Untuk menyayangi orang lain, kita perlu sayangi diri kita terlebih dahulu...
Hari itu saya bawa Ma ke klinik setelah dua hari demamnya tidak kebah. Memang dari awal mahu dibawa tapi dia sendiri yang mengelak.. - Tak ada apa-apalah - kejap lagi baik lah - alah sikit je ni - macam-macam alasan darinya. Tapi selepas dua hari keadaan masih sama, malah kelihatan bagai makin teruk saya paksa Ma ke klinik. Setelah saya bebel sikit... Ma akhirnya menurut...
Ketika di klinik, Ketika Ma di dalam bilik doktor untuk pemeriksaan kesihatannya - saya perasan akan kehadiran seorang ibu muda di situ. Saya mengenalinya. Malah amat mengenalinya meski pun telah agak lama kami tidak ketemu...
Lalu saya menghampiri ibu muda tersebut, untuk menegur dan bertanya khabar dan bertukar cerita.
Farah namanya. Dia seusia saya - kami rakan sekelas sejak dari tingkatan 3 hingga tingkatan 5... Saya juga mengenali suaminya. Tapi ketika itu dia keseorangan.. tidak bersama suami .. Oh! tidak berseorangan sebenarnya. Bersama seorang bayi yang sedang lena dipangkunya.
Dia tergaman bila saya menegurnya. Wajah pucatnya kelihatan muram bercampur ceria. Terkejut dengan pertemuan tidak diduga.
Kami berbual seadanya. Dia meluahkan tentang perjalanan sukar hidupnya sebagai suri kepada sang suami dan ibu kepada anak-anak...
Wajah dia terus-terusan muram. Walau pun masih cantik, wajahnya kelihatan lebih tua berbanding usia. Dia meluahkan kebimbangannya kepada saya. Tentang kesihatannya yang makin merosot. Tentang anak-anaknya yang mula kurang ajar. Dan suaminya yang sudah mula lupa daratan. Entahlah. Diam-diam saya menyimpan simpati. Saya dapat rasakan dia benar-benar tertekan.
"Tapi kita mesti bekorban kan?"... lemah nadanya bertanya.
"Ya! awak dah pun bekorban!"... balas saya.
"Tapi masalahnya pengorbanan saya tak dihargai. Anak-anak tak hargai... Suami.. jauh sekali."
"Jadi awak menuntut harga pengorbanan awak tu?".. kilas saya.
"Tidak! saya cuma minta dihargai."
"Itulah harga yang paling mahal sekali. Bersedia untuk tidak dihargai..."
"Kenapa?" ringkas tanyanya.
"Hakikatnya, memang ramai manusia yang tak pandai berterima kasih. Kita akan sakit jiwa bila kita harapkan terima kasih daripada orang yang kita bantu." jawab saya dengan mengulangi kata-kata Dale Carnegie dalam bukunya "stop Worrying and start living."
Dia termenung tunduk. Tudung biru mudanya terbuai-buai di tiup angin dari kipas yang ligat berputar di bahagian syiling. Anak kecil di pangkuannya terus lena.
"Walau pun suami dan anak-anak sendiri?"
Saya angguk perlahan.
"Jadi apa yang perlu saya buat?"...
"Teruskan bekorban. Walau anak-anak dan suami tak hargai, Allah tetap menilai. Itulah ikhlas. Pengorbanan tanpa mengharapkan balasan."
"Saya letih... Entah di mana tamatnya nanti semua perkara ni. Membasuh, jaga anak, kemas rumah, memasak dan macam-macam... Betul kata orang, perkahwinan tu satu perhambaan."
"memang satu perhambaan. Tapi buatlah kerana Allah. InsyaAllah itu akan dikira sebagai perhambaan kepada Allah. Bukan kepada suami dan anak-anak. Agama kita membebaskan perhambaan sesama manusia."
"Tapi saya dah makin hilang upaya. Kesihatan merosot. Rasa ceria dah tak ada lagi. Macam pokok reput yang tunggu masa nak tumbang." dia membuat perumpamaan.
"Bekorban untuk orang lain tak semestinya mengorbankan diri sendiri." kata saya...
"maksud awak??"
"Untuk menyayangi orang lain kita perlu sayangi diri sendiri dulu." Itu yang saya cuba untuk sampaikan sejak tadi.
Dia menarik nafas dalam. lalu dihembus dengan hembusan bertali-tali. Matanya jelas kesayuan.
"maksudnya awak kena jaga kesihatan awak dulu, rohani dan jasmani demi meneruskan tugas sebagai isteri dan ibu."
"Kenapa awak cakap macam tu?"...
