Monday, January 12, 2009

Belajar Dari Universiti Kehidupan...

Ramai orang tak pernah masuk universiti.... tapi masih boleh berjaya dan jadi kaya. Boon Siew, tak pernah tahu membaca pun - tapi boleh jadi jutawan dgn mengendalikan jualan motor Honda... Siapa yang ajar dia?... Dari universiti mana dia belajar kalau bukan dari universiti kehidupan.

Nak tahu kenapa ramai orang hisap dadah? Antara sebabnya, sebab dia rasa dia tak pandai. Tapi, kalau betul universiti jadikan orang pandai, kenapa masih ada jugak lepasan universiti yang hisap dadah?... Kan ke nampak sangat tak pandainya tu. Habis, macamana pulak dia boleh lepas masuk universiti.

Tak semestinya universiti yang akan menjadikan kita pandai. Kadang-kadang jadi lebih Ngok dari orang tak pernah masuk universiti.

Yang dikatakan berjaya ialah di hujungnya. Sepanjang proses belajar, bagaimana tinggi pun gred yang kita dapat, kita tetap tak bijak kalau semua kelulusan itu tak dapat kita terjemahkan jadi hasil, jadi duit dan pangkat bila bekerja nanti. - Maknanya, kalau nak diukur kejayaan itu daripada aspek duit semata-mata, selagi tak jadi boss atau tauke, bukanlah berjaya sangat namanya. Dan kalau nak diukur dari sudut agama, kalau tak boleh jadi orang baik, beragama dan berperibadi mulia bukanlah berjaya namanya.

Simpahlah ijazah dari universiti paling berprestij di dunia, kalau lansung tak berikan faedah untuk orang lain, tak ada maknanya. Jadi, saya nak katakan, berusahalah anda mencapai tahap akademik yang teratas, tapi kalau tak dapat, ingat kejayaan diukur pada penghujungnya. Macam juga orang yang beribadah habis-habisan, tapi hujung nyawanya apakah baik? dalam kata mudah, dapatkah dia mengucap? Kalau dapat berjaya dan beruntunglah dia...
kalau tak... Erkkkk (moga hal ini dijauhkan dari kita semua)...

Universiti yang diiktiraf hanya sebagai syarat untuk mendapat pengiktirafan dunia dan mungkin juga untuk bekerja dengan kerajaan. Tapi, hidup yang diiktiraf diukur pada macamana kita menterjemahkan hidup untuk dibawa bekal ke akhirat. Jadi tak kisah kita terpaksa belajar di universiti apa dan bagimana. Belajar tak semestinya duduk dalam kelas. Sekarang, macam-macam kaedah boleh belajar.

Penagih dadah tegar duduk bawah jambatan tu sebab dia rasa dia tak bijak, tak pandai, tak ada peluang masuk universiti. Padahal kalau dia sedar orang berjaya bukanlah mesti masuk universiti, dia akan berusaha ubah nasib dengan kerja keras dan belajar sendiri.

Untuk seorang kawan saya tu - yang sangat kecewa dengan keputusan examnya baru-baru ini... Ingat!!! kejayaan sebenar adalah penghujungnya. Sebab awalan hanyalah langkah untuk membina kejayaan itu. Jangan kecik hati sangat... jangan kecewa sangat... jangan susah hati sangat... Buat yang terbaik, jadi orang mulia... kejayaan seseorang bukanlah diukur sebab dia tak pernah jatuh... tapi diukur pada keupayaan dia untuk bangun semula setelah dia jatuh...

Kalau pun hari ini anda tak berjaya meraih ijazah dari universiti - bila berjaya nanti nescaya universiti akan mencari anda untuk diberikan anugerah, sebab ketika itu mereka yang menumpang kreadibiliti anda...
Kalau anda ada ijazah pulak, Tidakkah itu sepatutnya menjadikan anda lebih power dan luar biasa????

18 comments:

ab geldofg said...

dulu aku ada tulis entry..kt blog lama aku...kisah kawan aku yg bjaya...pmr pun dia tk lepas.....

AiE bAhRi said...

Sokong apa yg abg chime tulis.

Universiti tidak menjanjikan sebarang tiket untuk menempuhi perjalanan yg lebih jauh lagi.Tapi apa yang lebih penting bagaimana kita belajar dari pengalaman kehidupan dan itulah universiti yang terbaik buat kita.

Kepada sahabat yang kecewa dengan keputusan exam yang teruk, jangan mudah berputus asa dan kecewa dengan takdir keputusan itu.Keputusan itu bukan penamat kehidupan tapi jadikan ianya sebagai cabaran untuk meraih lagi kejayaan demi kejayaan.

Sinar dan gemerlapan bintang masih menanti bagi orang yang sentiasa cekal untuk berjaya tapi jika kita mudah kecewa, bukan sahaja sang bintang mentertawakan kita malah keseluruhan alam turut mentertawakan kita kerana mudahnya kita berasa kecewa.

Kejayaan di universiti adalah bonus untuk kehidupan tapi kejayaan dalam kehidupan di dunia dan akhirat itu lebih bermakna dari segalanya walaupun tidak memiliki segulung ijazah!

Hidney said...

jauh pandangan chime kita ni

♥miss zaza♥ said...

gagal itu mengajar kita erti hidup.

suraiya said...

Betul tu shukri. Ini bunyinya macam satu seksyen dari buku Kak Jal je...apa pun menuntut ilmu baik akademik atau ilmu pengalaman sebenarnya tiada noktah hinggalah saatnya kita mati. Ilmu akademik dan ilmu dari universiti kehidupan seharusnya berjalan seiringan, dua2nya harus digunakan ke jalan Allah

CT Delima said...

betul apa yg dikatakan..kalau belajar setinggi gunung mana pun..tapi x pandai2 pun nak buat apa..perabis duit org tua dan kerajaan jer..cehh..mengomel sikit lah yer. somi k.ct pun x yah masuk universiti tapi bole berjaya juga :)

fahmi latiff said...

waahhh.. tahniah... anda punyai minda jutawan jugak yer...:)

miEchi said...

betul tuh..ilmu kehidupan adalah pembelajaran yg takkan pernah habis...

chimera said...

ab geldofg - bestkan org ada kemangat kesungguhan ni. buat dgn bersungguh apa2 pun akan jadi...

aie - bagus komen2 aie... no komen...

hidney - tak jauh mana pun. cakap je reti, buat tak reti punn... heheh

zaza - dgn gagal barulah ada usaha utk mencapai jaya...

kak sue - errr, mcm dr buku kak jal ke?.. haha.. sebab saya suka jugak baca tulisan kak jal, sebab tu tertiru-tiru gaya penulisan dia kot... tp, mana boleh lawan kak jal... editor handalann tuuuu... ilmu yg bermanfaat ialah ilmu yg boleh bagi manfaat kepada setiap manusaia lain...

kak Ct - hahah, betulll... org kata perabih kan berass je kann... Uih! CheMat boleh dijadikan cthlah kalau mcm tu...

fahmi - Minda Jutawan??? errkkkk... errrr...

miechi - selagi nyawa dikandung badan... kehidupan akan terus memberi pelajaran...

chemot said...

sy lebih sukakan kepandaian dari segi kehidupan daripada sekadar pandai dari segi akademik.

btw, chemot n double D, kitorang leukemia patients.

suraiya said...

ada nak tambah lagi laa,
pendidikan universiti sebenarnya sgt penting dan merupakan tiket. golongan profesional misalnya doktor, jurutera, peguam & seumpamanya memerlukan ijazah. Jika iada ijazah bagaimana mereka hendak berkhidmat? Bagaimana mereka hendak pergi jauh dalam hidup? Kurang tepay apa yg diperkatakan saudara Aie Bahri.
500 pemimpin Hamas misalnya memiliki Ph.D, mereka berjuang di jln Allah tanpa membelakangi akademik yg diperolehi dari universiti. Sesungguhnya menuntut ilmu di universiti juga merupakan Sebahagian besar kejayaan yahudi pada hari ini kerana mereka mempunyai ilmu yg dikutip dari universiti. Mereka menguasai ekonomi dunia, merekalah juga konglomerat.
Ilmu dari universiti yang diperindahkan lagi dgn ilmu dari universiti akan mewujudkan suatu kuasa & kejayaan yg tiada tolok bandingannya. Ulama2 dahulu berjalan jauh utk menuntut ilmu dari institusi pengajian tinggi utk dicurahkan kpd masyarakat.
Umat islam jika benar2 mengeksploit ilmu & memanfaatkannya di jln Allah mampu menundukkan musuh allah seperti yahudi laknatullah.
Apa yg terjadi hari ini ialah org islam yg berpendidikan ini tidak menggunakan ilmu yg dituntut itu dijalan Allah, lantas mereka menjadi mangsa yahudi...menjadi golongan hendonisme. Lagha dgn apa yg ditabur oleh yahudi di dunia ini!

