Thursday, November 6, 2008

cerita mee maggi...

cerita mee maggi!!!.. aha.. tapi sebelum tu saya nak bagi tau saya dapat award lagi.. hmmm... best jugak saya ni ya... award ni saya dpt dari amerr..

the very best blog ever... huhuh... rasa mcm baguslah pulak... mekasih amerr.. terharu sgt-sgt.. saya hargai sgt-sgt... terima kasih daun keladi... tapi ada peraturannya pulak ya... antaranya seperti berikutRules:
Give to the people whom you feel BEST GILA-GILA
Only 5 people
Link to that person who had received the award
Sesiapa dpt award ni diwajibkan buat posting kat blog dier sbb dier dpt award, Inform the people yg dpt award ni kat blog dier ok!!

Dan orang yang layak menerima award ini adalah: miss chika, cikgu ween, bro coppucinno, ladyeena, pokcik asmadi dan jugak sufi idani ... ambik tau... err tapi saya nak tambah lagi lagi... (langgar syarat ni) tambahan.. dek Yonna, ad rifza, dir&fara, dek pajeli, Zulhatfi, Datin Intan, Su77, cheMat dgn Kak CT, rezz, sodep, aqies dan dek ryan...

hehe.. ramailah pulak...


ok... sambung pasal mee maggi...



cepat dimasak.

itu sudah cukup untuk jadi modal untuk jual. selain buah-buahan dan sayur-sayuran (atau mungkin juga sesetengah haiwan) yang boleh dimakan mentah, apa lagi makanan yang boleh disiapkan dalam tempoh kurang dari lima minit? di bungkusan plastiknya pun tertera 'rendamkan selama 2 minit'. bukan masa masaknya sahaja yang cepat, masa hendak masak pun cepat.

tidak perlu susun kuali, mangkuk, cawan dan sebagainya. cukup dengan bekas tupperware sahaja. tidak perlu timbang-timbang, sukat-sukat atau belek buku resepi. isi air dalam cerek dan tekan suis. bila lampu merah sudah padam, tuang air dalam tupperware. lepas itu masukkan mi dan perencah. itu sahaja. sesiapa yang tidak ambil kursus katering pun boleh buat.

sedap dimakan.

ini boleh dipertikaikan. TETAPI untuk sehidang makanan yang kosnya kurang daripada satu ringgit dan masa masaknya lebih kurang dua minit, sedapnya sehingga kita boleh menghirup kuah. itu pun kalau dimakan kosong begitu sahaja. kalau sudah dimasukkan telur, daging, ayam, kek ikan, sayur dan macam-macam benda lain, kadang-kadang kita boleh kata 'lebih sedap dari makan kentaki'. kalau rasa nak susah sikit boleh buat mee goreng - itu pun kalau rajin lah...

tapi tidak mengenyangkan.

ini bergantung kepada orang, suasana dan masa. ada orang makan dua puluh ketul ayam kentaki pun rasa tidak kenyang lagi. dalam agama pun ada sebut, berhenti makan sebelum kenyang. yang penting kita makan. 'kenyang akan datang kemudian', kata seorang cikgu yang mengajar masak.

mi maggi sudah ada sejak saya masih di tadika lagi. dan lagu 'mi maggi, cepat dimasak, sedap dimakan' itu barangkali hampir semua orang yang ada televisyen sudah biasa dengar. tapi baik mi mahupun lagu iklannya, orang akan anggap maggi atau mi segera ini sebagai satu 'benda murah'. mungkin betul tapi mungkin juga orang tidak dapat lihat, di sebalik mi segera itu terkandung satu falsafah yang sangat besar ertinya kepada kehidupan kita di dunia ini - semua benda seharusnya ringkas tetapi praktikal dan bermanfaat.

