Ada sebab-sebab tertentu kenapa orang tua selalu melarang kita menangguh-nangguhkan kerja. Satu daripadanya ialah tidak ada apa-apa yang boleh menggantikan sesuatu yang sudah hilang atau tiada ~ walau sesungguh-manapun kita mencuba..
Kerja hari ini tidak boleh boleh dibuat pada hari esok
Pertamanya kerana esok bukan milik kita. Kalau Tuhan nak bagi, kita akan bernasib baik untuk melihat matahari terbit untuk sehari lagi. Kalau Tuhan taknak bagi, kita tak tahu apa yang akan kita lihat esok hari. Keduanya kerana esok sudah hari yang lain. hari yang lain, ada kerja yang lain pula. sekiranya kita bercadang untuk buat kerja hari ini pada hari esok, kita sudah hilang satu hari. Bila datang hari esok, kita terpaksa buat dua kerja - kerja hari semalam dan kerja hari ini. Adakalanya kita berjaya menyiapkan kedua-duanya; banyak kali kita akan terkandas. Kerana satu hari yang hilang itu tidak dapat diganti ~ walaupun hari esoknya kita bekerja 24 jam.
Sakit hari ini tidak boleh disembuhkan pada hari esok
Mulanya disangkakan pening kepala yang biasa jadi tidaklah dibuat apa-apa. Kemudian bila pening kepala lagi, ditelan sebiji dua panadol. lama kelamaan sakit kepala lagi baru dirujuk kepada doktor. Pada ketika itu, doktor akan kata sudah tidak boleh diselamatkan. Sangkanya pening kepala tetapi sebenarnya ada barah di otak. Kata doktor kalau dulu terus dibawa ke doktor, boleh lagi nak rawat. Sekarang dah tak boleh. Maka kita pun mencari doktor yang terbaik di hospita yang terbaik. Malangnya tidak ada apa-apa yang boleh dibuat sedangkan kalau dari mula sudah dibawa ke doktor, sakitnya boleh dirawat oleh doktor biasa di hospital kerajaan sahaja.
Kasih sayang hari ini tidak boleh ditunjukkan pada hari esok
Adakalanya kita selalu mencari masa yang sesuai untuk meluahkan rasa sayang kita pada orang lain. Adakalanya kita selalu menunggu satu masa yang sesuai untuk menunjukkan kita prihatin terhadap orang-orang di sekeliling kita....dan kebiasaannya masa itu bukan hari ini. Adalah sangat tragik jika pada esok hari orang itu sudah tiada. Kita boleh menangis, kita boleh menyediakan yang terbaik untuk jenazah mereka tetapi kasih sayang untuk orang yang sudah tidak bernyawa tidak sama dengan kasih sayang untuk orang yang masih hidup. Lebih tragik jika orang yang tidak bernyawa itu menghembuskan nafas dengan menyangkakan tiada siapa yang menyayanginya sedangkan ramai orang yang sayang kepadanya ~ cuma mereka menangguhkan perasaan mereka.
Tidur hari ini tidak boleh diganti pada hari esok...
Saya sudah mencubanya tetapi saya hanya boleh tidur selama 8 jam. Kalau waktu tidur yang normal ialah 8 jam dan semalam saya tidur hanya dua jam, sepatutnya hari ini saya boleh tidur selama 14 jam.... tapi tepat 8 jam saya sudah terjaga...
jangan ditangguhkan apa yg kita dpt buat hari ini ke hari esok
Saturday, April 11, 2009
Friday, April 10, 2009
Takdir kita berbeza
Ada sedikit kerumitan saya selitkan pada cerita kali ni.. lebih berupa kesedihan sebenarnya..
Nasib dan takdir kita memang berbeza… engkau telah ditentukan bahagian engkau… dan aku telah ditentukan bahagian aku.. kelainan takdir itulah menunjukkan betapa Maha Kuasanya Allah...
berat atau ringan.. sikit atau banyak… segala ujian yang Allah timpakan pada kita hamba-hambanya adalah bersesuaian dengan keupayaan kita menanggungnya… dan hikmah disebalik setiap yg diciptakan… Hanya Allah juga yang tahu.
Bukan mahu mengeluh atau meratapi nasib… tapi sekadar ingin kongsikan derita…
Tidak!! Derita itu bukan milik saya… bukan tertimpa di atas saya… tapi pada seorang kenalan lama… yang saya kira usianya tidaklah terlalu tua (walaupun lebih tua daripada saya)…
Sekali lagi, sekadar ingin kogsikan derita… Meski pun tak akan sama dengan yang merasa – kerana seberat mana pun mata memandang… di bahunya juga tergalas beban…
Berkongsi, sambil menyelami perasaan dan pengalaman hamba Allah yang sedang diuji olehNya….
