Saturday, February 21, 2009

Things I See.. (Lammee See...)

Ada sorang teman bertanya... kenapa saya suka menulis...
Errr... apa ya saya nak jawab... Hmmm selalunya saya menulis hanya untuk memotivasi diri. Mudah-hudahan dpt memotivasi orang lain juga... maklum larrr nak baca buku motivasi bukan semudah baca novel kisah cinta. kalau boleh.... bukan takat baca... cuba faham dan selami di sebalik TerSurat dan TerSirat kata-kata itu...

Kata orang yang berakal.... dalam hidup kita... setiap hari akan ada "Jalan" yang perlu kita pilih... jalan yang dipilih mungkin jalan yang mudah... atau mungkin juga jalan yang penuh dengan dugaan dan cabaran... atau jika tersilap pilih jalan, mungkin kita akan temui "jalan mati" Ops! Boleh jugak kalau mahu jalan-jalan cari makan

Hakikatnya kita perlu memilih... biarpun membuat pilihan bukanlah perkara yang mudah... adakalanya kita perlu berbohong... atau mungkin perlu menyakiti sesuatu/seseorang/mungkin juga diri sendiri...

Inilah hakikat kehidupan... kita yang bernama Manusia... tidak pernah puas dengan apa jua kelebihan dan kekurangan yang kita miliki... sifat Dengki itu sering menguasai diri... bukan hanya orang lain, malah... adakalanya kita jugak begitu. So.... jangan nak kontrol-kontrol bagai... takde faedahnyerrrr...

Adakalanya kita akan menjadi mangsa dengki orang lain... dan ada kalanya juga... kitalah "pendengki" itu...

Hmmm... dengki itu tidak salah... ada masanya dengki tu memang perlu... cuma tinggal lagi, bagaimana kita mengawal perasaan itu kepada satu tahap yang sepatutnya... yakni yang paling minima... bagaimana? Bergantunglah kepada cara kawalan masing-masing... jangan sampai merosak diri... jangan sampai merosak orang lain sudahh...









oh ya... sebelum terlupa (saya kalau bab yg ni memang senang lupa... ada masanya buat-buat lupa) - Ada tag lagi nak buat...

Saya kena tag dengan si Naga Perang... ok.. jom tengok apa dia nak...

Sila berikan kegunaan lain yang digunakan oleh anda kepada barang-barang yang dinyatakan di bawah...(maksudnya bukan kegunaan sebenar barang tu tapi kegunaan tambahan yang anda buat la dengan barang tu, kira diaplikasikan oleh anda... konon kreatif la tu!)

1) Anak Kunci
kegunaan asal - untuk kunci pintu, laci dan apa2 yg berkunci
kegunaan sampingan - Errr.. nakk buat apa ek... buat anting2 wanita boleh lah kot... gantung kat telinga... hmmm, macam bagus jugak idea ni kan... comfirm kunci tak hilang. kalau balik kerja suami isteri... masa nak bukak pintu tu... keluar dialog mcm ni:
"Yang!!! Kunci pintu rumah mana... ?"
"Ni haa... tergantung kat telinga ayang ni... abang tolongla bukak jap.." see.. selamat dan praktikal.

2) Penutup Pen
kegunaan asal - tutup pen, x nak kasi dakwat kering
kegunaan sampingan - Errr! buat pengorek telinga di waktu terdesak... cth waktu terdesak tu mcm ni... seekor lipas (lipas tau) tiba-tiba merayap masuk telinga... (mcm ganas lah pulak cth yg ni) errrr... (sat, nak pikir cth yg lain pulak)...

3) Botol Mineral
kegunaan asal - tempat simpan air
kegunaan sampingan - Buat rakit masa nak mandi kat teluk Kemang... kumpul byk2 pastu cantumkanlah... kalau rajin, bukan setakat rakit... kapal titanic pun boleh dibina... itu kalau rajinlah... kalau malas, boleh buat hantar surat style orang dulu-dulu. tulis satu surat, sumbat dlm botol tu, tutup kemas-kemas... pastu campak tgh laut... kalau nasib baik, surat tu boleh lepas ke kutub utara tanpa perlu bayar duit stamp... kalau nasib tak baik, belum sempat buat apa-apa botol tu dah kena tolak dgn ombak sampai balik kat kaki kita... tapi tak de masalah... boleh lempar balik semula... kalau tak lepas jugak lagi... lempar lagi... berulang2 kali... kalau tak lepas jugak, barulah fikirkan alternatif lain... cthnya beli je sampul surat sekeping, stamp sekeping... poskan ke pejabat pos... lagi selamatttt...


