Hari tu Abang Am call lagi... mengatakan dia tgh on d way ke rumah saya dan sudah hampir benar. hmm, nasib baik dah nak masuk waktu makan tengahari. jadi ketibaan Abang Am diraikan bersama keluarga ketika makan tengahari bersama hidangan-hindangan simple yang special...
Lepak hingga ke petang. Kami bercerita seadanya. Berkisah yang sepatutnya. Babak dan episod terus bermaharajalela. Dari cerita manager yang tak bermotivasi sampai lah peringkat bos yang tak nak ambil peduli. Dari peringkat executive yang keras hati sampailah ke peringkat bos yang suka perli.... semuanya bercerita-ceriti
Suka nak pesan kat korang. Terutama yang baru-baru tuh. Pergi lah carik ilmu. Dengan ilmu ajer kita boleh menegakkan yang kendur. Mengurat yang dah berumur....(tuh pun kalau sanggup kena gastrik minum susu yg dah expired. Ops! Jangan mare)
Ceritanya masih tentang perkara biasa. Tentang perniagaannya.. tentang kehidupan... tentang keluarga. Oh! ya... dia ni duda anak satu. Isterinya meninggal kerana serangan kanser pada tahun-tahun yang lalu.
Saya suka sangat berborak.. boraknya borak berisi. Sembangnya sembang motivasi.
Dia seorang yang saya kira sebagai jutawan yang tak pernah merasakan dirinya jutawan. macam-macam bisnes dia buat... ada ternak itik telur beribu-ribu ekor... kambing lagi... lembu lagi... ayam lagi... ladang pisang lagi... bisnes macam2lah... Pun begitu dia seorang yang rendah diri. Tidak pernah dia memandang rendah pada saya yang kerja-kerja 'cokia' ni. Dan apa yang buat saya rasa tersentuh juga, dia kerap menghubungi saya untuk meminta nasihat bila di dilanda masalah... hehe...saya pakar motivasi katanya, hahah (pakarlah sangat kan) pernah jugak dia tanya saya kenapa tak nak jadi motivator.. hahahah... tak suka betul soalan sindir gitu. tak kan semua kerja saya nak buat kot.
Sekali lagi dia bercerita tentang wawasan. Pentingnya hidup kita punya wawasan. Dan sepatutnya wawasan 2020 perlu dicapai lebih awal lagi. Kenapa kita mesti tunggu 2020 katanya, sedangkan di hadapan kita semua telah tersedia. Sambil memberikan contoh menara2 megah yg kita miliki.
Boleh lah dia cakap kerana dia telah mencapainya...nak ajer saya cakap macam tuh... tapi dengan dia nie saya jadi kehilangan kata. Dan saya tahu dia lebih suka saya begitu. Memang pun kekadang menjadi pendengar setia lebih baik daripada kita mengomel tak tentu hala.
Dia menceritakan bangunan 5 tingkat yang dibina dengan harga RM 5.5 juta. Katanya kekadang dia menyesal jugak kerana kalau dia tak bina bangunan tuh, duit di akaunnya berjumlah RM5.5 juta. Dia tak perlu berjaga sehingga dinihari, tak perlu pening kepala memikirkan pekerjanya yang beratus orang tu samada bekerja dengan baik atau tidak. Dulu tanah tapak bangunan yang dibinanya itu bekerja untuknya. Walaupun tanah dan bangunan di tengah bandaraya Kuala Lumpur itu bernilai lebih puluhan juta sekarang ini tapi duitnya tak nampak...
Dia juga bercerita bagaimana dia berhubung dengan anaknya yang berusia 12 tahun seperti orang dewasa seusia dengannya yang berusia 40 tahun. Kalau pergi shopping dia hanya akan memberi kredit kad kepada anaknya dan disuruh pilih apa yang anaknya mahu...tapi kedewasaan membuatkan anaknya tidak membeli bukan-bukan. Hanya 2 helai baju dan satu permainan. Baginya dia berjaya mendewasakan anaknya. Dia tidak pandai untuk merendahkan diri seusia anaknya. Yang boleh anaknya miliki darinya hanya lah pelukan dan kasih sayang...
Dia juga bercerita, perlunya menggunakan kesempatan dan peluang yang ada sebaik mungkin. Bersungguh-sungguh, perancangan yang rapi, serius dalam kerja, tahu apa yang perlu dilakukan dulu, detail supaya tidak melakukan kesilapan dan melihat 10 langkah kehadapan adalah caranya untuk berjaya.
Saya bangga dapat berkawan dengan jutawan itu.Saya tak perlu ambil kesempatan dari kebaikannya pada asaya. Dan saya tahu kalau saya nak jadi seperti dia. saya terpaksa korbankan kerjaya yang ada. Itu risiko yang terpaksa saya tempuh. Samada saya berani atau tidak. Setakat nie saya tak berani. Pengorbanan belum tentu membuatkan kita berjaya. Tidak berkorban juga belum tentu membuatkan kita maju dan bahagia.
...walaupun dia jutawan...akhir ayatnya berkata. Siapa jugalah kita. Yang penting kita bahagia dan dan dapat tidur lena tanpa gangguan serta sentiasa memikirkan yang bukan-bukan sambil mengharapkan sedikit nasib menyebelahi kita....tapi.... percayalah... Tuhan sentiasa memberi apa yang kita mahukan. Berbuat baiklah pada sesama manusia .
