Tuesday, May 12, 2009

HOLA

Jika di tanya... apakah antara perkara yang mengembirakan dan menyenangkan hati... saya akan jawab - salah satu darinya ialah - sentiasa diingati. Dan untuk diingati, saya perlu mngingati... kerana saya percaya... hukum alam adalah begitu. "Apa yg anda beri, itulah yang anda dapat"

"Hola From Andalusia"...
Sekali lagi saya mendapat titipan tanda ingatan... Masih lagi dari dia yang sama... yang semakin menambah tebalkan semangat saya untuk berjumpa dengannya satu masa nanti

cartel taurino, affiche de cordida bla... bla... bla... **apeke benda lah dia tulis tu**


Ya... sekali lagi saya mendapat kiriman poskad dari sana benua yang berbeza...




Sekeping poskad dari Spain... huk! huk! huk!... apa lagi boleh saya kata.... selain terima kasih tak terhingga... apa lagi boleh saya rasa... selain rasa terharu tak terkira...

**awalnya pelik jugak tgk poskad ni... ingatkan tiket utk tgk org main laga-laga lembu tu - heheheheh***

Terima Kasih tak sekali lagi kepada sahabat maya kita "Bro. CAPPUCCINO"... ... ... ..., dah lama benar dia tak aktifkan blognya. Tapi sesekali kita tetap berhubung dgn email...
Dulu, dia pernah sekali buat panggilan dari UK.. tapi saya tak berkesempatan mendengar suaranya (memang tak pernah dengar suara dia) sebab masa tu saya sedang solat Maghrib. Mak saya yg menjawab panggilannya sehingga sekarang masih aneh, bagaimana orang boleh berhubung menggunakan telefon pada jarak yang tersangat-sangatlah jauhnya... merentasi lautan, melewati benua... dan dari jarak yang terlalu jauh itu, suaranya tiba di rumah saya. hahaha...
Dan InsyaAllah, tak lama lagi dia akan pulang ke tanah air bersama gelaran DOKTOR... kita sama-sama doakan...
Oh ya.. dia juga punya 2 cahaya mata yang tersangatlah comelnya dan isteri yang cantik juga... Isterinya Dr. RAIHAN adalah rkan blogger saya... nak tengok betapa comel anak2 mereka tengok kat SINI

Kepada Bro Coppcinno... Terima kasih sangat-sangat sebab sentiasa ingatkan saya yang entah sape-sape ni (dan teruknya saya ni... poskad ni saya dpt Jumaat yang lalu, tapi saya masih belum maklumkan ketibaannya kepada tuan yang menghantar... ahaha.. terukkan?)... Terima kasih daun keladi Bro.. kalau dapt poskad dari kutub Utara pun macam best jugak hahahahaha.....


Ok... lupakan pasal poskad... biar saya seorang sahaja yang mengenangnya.

cerita lain pulak....

Apa yang mereka tidak ajar di Harvard Business School adalah tajuk sebuah buku yang tidak pernah saya baca. Walaupun saya gemar membaca, tapi buku ini langsung tidak menarik minat saya... Ditulis seorang seorang yang berjaya dalam bidang pengurusan sukan; yang saya agak merupakan seorang lulusan Harvard Business School, adalah mengenai pengurusan dari segi aplikasi.

Harvard Business School adalah antara institusi terulung dalam melahirkan pengurus atau usahawan yang berjaya. Barangkali apa yang diajar di sana adalah ilmu-ilmu pengurusan yang terkini dan mendapat sokongan atau tunjuk ajar dari syarikat-syarikat multinasional yang berjaya. Tenaga pengajarnya mungkin adalah individu yang pakar di dalam bidangnya dan bukan calang-calang kelayakan. Dan orang-orang yang dapat belajar di sana pun bukan calang-calang kepandaiannya. Jadi tidak pelik jika graduannya juga bagus-bagus belaka.

Pun begitu di Harvard mereka tidak mengajar semuanya. Apa yang mereka tidak ajar tidak pula saya ketahui. Barangkali sebab itu buku itu tajuknya begitu.

Tetapi jika ditukar kepada apa yang mereka tidak ajar di universiti awam, barangkali saya tahu sedikit sebanyak. Kalau dikumpulkan jawapannya secara kolektif, mungkin ada yang akan berkata banyak yang tidak diajar. Mungkin juga ada yang akan berkata langsung tak ajar apa-apa :|

Ironinya, dunia kat luar ni tak sama dengan dunia yang diajar di universiti. Di universiti, semua pembangunan sistem adalah mengikut fasa. Di dunia sebenar ada sistem yang dibangunkan tunggang-terbalik. Di universiti, budak IT akan belajar benda-benda pasal komputer. di dunia sebenar, budak IT pun ada yang jual air tebu! Budak akaun pun ada yang tengah jahit manik labuci.

Di universiti orang selalu sibuk-sibuk pasal peratus yang dapat kelas pertama sikit tapi kat luar tak ramai orang peduli. Dapat kelas pertama tapi tak reti buat kerja tak ada gunanya. Baik dapat kelas dua tak kira bawah ke atas tapi tahu buat kerja. Kat luar ni orang yang tak mengaji sampai universiti pun ada yang boleh buat kerja lagi hebat dari orang yang ngaji universiti. Jadi adalah logik untuk berkata gagal di dunia luar (dibaca: penganggur) adalah kerana salah pihak universiti.

Jadi saya perlu mengatakan begini: mereka tidak ajar Indesign semasa 'budak tu' di universiti. Sebab itu sudah hampir seminggu mengadap Indesign tapi tak reti-reti buat jugak.
Semua tunggu nak kena ajar, apa guna ada otak?

p/s... saya dulu pun tak tahu pakai indesign ni... di ajar sikit je... yang lain-lain semua kena ikhtiar sendiri. Nak hidup, gitulah gaya dia... huhhhh... hangin betul dgn budak sorang tu.....


catatan kecil ini saya tujukan khas untuk seorang kawan saya: Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana untuk berterimakasih atas kurnia tersebut.

25 comments:

miEchi said...

' Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas kurnia tersebut. '


uhuk uhuk uhuk..terrbatukk kuat ni...habis seluruh rongga badan bergema...

ya...

jodoh..
rezeki..
mati....

chimera said...

uih... bahaya sgt kot statment tu... sampai batuk bergema - gema...

haha.. saya pun baru abis batuk... punyalah lama. kes malas makan ubat... pahit namampos... hahahah

addyaholix said...

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas kurnia tersebut.

saya akan selalu simpan yang ini dalam hati. peluk dakap rapat-rapat erat-erat.

malam bang chime!
saya selalu harap ada yang ingat saya.

miEchi said...

yg pahit tu kan penawar..yg manis tu???erkk..hehe..selamat makan ubat..

sy mkn ubat bila btl2 emergency je..


i will nvr forget those words...
huk..huk...huk..batuk lagi lah..

chimera said...

malam addy - percayalah... memang ada insan2 yg sedang menginagti adyy... saya juga selalu ingatkan addy...


miechi - yeah, rite, pehait tu penawar... tapi pahit sampai nak temuntah-muntah kalau telan tu saya rasa, baiklah saya minum air asam jawa je... heheh... saya sukakan penawar yg manis... gituu...
batuk lagi ke?? dah boleh minum air asam jawa jugak tu.. haha

addyaholix said...

terima kasih bang chime.
tapi orang yang kita harapkan, tak pernah ingat bang. haha!

agak-agak bang mel ingat kita tak sekarang? kot la nak beli apa-apa yang patut.

haa sms dia suruh hantar poskad kat abg chime cepat. tambah koleksi. haha!

chimera said...

mana addy tahu org yg addy harapkan tu, tak ingatkan addy... haa... sape tahu sekarang ni dia jugak th ingat kat addy pastu dia anggap "org yg dia harapkan tak ingat kat dia"... sama mcm yg addy anggap... mana tahu kan...

mel? ntah... dia dah jumpa agnes monica tgh tamara blesesinki tu bukan ingat kita dah.. hahahah... saya pulak lebih byk ingat kat adik dia.. hehe.. buleh?? saya dah ada poskad indon.. tak mahu dah lah.

addyaholix said...

memang dia tak ingat saya bang. susah rasanya bila selalu dianggap yang kedua. haha!

saya pon nak ingat adik abg mel jugaklah. kalau nak ingat adik bang chime jugak boleh? boleh ke abang ipar?

:: Cikgu Wiween :: said...

mula2 jeles sbb abg chi mei hwa tai dpt poskad dr UK.

pastu tiba-tiba baca penutup entry.

errk...*telan air milo secawan*

Tirana said...

Apa yang diajar di universiti berbeza sekali dengan apa yang bakal kita alami di luar universiti..Mungkin kita perlu tukar sistem pendidikan agaknya.. Ibu kak tirana yang tak sampai ke universiti agaknya lebih bijak (dari segi cara dia berfikir) dari kak tirana yang telah sampai ke oversea...hehehe..

W. Hidney said...

dulu saya pernah ada sahabat pena dari ghana. Cynthia amoah namanya. kitorg terputus hubungan selepas dia berkahwin. i miss her...

sharamli said...

sem0ga kita dpt bertemu dan bercinta dgn 0rg yg tepet setelah kecewa dgn 0rg yg salah

eQbalzack said...

yahooo000!!! coti 2 bulang....leh jalang2 cari makang...gi kuantang...hahah

AiE bAhRi said...

kalau tunggu semuanya diajar di universiti..saya yakin takkan ke mana!
sepatutnya kena usaha lebih sendiri..

azizi said...

chimera,

univ hanya bg pengetahuan asas.
yg penting pelajar tu tahu guna ilmu asas tu utk berfikir.
utk jadikan pelajar tu pandai guna semua perisian/tools, tak terkejar.
itu kena usaha sendiri. learning curve mesti cepat.

chimera said...

addy - kalau jadi org kedua pun, kita tetap jugak diingatikan... walaupun diingati selepas yg pertama... hehe

hmmm saya pulak nak ingat kat una lah lepas ni... heheheh



ween - mula mula sekali poskad tu bukan dr UK... tapi sepanyol.

telan air milo secawan tu... tertelan dgn sekali telan kah??? begitu besar anak tekaknya.



kak tirana - rasanya sistem pendidikan tu tak perlulah kita tukar. tapi cara pemikiran kita... mcmana nak gunakan apa yg kita belajar tu dlm kehidupan... hmmm gitulah lebih kurang.



hidney - kenapa pulak terputus hubungan... heh, sebenarnya saya ramai jugak kawan yg dah terputus hubungan lepas diorg kawin. risau je, kalau saya dah kawin nanti... terputus pulak hubungan saya dgn kawan2 bujang.




sha - ya... semoga begitu.





abang eq - Kuantan ke??? singgah temrloh lah bang. jalang-jalang cari makang... tapi selalunya jalang ni cari jattang...hahahahah.



aie - betul... kalau semuanya memang di ajar di Uni pun belum tentu lagi akan kemana-mana kalau tak betul cara berfikir.



azizi - setuju sgt. byk bezanya pelajar yg memang nak belajar sebab nak ilmu dgn pelajar yg belajar sebab nak lulus semata-mata... sudahnya, bila dah bagi peluang kerja - bagi pening org lain pulak nak ajar sebijik-sebijik... hadoiiii

addyaholix said...

tapi sakit bang. haha!

dah sampaikan salam kat adik abg chime belum? bagi la peluang sikit. buat apa nak simpan je kat rumah tu. haha!

lamanya bang mel di indonesia. saya dah mula rindu adik dia yang lawa. haha!

eQbalzack said...

eh1 chimera ada adik ke? sudikah anda menerima abg ipar??? im single lagik...hehehe

Ad Rifza said...

