Wednesday, September 2, 2009

Selamat Hari Jadi MALAYSIA...

Agak terlewat sedikit... Kisah hari merdeka Malaysia.

Aku lihat kembali sidang silam setahun lepas, dengan tema yang berbeza tapi dengan semangat yang serupa. Wacana itu harus aku ulang bacaannya berkali-kali, agar kekentalan jiwaku terkenyal dan teresap.

Tahun ini seperti juga tahun-tahun lalu. bila tiba bulan ogos, aku perasan ramai orang kita menyuarakan kepentingan penghayatan kemerdekaan. Sambutan pembebasan yang satu ini tidak harus diingat pada setiap 31 Ogos sahaja. Ia sewajarnya dirasai setiap hari, setiap jam, malah setiap masa.

Ada juga aku terseru dengan harapan pelbagai pihak yang rata-rata ingin melihat sulaman integrasi antara kaum dalam komuniti ini. Sudah terlalu lama ia lewat, dan gayanya seperti semakin dilupakan.

Malaysia, tidak wujud dengan sendiri, tidak berkembang dengan orang melayu sahaja. Ini realiti yang wajib kita sedar. Kemajuan dan keharmonian yang dikecapi sekarang adalah hasil titik peluh semua penghuni negara ini, yang dari dulu dan juga kini, yang dari luarnya selalu dianggap rapat, namun pandangan internalnya tidak sekuat yang dihasrat.

Tanyakan pada minda, adakah kita tidak sekali berprasangka atau buruk fikir terhadap kaum lain di sini, secara khusus, atau sekalipun secara umumnya. Selalu kan.

Jadi atas dasar apa kita cipta status negara harmoni yang acapkali dipampang dan diperkatakan sana sini? Mainan kata-kata untuk terus percaya pada impian yang rapuh?

Menyedihkan bila ramai di antara kita hidup dengan perasaan dengki dan tanggapan busuk terhadap kaum lain. Mengakulah, bila kita di kalangan bangsa sendiri, kita tercenderung untuk memisahkan diri kita dari bangsa lain. Perasaan bangsaku lebih bagus dari bangsa engkau. Biarpun cuma dalam minda, kita kadangkala dengan senang mengecam dan meletakkan keburukan orang lain di takat tertinggi pandangan mata. Setiap bangsa lain pasti ada tema hina yang dicop atas dahi mereka.

Dan ini juga berlaku intra-komuniti bangsa lain. Ia mungkin sifat semulajadi manusia, suka hidup berpuak-puak. Mungkin juga bila dalam kalangan sendiri, kita rasa lebih selamat dan mudah.

Merdekakah kita bila setelah 52 tahun negara bebas penjajah, minda kita, orang kita masih menjawat perasaan dan tanggapan kuno dan membinasakan?

Bila Tunku Abdul Rahman yang berani itu melaungkan Merdeka! pada tanggal 31 Ogoas 1957, siapakah yang berdiri megah, mendabik dada dan melonjak gembira menjerit Merdeka! bersama? Semua yang hadir kan, melayu, cina, india, serani, singalese dan puluhan kaum lain lagi.

Malahan bukan saja orang yang hadir di saat itu saja yang berperanan memenangkan kemerdekaan, sebenarnya deretan-deretan peristiwa, parti-parti kenegaraan dan doktrinisasi fahaman, pejuang-pejuang komunis, dan perintah Darurat 1948 juga turut menyumbang jasa membentuk negara kita hari ini.

Mungkin buah fikir ini boleh ditelusuri halus-halus, dalam-dalam dan dengan teliti impak serta keberkesanannya.

Kita merdeka bila kita punyai gagasan yang sama, bekerja dan berusaha untuk memajukan bangsa dan negara, tanpa rasa ingin menindas, tanpa perlu rasa pentingkan diri sendiri dan tanpa rasa sangsi. Sentimen perkauman diasuh menjadi revolusi sentimen kebangsaan yang jitu dan satu = warga tanah melayu, yang kita kenal Malaysia hari ini.

Satu perkara yang pasti, orang pasca-merdeka (yang hidup sebelum, semasa dan selepas 1957) amat cepat menghargai pembentukan sebuah negara yang bernama Malaysia. Masing-masing mahukan keamanan dan hidup tanpa mahukan peperangan berdarah lagi. Mungkin sejarah vitalitas yang terlalu perit untuk dilawat semula, lantas ketenteraman itu diteruskan.

Namun bila detik ngeri tercetus pada 13 mei 1969, semua ketenteraman, segala harapan, segenap kebencian dan segantang hipokrasi antara kaum ketika itu terhambur keluar, bergelagar dengan kerasukan dan penuh syak wasangka. Suasana ketika itu, geger sekali. Ia sekadar menjelaskan betapa khalayak waktu itu masih umpama minyak dan air yang pantang disatukan.

Pada waktu itu, penjajah dan perosak tanahair dapat dikalahkan, dibunuh dan diusir, dan proses dekolonialisasi berjalan mengikut pelan dan masa, walau sangat perlahan di sesetengah tempat. Biarpun begitu, kerajaan pasca-merdeka yang dibentuk ketika itu kurang periksa dan terlari jangkaan betapa integrasi sesama kaum tersangat kasar dan terbiar. Dan bila peristiwa hitam 13 mei meledak, takrifan kemerdekaan tercalar dan fabrik keamanan masyarakat heterogenus tertumpah nila berwarna merah.