4) Paper lama

kegunaan asal - leh digunakan utk buat draft paper
kegunaan sampingan - Buat sampah... hehehe... boleh pulak bagi jawapan simple.


5)
Seluar 'D' lama (seluar D??)

kegunaan asal - pakai kat dalam bukan di luar... (ohhhh seluar tu rupanya. Malu nak sebut ke?)
kegunaan sampingan - Boleh je kalau nak pakai kat luar mcm sorang super hero tu... atau pun boleh jugak buat topeng masa nak merompak bank... hmmmm... nak tuba ikan kat sungai pun orait jugak... nak tuba orang pun boleh tu kalau kena dengan cara dia...

6) Lesung batu
kegunaan asal - menumbuk belacan, dsb
kegunaan sampingan - Buat penukul ketuk paku kat dinding... buat senjata pun boleh. cthnya kalau nampak pencuri nak masuk rumah, baling je lesung tu dgn sepenuh tanaga, tapi pastikan sampai terkena kepala perompak tu... jgn sampai terkena kepala laki, atau bini yg tgh nyorok belakang pintu pulak ya... tak pasal-pasal pulak bergaduh laki bini...

7) Langsir
kegunaan asal - kehiasaan umah/keceriaan umah
kegunaan sampingan - Buat lap tangan masa kenduri... cari-cari tisu tak jumpa. dah tu org tgh ramai, nak bergerak pun payah... kira capai mana yg sempatlah...

8) Komputer ofis
kegunaan asal - buat keja rasmi
kegunaan sampingan - Haaa... buat bloglah. apa lagi kan... pastu jawab tag... errrr, tapi tag ni saya jawab pakai i-mac kat umah ya... tak guna opis punya...

9) Duit syiling
kegunaan asal - nak lengkapkan duit kertas
kegunaan sampingan - buat gores kad prepaid celcom yg baru beli petang tadi...

10) Laman Blog
kegunaan asal - menulis dan mencari sahabat lama dan baru. tukar2 pendapat
kegunaan sampingan - Buat iklan jual barang... reka-reka cerita pasal katak... pasal kera ke, pasal oreng uten ke...pastu isi gambar byk2.. isi lagu byk2 dah mcm MP3 player pulak - isi mcm2lah. pastu berat, payah nak loading...


haaaa..dah abis pun... then kena tag org lain pulak ya...
saya nak tag cikgu ween (tak sengajalah cikgu) dengan cD... (tag yg dulu2 bila nak buat ha)... kak lawa, Dir, Dek pajeli, Miss Zaza... dan sodep...

sekian...

Friday, February 20, 2009

Boss

Petang tadi dapat satu panggilan telefon dari Hairi... seorang kenalan - Telefonnya utk bertanya khabar dan menyampaikan berita - huhu... kali ni dia ajak saya mengumpat boss dia... hadoiiii...

Saya tak akan menceritakan tentang boss saya, sebab dia adalah sebaik-baik boss yg pernah wujud di muka bumi ni **ish! bunyi ayat macam nak bodek je**

Tipikal bos ialah orang yang serius dan tegas. Walaupun ada bos yang suka bergurau-senda dengan orang yang bekerja di bawahnya, bilangannya adalah sedikit kerana adalah penting untuk bos menjaga reputasinya. Kata orang kalau diberi muka, nanti dipijak kepala. Sebab itu bos tak berkongsi meja atau bilik dengan orang di bawahnya. Bos ada bilik sendiri. Bos ada komputer yang paling laju di pejabat ~ walaupun dia hanya guna komputer untuk baca emel.

Pekerja bawahan akan melihat bos sebagai pahlawan, cendiakawan dan kadangkala dermawan. Pahlawan kerana berani berjuang untuk dapatkan apa juga projek yang kadangkala dilihat sukar nak dapat, cendiakawan kerana bijak berkata-kata dan seolah-olah serba-serbi tahu ~ walaupun kadangkala apa yang dia cakap itu adalah ayat yang kebetulan dibacanya daripada buku. Dermawan hanyalah pada musim-musim perayaan atau hujung tahun di mana bos akan memberikan bonus. Walaubagaimanapun pekerja bawahan melihatnya, bos adalah selalu betul dan dalam kebanyakan kes, pekerja bawahan adalah selalu salah.

