Saturday, January 17, 2009

Kenapa saya suka rumah saya.....

"Kenapa saya suka rumah saya?"
"Kenapa saya suka rumah saya?"
"Kenapa saya suka rumah saya?"

"Sebab dia besssssssssttttttttttt"....

****************************

bukankah bagus kalau kita dapat duduk di hotel lima bintang. di situ ada pendingin hawa, tab mandi dengan sistem pemanas air yg lengkap, siaran astro lengkap dengan semua siaran, tilam setebal dua@tiga kamus, suratkhabar + tuala + sabun + kopi @ teh yang diganti setiap hari, makanan sedap-sedap.

atau duduk sahaja di pejabat. di situ ada internet + elektrik percuma 24 jam, pendingin hawa, mesin buat air, peti sejuk, 'kerusi bos', sofa, meja, kabinet besi, tempat solat...

kenapa mesti kita pulang ke rumah?

ruangnya tidak sebesar bilik hotel. jauh sekali kalau hendak dibandingkan dengan pejabat. di situ tidak ada perabot. ada kipas pun mujur tapi kipas tidak sesejuk pendingin hawa. ada dapur pun macam tidak ada dapur.

tapi kita balik juga ke rumah. biarpun kadang-kadang kita ada kata 'sedap ni kalau dapat tidur kat sofa kat opis'.

kenapa? sebab di rumahlah tempat hari kita bermula. sebelum kita pergi ke hotel lima bintang atau ke pejabat, kita akan mandi dan sarapan di rumah. biarlah bukan banglo pun tetapi 'dalam serba kesederhanaan' itulah kita hidup dengan jujur.

dalam rumah kita boleh buat apa benda yang kita suka. tidak ada orang akan larang. tidak ada orang akan marah. dan kita tidak perlu 'berlakon'-kalau ke pejabat kita terpaksa pakai tali leher dan baju kemeja bergosok, di rumah pakai hanya kain pelikat sahaja pun tidak ada siapa yang peduli.

tapi kita tidak boleh elak, kadang-kadang kita lebih suka kepada benda yang bukan kita punya. bila kita dapat duduk di hotel lima bintang, kita akan kata 'kalau dapat duduk sini hari-hari mesti best'. bila kita khusyuk main internet di pejabat kita akan kata 'baik aku duduk sini dari aku balik rumah. kat rumah bukan ada apa-apa'.

tapi rumah adalah rumah.

barangkali dalam hidup ini kita juga perlukan ruang untuk diri kita sendiri. ruang yang buat kita rasa bahagia, yang buat kita rasa kita ini raja - ruang yang walaupun ketika ia berada di dalam keadaan yang kucar-kacir, kita rasa selamat.

kerana itulah saya mengucapkan 'tadaima'.

Satu ketika saya sudah berjalan jauh meninggalkan rumah ini untuk sekian lama. ada ketikanya saya fikir saya tidak akan menjejakkan kaki lagi ke sini. tapi saya telah kembali.

kepada sesiapa yang sudi berkunjung ke ruma yang tidak sepertinya ini, saya ingin mengucapkan terima kasih. Tapi kini saya sudah kembali... dan buat masa sekarang saya tak terfikir untuk pergi lagi... Maaf andai kehadiran anda sebelum ini tidak mendapat layanan yg sewajarnya dari saya... tidak ada banyak yang dapat saya jamu tapi insyaallah; oleh kerana saya sudah pulang, kunjungan anda di masa akan datang akan saya hidangkan dengan 'ayam golek'.

*tadaima ialah perkataan jepun untuk saya sudah pulang.

Bagaimana pula dgn saudara kita di palestine sana yg sudah tidak punya rumah??

Nota: jgn lupa terus memboikot... Istiqamah itu penting... buat sikit-sikit tapi berterusan lebih baik dari buat byk2 tapi sekejap... Terus boikot israel laknat dan US... teruskan... teruskan... jangan berhenti... kasihan saudara kita di sana... teruskan memboikot... Allah akan balas niat mulia kita...

Friday, January 16, 2009

Pertengkaran itu... Arghhhhhhh!!!!!!

Terasa ada sedikit perasaan tidak puas hati.

Kadangkala aku perlukan masa untuk bersendiri. Sampai suatu tahap aku dapati jika terlalu lama hidup dalam sela masa yang sama akan membuatkan mindaku kebas dan jiwaku rimas.

Bila berseorangan aku lebih mudah menelan suasana. Tiada desakan untuk mengikut tatacara sesiapa. Waktu yang dilalui bagai bayang yang tiada induknya. Segala yang aku hadap tidak berat sebelah akan pemerhatian orang lain.

Aku tidak pasti sama ada aku harus membiarkan hati ini rentan ataupun mula merawat kecederaanku dari ramuan pengalaman. Aku mungkin telah terlalu biasa dengan perkara sebegini hingga hati enggan memikiri apa yang telah terjadi. Adakah hati terlalu letih hingga luka ini tidak lagi pedih?
Hmmm tidak sepdih mana pun sebenarnya... aku pernah lalui perkara yg lebih pedih satu ketika.

Apa yang aku rasai sekarang tidak penting, kerana apa jua yang bakal datang, aku harus jua tempuh. Bagai tiada pilihan, aku semestinya kena berdepan.

Aku telah sahut cabaran yang dilaungkan aku sendiri. Bukan dia yang datang tetapi aku yang undang. Aku yang berjanji kepada diri bahawa jika ditakdirkan kami tidak menjadi, aku sanggup.

Setidaknya aku telah buat yang terbaik untuk menyayangi dia dan menguji diriku. Mengungguhi dugaan dan mencabar kesusahan perhubungan. Aku telah perjudikan kemampuanku, kemahuanku dan kekuatan emosiku.