Semalam bertemu seorang rakan... seorang cikgu ... berbual dengan nya, ada sedikit rasa tidak puas hati pada kehidupan kerjayanya...
tahun ini sudah masuk tahun ketiga dia mengajar matapelajaran yang sama dan setiap kali tamat kelas, dia rasa masih ada yang belum cukup. ada rasa seperti sesuatu mahu keluar tetapi masih terkurung di dalam kotak. separuh atau tiga suku daripadanya mungkin menuding kepada dia semula tetapi ada satu soalan yang dia mahu jawapan: adakah pelajar belajar apa yang sepatutnya mereka belajar?

saya kata 'no komen' - seperti mana dia juga yang hanya menjadi pendengar setiap kali saya mengadu masalah kerja... (kalau pun tidak memberi pendapat, ada yang sudi mendengar pun sangat memadai)

hampir di semua peringkat kita belajar dengan cara yang sama - baca, hafal dan jawab masa periksa. apa yang cikgu/pensyarah/orang tua cakap, semua pun kita anggap betul dan sahih. amat jarang kita bertanya - 'apa guna benda yang aku belajar ni? bila aku boleh guna apa yang aku belajar ni?'.

kita banyak belajar teori. kita banyak belajar dan lama belajar tentang benda-benda asas. kita tidak didedah dengan benda-benda yang kompleks dengan alasan 'itu level advance. kita belajar yang basic-basic aje. kalau minat, boleh explore sendiri'.

sebab itulah kadang-kadang kalau kita lihat betul-betul, pergi kursus yang dibuat tiga hari itu akan lebih beri kita ilmu dan kemahiran berbanding habiskan masa tiga tahun buat diploma/degree.

Rakan saya itu bercerita satu ketika dulu; ketika berdiri di depan kelas pada hari pertama semester baru, dia mahu berkata 'semester ini kita tidak akan sentuh lama-lama bab-bab pengenalan-pengenalan. kita akan skip mana-mana topik yang banyak teori. kita akan belajar benda yang tidak ada di dalam silibus. kita akan banyak buat projek. kita akan banyak guna benda-benda baru.

Pada saya itu umpama belajar secara maggi - cepat dipelajari, sedap di kemudian hari'.

tetapi dia kemudian tersedar - melihatkan kepada tag namanya, hasrat itu terbantut begitu sahaja.

bekerja kerajaan ini tidak sama dengan bekerja dengan swasta. sini orang tidak terima sangat benda pelik-pelik melainkan kalau kita ini orang besar-besar. kalau kita masuk kandang harimau, kita jangan mengembek.

tapi bukan kerajaan atau sistem pendidikan yang salah.
dia mengaku sambil ketawa... "siapa yang mengada-ngada hendak jadi cikgu dulu? buku rancangan mengajar pun baru ada kulit, ada hati hendak buat perubahan konon" :P

heheh... no komen lah kawan...

Wednesday, November 5, 2008

Hidup yg simple... (selamat hari jadi nuar)

Kekadang pagi tak selamanya indah. Ada pagi-pagi yang penuh "ketergesaan" dan rasa letih pada hidup... rutinnya... yang membosankan dan bising yang memekakkan...

Kala hujan memang menarik untuk dirakam secara dramatik dan puitis. Ops! Suka bila waktu hujan. Tapi hujan memang ada kenangan sewaktu kecil untuk adengan basah-basahan sambil bermain dan berkejar-kejaran dan sembur air (macam cerita Hindustan kan) Bahkan hujan menjadi lambang kemesraan dalam akhir sebuah episod sebuah filem atau kesedihan jika awal filem dimulai dengan hujan. Heeheee Terasa amat menyenangkan bila keluar di saat hujan turun. Hujan rintik, gerimis kecil, hujan lebat ~ kalau besar jadi badai. Langit tiba-tiba bicara tentang hujan. Dan aku berdiri di balkoni diam-diam. Walaupun musim begitu panas, kadang dunia bisa kelihatan indah dan cemerlang tanpa hujan....

Yelah... semoga pagimu tetap indah



Oh ya... sekali lagi, seorang dari rakan kita - (kawan saya sebenarnya,) kawan baik saya yang bekerja bersama di bawah satu bumbung dan satu department satu masa dulu *** terkenang semasa dulu*** dia ni kawan yang best... sgt best... tersangat besttt...
NUAR telah menyambut hari kelahirannya beberapa hari yang lalu... So, kita sama-sama ucapkan selamat padanya...
Happy Birtday NUAR (klik kat sini)

NUAR kek ni untuk mung

Kita doakan agar NUAR sihat selalu, kita doakan NUAR bahagia selalu bersama Lin & Ashraf... moga sentiasa hidup dengan ceria.. Kita doakan juga Nuar murah rezekinya... dan segala impiannya menjadi kenyataan... dan kita doakan juga moga NUAR kuat menghadapi ujian dateline yg dah makin dekat hehehe... (aku dah tak terlibat) kak aliyah dah kejar ke??
Happy Birthday Nuar... macamana yang rosdi kata... tua-tua engko... tua lagi aku... huhu...