TETAPI.... bos juga manusia.

Seberapa hebat pun dia di mata pekerja bawahan, dia juga punya kelemahan. Dia mungkin paling berkuasa untuk membuat keputusan tetapi tidak semua keputusannya betul. Dia mungkin garang seperti singa tetapi ada ketikanya dia boleh menangis seperti bayi. Dia mungkin tahu segalanya tetapi sebenarnya dia tidak tahu apa-apa.

Yang pentingnya bos juga akan buat silap.

Mengikut cerita dari Hairi yang menelefon saya - Hari ini ialah hari yang tidak boleh berlawak jenaka yang bukan-bukan dengan bos sebab hari ini boss dia menunggu keputusan mesyuarat untuk satu tender yang telah dikejarnya sejak dia memulakan syarikat ini. Ceritanya sudah banyak duit dihabiskan untuk melobi. Apa juga keputusannya, boss nya itu hanya mahu mendengar berita gembira.

Lebih-lebih lagi semalam dia mendapat berita tidak gembira. Kerana sedikit salah-faham tentang definisi lesen pengguna, sebuah syarikat enggan membuat bayaran untuk kerja-kerja yang sudah siap. Ia sudah boleh diduga kerana syarikat ini kerap menangguhkan tarikh pembayaran tetapi boss itu sedikit terkejut kerana ia dilakukan oleh seseorang yang telah dianggapnya sebagai kawan.

Dua contoh ini meringkaskan semua kelemahan bos. Dia bijak untuk bertindak secara menang-menang untuk mendapatkan projek ~ laburkan banyak duit untuk melobi dan dapat projek ratus-ratus ribu sebagai balasan. Tapi mungkin dia terlupa ~ jika dia boleh "membeli" projek itu dengan wang, tidakkah orang lain boleh berbuat yang sama? Akhirnya siapa yang memberi yang paling banyak, dia itulah yang akan dapat.

Semua pelanggan akan dianggap sebagai kawan. Dengan kawan kita tidak perlu berkira sangat. Maka kita akan melakukan sesuatu kepada kawan kita ini adakalanya secara percuma. Ini adalah strategi yang baik untuk memenangi hati pelanggan. Tetapi pelanggan adalah kawan hanyalah jika dia sudah membuat bayaran. Tidak ada duit, kita tidak berkawan. Seseorang yang berniaga patut tahu tentang ini. Bos tidak sepatutnya mudah tertipu begini.

Dan saya terus mendengar Hairi membebel. Katanya bossnya telah membuat pelaburan yang tidak bijak. Tapi yang telah buat keputusan ialah seorang bos. Yang habiskan duit ialah bos. Yang akan tanggung semua akibat ialah bos. Yang akan membetulkan keadaan juga bos .

"Aku ni kuli... jangan haraplah cakap aku dia nak dengar". suara hairi begitu sayu sejurus sebeum menamatkan perbualan...

Kalau tak ada kuli mcmana nak wujud bosss....


*************

hmmm... Oh ya... Kepada 'Penderhaka-penderhaka' dan kepada penentang-penentang penderhaka'... Apalah sangat derhaka kepada Raja tu... Raja juga Manusia... sampai masa ajalnya akan sampai juga, di cabut nyawa juga, di soal dikubur juga... kaannnn...
saje je lah nak bagitau "Derhaka dengan Allah lagii teruk tau???? ".... Allah kata buat, kenalah buat. Kalau disuruh tinggal kenalah tinggal. Dan hukum Allah semuanya sama. Baik kepada rakyat biasa Mahupun kepada Raja... Wajib kepada rakyat, wajib juga kepada raja. Haram kepada rakyat, haramlah juga kepada raja... tak ada beza...
Makanya... tak payahlah ikat kepala dgn kain kuning pegang sepanduk kononnya nak Agungkan Raja lebih dari nak agungkan Allah...
Raja takkan dapat selamatkan kita bila kena soal dalam kubur nanti...

- huh! bukan sekadar melompat... bab membodek pun handal....

apa-apalah...




Tak pernah anggap Hang Jebat sebagai penderhaka... kerana segala tindakannya menentang raja demi menegakkan keadilan...


Wednesday, February 18, 2009

Jangan terlalu mengharap...

Bersedia untuk berhadapan dengan yang terburuk... Kita memang patut mengharap dan mencari yang terbaik, tetapi bersedialah untuk menerima yang terburuk.

