Setiap orang menginginkan hidup bahagia. Setiap orang tidak menginginkan hidup menderita. Selama hidup di dunia ini manusia ingin bahagia, dan sesudah kematian pun ingin hidup bahagia. Kadang manusia rela hidup menderita, dengan harapan dapat hidup bahagia di syurga. Bahagia dan sedih adalah dua rasa yang bertentangan, tapi hanya berjarak setipis kertas, sehingga sukar beralih antara keduanya. Allah memberikan kedua rasa ini kepada setiap insan. Dan ada kalanya, kedua rasa tersebut muncul secara bersamaan dalam satu waktu.
Katanya.... kebahagiaan tidak ada hubungannya dengan kekayaan dan kemiskinan. Kebahagiaan adalah sejenis sikap, suatu cara berfikir dan cara mengada. Kebahagiaan tidak ditentukan oleh hal-hal di luar diri manusia. Kebahagiaan itu ada dalam diri tiap manusia itu sendiri, tinggal memilih mahu akan hidup bahagia atau tidak..........
Monday, August 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
chime,
Aku rasa terpanggil nak komen..
sebab dalam hidup aku ni Allah uji hebat sangat!
Suka dan duka jadi selari!beza tak jauh!sekejap aku bahagia dan jarak hampir pulak aku diberi duka!
jadi aku terumbang ambing antara suka dan duka!Aku juga rasa pelik bila aku muhasabah diri!
Inilah kuasa Allah....
Kini aku dah lali dan mantap dalam menerima ujian Allah!
Misal kalau ada masalah aku letak tepi kejap..settle yg perlu dulu..
at last but not least yg letak tepi tadi juga turut sama settle...
Cuba ko ikut cara aku...janji aku tetap ceria walau sekali sekala gundah!
Tu pasal aku suka cari kawan ,sahabat handai di maya ini lebih lebih lagi yg memahami dunia maya!
Bukan dunia naya !!!!hahhahha
dah aku serius kejap je ni..x leh lama...lepas ni merapu balik!
bagus jugak cara kak lawa tu... kak lawa ni bestlah... dah lah lawa, byk pulak tipsnya...
Post a Comment