Saturday, August 15, 2009

Subuh Terakhir

Secara peribadi saya memang mengenalinya meski pun kami tidaklah rapat. Dia lebih rapat bersahabat dengan abang sulong saya manakala saya agak intim dengan ahli anggota kumpulan yang lain. Dan sejak saya menghentikan tugas di Kuala Lumpur dan menyambung tugas di Pahang memang saya langsung tidak pernah berjumpa dia lagi.

Kali terakhir saya berjumpa dan bertegur secara ala kadar ialah di majlis 'Open House' hari raya anjuran Rabbani Production Sdn Bhd Tahun lalu. Saya (dan semua orang) memanggilnya sebagai Ustaz. Dia memang sentiasa ramah dan mesra.

Mendengar berita yang beliau meninggal dunia pagi itu sangat mengejutkan saya. Kerana setahu saya dia seorang yang sihat. Begitulah… kematian yang datang tiba-tiba.

Senyum, suara dan sifat ramah-tamah serta hormatnya masih terbayang di ruang mata. Al Fatihah untuk mu… Allahyarham ASRI IBRAHIM. Istirahatlah wahai sahabat dari ujian dunia, semoga kau soleh di sisi pangkuan Cinta Allah di sana.

Dan Subuh hari itu - Subuh terakhir buatmu...

Al fatihah......


Wednesday, August 12, 2009

Kemaafan Dendam Terindah **Api dalam sekam 4**

Memberi maaf kadang-kadang lebih sukar dari meminta maaf... Kenapa diri aku ni?... apa yang dibaca dari al-Quran, hadis, buku-buku susah benar nak di parktikkan. Benar, membaca sahaja tak akan jadikan kita insan yang baik, sekiranya ilmu tidak di praktikkan. Bila cuba dipraktikkan barulah terasa pedihnya. Ego terhenyak, rasa marah tertekan. Mampukah diri memaafkan ketika kuasa membalas berada di tangan?...
Forgive and forget?? hahah!! jauh sekali..
Nak lupakan??.. huh! nak beri kemaafan pun bukan main sukar......


Di sebuah majlis kenduri seorang rakan, aku bertemu kembali dengan 'dia' setelah sekian lama terpisah. Perpisahan yang disengajakan. Melarikan diri masing-masing akibat sebuah perselisihan. Dulu kami dibumbung yang sama. Tapi akibat sebuah kejahatan... Ah!! tidak mahu dikenang lagi. hanya merobek rasa membangkit benci.

Secara berbasa-basi memang kami telah bermaafan. Tapi dia dan aku tahu, 'Mendung' antara hati kami masih belum berarak pergi... sewaktu bertembung, sedikit senyuman pun terlalu sukar untuk diukir biarpun bukan dengan keikhlasan.

5 tahun sesudah peristiwa itu. Semuanya berubah. Yang dulunya menangis di bawah terus memanjat tiba ke atas, yang dulunya ketawa di atas meluncur ke bawah.

*******

"Saya nak minta maaf bang..."
aku tergamam. Matanya aku renung. Agak layu dan keletihan.
Sebelum dia meneruskan tuturnya, aku segera sambung....
"Eh!! tak apa-apalah. Nanti kita jumpa lagi"... aku cuba melarikan diri. (betapa sombongnya). Pun begitu aku hulurkan juga kepadanya kad nama milik ku. Dia juga memberikan kadnya. Dan kami terpisah di situ...

Sepanjang jalan pulang, hati ku resah. Jelas sekali aku masih sukar melupakan... Atau barangkali aku masih belum memaafkan??

**********

Perlahan aku mainkan semula sebuah CD dari siri-siri "Pengubat Jiwa" koleksi peribadi milik ayah.

Hari itu, segala butir bicara ustaz yang berkumandang dari CD itu terasa meruntun hati.
"Orang yang tidak memaafkan akan sentiasa 'diikat' oleh orang yang tidak dimaafkannya. Maafkan nescaya kau akan terlepas. Kau akan bebas dari terus mengingatkan kesedihan, kekecewaan dan kemarahan yang dikenakan ke atasmu. Itu sakit. Maafkan engkau akan sihat. Engkau akan bebas."