Apabila kita terlalu mengharapkan kebaikan, kita akan terkejut dengan keburukan. Apabila kita terlalu yakin pada sesuatu kita akan patah semangat melihat kegagalan. Kita boleh mengunjur yang cemerlang dan yang hebat-hebat, tetapi jangan lupa untuk bersedia mendepani yang terburuk.

Kita yakin pada seseorang. Katakanlah kita yakin sebab dia itu baik dengan kita. Kata-katanya lembut pada kita melambangkan hatinya yang bersih. Kita pun terpesona dengan peribadinya. Bagi kita dia itu tentunya tidak akan membawa sebarang masalah.

Maka pada satu hari kita meyerahkan satu tugas kepadanya... kita kata "Buatlah, aku tahu jadinya saje." Kepercayaan kita padanya padu.

Tiba masanya kita dapati apa yang dijangka, meleset sama sekali. Hasil kerja dia yang kita sangat percaya rupanya tidaklah setara mana. Kita amat kecewa tentunya. Kenapa? Sebab kita dah meletakkan harapan yang terlampau tinggi. Unjuran kita pada dirinya menggunung dan kita pula tidak sedia menerima yang buruk. Tiba-tiba ia menjadi buruk dan kita menganggapnya terlalu buruk dan sangat kecewa.

Persoalannya kenapa perlu berlaku begitu??

Kita perlu mengunjur sesuatu yang berbeza kalau unjuran kita yang pertama tidak menjadi seperti yang kita harapkan. Dalam soal ini kita perlu sediakan dua jalan. atau dua pelan. Memang kita dah isyaratkan supaya yakin dengan pelan A, tetapi jangan lupa pula untuk bersedia dengan pelan B bimbang Kalau-kalau pelan A tidak sama seperti yang kita jangkakan.

Kita mungkin boleh bekerja keras untuk memastikan pelan A berjaya, tapi jangan pula lupa, soal jaya-gagalnya usaha turut ada campur tangan pihak lain yang tidak setuju dengan kita... dengki.. atau dendam dengan kita atau boleh jadi tidak faham keinginan kita.

Contohnya kita menempah sehlai baju, dan mengharapkan baju tersebut siap dengan sempurna - sehingga ia menjadi kenyataan bukan kuasa kita yang menentukan. Ia berada di tangan tukang jahit. Apa yang kita gambarkan mungkin tidak sama dengan apa yang ada dalam kepala tukang jahit tersebut.

Maka itulah kita perlu bersedia dengan unjuran yang sebalik daripada apa yang kita tetapkan. Supaya dengan itu kita tidak terlalu kecewa dan marah.

Terlalu yakin kadang-kadang menjadikan tindakan-tindakan kita kurang sempurna. Terlalu yakin tidak kecundang biasanya akan berakhir dengan kecundang. Terlalu yakin boleh 'smash' masa main badminton, kadang-kadang bulu tangkis terkeluar dari gelanggang. Terlalu yakin pandai selalunya berakhir dengan kejahilan.

Ada banyak elemen penentu kejayaan dan hampir semua elemen tersebut berada di tangan orang. Biarpun keyakinan diperlukan untuk membina kekuatan dalaman, ia perlu dilapik dengan sesuatu di bawah kawalan.
Orang bijak adalah orang memiliki satu unjuran tetapi beberapa perancangan. Tatkala dia membuat ini, sebahagian dari masanya tertumpu juga untuk hal-hal lain. Tatkala yang ini mencapai kejayaan, yang lain-lain turut menyumbang.

Terlalu banyak benda perlu dilakukan dalam hidup dan semuanya menuntut kecemerlangan. Maka orang yang paling cemerlang adalah orang cemerlang dlam semua bidang yang dilakukan...

Monday, February 16, 2009

PGL punya tag dan PGL punya Teater

Ada seorang puteri yang cantik jelita... namanya puteri gunung lukut (ada hubungan bau-bau bacang dgn puteri gunung ledang.... yang sedang menunggu pinangan dari putera idamannya... tiba-tiba dia telah menyuruh jawab tag - alasannya - dia tak sengaja - alasan yg sama macam alasan yg saya bagi kat dia... klik kat sini kalau nak kenal PGLukut tersebut... percayalah dia memang comel...

okeylah... kita tgk apa Tuan Puteri ni nak...

Wowwww!!! walaupun dia seorang puteri berciri tradisional Lukut... tapi soklannya dlm bahasa omputih U..... ok, jom kita jawab...