Setelah hampir setahun (barangkali – tidak tahu jangka masa yang tepat – mungkin juga melebihi setahun) dia bergelut dengan kesakitan yang amat dan dengan segala macam kesukaran., sedang pada waktu yang sama masih cukup kuat tauhid dan tawakalnya kepada Allah s.w.t. dalam pada dia menanggung derita kesakitan… sekali lagi, dia disahkan pula mengidap kanser hati (peringkat awal)…
Penyakit asal yang sedang dideritai tiada juga tanda berkurangan, biarpun telah menjadi penghuni hospital – sehinggalah dia disuruh pulang sahaja setelah segala prosedur perubatan moden gagal memberikan perubahan positif….
Namun bagi MOHD MAHADI, dia tidak mahu ‘berlepas’ begitu sahaja….
Masih disandarkan harapan dan baik sangka kepada Allah SWT. Dalam situasi yang semakin tak pasti… Dan dalam munajat yang makin lazat dirasai… Dalam pasrah yang semakin tidak berbelah bagi… Namun, andai perjalanan sudah hampir mencecah garisan penamat, beliau memang benar-benar telah sedia… tidak ada keluh tidak ada kesah dari bibir pucatnya jauh sekali sangka-sangak buruk pada Allah yang maha kaya… Tidak ada… Betapa sabarnya dia… betapa cekalnya dia.. betapa tabahnya dia… dan betapa pasrahnya dia…
Menatap satu persatu wajah anak-anaknya yang berusia 4 ke 11 tahun semasa jenazahnya dimandikan, tidak menampakkan lorek-lorek luka dan kecewa… Sudah lebih setahun mereka menyaksikan derita sang ayah… sedih nestapa bagai tidak tergamak menggores hati.
“Andai kematian lebih baik untuk ayah! Kami relakan… Sudah terlalu lama ayah derita… Cukuplah!...” -
“Bila hari Jumaat? Lambat lagi ke?”… Dia bertanya kepada seorang kenalan yang baik yang selalu menziarahinya – seminggu sebelum kematiannya.
“Hari ni.. Jumaatlah.” Jawab kawannya itu.
“Saya ni lahir dulu hari Jumaat… Kalau boleh nak pergi pun Jumaat juga…” Katanya lagi.
Ajal datang menemuinya selepas zohor hari Khamis - 9 April 2009 (semalam) … Di mandi, dan disempurnakan sehingga dikebumikan pada malam itu juga (malam tadi)… Malam Jumaat, beliau sudah berada di alam barzakh… Mudah-mudahan dikira terkabul jugalah satu-satunya hajat yang amat bermakna buatnya, setelah banyak hajat yang lain tidak kesampaian lagi…
“Kalau dah sihat nanti… saya nak qadha solat..” keluhnya lagi pada kawan yang sama.
“Rasa tak sempurna solat duduk dan baring macam ni.”
“Tak apalah… Awak bukan tak solat. Awak sakit, awak dah tunaikan solat cara orang sakit.. Bukan awak tak solat.. Allah maha tahu.”
…
…
Setelah setahun (lebih) menanggung derita – Ujian tanda rahmat dan kasih sayang Allah… Akhirnya tamatlah kisah yang mengharukan ini. Sampai ke mati – pergantungan dan penyerahan kepada Allah sangat mengkagumkan.
Mudah-mudahan sakit yang dideritainya benar-benar membasuh segala dosa dan mengangkat lagi darjatnya di sisi Allah SWT.
Mudah-mudahan kepulangannya ke hadrat Allah menepati sepertimana seruan di dalam al-Quran “Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai.” (al-Fajr: 28)..
Dan…
Untuk kesekian kalinya…
Hanya sebuah al-Fatihah yang dapat dikirimkan sebagai hadiah….
Al-Fatihah….. (Untuk Allahyarham Mohd Mahadi - Yang menderita kerana sakit Barah Usus)
Wednesday, April 8, 2009
Bonjour...
Hujan.. hujan...
Aku ingin selalu menulis di bawah hujan... Ketika langit dan bumi bersih dari noda... Ketika jiwa terbebaskan dari duka dan bahagia...
Semalam Hujan turun, lebat. Berdiri di beranda, sambil merasakan dingin yang turut diruntuhkan langit. Bagaimana langit gelap dan awan sarat, hitam pekat siap memperkosa kering bumi, atau nafas bumi menyalin bau hujan, semuanya bagai lekat di ingatan, mata dan hidung. Pinggirkan saja memori itu.
Bonjour... itu ucapan yg saya terima lewat sekeping poskad yg di terima pagi semalam.. Tahukah apa itu Bonjour.. dulu saya selalu mendapat ucapan ini dari beberapa kenalan. dan saya membalasnya 'Bonjour' kembali.. meski saya tak tahu apa itu Bonjour sebenarnya..
