Wednesday, August 12, 2009

Kemaafan Dendam Terindah **Api dalam sekam 4**

Memberi maaf kadang-kadang lebih sukar dari meminta maaf... Kenapa diri aku ni?... apa yang dibaca dari al-Quran, hadis, buku-buku susah benar nak di parktikkan. Benar, membaca sahaja tak akan jadikan kita insan yang baik, sekiranya ilmu tidak di praktikkan. Bila cuba dipraktikkan barulah terasa pedihnya. Ego terhenyak, rasa marah tertekan. Mampukah diri memaafkan ketika kuasa membalas berada di tangan?...
Forgive and forget?? hahah!! jauh sekali..
Nak lupakan??.. huh! nak beri kemaafan pun bukan main sukar......


Di sebuah majlis kenduri seorang rakan, aku bertemu kembali dengan 'dia' setelah sekian lama terpisah. Perpisahan yang disengajakan. Melarikan diri masing-masing akibat sebuah perselisihan. Dulu kami dibumbung yang sama. Tapi akibat sebuah kejahatan... Ah!! tidak mahu dikenang lagi. hanya merobek rasa membangkit benci.

Secara berbasa-basi memang kami telah bermaafan. Tapi dia dan aku tahu, 'Mendung' antara hati kami masih belum berarak pergi... sewaktu bertembung, sedikit senyuman pun terlalu sukar untuk diukir biarpun bukan dengan keikhlasan.

5 tahun sesudah peristiwa itu. Semuanya berubah. Yang dulunya menangis di bawah terus memanjat tiba ke atas, yang dulunya ketawa di atas meluncur ke bawah.

*******

"Saya nak minta maaf bang..."
aku tergamam. Matanya aku renung. Agak layu dan keletihan.
Sebelum dia meneruskan tuturnya, aku segera sambung....
"Eh!! tak apa-apalah. Nanti kita jumpa lagi"... aku cuba melarikan diri. (betapa sombongnya). Pun begitu aku hulurkan juga kepadanya kad nama milik ku. Dia juga memberikan kadnya. Dan kami terpisah di situ...

Sepanjang jalan pulang, hati ku resah. Jelas sekali aku masih sukar melupakan... Atau barangkali aku masih belum memaafkan??

**********

Perlahan aku mainkan semula sebuah CD dari siri-siri "Pengubat Jiwa" koleksi peribadi milik ayah.

Hari itu, segala butir bicara ustaz yang berkumandang dari CD itu terasa meruntun hati.
"Orang yang tidak memaafkan akan sentiasa 'diikat' oleh orang yang tidak dimaafkannya. Maafkan nescaya kau akan terlepas. Kau akan bebas dari terus mengingatkan kesedihan, kekecewaan dan kemarahan yang dikenakan ke atasmu. Itu sakit. Maafkan engkau akan sihat. Engkau akan bebas."

Aku diam... rupanya aku masih dibelenggu oleh rasa sakit itu.

"Mengapa terlalu sukar untuk memaafkan?"

Ya! engkau ego. Rasa besar diri.

"Apa punca ego?"

Engkau tidak merasakan kebesaran Allah. Orang yang merasakan kebesaran Allah, akan merasakan kekerdilan dirinya.

Sekali lagi suara dari CD itu menusuk hati.

Aku ego?? benarkah??

Ya!!! jawab suara hati.

"Allah lagikan pengampun. Dosa demi dosa dari hambaNya, diampun segalanya. Bukan sekadar mengampunkan, malah Allah menyayangi pendosa yang bertaubat dari dosanya"...

********

Kenapa kau rasa besar?? Kaukah yang beri 'dia' rezeki?? Kaukah yang beri 'dia' hidayah?? Kaukah yang sembuh kan dia dari sakit demamnya??
Insafilah diri. Allah yang berikan semuanya. Jika Allah yang begitu besar jasa kepadanya pun memaafkan, apakah kau layak untuk tidak memaafkan.

Ah!!! egonya aku...

Suara dari CD saling bertingkah dengan suara hati sendiri.

********

Masih terngiang-ngiang bunyi suara kejahatan. Masih terbayang-bayang wajah 'jahat' yang tersenyum puas setelah berjaya menjatuhkan. Masih terdengar-dengar segala dialog pertengkaran. Huh! mana bisa dilupakan saat segala rasa sakit dan perit di hati hanya boleh dilampiaskan dengan tangisan. Seorang sahabat rupanya telah sekian lama meyimpan hasad dengki bersimpul dengan kebencian... Sejak itu kami 'putus'. berpatah arang berkerat rotan.