"Sebab saya tengok awak macam dah tak sayangkan diri awak sendiri dah sekarang."
"Saya lebih sayang kan suami dan anak-anak saya. Biar pun mereka tak sayangkan saya.."
Huh! sedih saya mendengarkan keluahan luahan hatinya. Terpancar sinar ketulusan dan ketelusan dari kata-katanya itu. Wajahnya cengkung, tubuhnya tidak bertenaga sudah cukup untuk melukiskan rona-rona calar dalam perjalanannya sebagai isteri dan ibu.
Saya mengambil sedikit masa untuk membuat perumpamaan dan misalan untuk memahamkannya betapa kalau kita ingin menyayangi orang lain, kita perlu menyayangi diri sendiri lebih dahulu. Lalu saya menemui contoh:
"Kalau awak biasa naik kapal terbang... Peramugari akan bagi taklimat soal-soal keselamatan sebelum kapal terbang berlepas.. contohnya; kalau kandungan oksigen berkurangan dalam kapal terbang, dan topeng bernafas keluar dari bahagian atas, kita mestilah lekapkan topeng tu ke muka kita dulu dan bernafaslah... sebelum kita bantu suami atau anak-anak di sebelah melekapkan ke muka mereka untuk bernafas..."
Dia ikuti hujah saya dengan tenang. Satu persatu diteliti seakan-akan dikunyahnya. Untuk uji kefahaman dia, saya uji dia dengan menyoal:
"kenapa kita mesti dulu memakai topeng oksigen sebelum kita pakaikan pada orang-orang lain yang nak kita tolong...??"
....
.....
......
Tanpa disangka-sangka dia tersenyum. manis sekali...
"Ya! saya faham maksud dia... Hanya orang yang bernafas boleh bantu orang lain bernafas. Kalau kita sendiri sesak nafas, macamana kita nak bantu orang lain bernafas..."
Ya! akhirnya dia terima juga apa yg saya nak sampaikan meski pun saya tidak tahu menyusun kata-kata yang tepat untuk meyampaikannya... Ya!! itu yang saya nak sampaikan.. dia faham..
"Ya! saya faham sekarang itulah yang dikatakan sayangi diri sendiri sebelum sayangi orang lain."
Saya senyum sambil angguk kepala.
"Ramai sebenarnya ibu-ibu yang terlupa hakikat itu..." tegas saya.
"termasuk saya!!!"
Saya tidak mengiyakan atau menidakkan...
"Ramai ibu yang menjaga kesihatan anaknya sehingga mengabaikan kesihatan sendiri. Dia lupa, kalau kesihatan dia sendiri merosot, dan akhirnya sakit kronik menyerang, pada siapa pula anak-anak nak bergantung..." kata saya agak perlahan sambil memandang ke arah bilik doktor - terbayangkan Ma yang demam dan malas ke klinik sebelum ini...
"itukan pengorbanan!!" tingkah dia
"Pengorbanan pun perlukan kebijaksanaan... bukan semua yang bekorban perlu terkorban."
Dia diam
"Tapi selama ni saya sangkanya macam tu. Saya sangka berkorban perlu terkorban.."
"Tak selalunya macam tu. kalau kita jaga kesihatan kita yang boleh buatkan kita boleh pulak jaga kesihatan anak kita itukan lebih baik.... Kita gigih cari harta, kemudian dengannya kita boleh berikan pada orang lain kan lebih baik... kita tak semestinya sakit untuk beri orang lain sihat. kita tak perlu jadi miskin untuk bantu orang miskin..."
Dia senyum lagi... Senang melihat ibu muda itu begitu. Bagaikan usia mudanya dikembalikan.
"Saya tak perlu risau lagi kalau saya tak dihargai... begitu?".
"Ya! yang penting sekali kita hargai diri kita sendiri. Orang kata jangan bimbang kalau diri tak dihargai... tapi bimbanglah kalu diri kita benar-benar dah tak berharga."
Dia ketawa...
"So! pulihkan semangat. Hidup selagi hidup. Jaga kesihatan.. ceriakan diri... jangan terkejut kalau nanti anak-anak dan suami akan sayangi awak semula. jangan marah! jangan kecewa kalau orang lain tak sayangkan kita, kalau selama ni kita sendiri tak sayangi diri kita sendiri..."
"Terima kasih!!.. awak dari dulu masih lagi sama. semangat awak sentiasa bagi orang lain bersemangat sama..." katanya entah ikhlas entah tidak... hahahah... saya ketawa lepas sebelum terdiam kerana menyedari saya sedang di dalam klinik..
****
Ma keluar dari bilik rawatan. Saya menyambutnya sebaik Ma muncul... Kemudian saya ke kaunter mengabil ubat dan beransur pulang...
