Thursday, October 16, 2008

Oh Ya....

Oyya... bersempena meraikan hari kegembiraan utuk seorang kawan kita yang menyambut hari lahirnya 16/10 beberapa hari lalu... saya nak ucapkan selamat hari lahir kepadanya dgn tulus hati saya... SODEP selamat hari lahir semoga sejahtera dan panjang umur, sihat, dan happy selalu... Tahniah atas pertambahan usia... Dan, Takziah sebab dah makin tua..

Oyya... masih ingatkah lagi pada buku yang telah dihadiahkan kepada saya "KISAH PARA NABI" yang berketebalan 986 muka surat seperti yg saya ceritakan pada cerita yang lepas-lepas...
Alhamdulillah... saya sudah menghabiskan bacaan saya dengan penuh kesukaran dan kebosanan... Maklum, membaca buku-buku berunsur agama (kitab) seperti itu tidak semudah membaca novel2 cinta dan lebih sukar dari membaca buku motivasi... Tahniah kepada diri saya sendiri kerana berjaya menyudahkan buku teladan yang penuh pengajaran tersebut...

Oyya... bercerita pasal buku... masih ingatkan pada cerita saya mengenai saya memiliki 2 buah novel "KETIKA CINTA BERTASBIH" Karya penulis Indonesia tersohor yang menulis Novel Best Seller "AYAT-AYAT CINTA".. Atas kesilapan teknikal saya memiliki 2 buah novel "KETIKA CINTA BERTASBIH" kedua-duanya adalah dari episod dua (Oyya - Novel ini mempunyia 2 episod sebenarnya)

Oyya... Dua hari yang lalu.. Tahukah betapa gembira dan terujanya saya ketika saya sedang bekerja, adik saya menelefon dari rumah mengatakan saya menerima satu bungkusan, bingkisan dari SOMBAN... errr, dari port dickson sebenarnya... Ehh.. dari Lukut lah... Adik mengatakan saya mendapat kiriman sebuah Novel "KETIKA CINTA BERTASBIH (EPISOD 1)... Yihaaaa... Teruja... teruja.. teruja...

Oyya... Novel ini telah dikirimkan dari rakan blogger- WEEN... Cikgu kita yang glamer tuu.. **Ntah nape, 2 ,3, hari ni dia diam je... Nah menikah kot** anyway... terima kasih banyak2 sangat atas pemberian penuh makna tersebut... gembiranya saya tak tergambar kata... - tapi anehnya pembacaan kali ini, saya sudahkan bacaan episod 2 dulu, disambung dengan episod satu...
Oyya... berkebetulan pula, saya punya dua buah novel yang sama, nanti saya akan kirimkan sebuah darinya untuk WEEN... tapi jgn tunggu dulu... akan diberitahu nanti...

Oyya... Terkejut juga, ZUL yang telah memiliki domainnya sendiri (Tahniah) telah menganugerahkan blog saya ini sebagai "ANUGERAH BLOG GILER BEST" Huhu... best ke???
Oyya... baru teringat, dulu DEK PAJELI jugak telah menganugerahkan saya Award yang sama... Hmmm, dua orang sahabat blogger menganugerahkan saya Award yang sama... "BLOG YANG GILER BEST.." agaknya, memang bestlah kot...

Oyya... penganugerahan award ni sebenarnya disertakan dengan syarat... - Syaratnya, kena anugerahkan Kepada rakan-rakan bloger yang lain pula... OK... Tak de hal... Ramai rakan2 bloger saya kat sini yang pada saya mempunyia blog yang giler best...
Saya nak anugerahkan pula awrd ini kepada:
1. MR CAPPUCCINO
2. ladyeena
3. sufi idany.
4. cikgu ween(rasanya Ween pun dah pernah dapat anugerah ni)
5. kak lawa(Kak lawa pun dah pernah dapat jugak)
6. DIR & Fara(dir pun dah penah jugak dpt award ni)
7. POK CIK ASMADI
8.CheMat & Kak CT
9. sodep
Oyya... tambahan seorang lagi... Untuk Si Manis Puteri EZZA juga...

Oyya... dah lebih 5 orang tu... sepatutnya 5 sahaja...

Oyya... Sejak bertukar kerjaya 3 bulan yang lalu, tugasan saya sakarang tidak lagi (bukan tidak lagi - jarang) berurusan dengan penggunaan Adobe Photoshop... Tapi lebih banyak menggunakan Adobe Ilustrator... Ketika biasa menggunakan Photoshop, saya sangat gemar melukis potret manusia (bukan dengan effect ya). Sudah lama tidak memotret. Bimbang juga akan kehilangan skill..
Huh! kerana itu, sehari dua ni saya berjaya juga menyudahkan sebuah lagi potret
(di hasilkan ketika masa-masa lapang yang sedikit)

Model: Muizz Haikal dan adiknya (errr, adik Abang Muizz ni sape nama dia ya?)

klik atas gambar

Oyya... semoga ayah kepada dua model dalam lukisan saya tu tidak menuntut wang royalti atau menyaman saya kerana menggunakan anak2 mereka sebagai model tanpa kebenaran - (di harap juga dapat meninggalkan alamat lengkap anda, kerana apabila potret ni siap sepenuhnya, akan di print dan dihantarkan kepada anda sebagai tanda kenangan --- gituuu...)