*******

"Cuba bayangkan kasih sayang Allah. Kalau sorang itu berdosa, kemudian bertaubat, kemudian berdosa lagi, kemudian bertaubat lagi, berdosa lagi, bertaubat lagi.... Allah masih tetap sudi mengampunkannya setiap kali dia bertaubat. Sebab itu kata Imam Ghazali, seorang hamba yang bertaubat tetap kembali berdosa, jangan sekali-kali putus asa untuk terus bertaubat lagi. Mana tahu Izrael mencabut nyawanya ketika dia sedang bertaubat atau sedang dalam perjalanan menuju taubat!"

Aku terdiam. Alasanku tidak memaafkan kerana merasakan dosanya begitu 'besar' padaku. Ya! sukarnya memaafkan, Tapi Allah??
Sekali lagi suara hati menusuk jiwa - siapa besar?

*******

Reputasiku hampir pupus dibuatnya. Malah aku hampir hilang pekerjaan... Terlalu besarkan dosanya padaku??

"Sekalipun si hamba datang dengan dosa sepenuh langit, sebanyak pasir di pantai, seluas air di lautan. Allah akan mengampunkan. Sebesar-besar dosa manusia, besar lagi pengampunan Allah. KeampunanNya sentiasa mengatasi kemurkaanNya."

Aduh!! kecilnya kesalahan manusia sesama manusia, berbanding dosa manusia dengan Yang Esa. Apakah alasan kita untuk tidak memaafkan? Sedangkan Allah sudi memaafkan walau sebesar mana pun dosa kita, insan yang hina ini kepadaNya.

"Maafkanlah dosa sesama kita, agar mudah bicara kita di mahkamah keadilanNya nanti.
Allah penyayang, suka kepada orang penyayang. Allah maha pemaaf dan suka kepada orang yang suka memaafkan. Maafkanlah agar dimaafkan."

******


Telefon aku capai. Kad namanya aku keluarkan.

"Hello, Assalamualaikum... Ya! ya!.... Aku ni!!! Boleh kita jumpa?... Hah... Tempat engkau tentukan... Ok... InsyaAllah, setengah jam lagi aku sampai..."

Tanpa lengah aku bangkit. Kunci kenderaan aku capai dan enjin kenderaan aku hidupkan... Aku ingin segera memaafkan. Agar segera diampunkan......

Ya Allah! egonya aku selama ini. Menyimpan sifat ketuhanan dalam diri yang begitu hina dan kekurangan...




******

17 comments:

Dida... said...

Salam..

lepas ni cerita pulak detik pertemuan dan dialog2 tentang kemaafan tu pulak ya... suka baca cerita kat sini sbb bhs kena betul dgn jiwa... tp bukan jiwa2 ok...

Sesungguhnya Nabi jua ampunkan umatnya apatah lagi Allah SWT yg Maha Pengampun & lagi Maha Mengasihi... manusia harus mencontohi sifat mulia Rasulullulah yg tidak pernah berdendam walau di perlakukan dgn buruk oleh segelintir kaum...

Abd Razak said...

Salam bro...

Syabas brother...

Mudah-mudahan kemaafan yang diberi itu membangkitkan ukhwah yang telah terpadam dulu...

zai said...

Salam Chime...

sebenarnya apa yg chime buat itulah yg terbaik..sgt bagus krn mmbuat perbandingan kehebatan Allah didalam mengampunkan hamba2NYA walaupun kita sering memungkiri janji dan kemudian apabila tersedar memohon keampunanNYA dan walau berjuta kali kemungkaran dilakukan dan kita berjuta kali kita melakukan kesilapan dan kemudiannya kita tersedar dan memohon keampunanNYA, Allah tetap mengampunkan kita...bayangkan betapa besar rahmat Allah jika dibandingkan dengan keegoaan kita yg tiada nilainya disisi Allah..

Beruntungnya kita kerana Allah tidak berdendam thdp hamba2NYA..kalaulah sifatnya seperti kita bermakna kesemua manusia akan masuk neraka krn sudah pasti stp dari kita akan sering melakukan dosa saban waktu dan stp saat..

Semoga kita ditetapkan iman dan berpegang pada ajaranNYA sampai kehujung nyawa.