Semoga ibu muda itu tadi benar-benar telah punya semangat baru.
Hakikatnya saya juga sering bertanya... sudahkah saya menyayangi diri sendiri untuk menyayangi orang lain?????
**********

22 comments:
Begitulah niat seorang ibu..Chime mungkin boleh rasa bila berada didepan semasa dia berkata2..Air mukanya ikhlaskan?..Perit menanggung segalanya..Begitulah ibu kita..Mereka seboleh2 tidak mahu menyusahkan anak2..tetapi mereka sanggup menyusahkan diri sendiri..Bagi Ad sendiri..Mak AD kuat semangat apabila sakit,dia seboleh2nya mahu cepat sembuh agar dapat memasak utk anak2nya..Itu dia kata tggjwbnya..walaupun ada yang boleh masakkan atau beli kat luar..Tapi sebagai ibu dia merasakan tggjwbnya cukup besar dalam membesarkan anak2..even anak2 dah besar tapi mereka rasa tggjwb itu masih tiada henti sampai bila2..
Menjadi seorang isteri dan ibu kadang-kadang terlupa pada hakikat bahawa kita kena menyayangi diri sendiri terlebih dahulu. Nampaknya kena set kan dalam minda separa sedar tentang hal ini.
Salam Chime..
Sedih dan terharu baca N3 chime ni dan terbayang kak zai klu kak zai berada ditempat perempuan tu dan mendengar nasihat chime yg sangat bernas tu..betul sangat3 kita harus membantu diri sendiri dulu sebelum membantu oranglain..dan kita perlu kuat utk memberi kekuatan pada oranglain dan setiap kali melihat penderitaan oranglain..kak zai sentiasa panjatkan kesyukuran kerana Allah sentiasa menguji kerana Allah sayangkan kita dan nak upgradekan kita ke tahap pencapaian agar dapat masuk syurga yg diidamkan.
Dan bersyukur juga kerana kak zai mendapat suami yg sangat baik dan kak zai harap sangat2 semua nasihat2 Chime kepada perempuan itu juga chime praktikkan selepas kawin nnti kerana kak zai percaya chime adalah nakhoda yg terbaik..
kdg2..kite terlupe mnjaga diri kita sendiri krn terlalu ambil berat orang lain....
si ibu muda perlu berkaraoke menyanyikan lagu ini dihadapan suaminya dan anak2 nya
"Sayangi daku…peluk lah daku
Janji dengan ku…semai cinta nan Satu
Tuhan menguji takkan berhenti
Hanya ku pinta sama setia menjaga
hingga ke alam syurga"
sekian terima kasih...
salam ziarah sahabat...
Kita mahu orang lain gembira dan puas hati tapi kita kadang2 lupa diri kita tidak gembira dan puas hati dengan apa yg telah kita lakukan...
Salam sdraku...
Memang patut pun sdra jadi motivator seperti kata Abg Am :)
Moga dgn semangat yg sdra tiup pada kwn tu akan mengubah keadaan kehidupannya
mak sy selalu ckp... "mak selalu ingat kat anak, anak tak pernah nak ingat kat mak".... biasenya ayat tu keluar bile mak bli kan something kegemaran anaknya tanpa diminta... alah mak nihhh.. mak jek selalu lupa kiteorang bli kan mak something... mak je lupe kot.. hahah...
ntah mengapa, terasa bersemangat sikit lps bc story ni, thanks chimera
ibu bro dh sihat? demam biasa2 je kot. cuaca pun mcm x menentu je kblkg ni. so.. bro pun kna jga ksihatan diri utk jga ibu... bro pun perlukan 'org len' tuk jga makan minum bro agar sentiasa bahgia... hehehehe..
Saya pun amat berpegang teguh bhw sy perlu jaga diri sendiri dgn baik sekali sekiranya ingin org2 yg kita sayangi hidup sempurna...
Saya pun nk set fikiran separa sedar saya........sedang menghabiskan membaca buku Yes You Can tulisan Jack Collis - menarik sekali.
Semoga Ma chime sihat segera....
Ad... betullah. sifat semulajadi ibu memang begitu... keutamaan lebih kpd suami dan anak-anak sampai abaikan diri sendiri.jgn kata kesihatan, ada masanya nyawa sendiri pun sanguup dipertaruhkan utk anak-anak... itu naluri Allah anugerahkan kpd meraka. walau apa pun kesihatan ibu adalah paling utama... bagaimana nak pastikan anak-anak sihat kalau ibu tidak sihat..
kak tirana... kannn, itu lah yg selalu saya cakap dekat ma masa dia jaga anak-anak demam. kalau nak jaga kesihatan anak-anak, kesihatan ibu perlu terjaga dulu.
