Sunday, June 21, 2009

Aku mahu kau tahu

Aku mahu kau tahu...
Antara yang paling aku syukuri...
Adalah kerana aku memiliki kau...
Yang dulu waktu pertama aku melihat dunia...
Mengazankan aku...
menyempurnakan sebuah kelahiran...
sehingga aku diberi nama...
dan aku sangat berbangga
Kerana pada namu ku...
namamu turut ku bawa sama...

Aku mahu kau tahu
Antara yang paling aku syukuri
Adalah kerana aku miliki kau...
Yang tak pernah membiarkan aku dahaga, kelaparan...
Yang mendokong memeluk aku..
Ketika aku ketakutan...
Ketika aku kegelapan...
Ketika aku kesejukan...
Sehinggalah aku mampu tidur lena dan aman.

Aku mahu kau tahu...
Antara yang paling aku syukuri...
Adalah kerana aku miliki kau...
Yang memyambut rebah ku...
Ketika pertama kali aku cuba gagahkan kaki...
Memberi langkah-langkah pertama..
Dari tatih-tatih gementar, sehingga aku teguh berlari
Bersama wajah mu yang penuh harapan...

Aku mahu kau tahu...
Antara yang paling aku syukuri
Adalah kerana aku miliki kau...
Yang memimpin tangan ku...
Melangkah ke pagar gedung ilmu...
Di hari pertama persekolahan..
Tentunya di hari itu,
aku masih tidak kenal sahabat dan teman...

Aku mahu kau tahu..
Antara yang paling aku syukuri...
Adalah kerana miliki kau...
Yang sedia dengan sebilah rotan..
Tanpa rasa simpati membedal tangan...
Ketika aku lakukan kesalahan
Hukum-hukum tajwid tidak aku betulkan
Mengalunkan ayat-ayat suci muqaddam dan Al-Quran...

Aku mahu kau tahu...
Antara yang paling aku syukuri...
Adalah kerana aku miliki kau...
Yang menunjukkan aku...
Tertib-tertib berwuduk..
Sehinggalah Solat mampu aku dirikan...

Aku mahu kau tahu...
Antara yang paling aku syukuri...
Adalah kerana aku miliki kau...
Yang garang, tegas dan agak baran...
Mendidik ajar erti kesusahan..
Kerana dengan sifat-sifat mu itu...
Menjadikan aku seorang manusia...
InsyaAllah, yang mengerti juga erti kemanusiaan...

Aku mahu kau tahu...
Antara yang paling aku syukuri...
Adalah kerana aku miliki kau...
Yang mengorbankan apa sahaja yang kau mampu
Untuk melihat kejayaan aku dan anak-anakmu
sehinggalah aku mampu
berdiri sendiri di mana aku berdiri sekarang..

Aku mahu kau tahu...
Antara yang paling aku syukuri...
Adalah kerana aku miliki kau...
Yang mengajar aku supaya sentiasa percaya pada diri...
memberi keyakinan bahawa aku mampu lakukan itu, lakukan ini...
memupuk semangat juang yang kental di hati..
pertahankan maruah jangan sampai dikeji....

Aku mahu kau tahu
Aku sayang pada mu sepenuh jiwa... sepenuh hati...
Selagi nyawa dikandung badan..
Selagi nafas menerus kehidupan...

Aku mahu kau tahu...
Antara yang paling aku syukuri...
Adalah kerana aku miliki kau... AYAHKU...
Hanya kau satu-satunya... tiada galang ganti

Aku mahu kau tahu...
terlalu banyak sebenarnya..
Yang aku perlu syukuri...
kerana aku miliki kau...

Semoga kau sihat sentiasa...
Kerana aku mahu kau tahu...
Dari dirimu...
Masih terlalu banyak yang aku perlukan...


peluk cium dari anakmu...

SELAMAT HARI AYAH... Untuk Ayahanda - Ismail bin Taib
Juga untuk ayah-ayah seluruh dunia...




***************

20 comments:

AiE bAhRi said...

Abg Chime,
saya kagum dengan sajak ini.Jikalau arwah bapa masih ada, saya akan bacakan sajak ini di depannya.

Selamat hari bapa untuk ayahanda abg Chime,En.Ismail bin Taib.Saya yakin ayah abg chime se'smart' anaknya dan mempunyai motivasi yang tinggi.

Tidak lupa juga untuk ayah2 di luar sana.SELAMAT HARI BAPA.

John Iverson said...

Pengorbanan bapa tidak ternilai... Selamat Hari Bapa...

Tirana said...

Nice poem...Selamat hari bapa untuk ayahanda Chime dan untuk ayahanda kak tirana yang telah pergi untuk selamanya..Semoga Allah menyayangi ayah2 kita di dunia dan di akhirat

Dilla Zaidi said...

Love your poem abg chime..(do u mind i call u abg?)lima bintang untuk poem tu and yourself..tetiba teringat lak kat abah saya..

hmm, byk buat salah dengan dia..tp tau dia ayah yang memaafkan..

selamat hari bapa utk dia dan semua bapa2 di dunia..

untuk 'bakal bapa' nak kena wish jugak ke? hehehe..(gurau ye...)

Mencari Sinar Bahagia @ Tommy said...

Abg Chime,

So nice poem...
So touching this morning..
Happy Father's Day to ur dad,k..