Terima kasih jua diatas sebuah entri yg memberi kak zai penuh keinsafan tntg betapa kerdilnya kita sbg manusia.

Keri AlHaj said...

Salam Dida...
Detik pertemuan tu tak lah special sgt walaupun rasa mcm luar biasa sikit... hanya perbualan biasa mcm tak ada apa2 pun yg terjadi sebelum ni.
Ya. Sama2 kita contohi Rasulullah. Baginda sebaik2 contoh yg kita kena teladani...


Salam Razak...
Ya. Mudah2an silaturrahim yg telah sangat lama terungkai akan terikat kembali. akan saya usahakan...


Salam Kak Azz...
Eh! lagu tu lagu Erra fazira ke? buka lagu Aisyah ke???... (sambil garu2 kepala)...
Ya, sebab tu Nabi suruh kita ampunkan kesalahan org pd kita walaupun kita ada hak untuk tak nak maafkan. Dgn memaafkan kita akan bebas... senang... tenang...


Salam Kak Zai...
Saya sedang berusaha ke arah yg lebih baik... Berat jugak nak beri maaf. Kena rendahkan ego bukan mudah.
Kalau Allah punya sifat mcm kita, nescaya dunia dah binasa dah sekarang ni...

Tirana said...

Chime...

Kak Tirana pernah lalui apa yang Chime lalui..cuma penyebab kepada sengketa itu mungkin berbeza. Betul apa yang ustaz tu cakap..selagi dendam masih di hati, selagi itu kita takkan rasa tenteram. Walaupun teman kak tirana tu tak pernah minta maaf, tapi dalam diam-diam kemaafaan itu telah diberikan dan kak tirana telah pun meminta maaf dengannya jika dia terasa kak tirana yang bersalah. Bagi pihak kak tirana, tiada lagi yang tersangkut di hati tapi kak tirana tak tahu bagi pihak dia. Terpulanglah pada dia. Walaupun peristiwa itu tak boleh dilupakan, tetapi kalau ingat pun, ia tak memeritkan lagi sebab kemaafan setulus hati telah diberikan.

smurf said...

Salam chime ..
apa yg ceritakan tu , betul buat saya terasa . terkena pada diri saya . masalah nya saya telah memaafkan tetapi saya tidak dimaafkan ... alasannya kerana dia lebih tua .. tidak perlu meminta maaf . Adil ker ?

cDeeAbdulRazak said...

Banyaknye perkataan cD.. terperasan kejap huhuhuh..

p/s: Kemaafan adalah dendam terindah, keegoan punca dendam menjadi bara, dan kesudahannya porak peranda..

sharamli said...

susah kal0 0rg xgheti2 nak maafkan kita wal0pun dah byk kali kita mintak maaf..
kesabaran kita p0n ada hadnya kan..
sum0 0rg penah wat salah...dy0rang xde hak nak salahkan kita selama2nya

benciiiiiiiiiiiiiiiiii dgn 0rg mcm tu...

addyaholix said...

salam bang chime!
lama rasanya tak bertegur sapa. saya disapa kesibukan yang tak mampu saya elak. tapi kadang-kadang saya masih buka dan baca blog abang. cuma tak punya kesempatan untuk tuturkan bicara.

bersifat memaafkan itu memang sifat mulia. saya cuba menjadi seorang yang pemaaf. tapi kadang yang baik itu tak mampu saya buat. apa yang mampu saya cakap, ianya bersebab. cuma yang melalui saja yang tahu perit dan sakitnya dikhianati. tapi selagi mampu, bersedialah untuk memaafkan. kerna yang itu selalu mampu buat kita lebih tenang. percayalah bang.

p/s : cun gambar profile. =)

Adek Abigail said...

Perlu keberanian gak tu nak mendail nombor telefon. tone suara pun nak cover lagi, cover emosi. mcm kosong je bila bertutur, mcm x de apa2 tp dlm ati brdebar2. payah ooo... tabah tahap optimum prime.

mari berjabat tangan..

thanks singgah bg komen kt sudu gula. sudu tau menyudu je... hehehehe....

Anem Arnamee said...

salam.

indah. huhu. kemaafan kdgkala diberi dlm keterpaksaan namun ingatan tetap tak akan hilang pada perbuatan.

Kuwe said...

peh.

ego la ego. haih tp aku taktau sebab musibabnya.ada entry crita itu kah? ape2 pun.takkan nk simpan dendam tu.nasik pun basi weh!

Izariza said...