1. What is your enthnicity?
Saya Orang Melayu... Mak Terengganu campur Ayah Terengganu jugak... Walaupun wajah saya ada iras-iras macam Jericho Rosales!!!!! **uhuk** tapi percayalah - saya memang langsung takde kena mengena dgn hero pilipina tersebut... sumpah tak ada... tolonglah percaya **merayu sambil melutut ni**

2. What are your interests outside of fashion?
Saya minat kerja-kerja Grafic dan seni... seperti mengarang, menulis (mengarang dgn menulis bukan benda yg sama ke) melukis, menyumbangkan suara *** aktiviti mengundang tsunami***, dan menjahit labuci (?????)... errkkk!!

3. Favorite musicians/bands?
Saya suka Foolsgarden... Peterpan... Hijjaz... ecceli saya lebih gemarkan penyanyi-penyanyi solo...

4. Favorite movies?
saya sukakan citer 'Finding Nemo, madagascar, Robots, - bunyi mcm semuanya cerita kartun je... saya paling suka movie Transformers... memang kelass gilerr... **dan jugak gang bas sekolah** - ayark!

5. What do you plan to study? What do you plan to do for a career?
Saya macam dah tak minat dah nak studi lagi... ntah.. dah tua-tua ni... otak pun dah mcm beku sikit nak belajar lagi... saya lebih byk nak pikir pasal kerjaya - nak bukak kedai buat kerja-kerja grafic sendiri... dah lebih pikirkan pasal bila nak kawin... - hadoiii...

6. How often do you shop?
Tak kerap sgt... sebulan sekali kot masa lepas dpt gaji...

7. Do you have a job/work?
Ada... saya seorang Grafic Designer... ni tgh dok kerja lah ni... tapi sempat pulak curi masa bukak tenet jawab tag... (sila jgn amalkan selalu)

8. How do you afford your clothes?
Jahit sendiri.. hahahaha... ok, tak. Beli sendiri pakai duit sendiri...

9. How do people react to how you dress?
Ntah... tak pernah ada orang tegur pun... kalau pun ada yg tegur dia orang cakap "Hensem ko pakai paju putih"... erk!!!

10. What are your summer plans?
Summer???... errr, summer dah lepas belum hah? ni sekarang tgh winter kan... huhu sejukkk oooooo.... - mcm tak jawab soalan pulak ya... Summer plan - kalau boleh, kalau ada masa, kalau dah cukup duit - pergi bali - nak beli limau bali kat sana...

Siapp... dan ada tag lain pulak... melampau tau PGLukut tu.. sekali bagi tag. nah engkau... sampai dua, tiga... kes nak balas dendamlah ni..

Tag about cellphone

1. THREE NAMES IN YOUR INBOX CELLPHONE?
Cikgu Wiween **errrkkk! apesal pulak nama dia dok atas sekali ni... - dia seorang cikgu jelita macam tiara jekelina (terutama tang bulu idung) mengajar kat Somban... - Jiban - Jiran sebelah rumah yg sekarang tgh kerja kat Petaling Jaya... Naza - kawan baik saya yg sgt baik...

2. YOUR MAIN RINGTONE?
Discoid - lagu apa ntah ni.. yg memang dah ada dlm phone tu... tak suka sgtlah layan ring tone ni. asal dengar sudah... kalau nak best-best dgr layan MP3 kat lappy la..

3. WHAT YOU DID AT 12 LAST NIGHT?
Malam tadi??? ntah tak hengat... rasanya tengah layan baby boy kembar tu (anak sedara) yg degil tak mo tidor... besh jugak - teringin je nak ada anak sendiri. **nak anak - kawin la oiii -

4. WHO WAS THE LAST PERSON YOU WENT OUT WITH? WHERE?
Dgn Naza - kawan baik saya.. pergi mandi kat air terjun...

5. THE COLOR OF THE SHIRT YOU’RE WEARING NOW?
Oren seluar hitam

6. THE LAST THING YOU DID?
Emmmmm... baru siap designkan bisnes card utk satu syarikat tu..

7. THREE OF YOUR EVERYDAY FAVORITE ITEMS?
My I-mac... My bantal dan tilamnya dan jugak nasikkk... hehehe (saya dgn nasik memang tak bisa dipisahkan)

8. THE COLOR OF YOUR BEDROOM?
Warna kayu... sebab memang kayu yg dikaler dgn warnish...

9. HOW MUCH MONEY IN YOUR WALLET NOW?
Kurang dari 100... tak suka bawak cash byk2... kalau nak duit gi cucuk kat ATM (padahal memang takde duit pun)

