Saturday, January 17, 2009

Kenapa saya suka rumah saya.....

"Kenapa saya suka rumah saya?"
"Kenapa saya suka rumah saya?"
"Kenapa saya suka rumah saya?"

"Sebab dia besssssssssttttttttttt"....

****************************

bukankah bagus kalau kita dapat duduk di hotel lima bintang. di situ ada pendingin hawa, tab mandi dengan sistem pemanas air yg lengkap, siaran astro lengkap dengan semua siaran, tilam setebal dua@tiga kamus, suratkhabar + tuala + sabun + kopi @ teh yang diganti setiap hari, makanan sedap-sedap.

atau duduk sahaja di pejabat. di situ ada internet + elektrik percuma 24 jam, pendingin hawa, mesin buat air, peti sejuk, 'kerusi bos', sofa, meja, kabinet besi, tempat solat...

kenapa mesti kita pulang ke rumah?

ruangnya tidak sebesar bilik hotel. jauh sekali kalau hendak dibandingkan dengan pejabat. di situ tidak ada perabot. ada kipas pun mujur tapi kipas tidak sesejuk pendingin hawa. ada dapur pun macam tidak ada dapur.

tapi kita balik juga ke rumah. biarpun kadang-kadang kita ada kata 'sedap ni kalau dapat tidur kat sofa kat opis'.

kenapa? sebab di rumahlah tempat hari kita bermula. sebelum kita pergi ke hotel lima bintang atau ke pejabat, kita akan mandi dan sarapan di rumah. biarlah bukan banglo pun tetapi 'dalam serba kesederhanaan' itulah kita hidup dengan jujur.

dalam rumah kita boleh buat apa benda yang kita suka. tidak ada orang akan larang. tidak ada orang akan marah. dan kita tidak perlu 'berlakon'-kalau ke pejabat kita terpaksa pakai tali leher dan baju kemeja bergosok, di rumah pakai hanya kain pelikat sahaja pun tidak ada siapa yang peduli.

tapi kita tidak boleh elak, kadang-kadang kita lebih suka kepada benda yang bukan kita punya. bila kita dapat duduk di hotel lima bintang, kita akan kata 'kalau dapat duduk sini hari-hari mesti best'. bila kita khusyuk main internet di pejabat kita akan kata 'baik aku duduk sini dari aku balik rumah. kat rumah bukan ada apa-apa'.

tapi rumah adalah rumah.

barangkali dalam hidup ini kita juga perlukan ruang untuk diri kita sendiri. ruang yang buat kita rasa bahagia, yang buat kita rasa kita ini raja - ruang yang walaupun ketika ia berada di dalam keadaan yang kucar-kacir, kita rasa selamat.

kerana itulah saya mengucapkan 'tadaima'.

Satu ketika saya sudah berjalan jauh meninggalkan rumah ini untuk sekian lama. ada ketikanya saya fikir saya tidak akan menjejakkan kaki lagi ke sini. tapi saya telah kembali.

kepada sesiapa yang sudi berkunjung ke ruma yang tidak sepertinya ini, saya ingin mengucapkan terima kasih. Tapi kini saya sudah kembali... dan buat masa sekarang saya tak terfikir untuk pergi lagi... Maaf andai kehadiran anda sebelum ini tidak mendapat layanan yg sewajarnya dari saya... tidak ada banyak yang dapat saya jamu tapi insyaallah; oleh kerana saya sudah pulang, kunjungan anda di masa akan datang akan saya hidangkan dengan 'ayam golek'.

*tadaima ialah perkataan jepun untuk saya sudah pulang.

Bagaimana pula dgn saudara kita di palestine sana yg sudah tidak punya rumah??

Nota: jgn lupa terus memboikot... Istiqamah itu penting... buat sikit-sikit tapi berterusan lebih baik dari buat byk2 tapi sekejap... Terus boikot israel laknat dan US... teruskan... teruskan... jangan berhenti... kasihan saudara kita di sana... teruskan memboikot... Allah akan balas niat mulia kita...

19 comments:

miEchi said...

home sweet home..rumahku syugaku..hujan emas di negeri orang..hujan batu di negeri sendiri..lebih baik umah sniri..

chime: tadaima!!
sape2 yg ade kt rumah:okaerinasai!!

welcome home..selamat pulang..ha..mule la tu..stat melalut..

alhaqimi said...

hmm... tak sabar nak ader umah sewa sendrik bila dah keje nnt...pas dah ader duit... leh la beli umah...

sronok la dapat kemas2..masak2..mcm2 la...

rumahku... rumahku la..hahahaha

chimera said...

miechi - ecceli agak lama jugak saya dah pulang ke rumah sendiri... tapi agak baru jugak lagi... (ni mana satu betul ni... dah lama ke baru lagi).... rumah ku... i lap u...

alhaqimi - mnyewa dulu ek? nak bagi rasa pengalaman mcamana nak uruskan rumah sendiri tapa bantuan sesiapa...
err... seronok ke kemas2 rumah?? hehehe... mcm tak seronok je... hahaha.. - ok moga dpt memiliki rumah sendiri satu masa nanti...

yOnnA said...

hurm,tertarik dengan entry ni..
betul ckp abg..
kadang2 kita nak benda yang bukan hak milik kita.
sebab bukan milik kita la kita nak bendu tu jadik milik kita..

kadang2 kita tak pernah nk bersyukur dengan apa yang kita dpt.
dengan apa yg kita ada..

kita mmg sentiasa lalai. allah dah bg byk kelebihan pon tak reti bersyukur.. haihhh

ab geldofg said...

mandi kt manan skali pun...tapi mndi kt rumah sndiri yg paling bst

Tirana said...