Aku diam... rupanya aku masih dibelenggu oleh rasa sakit itu.

"Mengapa terlalu sukar untuk memaafkan?"

Ya! engkau ego. Rasa besar diri.

"Apa punca ego?"

Engkau tidak merasakan kebesaran Allah. Orang yang merasakan kebesaran Allah, akan merasakan kekerdilan dirinya.

Sekali lagi suara dari CD itu menusuk hati.

Aku ego?? benarkah??

Ya!!! jawab suara hati.

"Allah lagikan pengampun. Dosa demi dosa dari hambaNya, diampun segalanya. Bukan sekadar mengampunkan, malah Allah menyayangi pendosa yang bertaubat dari dosanya"...

********

Kenapa kau rasa besar?? Kaukah yang beri 'dia' rezeki?? Kaukah yang beri 'dia' hidayah?? Kaukah yang sembuh kan dia dari sakit demamnya??
Insafilah diri. Allah yang berikan semuanya. Jika Allah yang begitu besar jasa kepadanya pun memaafkan, apakah kau layak untuk tidak memaafkan.

Ah!!! egonya aku...

Suara dari CD saling bertingkah dengan suara hati sendiri.

********

Masih terngiang-ngiang bunyi suara kejahatan. Masih terbayang-bayang wajah 'jahat' yang tersenyum puas setelah berjaya menjatuhkan. Masih terdengar-dengar segala dialog pertengkaran. Huh! mana bisa dilupakan saat segala rasa sakit dan perit di hati hanya boleh dilampiaskan dengan tangisan. Seorang sahabat rupanya telah sekian lama meyimpan hasad dengki bersimpul dengan kebencian... Sejak itu kami 'putus'. berpatah arang berkerat rotan.

*******

"Cuba bayangkan kasih sayang Allah. Kalau sorang itu berdosa, kemudian bertaubat, kemudian berdosa lagi, kemudian bertaubat lagi, berdosa lagi, bertaubat lagi.... Allah masih tetap sudi mengampunkannya setiap kali dia bertaubat. Sebab itu kata Imam Ghazali, seorang hamba yang bertaubat tetap kembali berdosa, jangan sekali-kali putus asa untuk terus bertaubat lagi. Mana tahu Izrael mencabut nyawanya ketika dia sedang bertaubat atau sedang dalam perjalanan menuju taubat!"

Aku terdiam. Alasanku tidak memaafkan kerana merasakan dosanya begitu 'besar' padaku. Ya! sukarnya memaafkan, Tapi Allah??
Sekali lagi suara hati menusuk jiwa - siapa besar?

*******

Reputasiku hampir pupus dibuatnya. Malah aku hampir hilang pekerjaan... Terlalu besarkan dosanya padaku??

"Sekalipun si hamba datang dengan dosa sepenuh langit, sebanyak pasir di pantai, seluas air di lautan. Allah akan mengampunkan. Sebesar-besar dosa manusia, besar lagi pengampunan Allah. KeampunanNya sentiasa mengatasi kemurkaanNya."

Aduh!! kecilnya kesalahan manusia sesama manusia, berbanding dosa manusia dengan Yang Esa. Apakah alasan kita untuk tidak memaafkan? Sedangkan Allah sudi memaafkan walau sebesar mana pun dosa kita, insan yang hina ini kepadaNya.

"Maafkanlah dosa sesama kita, agar mudah bicara kita di mahkamah keadilanNya nanti.
Allah penyayang, suka kepada orang penyayang. Allah maha pemaaf dan suka kepada orang yang suka memaafkan. Maafkanlah agar dimaafkan."

******


Telefon aku capai. Kad namanya aku keluarkan.

"Hello, Assalamualaikum... Ya! ya!.... Aku ni!!! Boleh kita jumpa?... Hah... Tempat engkau tentukan... Ok... InsyaAllah, setengah jam lagi aku sampai..."

Tanpa lengah aku bangkit. Kunci kenderaan aku capai dan enjin kenderaan aku hidupkan... Aku ingin segera memaafkan. Agar segera diampunkan......

Ya Allah! egonya aku selama ini. Menyimpan sifat ketuhanan dalam diri yang begitu hina dan kekurangan...




******