I like this word "Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas kurnia tersebut. '

Tapi..kenapa yg salah itu yg sering kita kenang dan kenang.. sampaikan ssh untuk menerima cinta baru bagi yg berharap..sukar utk melupakan sesuatu yg cukup beraja dihati..
Mungkin yang pertama bukan jodoh kita..tetapi adakah yg kedua atau ketiga itu jodoh kita?..Dan adakah yang kedua dan ketiga itu sama dengan yg pertama?..Mainan rasa beza itu seringkali menerjah rasa dan fikir..At the end hati masih pada yg pertama..hmmm

chimera said...

addy - berbaloi ke utk rsa sakit disebabkan hal2 gitu.. hmmm... saya pasti addy pun punya cara lain utk elakkan rasa sakit tersebut.

dan ya, kebetulan pulak adik saya tgh bercuti 2 bulan (mcm abang eq) dah ada kat rumah. tgklah, kalau saya ingat saya kirim salam... kalau tak ingat, kira nasiblah kan.. hahahahah.
abang mel, rasanya dia dah ada. tapi bz lah tu kot... tak pun dia tgh penat. kasi can dia rehat dulu. adik dia tak kemananya, lambat laun akan jadi milik saya jugak... hahahahaha...

abang eq - abang ipar... bukan adik ipar ke... hmmmm... kena rebut dgn addy dululah kot hahaha (mcm bagus je kan)... saya tak kisah. ada adik ipar boleh dera suruh basuh baju... heheh


ad - mcm biasa, kita ni manusia... satu perkara yg pedih dan sakit memang suka kita ingat-ingat. Nak berhati-hati mungkin. nak jadikan perkara tersebt sbagai pengajaran mungkin.
Jodoh tu tetap rahsia Allah.. So, jgn terus tutup pintu hati bila kita kecewa sekali, dua kali, atau berkali-kali... Allah tahu mana yg terbaik untuk kita. ujian2 dia bagi nak suruh kita jadi lebih kuat untk terima hakikat duka yang keseterusnya (andai duka tu berlaku lagi)... Tapi, percayalah, Allah tak akan pernah menghampakan hamba nya yang berusaha... tapi kalau lepas kita berusaha pun masih tak dpt, maknanya itulah yang terbaik utk kita pd masa tu...

addyaholix said...

tiap yang sakit perlu masa untuk sembuh bang. mungkin adik abg chime penawarnya kan. siapa tahu. haha!

owhh dah kat rumah? abg tahu tak kalau kita hampakan permintaan kawan-kawan tu dah kira mengkhianati kawan sendiri. nak ke abg chime hampakan permintaan saya yang tak seberapa tu? nak ke abg chime tengok saya tak senang duduk? nak ke abg chime kecewakan hati saya yang sedia kecewa ni? jadi sampaikan saja salam saya tu. bukan nak kena jalan jauh pon. sampaikan salam ok kan adik abg chime. haha!

hishh abg eQ nak kacau line saya nampak. berbarislah kalau nak kirim salam pon. haha!

dan kalau bang mel baca ni. cepat update cerita kat indonesia pulak!

chimera said...

saya pulak, kalau rasa sakit tu disebabkan hal2 mcm tu lah... saya tak perlukan masa yg lama utk sembuh...hmmm - mcm belagak kan... tapi itulah dia.

hadoiiii... kesian pulak bila addy cakap gitu... yelah. nanti saya kim salam kat dia... hmmm...

addyaholix said...

madu di tangan kananmu, racun ditangan kirimu, aku tak tahu mana yang akan kau berikan padaku. haha!

mungkin saya tak sekuat abang chime. haha!

chimera said...

bukan soal kuat atau lemah... kita adalah apa yg kita pilih. kalau kita pilih utk terus rasa sakit disebabkan hal2 mcm tu, kita akan terus rasa sakitnya... tapi kalau kita pilih utk tak rasa apa-apa... dgn memberi peluang pd diri kita sendiri utk bual hal2 yg lebih bermanfaat, kita tak kan rasa apa-apa... bukan semua hal kita nak kita akan dpt... kalau semua kita nak dpt, mana pulak bahagian untk org lain... sebab memang dah ditentukan akan ada bahagian utk kita... masanya tak sampai lagi... **ewahhhh ***

addyaholix said...

terima kasih bang!
besar ertinya pada saya. terima kasih banyak bang. moga abang chime terus betul-betul jadi abang saya. haha!