10. YOUR FAVORITE CITY?
Yeah!! KL... sudaa semestinya.

11. WHAT WILL YOU DO NEXT WEEKEND?
Next weekend???? tak tahu lagi... tak plan apa-apa lagi.

12. WHEN WAS THE LAST TIME YOU SAW YOUR MOM?
Pagi tadi kat umah sebelum pegi kerja...

13. WHERE IS SHE NOW?
Ntah!!! mana saya tahu apa dia buat sekarang... mungkin dia sedang memasak, atau tido, atau tgk tv... atau boleh jadi juga dia sedang mengasuh cucu kembarnya yg degil malas tido tu atau boleh jadi juga beliau sedang berjoging... ?????...

14. WHEN WAS THE LAST TIME YOU TALKED TO YOUR PARENTS?
Pagi tadi jugak...

15. WHO IS THE LAST PERSON THAT TEXTED YOU?
Latip...

16. WHERE DID YOU HAVE YOUR DINNER LAST NIGHT?
Kat umah je... ada gulai lemak telor itik...

17. THE LAST SURPRISE YOU GOT?
Dua tiga hari lepas.. bila seorang kawan - Yan - yang dah lama saya tak jumpa tetiba muncul depan pintu rumah ajak pergi mancing...

18. LAST THING YOU BORROWED FROM YOUR FRIENDS?
Pen merah dari rakan sekerja saya... kerja saya memang tak guna pen. sebab tu bila nak guna pen asyik kena pinjam je.

19. WHO IS YOUR BF/GF OR HUSBAND/WIFE?
"Orang belah sana" - alah kalau citer lebih-lebih pun bukannya korang kenal...

20. WHAT DO YOU FEEL NOW?
Lapar... nak masuk time luch ni...

21. WANNA SHARE WITH WHO?
Share apa? share rasa lapar?? atau nak kongsi nasik yg nak dimakan nanti???

22. WHO KNOWS YOUR SECRET?
Ada beberapa rahsia yg diketahui oleh beberapa orang - rahsia berbeza utk orang berbeza...

23. DO THEY KEEP YOUR SECRET?
Alah! tak kisahlah diaorg nak simpn ke tak... bukan penting sgt pun rahsia tu... kecuali ada satu tu... memang big secret.. - kalau org tu bocorkan rahsia tu, saya stapler mulut dia..

24. ARE YOU ANGRY WITH SOMEONE?
Ya... Dgn Bapak katak yang berwajah hodoh dan bermata rabun dan dgn 3 ekor katak tambatannya... Dgn Yahudi lannatullah jugak...

25. WHAT DO YOU ORDER AT MCD?
Saya tak suka McD... tak baik utk badan saya yg cantik ni... (hak ptuiiihhh) - lagi pun memang tgh dok boikot...

26. THE LAST TIME YOU FELT SO SAD?
Tak ingatlah...

27. NAME THREE PERSON THAT YOU LIKE TO TAG HERE:
Hahah... Saya nak tag Aqies, dan saya nak tag sahabat baru saya kat sini - shitsurei, aprilgurl, ejump dan jugak seri lyana... jawab ya...




****************
Ini cerita hari yg lepas.... (Untuk cD.. saya dah tak tumbuk dinding lagi)



KAGUMMMMM... itu komen saya utk PGL 3...

Untuk membandingkan PGL musim ini degn musim lepas... ternyata musim ini lebih superb!!.. ada beberapa kelainan magic yg begitu menerujakan... elemen-eleman magik yg kelihtan sgt hebat utk sebuah pesembahan pentas sebegini..


cuma saya tertanya-tanya siapa kah ida mariana yg membawa watak bayan dlm cerita ini - lakonannya A++... hebat...

Tetapi Hang Tuah nampaknya lebih pelat berbanding PGL musim lepas... hhhhmm
mm apa-apalah...


apa-apa pun - tiket mahal pun memang berbaloi... puas hati... nak tgk lagi sekali lah...







Ketika inilah kisah bermula...
dua insan bercinta, berjauhan di mata...
menjalinkan janji untuk bersama...
merentas samudera membelah gunung...
sebuah cerita cinta... Yang Agung...

Cintamu bagai cahaya mentari yang membakar wajahku, meski sekilas kurasa namun akan menjadi bekal hingga akhir zaman..."