Aku citakan yang terbaik dan terindah untuk dia. Tetapi mungkin apa yang terbaik dariku tidak cukup baik untuk dia.

Ada aku kecewa? Mungkin ya. Mungkin aku sedikit kecewa. Aku kecewa kerana aku gagal mengotai janji dan membuktikan kepada diri bahawa aku mampu.

Ada seribu macam perkara yang bergelutan dalam mindaku. Ada seribu macam perasaan yang meracun hatiku. Sesetengah orang memang rendah, nilai diri dan pemikiran. Sesetengah orang memang pengecut, secara kasar dan pada dasar.

Antara perkara yang paling menakjubkan aku adalah keberanian aku untuk tidak rasa malu dengan tindakan sendiri. Selalu sekali aku terlalu menimbang keprihatinan orang dan tanggapan mereka terhadap perlakuanku. Sudah kerap kali rasanya aku terang-terangan mengiyakan naluriku bahawa tiada satu jiwa pun dalam dunia ini mampu menghalang aku rasa merayakan apa yang aku rayakan.

Nota: setiap kekata hikmah dihargai, apa yang kira aku ambil, apa yang tidak, aku jadikan halwa auditoriku sahaja. Aku tidak perlukan justifikasi sesiapa untuk mengenal siapa aku. Aku berputar dalam duniaku sendiri. Aku self-absorbed yang taksub. Namun. Aku sebenarnya takut pada ketika aku berdiri megah mempertahankan kepercayaanku. Aku sebenarnya malu pada saat aku berjalan penuh yakin menatang keperibadianku. Aku sebenarnya gementar tatkala aku berlari riang dan bersorak dengan ketuanan ego yang aku dukung..


Aghh!! pertengkaran itu.. benar buat hidupku sedikit tak menentu... kerjaanku lagi ngak seru... idea utk menulis juga buntu...

****************

"Hey! Engkau di sana..... "



I don't like you........


.....


..... I Love you...."


Arghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!

Monday, January 12, 2009

Belajar Dari Universiti Kehidupan...

Ramai orang tak pernah masuk universiti.... tapi masih boleh berjaya dan jadi kaya. Boon Siew, tak pernah tahu membaca pun - tapi boleh jadi jutawan dgn mengendalikan jualan motor Honda... Siapa yang ajar dia?... Dari universiti mana dia belajar kalau bukan dari universiti kehidupan.

Nak tahu kenapa ramai orang hisap dadah? Antara sebabnya, sebab dia rasa dia tak pandai. Tapi, kalau betul universiti jadikan orang pandai, kenapa masih ada jugak lepasan universiti yang hisap dadah?... Kan ke nampak sangat tak pandainya tu. Habis, macamana pulak dia boleh lepas masuk universiti.

Tak semestinya universiti yang akan menjadikan kita pandai. Kadang-kadang jadi lebih Ngok dari orang tak pernah masuk universiti.

Yang dikatakan berjaya ialah di hujungnya. Sepanjang proses belajar, bagaimana tinggi pun gred yang kita dapat, kita tetap tak bijak kalau semua kelulusan itu tak dapat kita terjemahkan jadi hasil, jadi duit dan pangkat bila bekerja nanti. - Maknanya, kalau nak diukur kejayaan itu daripada aspek duit semata-mata, selagi tak jadi boss atau tauke, bukanlah berjaya sangat namanya. Dan kalau nak diukur dari sudut agama, kalau tak boleh jadi orang baik, beragama dan berperibadi mulia bukanlah berjaya namanya.

Simpahlah ijazah dari universiti paling berprestij di dunia, kalau lansung tak berikan faedah untuk orang lain, tak ada maknanya. Jadi, saya nak katakan, berusahalah anda mencapai tahap akademik yang teratas, tapi kalau tak dapat, ingat kejayaan diukur pada penghujungnya. Macam juga orang yang beribadah habis-habisan, tapi hujung nyawanya apakah baik? dalam kata mudah, dapatkah dia mengucap? Kalau dapat berjaya dan beruntunglah dia...
kalau tak... Erkkkk (moga hal ini dijauhkan dari kita semua)...

Universiti yang diiktiraf hanya sebagai syarat untuk mendapat pengiktirafan dunia dan mungkin juga untuk bekerja dengan kerajaan. Tapi, hidup yang diiktiraf diukur pada macamana kita menterjemahkan hidup untuk dibawa bekal ke akhirat. Jadi tak kisah kita terpaksa belajar di universiti apa dan bagimana. Belajar tak semestinya duduk dalam kelas. Sekarang, macam-macam kaedah boleh belajar.

Penagih dadah tegar duduk bawah jambatan tu sebab dia rasa dia tak bijak, tak pandai, tak ada peluang masuk universiti. Padahal kalau dia sedar orang berjaya bukanlah mesti masuk universiti, dia akan berusaha ubah nasib dengan kerja keras dan belajar sendiri.

Untuk seorang kawan saya tu - yang sangat kecewa dengan keputusan examnya baru-baru ini... Ingat!!! kejayaan sebenar adalah penghujungnya. Sebab awalan hanyalah langkah untuk membina kejayaan itu. Jangan kecik hati sangat... jangan kecewa sangat... jangan susah hati sangat... Buat yang terbaik, jadi orang mulia... kejayaan seseorang bukanlah diukur sebab dia tak pernah jatuh... tapi diukur pada keupayaan dia untuk bangun semula setelah dia jatuh...

Kalau pun hari ini anda tak berjaya meraih ijazah dari universiti - bila berjaya nanti nescaya universiti akan mencari anda untuk diberikan anugerah, sebab ketika itu mereka yang menumpang kreadibiliti anda...
Kalau anda ada ijazah pulak, Tidakkah itu sepatutnya menjadikan anda lebih power dan luar biasa????