Cun... salamm. Ya!utk org tersayang memang selalu begitu...
salam kenal ya. terima kasih sebab singgah...
salam kak Zai... Apa-apa pun diri kita adalah paling utama. sebelum bantu yg lain, kena bantu diri dulu. - Alhamdulillah akak punya suami yg baik... kalau akan tak sihat pun ada juga yg akan menjaga. tak mcm kawan saya tu... itulah sebab saya suruh dia jaga kesihatan dia. sebab kalau dia sakit tak akan ada yg menguruskan hidup dia... so, dia kena sentiasa sihat... utk diri sendiri. utk anak2 dan suami apatah lagi... InsyaAllah, satu masa nanti saya juga akan jadi mcm apa yg saya kata.. Nahoda yg baik????.. hehehehehe
miechi...betul!!! lebih2 lagi pd org yg kita sayang... biar kita sakit tak apa asal mereka sihat...
edy... saya rasa lagu ni lagi sesuailah...
" Ku tak mahu cinta ku... di kocok-kocok... ahhhhhh
ku tak inging sayang ku.. di kocok-kocok..." \haha.. sesuai tak?
salam saudara Razak... Haha! nak jadi motivator, kita perlu memotivasi diri dulu... masih dlm proses memotivasi diri... errrr bukan sebab nak jadi motivator... kerja saya sekarang ni pun dah 3 jenis nak kena buat... heheh
Norcahaya... heheheheheh.. Mak dah tua kan.. tu yg senang lupa tuu.. heheheh.. esok beli rantai mas panjang2... mesti mak ingat samapi bila-bila.. hehehehe...
ch@... semangat utk sayangi diri ke?? baguslah. jaga kesihatan k.. utk anak comel ch@...
silbi... Ma dah ok dah. cuma demam biasa je. runsing jugak tau musim2 sekarang ni demam2 ni bukan boleh pandang lewa...
'orang len'???-- heheh... tunggu sikit masa je lagi... sikittttt je lagi... opsssss... hehe
kak asyiq... hahah. bagus akak ada pegangan mcm tu... sebenarnya perkara tu lah yg saya bebelkan dekat Ma, baru dia nek pergi klinik.. heheheheheh... tapi bebel2 manja lah kannn...
**Yes You Can??? bagus ya buku tu?? harus nak kena cari jugak haha.
Terima Kasih! Alhamdulillah Ma dah ok dah...
Kata-kata semangat yang abg chime berikan kepada ibu muda itu saya turut rasai juga. Terima kasih.
Semoga emak abg chime sihat-sihat saja ya.
mak akakpun salu camtu, kalau demam je malas nk g klinik....sbb tu akak kena standby ubat demam yg serasi dgn dia kt umah...pastu ubat selsema dgn ubat cirit-birit...
pastu kalau suruh mkn ubat demam dia salu ckp mana ada demam...tp akak paksa jugak makan ubat tu sbb mak ni jenis tak boleh duduk diam....nnt kalau dia demam tentu dia boring sbb terbaring je kan...
semangat mak sangat kuat...tak mampu akak nk ikuti...haha...
++ terima kasih utk n3 nih...adik mu telah mendapat 1 lagi ilmu....(^_^) ++
alhamdulillah ada seorang ibu yang menjaga kami dan dlm masa yg sama jaga diri jugak
kadang2 terpikir.. wah hebatnya otak dan tenaga ibu2 ni.. nak pikir utk org2 lain. dan dlm masa yg sama pikir ntk diri sendiri gak
belum capai tahap tu..huhu..pelan2 kayuh

salam
harga + di hargai + ikhlas
harga yg perlu di bayar.. jng mengharapkan balasan ataupun di hargai.. cukup dng keikhlasan. pasti hati akan senang. sbg anak kdng lupa pengorbanan mak ayah.. sebagai pasangan yg dah berkahwin tak mustahil jg terlupa.. berbalik pada asasnya.. InsyaAllah.. tak kan apa2. best n3 nie..
salam kenal....
-maiza-
Hidup selagi Hidup...!
Abang Chime, Liana suka ayat ini. Kuat semangat tetiba..!
InsyaAllah akan ambik pengalaman membaca entri abang chime ni sebagai satu panduan menjalani kehidupan sebagai ibu dan isteri kelak..!
** liana salah save link abang chime. Patotlah dah lama Liana nak cakap, :abang chime, apsal blog tak leh buka.HAhaha Liana yang silap taip link rupanya. hihihi
queenlyana.com
assalammualaikum
lama tak update ni...
a ah.. lama dah tak update..hu~
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment