Tiba-tiba isu PPSMI yang semakin kecoh menjadi sangat membosankan saya.
Tiba-tiba juga ada seorang kawan bertanyakan saya mengenai hal ini...
jadi saya memberi pandangan berdasarkan fikiran saya yang singkat begini:
-Selama ini, kita (saya) menganggap belajar bahasa inggeris atau matematik umpama mengayuh basikal yang beroda bulat menaiki bukit... masih tetap bergerak walaupun agak perlahan dan agak penat mengayuh... jadi, untuk melancarkan basikal tersebut mendaki, tak payah lah nak keluarkan idea BIJAK yang KREATIF dan INOVATIF mencipta roda basikal yang berbentuk empat segi atau tiga segi pulak... bahananya, jangan kata nak naik bukit - nak turun bukit pun tak akan berganjak...
Dan mereka-mereka yang patuh atau terpaksa patuh dengan perlaksanaan ni mengingatkan saya pada buku cerita kanak-kanak yang baru saya baca sepulangnya dari kerja petang tadi.. "MAHARAJA DENGAN PAKAIAN BARU".. saya percaya semua antara kita telah tahu tentang cerita tersebut. Semua pembesar kaki ampu beria-ria mengatakan baju maharaja cantik malah sangat cantik walhal Maharaja langsung tidak berbaju akibat penipuan si tukang tenun. sehinggalah ditegur oleh seorang kanak-kanak yang maharaja sedang TELANJANG... Samalah seperti sekarang semuanya memuji maharaja yang sedang TELANJANG. Anak bangsa rosak tidak mengapa asalkan perut mereka buncit... Apa-apalah.
(saya ingin mengulas mengenai cerita "MAHARAJA DENGAN PAKAIAN BARU" ni.. tapi nanti saya sampaikan pada cerita di entri akan datang)...
Pendapat bahawa PPMSI adalah untuk membolehkan pelajar2 kita bersaing dan mudah untuk mendapat kerja di peringkat global adalah hujah yg rapuh... Di Amerika sana, semua rakyatnya Fasih berbahsa Inggeris... Tapi beribu-ribu juga siswazah lulusan universiti mereka yang menganggur... (errrr, macam boleh pakai jugak hujah ni kan??)...
Tapi difahamkan PPSMI akan dimansuhkan pada tahun 2012... kenapa tidak sekarang????...
Apa-apalah.....
Teringat pulak pada angkasawan negara kita. Negara Rusia yang menumpangkan beliau tak ada pulak laksanakan PPSMI sehingga angkasawan kita tersebut dan angkasawan AMERIKA juga perlu belajar bahasa Rusia secara insentif sebelum diangkasakan....
*******

14 comments:

--> sangat tak boleh pakai ye.haha
2012 sebab perlu consider banyak aspek. kesia budak2 yang tengah belajar in BI tiba2 drastik ke BM balik.biarlah bertahap.
Boleh jadi urusan yang menyukarkan adalah permulaan sahaja dan yang menyenangkan adalah yg terakhir
padang di seberang memang sentiasa tampak lebih hijau...kan
semua perkara ada pro dan kontra..
jepun dan arab saudi mewajibkan pelajar luar menguasai asas bahasa mereka sebelum belajar di nagara mereka..
bahasa inggeris, bahasa perantara utama dunia..
dan kita terus di persimpangan dilema..
~si kancil hanya mampu melihat 2 ekor gajah berperang..~huhuhuhu..
salam..
PPSMI tidak patut dimansuhkan. Melayu jauh ketinggalan. Belajar bahasa inggeris bukan bermakna bahasa melayu terpinggit.
View Profile: Rantong™
2012??
kerana pilihanraya kah?
mahu meraih undi?
oh politik~
Pada pandangan saya pulak... benar... masuhkan lah PPMSI... tp agak merugikan bagi pelajar kita... sebabnya kita menuju kearah globilisasi yang mana bbahasa Inggeris mmenjadi bahasa pengantar utama... saya terasa sangat bahangnya semasa menguruskan pelajar antarabangsa di UM...
Maaf sbb lama x menjenguk blog anda... maaf...
dlm masa 3 ta0n ni mcm2 b0ley jdik...
Penat fikiran bila memikirkan isu ini. Malaysia ni nak buat sesuatu, tak fikir kesan jangka panjang. Dalam pendidikan, kajian menyeluruh dan teliti perlu dibuat apabila ingin mengadakan sesuatu pembaharuan kerana anak-anak kita menjadi subjek. Yang teruk terjejas anak-anak sebenarnya. Dari BM ke BI dan now ke BM semula. Banyak wang, masa dan tenaga habis dengan asyik bertukar-tukar macam tu. Anak-anak pun jadi keliru.. Awal-awal lagi dulu sebelum bertukar dari BM ke BI, dah kena kaji secara mendalam buruk baiknya. Tak ada sapa pun membantah secara terbuka masa tu. Agaknya takut kepada 'Maharaja' yang berkuasa masa tu kot. Sekarang, bila 'maharaja' tu dah tak berkuasa barulah kita berani berkokok...Dengar ceritanya dah habis RM12 bilion untuk PPSMI, apa kesan yang kita dapat?
Sudah caca merba kah pelaksanaan dasar?..Atau sebab pemimpin bertukar semuanya perlu bertukar..ntahlah..
Pelik juga..laksana then batal.. pasni laksana balik..hampehhh..
Budak2 tgh belajar..pening budak2..Whats going on?..Eh terspeaking lak..haha..
Apa-apa pun bila merencanakan sesuatu perlulah dikaji sehabis baik mungkin..bukan sesuatu kelompok sahaja kena fikir..Cikgu-cikgu kat pendalaman kena juga ambil kira pendapat..Yg hari2 mengadap student mereka yang nak mengira dalam BI pun tatau..1 - 10 boleh laa..bila tiba puluh2 dah tukar2..Twenty one jadi two one..hehe..
Perkasakan BI tu sendiri dari sekolah rendah hingga ke U..Tambahkan waktu dalam BI di sekolah..Insyallah lama2 budak2 ni boleh menguasai at least memahami apa yang org lain cakap..
Tapi kalau nak berjaya bahasa apa2 pun boleh..Loghat Klate pun boleh..Kaya-raya gak org Klate dengan guna loghat Klate..Malah boleh melancong gak ke luar negara tanpa masalah bahasa..hehe..Eh dah lari topik ke aku ni..haha..Sori Chime..
baca komen org je la.... dah maleh nak komen...
Ad Rifza. betol tu.. ramai ore2 kelate yg kaye2..haha
Setuju ngan mr KA. Anyway... globalisasi bahasa ibunda di peringkat antarabangsa perlu dipergiat lagi. Terutama dalam aspek pendidikan <--- pendidikan bertaraf global <--- malaysia juga harus membuka peluang kerja kepada profesional asing yang belajar di malaysia
k.a - hahaha, tak leh pakai ke hujah tu. rasa mcm orait je...
-hmm, masa dimulakan dulu takde pun buat bertahap-tahap... setuju je, terus jalan. nak stop pandai pulak buat tahap-tahap...
razak - ya, boleh jadi juga.. tapi untuk sampai ke tahap yg menyenangkan ditahap akhir tu, berapa ramai pelajar kita yg kena jadi mangsa...
kl citizen - itulah dia, asyik sgt tgk bintang kat langit, lupa pd rumput tempat berpijak..
dark - salam dark... tapi negara kita tak ada pulak wajibkan pelajar2 luar kuasai bahasa kita untuk belajar di sini...
Rantong - tapi pd saya melayu ketinggalan bukanlah sebab bahasa inggeris. bergantung pd sikap.. bon siew boleh jadi jutawan padahal dia bukan sahaja tak tahu berhasa inggeris, malah buta huruf...
saya langsung tidak mengatakan dgn perlakanaan PPSMI bahasa melayu dipinggirkan, tapi lihat pd kegagalan pelajar2 menguasai subjek math dgn sains tersebut.
chentahatiku - Pilihanraya kan?? hmmm baru saya terfikir soal tu.. boleh jadi jugak...
john - Bahasa inggeris memang sgt perlu ditingkatkan. Tapi kenapa perlu dilaksanakan melalui subjek math dan sains... masih boleh dilaksanakan dgn cara lain...
-- Err, tak perlu minta maaf... kita masing2 ada urusan kan.
sharamli - jgn jadi hal2 yg teruk2 sudahlah.
kak tirana - hmmm, setakat ni ada ke kita nampak kejayaan rancangan ni... saya terbaca dari blog seorang cikgu, dia jadi pelik jugak bila murid-muridnya yg tak pernah lulus subjek math waktu sekolah, tiba time pmr boleh lulus... rupanya peratus markah untuk lulus memang sngaja direndahkan untuk menampakkan kejayaan PPSMI ni... huh.. apa-apa lah.
Ad - itulah dia, yg merancang ni rasanya bukannya ada anak-anak ambik pmr ke spm ke... sebab tu senang2 lah buat rancangan macam2. kalau gagal pun bukannya anak-anak diorg.. kalau pening nak studi tukar2 bahasa pun bukannya anak-anak diorng bukan diorg jugak jadi ckgu nak mnagaja...
betul kan... kalau nak berjaya tu bahasa apa-apa pun boleh. setuju sangat.
arazma - kekadang penat jugak nak fikir benda2 macam ni...
ain - orang kelate memang murah rezeki diorg.. rezeki berkat.
bu boys - betul kan, itu pun salah satu cara jugak nak mengembangkan peggunaan bahasa inggeris kat negara kita
Post a Comment