Monday, July 27, 2009

Maafkanlah... (masih sulit) **api dalam sekam 3**


Malam semalam, satu email sangat “mengganggu”. Penghantarnya seorang yang tak pernah saya kenali. Hanya sesekali bertegur sapa di halaman maya ini. Bicaranya berbau sendu. Menghantar dukanya sekian lama. Malangnya, yang ditujukan untuk mendapat rawatan adalah saya… Tidak pasti kenapa saya jadi pilihan... Entah dari sudut mana dia melihat saya sebagai ada kelebihan. sedangkan saya pesakit sepertinya jua. Mengidap kesakitan yang sama dan masih usaha mencari panawar. ... Namun harapannya adalah terlalu tinggi untuk dikecewakan. Walau berat ku guriskan juga rasa hati ini semuga jadi rintihan bersama. saya namakan tulisan ini MAAFKANLAH… Moga 'kau' boleh mengambil sedikit iktibar - kerana sebetulnya tulisan ini adalah untuk mendidik diriku sendiri:
Pesan ku begini wahai diri:-

Selagi kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain… itu petanda kau sendiri tidak bahagia. Kau mesti bahagia melihat “musuh-musuh”mu bahagia. Walaupun pernah disakiti sekali, kau akan disakiti berkali-kali jika terus mengenang perbuatan mereka. Dan paling derita, jika kau merasakan mereka sedang membina istana kebahagiaan di atas tapak kedukaanmu!

Wahai diri, ingatlah, segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua. Jika datang orang “menghadiahkan” air mata… Allah sedang mendidikmu tentang sifat sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi “sebab”, lihat dengan mata hati yang Allah jua yang merancang semuanya.

Jika kau di sakiti oleh dia, DIA sedang mengajarmu erti reda. Kita bukan malaikat untuk terus pasrah tanpa terusik oleh calar dan cakar insan. Namun, ada ketika-ketika yang sangat kritikal untuk kita bertahan dan katakan… tidak ada keadilan yang mutlak di dunia ini.

Mungkin sahaja “penjahat” yang pandai bermuka-muka akan terus dijulang sebagai wira. Dan hamba sejati yang mempunyai “hati emas”, akan terus dihenyak sebagai tawanan di penjara hiba dan cela. Bahagialah dengan kebahagiaan orang lain. Terimalah hakikat kita bukan Tuhan yang mencatur rezeki dan nikmat untuk hamba-hamba-Nya. Jangan kau tanyakan mengapa dia yang dilebihkan, aku dikurangkan? Mengapa dia yang licik dengan gelecek segala strategik dimenangkan sedang aku yang bersenjatakan kebenaran dan kesederhanaan selalu dikalahkan?

Di sini tidak lama. Di SANA jua tempat berehat segala penat. Keyakinan terhadap hari akhirat, akan menyebabkan kita kuat menghadapi tipuan dunia. Keimanan kepada Tuhan akan menimbulkan rasa sabar menghadapi karenah insan. Belajarlah daripada Nabi Yahya AS dan Zakaria AS yang digergaji mati tanpa dapat melihat bunga-bunga kemenangan. Belajarlah dari Sumaiyah dan Yassir yang terbunuh tanpa sempat melihat daulah Islamiah dan empayar Islam berkembang.

Mereka tidak dapat kemenangan… tetapi mereka tidak hilang ketenangan!

Wahai diriku, mereka (salafussoleh itu) menjadi “besar” kerana menghadapi ujian yang besar. Mereka “mempertaruhkan” nyawa. Pada hal aku, kamu dan kita terlalu kecil justeru yang dipertaruhkan cuma “harga diri”. Terasa diri ditipu, dipersenda dan diperkotak-katikan serta tidak dihargai. Sedarilah, yang tercabar bukan harga dirimu tetapi keegoanmu! Harga diri itu milik kita selamanya. Tidak akan luput dan dapat dicabut oleh orang lain.

Jangan bimbang jika tidak dihargai, tetapi bimbanglah jika benar-benar kita tidak berharga. Di mata siapa? Di mata diri sendiri. Namun ego itulah yang selalu menuntut pengiktirafan dan sanjungan. Hati yang ego bertuhankan nafsu. Bila syaitan berbicara tentang ketinggian api berbanding tanah sebagai asal usul kejadian dan ukurtara kemuliaan… dia memberontak. Merasa Adam dilebihkan.

Syaitan tidak bahagia dengan “kebahagiaan” Adam.

Akibat marah, cemburu, derita, kecewa lalu dibujuknya datuk dan nenek kita (Nabi Adam dan Siti Hawa) dengan strategi dan rencana untuk maksud yang satu: BIAR HILANG KEBAHAGIAN MANUSIA. Agar bertempat bersamanya di neraka – derita selama-lamanya. Wahai diri, beringat-ingatlah akan tipuan syaitan bila kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain. Itulah rasa yang sangat merbahaya. Itulah pintu rasukan syaitan bila kau sendiri mendakap kejahatan warisannya sejak lama.

Wahai diriku, Mulakanlah langkah mencari bahagia dengan merasakan bahagia melihat kebahagiaan orang lain. Langkah pertama itu ialah MEMBERI MAAF.


Maafkan lah...

Maafkanlah...

Maafkanlah...

& Lupakanlah...

Mohon supaya Allah berikan kita kekuatan itu....

************

16 comments:

Tirana said...