Tapi baru-baru ini.. melalui blog ADDY... saya pun maklum.. Bonjour itu.. "SELAMAT PAGI".. atau capan-ucapan selamat (yg berkaitan) - hmm.. apa-apalah..
Sekali lagi saya menerima kiriman tanda ingatan dari luar sana... dari benua yg nun jauh di sana.. sekeping poskad dari PARIS... di ulang.. DARI PARIS.. hahah.. saya tak tahu keterujaan jenis apa yg saya lalui, Gembiranya saya sentiasa diingati..
Poskad ni masih lagi dikirim oleh sahabat maya yg sama yg menghantar poskad dari luar seperti yang sebelum ni... Brother cappuccino. (err betul ke eja mcm tu)...
"Terima kasih bro.. terima kasih byk2 sangat... serius, saya suka dan terharu juga... saya selalu berdoa moga kita dpt jugak berjumpa satu masa nanti... kita mesti jumpa.. ingat tuuu..."
Oh ya! Bro Coppucino sekarang sedang meneruskan pengajiannya di peringkat PHD di UK.. kita doakan bersama-sama kejayaan untuknya.. InsyaAllah dia pulang bersama gelaran DOKTOR...
Dan satu kegembiraan yang lain.. Bila ternyata khidmat DATO SERI NIZAR masih diperlukan meski pun dia telah dimalukan sedemikian rupa oleh mereka-mereka yg bijak melompat tu... Tahniah DATO SERI... Allah bersama orang-orang yang benar...
Dan satu kegembiraan yang lain juga... - lebih berupa kejutan sebenarnya - bila seorang adik saya di sini mengundang saya ke majlisnya bulan Julai nanti... **saya masih tertanya-tanya - betul ke dia ni??**
Entah kenapalah sejak kebelakangan ni saya tak dapat menghasilkan entri-entri 'bermutu' untuk bacaan bersama di blog saya ni (sebelum ni... bermutu sangat ke??)..
ada sedikit kerumitan yg tak dapat dijelaskan... saya kira kalau payah-payah sangat, saya mahu tutup sahaja blog saya ni dan akan buka yg lain pula bila rasa dah ok semula... tapi bila memikirkan, usia blog saya ni masih tidak mencecah setahun pun lagi... kalau ya pun nak tutup, biarlah mencecah setahun dulu... oklah kot...

Monday, April 6, 2009
Cerita Semalam
Semalam... seharian... (pagi hingga malam) sepatutnya hari saya adalah hari yang membosankan (kecuali di waktu petang - kerana seperti yang anda maklum, petang ahad... adalah waktu yang sentiasa ditunggu-tunggu kehadirannya - oleh sang pencinta seperti saya ***cehh!! jiwang!!!**
Oh ya, masih tentang semalam... hari yg sepatutnya membosankan itu terisi juga dgn kunjungan sahabat/teman/kawan dari Kuala Lumpur... MEL.. ya, hadirnya atas dasar sedikit urusan yg perlu diselasikan di Kuantan... jadi sepanjang hari semalam juga saya di Kuantan..
Ohhoo... dia bawakan saya sebuah novel karya Pramoedya Ananda Toer... - Bumi Manusia - yang dihadiahkan oleh seorang sahabat dari Indonesia kepadanya... heheh.. tidak wajar pulak rasanya, menerima hadiah yg diberikan orang kepadanya lalu diberikan pada saya pula... jadi atas rasa ketidakwajaran itu, saya gunakan istilah 'pinjam'... - "aku pinjam dulu, nanti aku pulangkan balik"...
saya juga mendapat juga kiriman novel dari indonesia oleh sahabat yg sama yang memberikan novel dari penulis yg sama Pramoedya Ananda toer - Novel Arus Balik -
Kata MEL... novel-novel sebegini adalah sesuai untuk penggemar-penggemar sastera seperti saya... huk!.. sebetulnya saya bukanlah penggemar sastera yang kental... tapi saya penggemar buku... saya gemar membaca... tidak kira apa jenis genri bacaan...
Hmmm.. lupakan pasal semalam... sebab saya teringatkan satu tag yang masih saya belum jawab meski dah sekian lama 'hutang' ini diberikan... masanya untuk dilangsaikan...
Tag..
Yang ini datangnya dari Naga Perang... Tentang Kahwin dah perkahwinan... hahahah... saya kira selepas menjawab tag ni, sekali lagi saya akan dicop JIWANG... hadoiiiii... terima jelah .
jom.. kita jawab soalah dari naga perang...
How old are you?
32.. Ok.. fine, dah tua... tapi saya ngaku kan. saya kira dangan pengakuan tersebut, ramai juga yang mahu menjadi adik-adik saya... kira ok lah tu...
Are you single?