Semoga pagi mu juga indah...


Tuesday, November 4, 2008

AWARD Utk DIR....

hari ni... terasa sangat-sangat nak bagi anugerah... untuk seseorang yang paling special... (semua orang pun special kat sini-- tapi yg sorang ni lain sikit...) dia yang menghantar salam ingatan pada saya... msj... sms juga... sebagai tanda penghargaan yang tak terhingga... saya nak anugerahkan dia satu award... untuk adik saya... DIR... terimalah award yang tak seberapa ni... untuk dir sorang je tau... tak perlu kongsi dengan sape-sape....

Moga menyukainya....

paling seronok di hari hujan... dan tag-tag juga

Aku ingin selalu menulis di bawah hujan... Ketika langit dan bumi bersih dari noda... Ketika jiwa terbebaskan dari duka dan bahagia...

Hujan turun, lebat. Berdiri di beranda, sambil merasakan dingin yang turut diruntuhkan langit. Bagaimana, langit gelap dan awan sarat, hitam pekat siap memperkosa kering bumi, atau nafas bumi menyalin bau hujan, semuanya bagai lekat di ingatan, mata dan hidung. Pinggirkan saja memori itu.

Sedikit nota dari email yg sempat dibaca:
"Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye.."
Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?
Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?
"Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
"Alahai, hujan lagiii!!i
"Tiap-tiap hari hujan... susah la macam ni
"Payah nak buat apa-apa kalau hujan
"Tak boleh balik lagi, hujan!"


Hakikatnya, hujan itu rahmat. Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab. Inilah masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

Pernahkah terfikir, kenapa orang selalu bad mood bila hujan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/sedih. Kesian hujan... Tapi apabila matahari terbit.. ia bagaikan memberi tenaga...

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ni kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kat kita sekarang ni ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air tu akan disimpan di bumi.

Selama mana? Itu semua rahsia Allah


Hah.. ya... masih ada hutang tag yang belum dilangsaikan... hari ni. mari kita selesaikan ya...

Yg pertama tag dari AZZA...

Tag dia lain sikit... tak macam yang biasa-biasa dapat kena jawab soalan. Tapi lebih mudah tag sebegini. Tak perlu fikir panjang..

Ok... macam gini tagnya;-

Law & Order
1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.

2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this...

inilah dia:

Aiseh... macam yg diberitahu utk tontonan sehari sahaja... so, dah tak de dah.. nak tgk jugak?? klik la kat sini

Sebenarnya gambar ni di shot malam tadi... tag ni pun stat buat malam tadi tapi tak sempat siap.. AZZA, dia mintak gambar saya dari sudut seorang designer.. hmmm itulah dia, dari sudut pandangan seorang designer yag tgh demam... hehehe..
Gambar tak ensem pasal tgh tak sehat.. lain kali kalau nak gambar ensem bagilah tag masa saya tgh sihat... ingat nak ambik gambar baru je. tapi ni dok kat opis... mende pulak org kata tetiba ambik gambar sendiri... oh ya... utk tontonan hari ini sahaja... esok... delete...

Berlatar belakangkan bilik tidor... semalam memang semalaman dok atas katil je..

Errr... ada mcm efect sikit ya. Tu lupa nak setting camera... tak pelah. boleh kenal lagi kan.

kena panjang kan pd 10 orang ya.. Rasa macam malas je nak bagi... tapi tag ni mcm senang je... saya pilih sorang jelah. sebab dia sekarang ni tgh kemaruk nak buat tag... saya pilih WEEN... heheh...
dan sorang lagi Cik YUYU... sebab dia tak de masalah nak buat tag jugak...
Ok AZZA... dah settle...

tag kedua dari cikgu Ween...

sebenarnya saya tak paham sangat kehendak soklan - Every question is referring to 1 person.
tapi tak pe. saya buat jugak... kalau salah pun, ween bukan boleh buat apa-apa. paling tak pun dia potong markah je...

soalannya:

1. What is the relationship of you and him/her?
Dia gelprend saya... he..

2. Your 5 impressions towards him/her.
- Sangat cantik
- Sangat penuh sopan santun
- Sangat pemurah
- Sangat lembut **tegas juga**
- Sangat baik.