Rumahku...syurgaku..Syukurlah walaupun rumahku tidak setaraf hotel lima bintang tapi masih ada tempat untuk berlindung daru hujan..panas..dan kesejukan.. Bila mengenangkan rakyat Palestin yang kehilangan rumah mereka..sayu rasa hati..Tidak dapat dibayangkan kehidupan mereka yang tidak tenteram itu..

Ad Rifza said...

SAYANGILAH RUMAH ANDA..RUMAHKU SYURGAKU..hehe...
Bila kemana2 pun nakkk gak balik umah...Teringattt gak kat rumah.. Sebabnya kita dah biasa dan selesa duk dirumah sendiri..

hanafana said...

rumah ku syurga kuu :)

:: Cikgu Wiween :: said...

sy suka barbie doll house. <--- pinjam ayat anak murid nih. gagaga :p

CT Delima said...

Rumah Ku Syurga Ku..

kerana rumah lah kita dapat segala2nya dari makan minum keperluan segala2nya..dan dari rumah lah kita membesar dan mendapat kasih sayang ..pada k.ct rumah adalah SYURGA kedamaian..

fazemy said...

Btol..rupa tempat kita bermula..empat segalanya2nya..yg mencorakkan kita dari rumah..biarlah rumah kita kecik tapi kita bahagia dlm tu.

addyaholix said...

saya suka rumah saya. walau kurang segala benda tapi saya tetap suka rumah saya. sebab rumah saya adalah rumah saya.

cuma saya tak betah asyik memerap di rumah haha!

chimera said...

dek yonna - memang selalulah sifat manusia tak akan pernah puas hati dgn apa yg kita ada dan apa yg orang lain ada... hmmm..bilalah agaknya nak belajar erti bersyukur... (komen utk diri saya sendira ya)

geldofg - betul, mandi kat umah sendiri paling besh. nak mandi macammana, byk mana, nak pakai apa.. nak pakai g-string pun tak de sape peduli.. hehehe

sis tirana - ya, kecik-kecik rumah pun itulah penaung kita dari panas matahari atau basah hujan atau dingin malam... bagaimana suadara kita di palestine sana... di mana tidor mereka malam ni... hmmm...

ad- betul. secantik mana pun rumah, sebesar istana sekalipun manakan sama rumah sendiri... dunia kita di situ, syurga kita di situ...

hanafana - salam kenal ya... rumahku syurgaku.

ween - barbie doll house??? erkkk! patutlaaaa.. ween pun mcm barbie doll jugak.

kakCt - haha, segalanya bermula di rumah. segala-galanya ada dirumah ke mana-mana pun kita pergi, ke rumah jugak kita kembali...

fazemy - kebahagiaan bermula dari rumah. biar kecik, biar serabut... di situ kita hidup bahagia. di situ kita terlindung...

addy - saya juga sukakan rumah saya. tempat yg plaing selesa dlm dunia... saya pula paling suka memerap kat rumah je... hehehe

poj said...

dulu aku pn rase dok opis lg best dr umah.. so, skang nie aku buat umah aku cm opis, taruk ekon, mac sebiji + pc sebiji (utk main game), internet (lg laju dr opis!).. kt opis kena buat air sendiri, tp kt umah leh suh bini aku buat.. so, skang nie rase cm malas jek nk gi opis! tp klu x gi opis..sapo nk bayo gaji aku!! hmmm.

nak ckp jepun gak!!.. ermmm, kage bunshin no jutsu! hehehe..

:: Cikgu Wiween :: said...

herkk...barbie doll yg kurus kelingking tu mana buleh disamakan dgn cikgu gangster!! Tidakkkkkkkkkkkkk!

chimera said...

poji - hahaha... serba ada dah kat rumah ya... tapi kat opis ada Kak Aliyah, kak umah takde.. heheheh

ween - saya bukan samakan ween dgn barbie doll dari segi size badan... tapi persamaan tersebut memang adalah terutama sekalai tang bulu idong... (mcm biasa pakai je statment ni)

poj said...

ahaks... kalu dier ader kat umah aku, jangan cakap aku nk balik lagik kat umah tu.. aku jual terus umah tu!! hehehe

axim said...

saya pun suka rumah saya..sebab dia best!!!

*Allah selamatkan lah Palestin dari kekejaman rejim zionis Israel..

chimera said...

poji - ok apa kak liyah ada... boleh suruh dia cuci baju, masak-masak, asuh anak... hahahahaha (kalau kak liyah baca ni - abislaaaaa)

axim - rumah kita bestkan!!! Moga Allah juga terus beri semangat kepada saudara kita di sana utk terus berjuang...