Keluhan hanya akan menambah keperitan.. Pandanglah dengan mata hati, setiap kepahitan pasti ada di sebaliknya kemanisan andainya kita sabar, redha dan pasrah...

sharamli said...

memberi maaf tu mudah...

tp kal0 xdimaaafkan

ASYIQ said...

Rencah kehidupan memang begitu...ada kala suka, ada kala sendu. Memberi kemaafan adalah jalan yang terbaik walaupun sungguh susah pada awalnya. Bila hati dah sejuk...pasti Allah beri kekuatan untuk kita lebih tabah.

zai said...

Wah adik Chime..ada peminat misteri nampak ??? Belajarlah menjadi Pendengar yang Baik..Mudah2an ia akan membawa kearah hubungan yang lebih akrab..Kemaafan adalah satu perkara yang terindah utk dilakukan..kerana dengan kemaafan beerti akan berakhirnya persengketaan..

Errk..apa yang akak dok merepek nie faham ke??? Apapun Laaaayaaaan !!!

Razak said...

Maafkanlah semua orang sebelum tidur dan mohon keampunan kpada Yang Maha Pengampun, nescaya anda akan menemui manisnya IMAN

a kl citizen said...

terkesan sungguh mendengar suara hati sang pendekar...
memang layak sungguhlah tuan hamba berjiwa pendekar..

ishh...akak x sindir
tapi..memang terkesan sungguh...
belajar utk memaafkan...
insyaallah kita kan sentiasa dimaafkan

~KAK AZZ~ said...

selagi ada sifat dendam...selagi itulah otak tak boleh diam....

selagi kita berdendam...selagi itulah wajah kita kusam...hehehe...

senyum sokmolah...

AiE bAhRi said...

Entri yg memberi kesan pada saya. Walaupun mudah mengatakan maaf. tapi bagi saya sukar untuk melupakan.

noorcahaya said...

srottt..srotttt... lap air mata ngan air hidung.. huhuhuuh......


memaafkan tu boleh... melupakan.. oh no...

silbi abigail said...

betul.. suma bermula daripada diri kita sendiri. baru kita warisi pada orang lain, terutama anak2 kita.

:: Cikgu Wiween :: said...

alamak...entry berbau sendu. uhuk

CaMaRPuTiH said...

maaf itu mudah tapi hanya dari mulut...dari hati? seiringkah?

~wahai pendekar... pedang sakti mu mujarab sekali.. syukur dengan kelebihan yang diri sendiri tak nampak tp mampu di rasa oleh hati yang lain.

~chime... mekasih juga dari saya atas nasihat chime. sengaja saya diamkan untuk mematikan episod di situ.

silbi abigail said...

bro... lagu yg wat layan... khayal...

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ said...

memaafkan dan di maafi...perkara yg terindah dalam kehidupan.....

Sufi Idany said...

Maafkan, lupakan, mulakan langkah bru.... tangis pasti berganti senyum kan?

chimera said...

kak tirana - nak mndapat sabar, redha dan pasrah tu yg agak susah... manusia berjiwa lemah - agak sukar mancari kekuatan. masa jugak yg akan sembuhkan... moga ia tak memakan masa yg lebih lama.


sha - beri maaf tu mudah... melupakan tu yg susah...


kak asyiq - memberi maaf tidak sesukar mana. terutama bila hati dah sejuk. melupakan kepahitan tu rumit sikit. ntahlah.. nak jadikan pengajaran mungkin. nak berhati-hati mungkin... tak tahulah kalau beri maaf tapi tak boleh lupakan silap tu boleh dikategorikan dalm ikhlas atau tidak.


kak zai - peminat misteri ke?? hahah... ramai kak... hahah.. saya sedia jadi pendengar. tapi bab nak selsaikan tu agak payah jugak bila kita pun lalui masalah yg sama jugak.
ya, selagi dok berdendam selagi tu kita akan rasa sakitnya. so, jalan terbaik tak nak bagi rasa sakit - maafkan lah... (huh!! cakap je pandai ni.. sendiri tak mau buat - abis camno)...


razak - yeah! mudah-mudahan kita akan mnecapi kemanisan iman tersebut...



kak klcitizen - jiwa pendekar pulak dah? tak boleh lagi kot. pendekar kena ada jiwa yg kuat utk memaafkan dan melupakan... saya pendekar baru belajar, kalau salah tolong jolokkan.. hahahah



kak azz - hehehe, saya bukan pendendam pun... tapi, ntahlah... heh. seyum sokmolah... haha



aie - betul. melupakan tu bukan perkara mudah. ntah bila baru boleh buat tak tahu...


cahaya - errrrr... sedih ke? ke baca entri ni sambil siang bawang... hahah...



silbi - nak mendidik diri tu yg payah tu. abis tu macamana nak didik org lain kan.
err, nak komen sikit ya bro. kat blog bro sana, tak boleh nak hantar komen lah. bila nak komen dia suruh isi word verification tu. tapi ruang nak taip word verify tu mcm tak ada pulak... so, nak komen tak lepas lah...


ween - sendu pun ada bau ya... agak2 ada mcm bau kuih lompat tikam tak??



acha - ya, selalunya hanya mulut je yg setuju sekadar nak tamatkan cerita. tapi hati lambat sikitlah nak setuju sekali...


silbi - itulah dia, kekadang jadi ngatuk je dengar lagu... haha



yani - keindahan yg boleh dicapai dgn kekuatan jiwa...



ida - ya. mulakanlah langkah baru dgn hari2 yg indah dan ceria...