Oyya... Tiada idea hendak bercerita sebenarnya... jadi saya gunakan sahaja apa yang ada untuk hasilkan entri kali ini... errr... diharap tidak membosankan...

Oyya... sudah tamat di sini ... sekian...

Tuesday, October 14, 2008

Kasih ibu... Tiada gantinya.... ... Sebuah cerita panjang berjela (2)

CERITA TENTANG SI COMEL...
Badannya kurus menampakkan rangka yang kecil. Matanya hampir tertutup dengan tahi mata. Jalannya perlahan tidak teratur. Dia sakit - begitu telahan saya - Saya memegangnya perlahan-lahan. Dia menjilat-jilat - kelaparan.

"Kita ambik ya Anjang!!" Tanya anak saudara saya... ***yg seorang ini memanggil saya tanpa menggunakan gelaran Pak... Hanya Anjang sahaja - tidak seperti anak suadara lain memanggil saya Pak Anjang (hmmm rasa lebih suka dipanggil mcm ni... tak rasa tua sangat)***

"Boleh! ambik je." jawab saya. Saya dengan anak saudara yang ini memang ngam.

"Nanti Tok Ma marah..."

"Tak apa, biar Anjang jelasakan kat Tok Ma... Ambik dulu."

Anak kucing yang berwarna kuning keperang-perangan itu didakapnya.

Tiba-tiba dari celah meja di pasar petang itu muncul seekor kucing betina dan dua ekor anaknya. Daripada rupanya, saya boleh jangkakan itulah ibu kepada anak kucing yang sedang didakap anak saudara saya.

"Anjang...!! tu ibu dialah." Anak saudara saya menunjukkan kepada ibu kucing tersebut.

Saya angguk. Hati mula berbelah bagi. Hendak saya ambil atau tinggalkan sahaja anak kucing itu. Saya renung ke arah ibu kucing. Badannya merebeh bahagian perut. Kurus kering... matanya juga hampir tertutup - juga sakit barangkali. Dan saya renung pula pada anaknya yg berada bersebelahan dengannya. Warnanya juga kuning keperangan... juga kurus dan lemah.


"Macamana Anjang??" Anak saudara saya minta kepastian.

Saya diam berfikir. Merenung dan menimbang-nimbang Ma di rumah tentu keberatan sebab ini bukan kali pertama kami membawa anak kucing pulang. Di rumah telah ada 3 ekor anak kucing apabila coyote -ibu kucing kami, beranak 3 minggu yang lalu. Muka Ma pastinya berkerut. Bukanlah dia benci tapi Ma merungut justeru sukarnya menjaga makan minum dan kencing berak anak-anak kucing yang sedia ada. Itu tidak termasuk lagi kucing 'PATI' yang selalu bertandang ke rumah kami menagih makanan. Namun, tubuh kurus kering dan mata layu daif anak kucing itu seolah-olah merayu saya...

"Kita ambik..." kata saya pendek. Anak sauadara itu patuh. Kucing kecil kurus itu didukung dan di bawa pulang.

"Kenapa tak pilih anak kucing yang lagi dua tu?" anak sauadara saya betanya.

"Kita terpaksa pilih, Biarlah dua ekor lagi tu, ibu dia yang jaga. Yang ni kita jaga..."

"Kenapa pilih yang ni?" Anak saudara saya masih bijak tutur tanyanya. Banyak pula soalnya. Tapi ya juga. Kenapa yang seekor ni jadi pilihan. Bukan yang dua lagi...

"Yang ni lebih kurus. Lebih sakit dan lebih lemah. Yang tadi tu nampak sihat. Biar emak dia jaga. Kita boleh jaga dia lebih baik daripada emaknya. Kat rumah kita ada banyak tempat perlindungan daripada panas dan hujan. Kalau tinggal kat pasal ni, Nanti, kucing ni jadi lemah dan mati."

Sesampai di rumah anak saudara saya mula sibuk. Disiapkan susu, disediakan makanan berzat khusus untuk anak kucing. Si comel nama diberikan. Saya dan anak saudara ini mula sibuk dengan operasi menyelamat tersebut. Kucing-kucing lain hilang keistimewaan. Coyote dipindahkan ke sangkar kelas ke dua bersama anak-anaknya.

Keutamaan diberikan kepada si comel kerana keadaannya yang daif dan lemah. Setelah bersungguh berusaha, saya yakin Si comel akan berjaya diselamatkan. Nasibnya tentu lebih baik dari saudara kandungnya yang dijaga oleh ibu yang daif.

