Friday, October 9, 2009

Duit bukan pengubat rindu

"Apa lagi ntah yang dia nak... Duit dah hantar. Tiap-tiap bulan tak pernah lambat." Dia mengomel agak perlahan. Tapi masih lagi kedengaran ke telinga saya.

"Apa masalahnya?" Tanya saya pada dia.

"Ayah aku. Desak terus suruh balik. Mak pun macam tu jugak... kejap-kejap suruh balik. Raya hari tu kan dah balik. Sekarang suruh balik lagi. Aku sibuk bukan diorang tak tahu"...

Raya hari tu? Setahu saya dia balik ke kampung emak-ayahnya pada hari raya ke tiga... hari raya pertama dan kedua di kampung isterinya. seingat saya juga pada hari raya tahun lalu pun begitu juga. Rumah ibunya dijengah pada hari raya ke tiga...

"adalah hal yang penting tu... sebab tu diaorang suruh balik".. saya cuba menyedapkan hatinya.

"Apa ntah yang penting?.. duit dah kirim dah."...

****************

"Duit tak dapat tebus rasa rindu diaorang tu"... desir saya perlahan.

"Hah?.. Rindu?? Mak ayah kita masih rindu?".. Sinis saoalannya.

"Kau ada anak kan?" Tanya saya padanya walaupun saya tahu dia telah punya tiga anak. Dua darinya tinggal di asrama.

"Ada?"

"Rindu?" tanya saya...

"Rindu apanya?" tanya dia lagi.. mungkin buat-buat tidak faham

"Rindukan anak-anak tulah..." kilas saya..

Kali ini dia terdiam. Sedar agaknya dia dah terperangkap. Terperangkap dalam bisikan rasa disebalik tusukan kata-kata.

"Itu lain... anak aku tu masih remaja. masih kanak-kanak. Memang patutlah aku rindu. Mak ayah kita tak sepatutnya begitu... Aku dah ada keluarga sendiri. aku dah tua.."

"Oooo.. maksudnya rindu kita akan makin pudar seiring dengan usia?"

Dia tak menjawab.

"Sebenarnya makin tua kita ni, akan rasa makin sunyi. Bila makin sunyi, akan makin rindulah pada orang tersayang.." Tambah saya lagi. "Kita ni kalau rindukan seseorang, boleh kita sibukkan diri dengan kerja-kerja kita tu nak lupakan rasa rindu... tapi diaorang tu, apa sangatlah boleh dibuat.. alih-alaih bagi makan ayam, siram pokok bunga, tanam sayur.. nak buat banyak kerja dah tak larat.."

... saya teringatkan Ma di rumah. selalunya, Ma bila rindukan anak-anaknya, dia akan melipat kain baju lama milik anaknya berkali-kali. Bila begitu keadaannya, saya akan segera menelefon adik-adik saya yang bajunya dilipat itu dan memberitahu "Ma dah lipat baju mu"... dan mereka akan faham, lalu segera pulang pada hujung minggu berkenaan...

*******************
"Engkau sayang anak?.. Ok! tak payah jawab" potong saya. "Tentulah engkau sayang kan? aku yang tak berbini, beranak ni pun faham... So! macam tulah jugak mak ayah sayangkan kita. Bila dah sayang mestilah ada rindu... Dan rindu tu bukan boleh diselesaikan dengan duit walaupun berjuta-juta banyaknya." tambah saya.

"Engkau senanglah cakap sebab engkau duduk dengan mak ayah engkau. Tak payah susah drive jauh-jauh nak balik kampung."...
hmmm setahu saya, jarak kampungnya hanya lebih kurang 100 km sahaja. Bukanlah jauh sangat kalau ikut piawaian jarak pada era teknologi ini.

" Aku tinggal dengan diaorang ni pun tak sampai 2 tahun lagi... dulu aku dok KL.. boleh je aku usahakan balik sebulan 2 kali.."

dia diam lagi

"Perlu ke aku balik tiap-tiap bulan?"

"Payah nak putuskan. Tapi fikirkan kerinduan ibu-bapa. Sibuk tu betul lah sibuk.. tapi kenangkan, setiap kali kau rindukan anak-anak... macam tu lah mak ayah kita rindukan kita? dan ingatlah selalu, macamana kita buat kat mak ayah kita, macam tulah nanti anak-anak kita buat kat kita tapi dengan nilaian lebih berganda"...

Dia diam dan terus diam. Moga itu tanda timbul kesedaran dalam dirinya.

******


Ah!!... Masakan rindu - soal rasa - boleh diubati dengan wang - satu yang berbentuk benda...



************

12 comments:

:: Cikgu Wiween :: said...

nih laa yg paling menakutkan..bila da ada family sendri mcm payah benor nak balik jumpa ibu bapak..cuba nanti anak sendri buat kita macam tuh. Apa rasa??

Huh.. hemo! hemo! (*_*)

ASYIQ said...

Dah rasa dah...macam mana yg mak rasa. Kalau boleh anak2 kena duduk dpn mata sepjg masa.....

Kasih syg mak tak berubah dari kita kecik smpai besar...itu hakikatnya.

Kasih syg kita yg mgkn berubah...dpt suami/isteri yg menawan hati, dapat pulak anak2 yg come lote....pudar agaknya ingatan pada emak.

Harap2 jgn begitu.

Sedih plak mengenangkan.

