak seekor ibu monyet. Di atas dahan berlaku sesuatu yang menakjubkan dan menusuk kalbu. Ibu monyet sedang bertarung dengan nyawanya sendiri, darah menitis deras keluar dari tubuhnya yang terkoyak-koyak diterjah peluru. Di atas dahan itu kelihatan tubuhnya menggeletar kesakitan dengan raungan menahan bisa yang tidak tergambar.

Anak monyet yang ketakutan menangis dan mendakap kemas ibunya. Ketika inilah ibu monyet yang sakit memaut anaknya, menyusukan si anak dalam lelehan serta bau darah yang tepercik di serata dahan. Pada ketika yang lain apabila mulut anaknya terlepas dia meraung ketakutan, si ibu dengan segala kesukaran memautnya kembali dan memberinya susu.

Darah terus mengalir keluar dari tubuh ibu, ia kian lemah.

Ketika itu dengan tangan lemah diangkat anaknya dan dilatakkan di dahan lebih tinggi. Apabila seluruh kudratnya hilang si ibu rebah dan jatuh dari dahan yang tinggi menyembah bumi. Di tanah, matanya berkaca bercampur darah memerhatikan kepada anak yang terus ketakutan dan mati perlahan-lahan...

"Anak ku... cukup sampai di sini, itu sahaja yang ibu terdaya untuk menjagamu"... mungkin begitu kata hati si ibu...

Semua drama ini disaksikan oleh penjaga dusun... ada rasa yang sukar untuk diterjemahkan...

***
Kisah ini sangat menginsafkan saya... tidak perlu dijelaskan secara panjang lebar bagaimana kuatnya fitrah keibuan yang di kurniakan kepada ibu walaupun ibu itu seekor monyet...

ya! tidak perlu dijelaskan lagi... sebentar lagi saya akan menemui ibu saya, menyalaminya, mencium pipi berkedutnya dan meminta maaf atas segala dosa saya padanya... dan mengucapkan betapa saya menyayanginya....

I LOVE U MUM!.... selamat hari ibu...
untuk semua ibu-ibu juga... selamat hari ibu....

Thursday, May 7, 2009

Motivate Starts with Me and Ends with Me....

Just something to think about this week . It's said "motivation" makes the world go round! We have to be motivated to get up in the morning... to seek and follow a profession... to find friend... and even a "way of life".

Manusia memilih sesuatu atas sebabnya yang tersendiri. Mungkin kerana ianya baik. Mungkin kerana ianya menguntungkan. Mungkin juga kerana sudah tiada pilihan lain atau mungkin juga kerana itu sudah menjadi pilihan majoriti ~ jadi mereka yang lain mengikut sahaja. Walau apa juga alasannya untuk memilih, mereka berkehendakkan hanya satu - kebolehpercayaan.

Kadang-kadang kita taknak jadi macam tikus yang membaiki labu.
Sebab tu kita tak berani buat apa yang kita tak tahu. Kita takut kalau kita cuba-cuba nak buat sesuatu yang kita tak tahu, kita akan merosakkan lagi benda tu. Kita takut kalau kita cuba-cuba nak buat sesuatu yg kita tak tahu.... benda yang elok-elok tak rosak jadi rosak.

Dan kita pun buat kesimpulan begini - Buat apa susah-susah nak ambik tahu apa yang di luar? Apa yang hebatnya di luar itu yg ada kaitan dengan kita? Banyak benda adalah lebih baik kita tidak tahu daripada tahu. Lagipun kita lebih selesa dengan kita yang ada sekarang ~ tidak mahu lebih, tidak mahu kurang. Kita tidak mahu ambil peduli dengan benda-benda yg lain. Hmmm.. bijakkah tindakkan yang sebegitu... apa-apalah...

Kebanyakan kita melihat hidup ini sebagai satu jalan sehala. Apa jugak yang berlaku, jalan sahaja terus ke hadapan. Apa yang boleh kita ambil, kita ambil. Apa yang tertinggal jangan dikutip lagi. Istilahnya hidup mesti terus. kerana itu kita selalu terdengar: "Apa boleh buat, dah nasib.' "Buat apa lagi dikenang benda yg dah sudah?"

... dan kerana itu juga kita jarang memberi peluang kedua kepada diri kita sendiri.
Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian.

... Manusia memang begitu. Ada otak, boleh berfikir tapi tak bijak. Sudahlah tidak bijak, berlagak pandai pula itu. Tidak bijak masih boleh dimaafkan. Berlagak pandai mungkin boleh ditolak-ansur.

Jangan cakap orang lain bodoh, nanti sendiri jadi bodoh..

Wednesday, May 6, 2009

Cabaran Minggu Pertama

**Entri ini merupakan satu tugasan yang diberi oleh yoyoh.com dalam satu cabaran menerima kritikan**

***Setiap blog ada sejarahnya. Ceritakan di blog masing-masing, sejarah bermulanya anda dalam dunia blogging. Nyatakan kategori blog anda dan mengapa anda memilih kategori tersebut. Gunakan kreativiti anda.

***Saya tidak pasti dengan jelas sangat bangaimana blog saya boleh bermula... Saya boleh nyatakan ia bermula begini.

Pertamanya - terdorong oleh rasa ingin mencuba disebabkan pengaruh rakan sekeliling
Bila rakan-rakan di sekeliling saya (di tempat kerja) menceritakan tentang keseronokan memiliki blog, dan kebanyakan dari mereka telah memulakan langkah ke dunia maya ini. Lebih menarik lagi.. menurut mereka, selain dari tempat untuk menulis pelbagai perkara yang kita suka, sama ada untuk melepaskan sebarang rasa suka atau duka, sebagai diari atau tempat rujukan resepi atau apa sahaja, blog juga boleh menambahkan kenalan antara kita di alam maya dan tentunya juga boleh dibawa ke alam nyata... - dan ya! salah seorang kenalan bloger saya - menemui jodohnya melalui blog...