Dia akan selamat... InsyaAllah... begitu bisik hati saya.

Sehari, 2 hari, 3 hari... si comel masih begitu-begitu juga. Matanya masih tertutup. Badannya masih tidak ada perubahan.

Pukul 4 petang, hari kerja... handphone saya berbunyi. Anak saudara memberi salam dan menangis.... Si Comel mati.

Ketika balik saya melihat sangkar istimewa si Comel telah dihuni oleh Coyote dan anak-anak.

**********

"Anjang rasa, saudara Si Comel pun mati jugak ke?" tanya anak saudara saya setelah seminggu comel mati.

"Hmmm tinggal kat rumah, makan sedap dan berkhasiat pun si Comel boleh mati. Anjang rasa anak kucing yang kita tinggal kat pasar tu pun mati jugak."

"Betul ke Anjang?"
Saya terusik dengan pertanyaan itu. Ingin juga saya pastikan.

Satu hari setelah beberapa minggu peristiwa itu berlalu, saya pergi lagi ke pasar itu. Anak saudara yang sama masih suka mengikut. Ma sudah menyelinap di sebalik kesibukan manusia membeli belah. Saya dan anak saudar berjalan di tepi gerai menjual sayur...

"Anjang, Anjang..." Panggilan anak saudara tiba-tiba mengejutkan.

"Kenapa?"

"Tengok tu..." Katanya sambil menunjuk ke satu arah.

Kelihatan anak kucing 'Saudara' si comel berlari-lari cergas bersama ibunya. Nampak sihat dan lebih gemuk. Begitu juga si ibu. Keliahatan lebih kuat dan aktif.

"Anjang betullah ni saudara si Comel." Kata anak saudara saya sambil mendukung anak kucing itu.

Saya diam. Rasa kesal, malu dan bersalah bertubi-tubi menimpa.

"Dia tak mati pun Anjang." Perlahan suara anak saudara menghiris hati. Ternyata keputusan saya memutuskan kasih sayang si Comel dengan saudaranya adalah salah.


"Nak tahu kenapa Anjang bersalah?" Akui saya dalam perjalanan pulang dari pasar.

Anak sauadara saya diam terus mencari-cari jawapan.

"Anjang bersalah sebab dah putuskan kasih sayang si Comel dengan ibu dia. Anjang fikir, si Comel boleh sihat semula hanya dengan makanan dan perlindungan. Anjang lupa, binatang pun perlukan kasih sayang dari ibunya."

"Ingat tu, kasih ibu tak boleh ditukar ganti..." tiba-tiba Ma saya mencelah.

Saya termenung sendiri... itu baru anak kucing... Bagaimana pula anak manusia yang diputuskan kasih dengan ibunya, Pasti lebih derita...

Hati terus diburu rasa bersalah. Memisahkan si comel dengan ibunya. Angkuhnya diri, apabila merasakan boleh gantikan kasih sayang ibu. Hakikatnya saya tidak layak menjadi pengganti ibu... sekali pun ibu bagi seekor kucing**

Entri di edit semula... Tag dari kak lawa...

Dan sesi pujuk memujuk pun bermula.... apa2 pun... "orang belah sana" tu... bukanlah orang yang keras hatinya... rajuknya selalu takkan lama... tengahari tadi saya belikan sebiji cis kek untuk dia... *cis kek adalah makanan paling dia suka* - then dia still tak mau bercakap, tapi cis kek tu dia ambik... hikhikhik... hadoilah awekku...

Nasihat seorang kawan. Pengajaran hari ini adalah belajar erti sabar. Kadang-kadang rezeki Allah tak bagi gedebuk turun dari langit sebaik saja kita minta padaNya. Tetapi bila Allah dah berikan apa yang kita idamkan setelah lama kita bersabar, rezeki tersebut akan terasa berkali-kali ganda nikmatnya... Katanya lagi, sebenarnya murah rezeki bukan hanya bermaksud bertambah kuantiti rezeki dunia sahaja tetapi juga bermaksud bertambah pahala dan rezeki diberkati. - itu nasihatnya... saya kelip-kelip mata... rasanya saya mengadu padanya tentang rajuk "org belah sana"... dia cerita bab rezeki... saya tersalah ceritakah atau dia tersalah dengar... apa-apa pun saya iyakan saje segala nasihatnya. walaupun tak bersangkut dgn masalah, nasihatnya tetap juga berisi... ada iktibar...

Ya... lupa plak... kena tag dgn kak lawa... dia suruh letak gambar hasil kerja tangan dia yg kretif la konon-kononya tu... seb baik jugak ensemmm ghupe aku nihhhSaya di zaman 60 an... hasil kerja kak lawa....

Monday, October 13, 2008

..


Bila "
Orang Belah Sana" merajuk.....



...........




............






huh!!







........






.........










to b continue...