3. The most memorable things he/she had done for you.
Errrr... byk jugak. Tah yah senarailah ya... malu pulak rasanya

4. The most memorable things he/she have said to you?
Dia kata saya dah makin kurus... **penting ke ayat macam ni ha***

5. If he/she become your lover, you will…
Tak nak... sebab saya dah ada yang nombor satu tu...

6. If he/she become your enemy, you will…
Tak tahu apa nak cakap. Mungkin saya akan jadi sawan selama 7 hari 7 malam... Dia sahabat baik saya dunia akhirat...

7. If he/she become your lover, he/she has to improve on…
Tak payah buat apa-apa dah... Dia pun lawa jugak...

8. If he/she become your enemy, the reason is…
errrr... nanti nak fikir sat...

9. The most desirable thing to do on him/her is?
dgn yg no. 1 tu ke?? Kawin lah... mende lagi...

10. The overall impression of him/her is…
Smart... segak... tinggi... ramai gak awek syok kat dia... tapi dia tak layan sebab sibuk kerja

11. How do you think the people around you will feel about you?
- ntah. Agaknya diorg suka kot kawan dengan saya... maklumlah selain dari bepekerti tinggi dan terpuji, saya ni boleh tahan jugak machonya... ***dish, dish. dushumm atas hidung**

12. The character of you for yourself is?
Berbudi bahasa... gituuuu...

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
Ada masa, suka sangat terikut-ikut dengan perasaan...

14. The most ideal person that you wanna be is?
Seorang ustaz yg boleh memberi kuliah di surau pada waktu subuh... huhuhu... **dpt bangun waktu subuh tu pun di kira cukup baik dah... bagi kuliah konon***

15. For the people who care about and like you, say something about them.
Mekasih banyak-banyak... tanpa anda siapalah saya... -mcm artis pulak-

16. Ten people to tag:
Kita fikirkan kemudian ya...

17. Who is no. 2 having a relationship with?
- Farid... tunang dia...

18. Is no. 3 a male or a female?
Pompuan lah...

19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
- bagus jugak... pasangan ideal.. sama2 lawa... suka. anak diorg mesti lawa jugak.

20. How about no. 5 and 8?
-Tak boleh... dua-dua pompuan... harammmmmm...

21. What is no. 1 studying about?
- tak studi dah... dia banker

22. Is no. 4 single?
- Tak... dia ada 2 orang aweks... pastu mulalah pening kepala mengadu mintak tolong selesaikan masalah aweks2 dia tu...

23. Say something about no. 6
- Dia seorang yang sangat baik... tak akan pernah jumpa sahabat sebaik dia kat mana-mana dah lepas ni....

Wokeh Ween ! Suda setel! Brapa markah mau kasik utk esemen nih? :P

Monday, November 3, 2008

kenapa jadi sensitif ginih..

Dengan nama Allah… Yang memberi rasa sihat… dan memberi rasa sakit…

Dan akhirnya kesihatan pun beransur pulih. Meski tidak sepenuhnya, rasa penat mula berkurangan…

“Sesekali kita harus diberikan sakit… supaya kita tahu menghargai ertinya sehat”… begitu bunyi e-mail yang saya terima dari seorang rakan dari Indonesia…

“Istirahatlah kamu dulu, Relax. Bebaskan beban… agar kamu kembali fresh…” antara isi e-mailnya lagi...
Istirahat?? semalam saya telah melalui satu waktu tidur yang sangat panjang... panjang... dan tiada mimpi-mimpi ngeri... amat panjang...

“Biasa sajalah di setiap keadan. Di saat senang ada Allah. Di saat susah pun Allah menyertai. Bukankah itu indah dan sangat indah bahkan? Artinya, kita akan tetap bisa tersenyum meski duka menyelimuti. Kita tetap tegar meskipun kita sudah kepayahan. Kerana kita selalu yakin Allah selalu bersama kita…” Itu juga antara isi-isi e-mailnya ketika megetahui saya demam… Sambil tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepala, Saya termenung lama membaca e-mail ini. Saya hanya demam sedikit, dan nasihat dari sahabat saya ini umpama saya sedang melalui penyakit kronik yang besar…

Apa pun, setiap nasihat yang diberi sentiasa bernas dan berisi… Terima kasih Agus… Kamu sahabat jauhku yang punya banyak erti… Entah kapan kita bisa ketemu lagi….