Cuti deepavali ni nk balik lg.

AiE bAhRi said...

Salam abg chime...

inilah salah satu perkara yg sering saya fiirkan bila sudah berumahtangga kelak. Harap2 emak sentiasa berada depan mata walau sudah memiliki keluarga sendiri...

E.d.Y said...

Bismillah...

Rindu itu adalah Anugerah dari Allah, Setiap manusia yang berhati nurani pastilah mempunyai rasa rindu. Merindukan kedamaian, merindukan ketenangan, merindukan kesejahteraan, dan juga merindukan kebahagiaan.

Orang-orang yang bertaqwa, merindukan kebenaran, merindukan kejujuran dan keikhlasan, dan puncaknya adalah merindukan keridhoan Allah.

Orang-orang mukmin merindukan anak-anak yang soleh dan solehah, merindukan isteri-isteri solehah, merindukan terwujudnya keluarga bahagia.

Para pencinta kebenaran pula merindukan suasana masyarakat yang terjalin aman dan sejahtera, merindukan tertegaknya Kalimah Allah di muka bumi, dan merindukan keampunan Illahi.


Mari kita ubati kerinduan ini....

noorcahaya said...

sy pon still dok ngan mak.. mak tak bagi pindah.. beradik yg lain semua dah de umah sendiri, dok pon tak jauh... tp kadang2 org kata.. yg dekat bau busuk, yg jauh bau wangi, tp dia tak tahu yg busukkk nih lah.. buat ape aje... tp sentiasa nampak tak cukup... anyway..sentiasa buat terbaik....

ainShahajar said...

bila dah stat keje ni ain jarang dah dpt balik umah

tp pastikan jugak sebulan tu.. kene balik gak.. call pun mesti selang2 hari.. kadang2 bz.. patu rasa bersalah lak tak luang masa ntk mak

betol la kate abg chimera tu.. rindu pd anak2... mesti selalu terkenang zmn dlu2

chimera said...

ween.. pompuan tak pe. bila dah kawen, dia lagi wajib taat kat suami. lelaki tu yg berat sikit. perlu lebih utamakan mak ayah. tapi nampak gayanya mcm ramai yg lebih utamakan isteri...


kak Asyiq.... betul, hanya ibu-ibu sahaja yg faham apa yg ibu rasa. anak-anak ni memang susah nak faham. samapilah satu masa mereka2 ni jadi mak atau ayah... barulah tahu macmana rasa kasih seorg mak pd anak-anak...


salam aie... hmmm, tapi mak ni lain pulak cara fikir dia. bila kita dah ada keluarga, tentunya dia tak nak ganggu dlm keluarga kita. jadi kitalah yg perlu kerap kunjungi merekakan.. (huh saya ni mcm bagus je kan. tak kawen lagi senanglah cakap)...


edy...
huhu, habis satu lagu hijjaz disalinnya... ni nak kena baca sambil bernasyid ke nih... hahah
Tapi yalah... rindu itu anugerah. pertemuan tak akan terasa indah kalau sebelum tu tak ada rasa rindu...


noorcahaya...
hahahah, betul. yg selalu jadi sasaran kena marah, kena picit belakang, kena macm tentunya kita yg duduk dekat kan. tapi apalah sgt semua tu kalau nak banding apa yg dah kita dpt dr mereka..


ain... bagus ain ni. anak perempuan selalunya memang begitu. prihatin mereka tu lebih sikit berbanding anak lelaki.

Tirana said...

Ada perkara yang kita tak boleh beli atau gantikan dengan wang ringgit. Kita memang perlukan wang tapi wang bukan segala-galanya.

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ said...

>> bila baca n3 nih..tetiba rindu mak ayah di aloq staq....huhuhuh.....

tgh terfikir2.....
mcm mana raya tahun depan agaknyer?
adakah daku masih beraya sebagai single...atau daku sudah berumahtangga dan beraya di kampung mertua?

haih....

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ said...

cik bibah gojes sambung sket lagi eh

betul...wang bukan pengubat rindu.....

tetiba teringat bila dapat rasa Nasi Dagang Ma... hehehhe

~Kak AZZ~ said...

betul la tu....kalau boleh mak mmg nak semua anak2 duduk dgn dia, tp mana mungkin..Mak mmg akan rasa rindu bila berjauhan, tp kdg2 org2 tua ni perlukan privacy jugak...klau dah anak cucu cicit dok memekak kat rumah, cmner la nenek tu nk berehat...

*yg dekat ni selalu je bau busuk...kdg2 timbul rasa nak pergi duduk jauh semula...namun tak sampai di hati la pulok...abeh tu camnoo....haha...

chimera said...

kak tirana... duit tak boleh beli rasa bahagia kan??... duit memang bukan segala-galanya...


Yanie... rindu tak pe. telefonlah selalukannn...
errr... bunyinya macam dah nak tawenn je dak yanie nih... betul ke??
apa pun pompuan ni lain sikit. bila kawen je, terus kena taat suami 100%. org laki pulak tetap kena utamakan mak ayah...
Nasik dagang ma... nak suruh ma pos kan ke ni???


kak Azz... alah. mak ayah ni bukanlah suruh dudok dgn diorg pun. lagi-lagi kalau kita dah ada family sendiri. tapi luangkan masa jugaklah utk diorg... tak kerap sgt pun tak pe...