Apa pun bagi mereka yg gagal ke universiti, tidak bermakna mereka tidak boleh berjaya. Belajar dari universiti kehidupan dahulu tidak mengapa, tetapi pada waktu yg sama perlu berusaha belajar di universiti akademik. Jika tidak berjaya juga, ilmu yg dikutip dari universiti kehidupan perlu disalurkan ke jalan yg memanfaatkan masyarakat juga. Wallahua'lam

suraiya said...

Iss...byk salah ejaan dlm komen tadi...masalah key pd notebook

BurungBelatuk said...

aku plak berjaya dalam kedua2nya...u life n bisnes...macam apa hidup nih...kekadang tertunggang terbalik gak...anyway, aku dah kembali. Sudi2 la singgah kat blog aku k...

addyaholix said...

apapon, perlu ingat satu perkara. sekuat mana pon kita berusaha, kalau bukan dengan ketentuan-Nya tetap juga kecundang. begitu juga sebaliknya. cuma terus berdoa dan insyaallah Dia sentiasa ada untuk kita.

AiE bAhRi said...
This comment has been removed by the author.
AiE bAhRi said...

Kak Suraiya,
Saya tidak mengatakan pendidikan universiti tidak penting.Apa yang saya jelaskan di sini adalah universiti tidak menjanjikan sebarang tiket untuk menempuhi perjalanan yang lebih jauh.Maksudnya, ada juga yang keluar dari universiti dan memiliki ijazah tapi tidak dapat berkhidmat dengan cemerlang malah menjadi sampah masyarakat pula.Memang betul golongan profesional perlu memiliki ijazah untuk memberi perkhidmatan tetapi kadangkala perkhidmatan yang diberikan tidak setimpal dengan apa yg mereka miliki.

Dalam hal ini, memang saya tak nafikan bahawa untuk memiliki kehidupan yang sempurna, faktor pendidikan juga amat penting tapi jika dilihat fenomena pelajar sekarang, mereka belajar hanya untuk lulus exam sahaja.Dan jika mereka gagal, mereka sanggup untuk membuat perkara di luar kawalan.Jadi, di mana nawaitu yang sebenar dalam menuntut ilmu jika semata2 mahu lulus?Kalau nawaitu dah salah, means semua kerja tidak mendapat keberkatan.

Itu pendapat saya.Sebabnya saya juga lulusan universiti dan mustahil bagi saya untuk memperkotakkatikkan tempat saya mencari keberkatan ilmu.

Dan lagi..
Ijazah dan ilmu yang diperolehi lebih elok jika diaplikasikan dalam kehidupan supaya pengalaman kehidupan pula menjadi medan universiti yang boleh diambil iktibar oleh orang lain.

Wallahualam...

chimera said...

chemot - kedua-dua kepandaian tersebut sgt penting sebenarnya...

kak sue - apa pun pendapat yg diberi, itu adalah pendapat. anyway terima kasih utk komen yg panjang dan berisi tersebut... dah mcm satu entri dah ha..

belatuk - hmmm... berjaya dlm semua bidang. hebatnya...

addy - kita sekadar merangcang - sedangkan Allah sebaik-baik perancang... semuanya tertakluk pd ketentuanNya.

aie - apa pun pandangan saya terima. Pandangan aie pun bernas.

Puteri Amna Balqies said...

Kalau anda ada ijazah pulak, Tidakkah itu sepatutnya menjadikan anda lebih power dan luar biasa????

Bagi aqies la ea..ijazah adalah sekeping kertas menunjukkan tahap pencapaian kite dari segi akademik..kalo nak di katekan "power" tu lom lagi la..biase jew,bagi zaman yg serba moden ni ijazah di anggap biase2 jew sebab ramai graduan yg ade ijazah. Berbanding orang yg ade master dan PHD tu baru bole di ungkapkan sinonim dengan ungkapan "power" tu..ermm ijazah ni pun tiket gak nak dapat keje dengan gaji yg agak stabil..sebab melalui pengalaman aqies sendiri,salaries(gaji) kite di amek kire dari tahap pencapaian akademik kite..ermm ade ijazah ke tak,tu sume tak penting yg paling penting adalah skill dan pengalaman yg kite ade..dan belum tentu yg ade fresh gradute ni leh wat keje..that's way aqies keja dan belaja sampai keje sambil timba pengalaman..