Sehari dua yang lalu… Dalam keadaan badan yang lelah melawan rasa kurang upaya… dan kepala yang berat agak berpinar, entah kenapa pulak saya tiba-tiba sangat mudah jadi seorang yang sensitif. cepat sangat terasa. (padahal saya bukan begitu) Saya agak terasa hati dengan seorang kenalan di blog saya ini.. (hanya kenalan maya). Terus terang. Di ruangan ini, bersembang , berbincang, bergurau secara maya… saya suka berkawan dengannya… tapi sedikit sahaja tindakannya (yang entah sengaja atau tidak) tiba-tiba saya rasa berkecil hati… Huh!.. mungkin tahap kesihatan saya yang buatkan semua jadi begitu… Perlu ke saya berkecil hati…

Jadi saya cuba berbalik semula kepada tujuan saya berBlog… untuk apa sebenarnya ya. Untuk bercerita, dan berkongsi sedikit cerita… bukan untuk popular. Bukan untuk dikenali… Kalau pun saya diingati… Alhamdulillah. Kalau pun saya dilupakan, saya tidak perlu berasa hati sebenarnya… Saya bukanlah siapa-siapa di sini…

Tapi!!
Pada ketika saya rasa berkecil hati itu, saya juga tersentuh hati dengan sikap prihatin adik saya di sini juga… Di blognya, disediakan satu entri… berupa satu hadiah… yang dia tujukan untuk saya seorang sahaja… “Khas untuk Abang Chime Tersayang”….

Nissan Fairlady ... Hadiah dari DIR (hmmm kita kongsi minat yang sama ya)

Saya tersentuh… terharu… Nak nangis pun ada… Terima kasih adik saya DIR… betapa gembiranya saya punya adik macam DIR kat sini…
Pada ketika saya merasakan saya bagai dilupakan… Saya silap sebenarnya kerana saya masih juga diingati.. di kenang… di sayangi… (betul ke?)
Pada ketika saya berkecil hati… masih ada yang sudi membesarkan hati saya kembali…
Saya sedar satu perkara… tak perlu jadi popular, utuk diingati… tak perlu dikenali untuk di sayangi… Sebab, walau di mana-mana pun keberadaan kita, TUHAN itu sentiasa adil…
Kalau dia tak berikan kita dengan cara itu, kita akan memperolehinya dengan cara ini… Kalau pun sudah ada yang melupakan, masih ada juga yang mengingati…

Teringat pula satu SMS yang saya dpat dari seorang teman… “Kita tak akan dapat semua perkara yang kita nak… So, bila kita tak dapat apa yang kita suka… kita kenalah sukakan apa yang kita dapat…”
Hmmm… benar segala kata-katanya…
Setakat ini, saya sukakan apa yang saya dapat… dan saya sangat sukakan apa yang DIR berikan untuk saya… Satu penghargaan. saya dihormati… Terima kasih adikku…

Saya mula merasakan betapa adilnya TUHAN… meski pun contoh-contoh keadilannya diberikan melalui ruangan layar maya ini sahaja… itu sangat memadai.
Meski ada yang melupakan… masih ada yang mengingati… ada yang mengecewakan, masih ada yang menggembirakan kembali… walau apa pun caranya, apa pun suasananya… Saya bersyukur….

dan hari ini, anggapan saya terhadap rakan blog saya yang seorang itu, yang kononya menegcilkan hati saya tu - ternyata silap... ya saya silap... huh! kenapa saya terlalu cepat untuk fikirkan yang bukan-bukan....

Dalam keadaan kepala yang masih pening memberat – kenapa pulak saya jadi terlalu sensitif ni….

errr... sorry kalau entri ni memboringkan... sekadar luahan biasa je...

oh ya... masih ada 2 tag yang belum di jawab... nantilah ya.. untuk entri berikutnya pulak...