Monday, August 11, 2008

Kita Ini Tetamu Senja


Membaca satu entri yg ditulis oleh kak lawa di dalam blognya, membuatkan saya terkenangkan satu kisah yg pernah dilalui satu masa dulu... (entri tersebut mengenai kematian ya... bukan mengenai kisah kalau lelaki boleh beranak)

Hari Sabtu malam ahad (seingat saya... tarikhnya tidak pula saya pasti)... ketika melangkahi masjid di tempat saya utk solat maghrib... seorang teman yg telah tiba lebih awal agak tergesa-gesa menyapa saya dan memberitahu "Ada mayat dalam masjid"

Berderau darah saya.... 'Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un'... siapa pula yg mati? tertanya-tanya hati saya. Sebaik melangkah ke dalam masjid, kelihatan sebuah keranda di sisi dinding belakang ruang utama masjid.

Keranda itu sudah ditutup dgn kain. Ertinya jenazah itu telah disiapkan... (sudah dimandi dan dikafan) hanya menunggu disolatkan sebelum diusung utk dikebumikan. Demikianlah... seorang lagi hamba telah kembali kepada Tuannya.

Selesai solat, iman terus berdoa tanpa wirid, dan solat jenazah pula dilangsungkan.
Semuanya berjalan dgn pantas, dan selang beberapa detik kemudian keranda diusung dlm baki cahaya senja ke tanah kuburan.

Saya ingin juga membantu... tapi kelihatan telah ramai yg mengerjakan tugas, saya minggir ke tepi memberi laluan. Dan dari sosek, sosek mulut yg bertugas rata-rata mengatakan betapa ringannya mayat itu di uruskan... Dan pada awal malam itu bertambahlah seorang lagi di tanah sepi taman kemboja yg dihiasi juga ratusan batu-batu nesan yg tertancap di atasnya.

Ini mungkin kali kedua atau kali ketiga saya menyaksikan pengebumian di waktu malam dilaksanakan. Awalnya terasa asing juga... tapi, menurut kata 'orang-orang tua' jenazah tidak elok di simpan lama.
Malam itu tanah sepi tersebut menjadi terang benderang dgn suluhan lampu kalimantang yg bersusun d beberapa bahagian.

Itulah malam petama hamba Allah itu di alam kubur, dan InsyaAllah (sudah meremang roma saya), saya dan sesiapa sahaja akan menyusul. Terus terang saya katakan, itu amat saya takutkan. Tapi, mahu atau tidak, semua akan mati juga. Stesen berikutnya di alam barzakh sementara menunggu alam akirat. Akhirnya diri sendiri menjadi kaku, dimasukkan ke dalam keranda, kemudian ke dalam tanah menjadi santapan cacing dan ulat.

Merenung-renungkan kejadian di depan mata mengingatkan saya pada sebuah sajak A. Samad Said 'Tetamu Senja' yang antara isinya berbunyi:
"Kita datang ini sebagai tetamu senja.
Bila cukup detik, kembalilah kita kepadaNya,
Kita datang ini kosong tangan dan dada;
(dan terbukti di depan saya ketika itu, saudara kita itu) Pulang dengan tangan kosong jua...

teringat saya satu msg pesana ringkas yg dihantar seorang kawan...
'Waktu lahir, kita diazankan.... Waktu mati kita disembahyangkan... Antara azan dan sembahyang... Demikian betapa singkatnya tempoh antara lahir dan matinya manusia. ibarat tetamu senja yg singgah di bawah pepohon, menunggu masa untuk meneruskan detinasi. Hari ini kita bertepuk tampar bergembira... entah esok, entah lusa, entah sekejap sahaja lagi, sama ada dia atau kita sudah pun tiada...

Benarlah... kita hanya tetamu senja. Maka bersiapkah sudah kita utk ke sana...
Teringat lagi pesanan seorang teman...
"Tidak penting di mana sesuatu itu bermula... pentingya, di mana ia akan berakhir..."

Seperti catatan yang dibaca pagi ini :~

Setiap orang menginginkan hidup bahagia. Setiap orang tidak menginginkan hidup menderita. Selama hidup di dunia ini manusia ingin bahagia, dan sesudah kematian pun ingin hidup bahagia. Kadang manusia rela hidup menderita, dengan harapan dapat hidup bahagia di syurga. Bahagia dan sedih adalah dua rasa yang bertentangan, tapi hanya berjarak setipis kertas, sehingga sukar beralih antara keduanya. Allah memberikan kedua rasa ini kepada setiap insan. Dan ada kalanya, kedua rasa tersebut muncul secara bersamaan dalam satu waktu.

Katanya.... kebahagiaan tidak ada hubungannya dengan kekayaan dan kemiskinan. Kebahagiaan adalah sejenis sikap, suatu cara berfikir dan cara mengada. Kebahagiaan tidak ditentukan oleh hal-hal di luar diri manusia. Kebahagiaan itu ada dalam diri tiap manusia itu sendiri, tinggal memilih mahu akan hidup bahagia atau tidak..........

Saturday, July 26, 2008

We always have a choice

Fuhhh!!!... kebelakangan ini, kehidupun dilanda kesibukan yg berterus-terusan... hingga tak sedar waktu yg berlalu. mula 9 pagi... tiba-tiba sedar dah pukul 6.00 petang... sibuk... bz... sibuk... hingga tak sempat utk memikirkan perasaan sedih.
Teringat satu artikel yg dibaca (atau didengar dari kuliah agama) salah satu tanda hampir hari kiamat, ialah waktu akan jadi semakin singkat.
agaknya inilah yg dikatakan waktu semakin singkat itu. bukanlah waktu yg ditetapkan 24 jam sehari menjadi 23 jam atau 22 jam... tapi inilah dia. kesibukan tugas yg berterus-terusan sehingga tak cukup waktu sehari nak selesaikan.. ok... cukup kat situ dulu..


"We always have a choice"
(....mengingatkan tentang kata-kata yang diucapkan dalam Spiderman 3)

Kebelakangan ini tak tau kenapa saya ingin menulis tentang soal perasaan dan peranan ‘teman’ dalam hidup ini..

Saya akhirnya belajar membuat setiap detik kehidupan ini “bererti” untuk dinikmati. Tidak mudah, tidak juga susah kalau kita memang mahu. Namun akhirnya kita sedar ada waktunya kita tidak mampu melewati setiap isi hidup sendirian. Hidup itu seharusnya balance dan tidak terlalu berlebihan..

Kita perlu sahabat..teman.. yang mampu menopang dan menguatkan kita bagi menempuh ranjau suka duka perjalanan hidup ini. Life is a journey and we need friends.

What do you think?

Di kesempatan ini, I would like to thanks Naza yang selalu dan sentiasa menjadi “pendengar” yang setia, menjadi sumber yang mengangkat saya dan menjadi “pengkritik” yang menyeimbangkan emosi saya dikala masa-masa sulit dan berat untuk ditempuhi...

Monday, July 14, 2008

Laluan baru, tempat baru, semangat lemau sikitlaa

Laluan baru, tempat baru....

Hari ni bermulalah aku berkhidmat kat tempat baru. Happy tu happy jugak. Tapi keadaan kesihatan tak izinkan aku tunjuk muka ceria. Hari ni, demam sikit, batuk sikit, selsema sikit... yg sikit2 tu kalau campur-campur dah ckup buat mood aku nak berceria jadi hilang... takut diorg kata aku macam tak heppi plak kerja kat sini. harap-harap esok ok....