Mungkin pada masa itu, aura peperangan dan rusuhan masih berlegar dalam udara. Masing-masing tidak dapat lihat lingkungan nadi kebangsaan yang ingin dicucuh, untuk memarakkan rasa cintaikan negara baru ini. Sebuah negara yang merdeka. Mungkin juga penghayatan kemerdekaan ketika itu lebih bersifat peribadi dan terlalu introvert.

Dan rakyat Malaysia hari ini, seperti kita, tidak wajar ulangi kesilapan yang serupa. Kita lebih dewasa, matang dan terdedah untuk menunduk kepada kekhilafan sebesar itu.

Justeru, apa yang perlu kita buat bila setiap kali datang detik merdeka?

Mungkin kita perlu imbau kembali sejarah setahun lepas, berfikir, merdekakah kita dari sebarang belenggu yang memenjarakan diri kita untuk terus maju dan berjaya. Tidak tersekat kepada soal kerjaya, kenegaraan, famili ataupun peribadi, ianya terlibat sekali dan harus diambilkira. Betapa sukar menukar tabiat, dan kepayahan menganjak paradigma ke tahap yang lebih atas dari hari ini.

Mungkin dengan ingatan ini juga kita bakal rasa pengalaman dan liku hidup yang pernah dilalui mereka sebelum 52 tahun yang lalu. Mungkin keadaannya, halangannya, cabarannya serta ancamannya sedikit berbeza, tapi jauh dalam diri di sebalik rupa dan paras, kita sebenarnya menghirup jiwa, mendokong aspirasi dan visi-visi menghidupi semangat yang sama.

Gambar hiasan di sedut dari blog milik JOHN IVERSON (dengan kebenaran)

Oh ya!!! Bicara tentang erti kemerdekaan negara (kepada aku?)
Bagaimana nak dijelaskan secara jujur. Aku anak yg lahir sesudah merdeka. Generasi yg lahir, membesar ketika negara di puncak keamanan. Tahu tentang perjuangan merdeka hanya melalui buku-buku sejarah di sekolah. Atau mungkin sekadar mendengar cerita-cerita warga-warga yg hidup di zaman pergolakan terpaksa berjuang menumpahkan darah dan keringat untuk merebut kembali negara tercinta dari si zalim penjajah... atau setidak-tidaknya berjuang juga demi mencari sesuap makanan.

Kita generasi pengisi kemedekaan tersebut. Isi? apa sebenarnya yg telah kita isikan. Untuk mempertahankan terus kemerdekaan yg kita kecapi... atau paling tidak terus memperjuangkan keamanan yg telah sedia ada supaya tidak diganggu cela.

Kemerdekaan tahun ini. Ada sedikit kepincangan yg berlaku. Bagaikan muncul api yg perlahan-lahan membakar sekam yg sekiranya terus kita biarkan, turut akan menghanguskan diri kita bersama di dalamnya.
Keadaan ini bagi aku telah memudarkan lagi erti merdeka itu sendiri... masalah pergolakan politik yg semakin keterlaluan... masalah ekonomi yg semakin menekan... masalah perkauman (seperti kebiasaan) yg semakin tak keruan...
Jadi bagaimana hendak menterjemahkan erti merdeka secara khusus dalam keadaan seperti ini... Semoga kemerdekaan kali ini tidak hanya merdeka pada fizikal sahaja... merdeka biarlah merdeka jiwa dan merdeka minda bersama...

Selamat Hari Merdeka Malaysia.

8 comments:

sharamli said...

kal0 pemimpin sendirik p0n xtw erti merdeka..ssh la...

ASYIQ said...

Malam ahad tgk cerekarama kt tv3...memoir aishah. Sedih la pulak tgk...anak akak yg kecik bertahan mata sambil mulutnya tak berhenti bertanya itu ini....

komunis?

Jepun?

Orang Inggeris?

Harap2 zmn ketakutan lari dlm hutan bwk keluarga tidak lg berulang. Kita baiki diri kita...tak perlu tuding jari pd org lain menyalahkan mana2 pihak...

Adek Abigail said...

secara politik, negara merdeka. bebas dari penjajahan. Mentaliti org melayu amnya yg belum merdeka. remaja penuh pemberontakan dr pelbagai aspek meniru budaya luar atas nama kebebasan. terbawa2 shingga dewasa, dan lancang mengatakan islam kolot. malah sudah terantuk, tuhan d salahkan. kemerdekaan hanya simbol penurunan bendera union jack tp tidak pd pemikiran kita cara total. melayu masih menikam org melayu, kerana kita rapat dan mudah dcapai tgn. terlalu byk faktor yg mengikat kemelayuan kini, lbh2 lg yg pentingkan diri sndiri.

AiE bAhRi said...

Salam merdeka.

Saya suka penulisan dalam entri ini.Boleh dijadikan modul dalam pelajaran Kenegaraan Malaysia di mana2 institut pengajian tinggi.

Abd Razak said...

Salam merdeka...

Moga hari-hari yg mendatang kita merdeka dari perkara2 yg melalaikan yg sudah sekian lama wujud sejak kita merdeka...

said...

>> selamat hari jadi abang [ abdullah benggali kapet...]

eh salah2...selamat hari jadi Malaysia....

hehhehhehiks~~

Sharif John said...

Selamat menyambut hari kemerdekaan jgk... Terima kasih sudi ambk gambar sy... its an honor bro....

Kita sudah merdeka 52 tahun tp kematangan kita dlm integrasi kaum masih cetek lg... agak menyedihkan la klu kita tgk...

zai said...

Salam Chime..

Akak rasakan orang melayu adalah bangsa yang paling pengasih dan bertimbangrasa kat dunia nie sbb tu sering kena buli...betul tak..

contoh yang terdekat chime lah kan hehehe...gurau jer..