Monday, August 11, 2008

Kita Ini Tetamu Senja


Membaca satu entri yg ditulis oleh kak lawa di dalam blognya, membuatkan saya terkenangkan satu kisah yg pernah dilalui satu masa dulu... (entri tersebut mengenai kematian ya... bukan mengenai kisah kalau lelaki boleh beranak)

Hari Sabtu malam ahad (seingat saya... tarikhnya tidak pula saya pasti)... ketika melangkahi masjid di tempat saya utk solat maghrib... seorang teman yg telah tiba lebih awal agak tergesa-gesa menyapa saya dan memberitahu "Ada mayat dalam masjid"

Berderau darah saya.... 'Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un'... siapa pula yg mati? tertanya-tanya hati saya. Sebaik melangkah ke dalam masjid, kelihatan sebuah keranda di sisi dinding belakang ruang utama masjid.

Keranda itu sudah ditutup dgn kain. Ertinya jenazah itu telah disiapkan... (sudah dimandi dan dikafan) hanya menunggu disolatkan sebelum diusung utk dikebumikan. Demikianlah... seorang lagi hamba telah kembali kepada Tuannya.

Selesai solat, iman terus berdoa tanpa wirid, dan solat jenazah pula dilangsungkan.
Semuanya berjalan dgn pantas, dan selang beberapa detik kemudian keranda diusung dlm baki cahaya senja ke tanah kuburan.

Saya ingin juga membantu... tapi kelihatan telah ramai yg mengerjakan tugas, saya minggir ke tepi memberi laluan. Dan dari sosek, sosek mulut yg bertugas rata-rata mengatakan betapa ringannya mayat itu di uruskan... Dan pada awal malam itu bertambahlah seorang lagi di tanah sepi taman kemboja yg dihiasi juga ratusan batu-batu nesan yg tertancap di atasnya.

Ini mungkin kali kedua atau kali ketiga saya menyaksikan pengebumian di waktu malam dilaksanakan. Awalnya terasa asing juga... tapi, menurut kata 'orang-orang tua' jenazah tidak elok di simpan lama.
Malam itu tanah sepi tersebut menjadi terang benderang dgn suluhan lampu kalimantang yg bersusun d beberapa bahagian.

Itulah malam petama hamba Allah itu di alam kubur, dan InsyaAllah (sudah meremang roma saya), saya dan sesiapa sahaja akan menyusul. Terus terang saya katakan, itu amat saya takutkan. Tapi, mahu atau tidak, semua akan mati juga. Stesen berikutnya di alam barzakh sementara menunggu alam akirat. Akhirnya diri sendiri menjadi kaku, dimasukkan ke dalam keranda, kemudian ke dalam tanah menjadi santapan cacing dan ulat.

Merenung-renungkan kejadian di depan mata mengingatkan saya pada sebuah sajak A. Samad Said 'Tetamu Senja' yang antara isinya berbunyi:
"Kita datang ini sebagai tetamu senja.
Bila cukup detik, kembalilah kita kepadaNya,
Kita datang ini kosong tangan dan dada;
(dan terbukti di depan saya ketika itu, saudara kita itu) Pulang dengan tangan kosong jua...

teringat saya satu msg pesana ringkas yg dihantar seorang kawan...
'Waktu lahir, kita diazankan.... Waktu mati kita disembahyangkan... Antara azan dan sembahyang... Demikian betapa singkatnya tempoh antara lahir dan matinya manusia. ibarat tetamu senja yg singgah di bawah pepohon, menunggu masa untuk meneruskan detinasi. Hari ini kita bertepuk tampar bergembira... entah esok, entah lusa, entah sekejap sahaja lagi, sama ada dia atau kita sudah pun tiada...

Benarlah... kita hanya tetamu senja. Maka bersiapkah sudah kita utk ke sana...
Teringat lagi pesanan seorang teman...
"Tidak penting di mana sesuatu itu bermula... pentingya, di mana ia akan berakhir..."

4 comments:

SURAIYA PAUZI said...

this is the best of your entries. Short yet meaningful! Non-melancholy which is something that i like to read. hope there'll be more of your writings as good as this.

umi_e said...

ermmmmm penuh dengan pesanan :) Thanks...

Tirai Hidup said...

chime..ku pernah lihat bapak sedaraku menghembuskan nafas terakhir dgn menyayat hati chime nanti ku buat n3!

Keri AlHaj said...

iyeke kak sue... saya budak baru belajar... kalau salah tu, editor bolehlah tolong tunjukkan...

Kak e... pesanan tu untuk semua, dan utk diri saya sendiri...

kak lawa... semoga Al-Marhum bapak sedare akak akan sentiasa dicucuri rahmat, dan tergolong dlm golongan org beriman...