Kedua - Kerana minat saya dalam bidang penulisan.
Saya mengimpikan untuk jadi seorang penulis tersohor (InsyaAllah)... Jadi, pada saya... untuk menulis, perlu ada sesuatu yang boleh mendorong saya untuk menulis dan perlu ada ruang juga untuk saya 'merekodkan' segala tulisan saya. Pada saya, semua itu boleh dimulakan dengan...... mempunyai catatan harian seperti di blog, multiply, dan website personal... di mana, di ruang ini kita bebas menulis apa yang kita ingin rasakan.. dan kita alami setiap hari. Ia sebenarnya mampu melatihkan diri kita menjadi lebih efektif terutama bagi mereka yang ingin menjadi penulis.

Ketiga - Saya gemar memotivasi diri saya melalui tulisan saya sendiri (selain dari membaca buku-buku motivasi dan blog-blog berunsur mativasi juga)...
Ya... selain memotivasi diri sendiri, semoga hasil tulisan saya juga boleh memberi motivasi kepada orang lain biar pun sedikit. Maka dengan itu terbinalah sebuah laman blog saya sendiri atas sebab tiga perkara ini... Saya tidak pasti bilakah tarikh awal blog saya lahir.. tapi bila merujuk pada entri pertama saya yang bertarikh 7/8/2008, saya meletakkan itulah tarikh blog saya wujud di alam maya ini.

Kategori blog...

Saya tidak bijak mengkategorikan blog saya ini dari kategori apa. Tapi beberapa kenalan maya yang selalu membaca tulisan-tulisan saya (terima kasih) - mereka mengatakan blog saya blog berinformasi dan bermotivasi... mudah-mudahan begitu (saya selalu berharap begitu). Walaupun apa yang saya tuliskan di sini tidak semuanya berunsur motivasi, tapi saya kira, sebahagian besar darinya memang punya nilai-nilai motivasi (setidak-tidaknya kepada diri saya sendiri) - jadi saya memilih kategori bagi blog saya sebagai blog motivasi... (moga tidak dianggap keterlaluan dan moga pembaca-pembaca bersetuju juga meletakkan blog saya dalam kategori ini)...

Kenapa saya memilih kategori ini... Ya!.. sebab saya dah nyatakan antara sebab saya berblog adalah kerana saya mahu menulis... dan sebab saya mahu menulis adalah untuk memotivasi diri sendiri...



- saya budak baru belajar... kalau salah tolong tunjukkan

Monday, May 4, 2009

hey Jealousy!!

Saya dipesan supaya suka kepada orang-orang miskin dan mendekati mereka.

Saya dipesan supaya selalu melihat kepada orang2 yg dibawahku dan tidak melihat pada orang2 yg diatasku.

Saya dipesan supaya tetap menghubungi kaum kerabat meskipun mereka jauh dan memutuskan hubungan.

Saya dipesan supaya memperbanyakkan membaca: "Laa haula walaa quwwata illa billahi" kerana itu sebagai perbendaharaan kebaikannya.

Saya dipesan supaya jangan minta apapun dari sesama manusia.

Saya dipesan supaya selalu berkata benar meskipun pahit dan berat.


Pesonal Experiences
Well, I feel obligated to start this one. I do not mean to say that these are even my own personal feelings, although a lot of them are... The main issue Huz and I talked about was about difficult people. Jealous people. Some people just want to get you and they do not even know why. And I have never really given this much thought before, but he was right. Maybe the problem is not always with you if your heart is right with God. Maybe it is with the people around you. Difficult people ~ jealous people and difficult people are everywhere..


Pengalaman Peribadi:
Dengan lafaz Bismillah... kalau ditanya apakah perkara yg paling tidak mahu saya ingat2 lagi ialah ~ jika diberi pilihan saya tidak suka berkerja atau secara terang-terangan untuk bercampur rapat dengan orang yg "suka perasan", sinis, penuh prasangka dan pemarah. Tidak terbayang bagaimana orang tua yg sepatutnya menunjukkan peribadi/akhlak yg terpuji harus bersikap seperti orang yang tidak bersekolah tinggi. Sukar untuk sebumbung atau bertoleransi dengan orang yg terlalu banyak masalah peribadi (Pesanan Penaja: Jangan suka bawak masalah rumahtangga ke pejabat ~banyak musibat~ sebab asyik kena sumpah-seranah org keliling jer!) Saya tidak dapat menerima apapun alasannya.... mereka tidak harus dihormati!! Yelah... tapi kita mencari sesuap nasi untuk rezeki yang halal...

Bila berbicara tentang individualis, saya teringat emak. Teringat perseteruan kami yang panjang tentang istilah ini. Menurut emak, saya satu masa adalah orang yang sangat individualis, cuek dan tidak peduli tentang perasaan orang lain... malah sukar mahu serius!! Saya tidak difahami. Hmmm... tentu saja tidak pada semua perkara.



Apa yang Tuhan berikan kepada kita adalah yang terbaik. Cuba beri sedikit fikiran kepada apa yang kita miliki sekarang dan nilailah semula. Semoga kita semua ditunjukkan jalan yang benar...