Any contact to reach you,bro..
Sms me ur number,k
Mine is 012 5659538..
Hope to hear fr U soon..

ainShahajar said...

bace smpy abes

teringat kat abah..

skang dah besar..kita balas jasa mereka same2

takmo nakal2 =P

CaMaRPuTiH said...

selamat hari bapa untuk abah chime yer.

eiza in the house.. said...

happy father's day..bagaimanapun sikap mereka..mereka tetap ayah kita smpai bebila..

selamat hari bapa utk ayah chime dan ayah ku jua..:)

@xiM said...

i'm so touched with this poem..
great one!!

Kos Serani said...

Wah, bangga pasti si ayah dan segala ayah di dunia ini bila mendapat serangkap puisi ini. Terima kasih

chimera said...

Terima kasih aie... sajak biasa je... tapi yg jadikan dia luar biasa sebab saya tujukan utk ayah - seorg yg luar biasa hebat...
Kalau ayah masih hidup... tapi ayah telah tiada, bacakanlah apa yg lebih wajar dan perlu, yassin, al fatihah, doa-doa keselamatan.
Ayat aie mcm tak tepat... bukan ayah saya se'smart' saya... tapi saya mahu se'smart' ayah saya...

john - Hargailah sementara sempat, entah dia atau kita yg akan pergi dulu


kak tirana - Terima kasih... Semoga Ayah2 kita sentiasa dilindugi Allah dari sebarang bencana tak kira di sini atau di'sana'...


Dilla - Yeah.. panggil apa pun tak pe, abang boleh, adik pun boleh... jgn panggil akak, sudah.. hahahah

Saya pun selalu jugak berkasar dgn ayah, tapi ayah tak ambik hati (mana kita tahu kan)... hmmm, kena mintak maaf jugak ni..
Bakal bapa pun di kira sama jugak lah... bakal suami je tak di ambil kira... hehehehe


Tommy - thanx bro... happy father's day 2 ur dad also...
thanx again, 4 ur number's...



ain - ya, dah besar-besar ni... (dah separa tua) kalau nakal-nakal jugak lagi memang nak kena hentak la tuu...
Sama-sama kita balas (meski pun tak terbalas sebenarnya) jasa-jasa yg diberi selama hidup kita...


acha - selamat hari bapa juga utk ayah acha.. dan ayah kepada anak dara acha tu...


eiza - baik atau buruk, hensem atau tak hensem... ayah tetap ayah. tak ada siapa boleh ganti....
selamat hari bapa utk ayah eiza...


@xim - thanx bro...


kose - harap-harap begitu... saya harap jugak kalau ayah saya dpt baca nukilan saya yg ini - hmmmm....

♥♥ Lyana ♥♥ said...

yeah..!
abang chime..

Selamat hari bapa untuk bapa abang chime..

juga untuk semua kaum lelaki yang belum berumahtangga..

selamat hari bakal bapa..! ehehe

ida said...

thanks for the ingatan.... lama da rasanyer tak jumpa ayah...sejak mak tak ada...ida jarang sgt balik kg....

ASYIQ said...

Dulu akak suke buat sajak...pernah menang pertandingan masa dalam darjah 4...sajak akak masuk berita harian!

Sekarang?? Hanya mengkagumi orang yang pandai bersajak saja...sebab patah perkataan akak dah tak sepuitis dulu....

Sajak ni amat touching skit...alahai ayah. Masih terkenang.....

:: Cikgu Wiween :: said...

selamat hari bapa utk ayah chime. Moga sihat2 slalu & cepat dpt menantu tuk 'anaknya yg sorang tu laa.

ehehehehehehe

*puisi yg besh! ;)

anak laut said...

tq sudi singgah...walupun pahit terpaksa tempuhi jua.

ASE1 said...

SELAMAT HARI BAPA UTH AYAH CHIME ...nak wish kat chime nth bila ek !

ASE1 said...

silap taip plk , maaf yer !
UTH = UTK

addyaholix said...

salam bang chime.
hebat puisi tu. jadi lebih hebat bila dihadiahkan buat insan-insan hebat bergelar ayah.

selamat hari bapa untuk ayah abang chime, untuk ayah saya, dan untuk semua ayah-ayah di seluruh dunia!

saya sms ayah dengan bahasa-bahasa bunga. tapi ayah cuma balas "ok". kadang tensyen jugak, tapi itulah ayah saya =)

chimera said...

lyana - selamat hari bapa utk ayah lyana juga...


ida - jgn renggangkan hubungan dgn ayah... takut menyesal di satu hari nanti bila kita langsung dah tak ada peluang nak rapatkan kembali kerenggangan itu...


kak Asyiq - alah... akak saje je tu, nak rendah diri kann.. saya tahu akak pun handal jugak berpuisi ni.

errr, mintak maaf kalau sajak saya tu menyentuh rasa hati kak syiq... sekadar luahan rasa hati sendiri.


ween - ya, selamat hari bapa jugak utk ayah ween.. dgn ucapan = ucapan yag sama mcm yg ween ucap tu... heheh



anak laut - tabahlah sentiasa... ujian2 biasa je tu...



mel - ok, telepon cepat... kim salam kat abah... abah mu pun, abah ku jua heheheh...



ASE - terima kasih... wish kat saya?? errrrr.. errrr... bila lah agaknya. saya pun dah tak sabar nak wish utk diri sendiri nih...
- salah eja... potong markah.. heheheh



Addy - terima kasih addy, saya sentiasa mahu lakukan sesuatu yg hebat utk dihadiahkan pd insan terhebat tersebut..
selamat hari bapa juga utk ayah addy...

hahah.. setidak-tidaknya, ayah addy balas jugak sms tu... ayah saya, nak pakai handphone pun tak pandai, apa lagi nak baca, balas sms semua.. heheheh...