Yeah... bujang... masih single (statment menaikkan saham)... tapi tak avalaible lah (statmenet menjatuhkan saham pulak)
In what age do you think you will get married?
Saya tak pasti... dulu.. masa dulu-dulu, saya letakkan umur saya 30 sebagai umur untuk kahwin.. tapi yelah, perkara-perkara tak dijangka bolehh berlaku bila-bila masa je di luar kawalan kita. Kerja-kerja jodoh ni rahsia Allah.. kalau ikutkan sekarang ni jugak nak kawinn...
**tapi ada sorang tu dia kata nak kawin 31 April ni... cesss... hampeh... siap ko nanti aku kenakan ko pulak**
Do you think you will be married with the person you are with now?
Op cos lah!! errrrr... InsyaAllah dengan dia je. tapi masih jugak terikat pada persoalan jodoh kan???...
If not, who do you want to marry?
Haa?????????... mmmmmmmm.... errr... sumpah! tak ada pilihan lain dah...
errrrr. Liyana Jasmay kot... **sambil jeling2 kat addy**
"errrr... Mel! adik ko single lagi kan?"
errr... ada tak makcik-makcik yg berkenan nak buat saya jadi menantu... heheheheh sila nagkat tangan...
Do you want a garden/beach or a traditional wedding?
Macam biasa-biasa je... style kampung-kampung tu, buat kenduri, pasang bunga manggar, ada kompang... (silat-silat tak mau) mcm biasa-biasa jelah...
Where do you plan to go on a honeymoon?
Bali masih jugak jadi pilihan utama... kalau tak dapat bali... Hawaiiii pun kira oraitlahhhh.. kan.
How many (wedding) guests do you think you will invite?
Satu kampung... dan jugak teman-teman blog saya kat sini...
Will that include your exes?
Tak!!! dia tak termasuk sekali... gila engko nak jemput orang dah tak de tu...
How many layers of cake do you want?
Cake??? kalau dpt yg mcm mawi tu lawa jugak... yg bentuk bantal-bantal tu...
Do you prefer having the reception at a hotel or a simple place?
Tak nak lah... saya bukannya ada duit sgt pun... lainlah kalau pihak ASTRO nak sposor kan...
mcm yg saya tulis tadi. buat kat kampung je. style orang-orang kampung... gaya tu lebih meriah.
When do you want to get married, morning or evening?
Majlis akad nikah buat malam... kendurinya keesokan harinyalah. mcm biasa-biasa lah...
You’d rather have your reception outdoors or indoors?
Tak nak sanding-sanding... kenduri-kenduri biasa lah... alah macam tak pernah pergi kenduri lah korang ni...
Name the song/tune you’d like to play at your wedding.
Saya tak kisah... itu bergantung atas cd-cd lagu yg dimiliki oleh dj yg bertugas... saya tak de sebarang masalah...
Do you want a solemn ceremony or a light one?
alah... style orang-orang kampung je..
Describe your ideal wife
Cantiknyaaaaaaa... (ayat teruja bila tgk dia keluar dari rumah sambil pakai baju songket kaler hijau... heheheheh)
Do you prefer fine dining or just the normal spoon and fork?
Biasa-biasa jelah...
Champagne or red wine?
Uihhhh!!!!!! gila apa... haram tu... berdosa... air sirap cukuplah... sirap bandung pun orait...
Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
Tuuu kena pikir dan bincang leklok lepas kawin nanti...
Money or household items?
Mana-mana pun tak pe... dua-dua pun berguna sangat lepas buat kenduri ni.. maklumlah duit dah byk habis kannn
Who will pay for the bills?
Kalau 'orang belah sana' tu tak kisah nak kongsi... ok jugak... saya pun bukan banyak duit sangat...
Are you ready for married life?
Entahhhhhhhh... dah kot!!
Do you think you will still be a virgin until you get married?
Hah!!!!! saya??? errrrrr... masa saya kawin tu saya tgh bunting 5 bulan... hahah.. boleh? jawapan macam gitu...
Will you always be true to your wife?
Harap-harp macam tulah... hati manusia ni sape boleh jangka kan??
How many kids would you like to have?
11 cukup kot... + 6 orang lagi... = satu team bola sepak siap dgn pasukan sorak sekali... heheheh
A new house for a newly wed or an old one?
Mana-mana pun tak pe... yg penting ada rumah sendiri...
What kind of cuisine would you like for your wedding?
Melayu lah... alahhhh mcm biasa-biasa je...
Will you record your honeymoon in a CD or DVD?
Kalau dpt buat Movie pun bagus jugak...
Whose wedding plans would you like to know next?
Hmmmmm... sebenarnya saya nak tahu jugak pasal wedding plans milik cikgu ween dgn Addy..
tapi sebab tgh boikot tag... saya abaikanlah... lupakan jelah...
selesai dah...

Subscribe to:
Posts (Atom)