Sorilah...tidak sepatah pun dia bercerita tentang cinta yang hanya di awangan. Baginya cinta adalah bekerja dan berusaha sambil bagaimana berhubung dengan manusia lain. Dia marah saya sebab saya sentiasa pegang talipon. Dia tanya saya berapa bayar bil sms setiap bulan. Dia sangka, saya tengah sms (memang ya pun). Tapi saya cakap saya buang semua sms lama yang ada dalam talipon saya... hahahaha Dia gelak kerana katanya dia jugak buat benda yang sama di masa-masa tertentu.
dan ketika mahu pulangnya, dia memasukkan sampul surat berisi di dalam poket baju saya...
errr...
"Apa ni Abang Am?" Tanya saya tidak sedap hati..
"Ambiklah. Duit raya... Sorry dah habis raya baru nak bagi.."
Saya tak kata apa kerana tahu dia Ikhlas...
"Terima kasih Abang Am.."..
Dia pulang... saya buka sampul surat berwarna coklat ....wang tunai RM300.00....
saya geleng-gelang kepala dengan rasa terharu.
Jutawan cinta adalah mereka yang ingin bekerja dan berusaha dengan matlamat untuk mencapai bahagia.
Ingatlah:
"Rebutlah 5 Peluang Sebelum Tiba 5 Rintangan"
1. WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN
2. WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK
3. WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT
4. WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN
5. WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

11 comments:
sehebat manapon manusia, kita masih hamba-Nya. langsung tiada beza. di dunia mungkin kita kelihatan berbeza, tapi di "sana" kelak kita semuanya sama. yang membezakan cumalah amal dan pahala.
syukur abang chime mampu kenal manusia sehebat abang am. dan moga yang baik-baik itu kita mampu ambil dan jadikan pedoman untuk diri sendiri. amin..
banyak dapat duit raya ya. bila nak belanja makan ni bang chime? ;p
Salam sdra...
Mulia hatinya jutawan yang dermawan...(Philanthropist)
Jika ramai macam tu alangkah indahnya dunia ini...
Ada orang bila kaya dia lupa yang suatu masa dahulu dia pernah miskin dan pernah merayu pd Allah minta dikurniakan kekayaan....bila dah dapat dia lupa pada Allah.
Ada orang bila sihat dia lupa yang suatu masa dahulu dia pernah sakit dan merayu pd Allah minta disembuhkan. Bila sihat sewenang2nya lupa Allah.
Namun begitu kita masih mengharap akan dikurniakan taubat sebelum datangnya mati kerana bila sudah mati semuanya sudah terlambat.
Chime,
Moga Allah sentiasa memelihara kita, menjadikan pengakhiran hidup kita sesuatu yg bermakna di sisiNya.
untung anak jutawan tu..wal0pun kehilangan ibu waktu kecik....
ad se0rang ayah yg mcm tu...
susah nak jumpe jutawan baik hati camtu skang ni ek..
*tapi indahnye dunia kalau abg chime plak bagi dir duit raye.. banyak tu 3 ratus.. x elok pegang duit banyak2.. hehehe*
nak duit raya jugekkk....hehehe...
*Insyaallah, satu hari nanti Chime akan jadi seperti dia jugak...teruskan berusaha ya...:)
p/s: dah ada kelainan sikit kat bibit2 ayat Chime skang ni...haha...
argh!!!! dimana kan ku cari jutawan seperti ini..... mampu ke aku jadik sepertinya???
RM300..??
abang ku...adik mu mau duit raya gak voleh? duit raya utk hari raya haji nih....
hehehehe
addy... betul. tiada apa yg Allah pandang kecuali hati dan amalan... buat apa nak bangga2 dgn kelebihan yg kita ada sedangkan bersepah lagi org lagi hebat dari kita..
errr.. duit raya abis dah buat beli dedak hayam.. hahah
salam saudara Razak..
betul! mudah-mudahan akan wajud lebih amai manusia2 sebegitu.
kak asyiq...
manusia memang sifatnya mudah lupa. biasalah ingat Allah diwaktu susah je.
InsyaAllah kak... moga Allah sentiasa memelihara kita dari hidup di bawa ke akhirat sana.
sha...
Ya. punya ayah yg penuh motivasi memang satu keberuntungan...
dir...
org yg pernah lalui hidup susah biasanya akan sentiasa berhati-hati takut mengulangi kesusahan itu lagi...
*Lebih indah lagi dunia ini kalau dir pulak yg bagi duit raya walaupun raya dah habis..*
kak Azz... Amin!! InsyaAllah... saya pun dah ternak ayam jugak sikit2 sekarang nih...
p/s.. kelainan tu pasal tulis dlm keadaan terdesak. tekejar-kejar.. tu yg ayat pun mcm kelam kabut sikit kan...
ch@...
InsyaAllah mampu... usaha kena lebihlah kan.
yanie...
eh! raya haji mana ada org bagi duit raya... pasal duit semua dah simpan dlm tabung haji. kannn
Wahhhhh..bestnya dapat duit raya..Duit betul pulak tu..Kalau di FB duit tipu-tipu..hehehe
heheh... Alhamdulillah.. dah tua2 pun ada jugak yg nak bagi..
Post a Comment