Chime,
jiwa itu harus selalu diingat2kan akan jalan kebenaran, kerana tidak selamanya akal kita membawa ke lorong yang hak .. itulah manusia ..

Semoga mendapat barakah atas kehilafan. Sesuci2 jiwa adalah yang sanggup menerima kesalahan dan sekuat2 manusia adalah mereka yang sanggup memohoan kemaafan!

Salam terindah buatmu :)

Ad Rifza said...

Itulah sebaiknya..Allah menerima taubat hambanya...Nabi ampunkan umatnya...
Kita sesama manusia juga harus begitu saling bermaafan..Salah dan silap itu bukan kehendak kita sebenarnya..Datang dari hasutan yang menjadikannya begitu..
Memaafkan org lain adalah suatu sifat yang mulia..Tidak rugi walau sesenpun bila memaafkan..
Sesiapa sahaja tidak sempurna ada khilaf dosa yang terlanjur..Bila memaafkan juga hati kita akan tenang..Yang penting kita tidak tersekat untuk mengadap Allah bila kita sudah meninggal dunia nanti..

Keri AlHaj said...

salam kak Tirana...
Ya. Saya kagum dengan kak Tirana.. perlukan kekuatan jiwa untuk memaafkan secara ikhlas. Perlukan kelembutan hati untuk melentur ego. Saya bukanlah pendendam. Tapi kesalahan yg berat sgt memang payah nak lupa. Tapi Perlahan-lahan saya berjaya jugak lupakannya. Moga tidak berulang lagi.


Salam Kak ASE...
Bersabar dan buat baiklah. satu masa Allah akan buka pintu hati dia untuk maafkan akak... Selebihnya biar Allah tentukan. Akak dah maafkan. satau masa kemaafan tu akak akan dpt jugak... Allah tu maha adil.


cD...
hahaha... itulah dia. Masa dengar cd tu saya bayangkan cD yg tgh dok mengajar. lemah lembut suara dia menusuk kalbu gitu haha.


Sha...
Ha, penyakit ego tu payah nak ubat bila dah sebati... teruskan mintak maaf dan berdoa moga Allah lembutkan hati org tu utk maafkan kita...


Addy...
Hmmm... Nampaknya kita sama-sama diserang kesibukan.haha...
Kita manusia biasa. Yang jahat orang tu memang selalu kita ingat. Tapi yg baik orang cepat je kita lupa. Sebab tu sekali je orang buat jahat, lupuslah kebaikan dia selama bertahun-tahun dan sampai ke mati pun kejahatan tu akan dikenang...
sebenarnya kita memang sentiasa sedia untuk memberi maaf... tapi kita sendiri sengaja memilih untuk terus mengenang. Kita sendiri yg pilih utk terus rasa sakit...


silbi...
Betul. masa jumpa pun rasa lain macam sgt biar pun dok belagak mcm biasa... rasa pelik, aneh lepas bertahun2 tak bertegur sapa. mujur semangat kuat.. hahahaha


mel...
aku dah kawan balik dgn dia. ko, bila lagi??? hahahah... padahal dia buat dulukat aku, ko pulak yg lebih2 emo.


Badariah...
Moga ikatan terus terjalin kukuh.


Salam Arnamee...
Ya. Kemaafam kadang tak payah mana pun nak beri. Nak melupakan tu yg perit sikit...

Keri AlHaj said...

kuwe...
itulah dia, ego over sgt. ego sikit2 dahlah kan... sebenarnya bawak nasik ok lagi, tapi terus dok bawak sampai basi tu yang jadi makin parah tu. makin busuk makin busuk... tapi tak nak buang sebab ego... errrrr...


Salam Kak IzaRiza...
Amin... terima kasih atas doa yag indah itu.

Salam terindah buatmu juga...



Ad...
hmmm, sekarang rasanya saya dah tak terbeban lagi bawak kentang busuk... payah jugak nak buang bila 'kebusukannya' dah sebati dgn diri...
Moga tidak akan ada lagi kebusukan 'kentang' melekat pd diri...

Cik Azz said...

ekekekekekeke....sbb tu akak delete post komen tu...sbb salah bg nama penyanyi....ingat nak komen balik semula sambil ingat balik sapa yg nyanyi lagu tu...tapi lupa lak...hehehe...

erra fazira tu lagu dia Yang Terindah Hanya Sementara...lebih kurang kan tajuk lagu tu dgn lagu aisyah...(kaber line hehe..)