Thursday, January 22, 2009

Pesan seorang teman...

Rumah yang kosong akan menjadi sunyi-sepi ~ silap-silap orang akan kata berhantu pula....

Sebab itu mana-mana rumah sekurang-kurangnya kena ada sofa, almari, meja, kerusi, alat-alat dapur seperti tong gas, periuk dan dapur, hiasan-hiasan dinding seperti poster, ayat-ayat al-quran yang diletakkan di dalam bingkai dan gambar keluarga, pasu bunga, kasut, televisyen, radio, pemain vcd - letaklah apa-apapun asalkan rumah itu tidak nampak kosong.

Dalam banyak-banyak barang itu, barangkali yang betul-betul kita guna hanya sebahagian kecil sahaja. Yang sebahagian lagi itu kalau tidak ada pun tidak apa. Ada sebahagian lagi adalah benda-benda sudah ada dalam rumah tapi kita beli juga lagi ~ saja dibeli untuk suka-suka. Ada sebahagian yang lain ada 'rumahnya' sepatutnya dalam tong sampah tapi kita tidak buang ~ 'sayang nak buang'.

Kadang-kadang kita tidak akan rasa apa-apa. Banyak barang dalam rumah, rumah pun jadi meriah. Tapi kadang-kadang kita rasa rimas. Banyak barang dalam rumah, rumah sudah jadi macam kedai perabot. Dan pada suatu hari, kita pun tergerak untuk mengemas rumah.

Kita geledah satu rumah, semua barang kita selongkar, kita keluarkan semua barang dan taburkan di luar rumah. Kemudian kita ambil satu-satu - yang mana masih elok dan kita rasa berguna, kita masukkan semula ke dalam rumah. yang mana hendak kita 'tendang', kita sewa lori, sumbat dalam lori dan hantar terus ke tempat buang sampah.

Apabila semuanya selesai, kita akan dapati sebenarnya tidak ada banyak pun barang yang betul-betul kita perlukan. Mungkin barang itu sekarang ini sudah buruk, barang yang kita sendiri pun tidak perasan ada di dalam rumah atau barang yang baru sahaja kita beli. Tapi itulah sahaja barang yang kita perlukan.

Masalahnya, rajinkah kita untuk mengemas?

Hidup sama juga seperti rumah - perlu ada sesuatu di dalamnya.

Kita ada duit, kita beli macam-macam. Kita jumpa orang, kita berkawan. Kita ada masa, kita buat macam-macam. Tapi apa yang kita beli, dengan siapa kita berkawan dan apa yang kita buat itu kadang-kadang hanyalah sesuatu yang 'mencuri ruang' di dalam hidup kita. Kadang-kadang kita tidak perlukan sangat apa yang kita beli, siapa yang kita berkawan atau apa yang kita buat itu. Itu semua kadang-kadang hanya akan membuatkan hidup kita lebih kelam-kabut.

Tapi itu semua kita tidak akan sedar kalau kita tidak 'rajin mengemas'. Harapkan kita, bukan semua kita rajin berkemas. Sebab itulah tuhan akan buat sesuatu supaya kita berkemas..

Mungkin inilah agaknya masa untuk 'mengemas'.

14 comments:

:: Wiween :: said...

tersirat entry nih. kejap mau pikir sikit. huhuhu

Keri AlHaj said...

nak pikir apa ween - nak pikir nak kemas rumah ke tak nak ke??

:: Wiween :: said...

wiken nih operasi membuang buang akan berjalan. ween nih jenis suka simpan barang walaupun kdg2 brg tu da rosak. byk kali simpan sandal yg sebelahnya da terputus pun. mcm syg mau buang. pastu siap kena bebel dengan mak baru buang dengan jujuran air mata! gagagag

Keri AlHaj said...

huih!! buang dgn jujuran air mata.. err.. jujuran ke cucuran ha!!. amat sadis bunyinya.

sama lah kita.. kalau bukak almari penuh dgn kotak2 yg penuh pulak dgn kertas2. ntah simpan nak buat apa.
Errr... ween simpan sandal sebelah?? mcm pelik je koleksi peribadi ween ya...

:: Wiween :: said...

hhaah benornya mau taipjuraian. nih yg payah nih bm fail! gagaga

err..bukan sengaja pun. bile sandal yg suka dipakai putus, ada perasaan syg mau buang so dok simpan jek laa. nih ade dua pasang lum buang lagik. tunggu ilang sadis baru buang.xpun tunggu mak bebel pjg dulu.gagagag pelik ek?

Keri AlHaj said...

ha-ah... maunya tak pelik.. org lain kumpul stem, kumpul botol (botol?), kumpul mug, atau set barang2 kemas... atau kasut (byklah pulak cthnya) ween pulak kumpul sandal sebelah yg dah putus pulak tu.... seb baik tak susun dlm almari kabinet buat pameran... (ke memang ada buat gitu?)

:: Wiween :: said...

ahahha masalahnya kan chime. dengan yg putus skali ween simpan! kakakakak

zmn blajo kat penang dlu lagik teruk. masa da abis matriks tu angkut brg balik umah balik siap bwk balik jugak sandal da putus! dr penang ke PD. jauh betol sandal putus merantau! wahhahaha balik kena bambu dgn mak laa hape lagik. baru laa buang dengan juraian air mata :p

Keri AlHaj said...

setiap kali nak buang sandal putus mesti berjuraian air mata ke??... hahah... semangatnya dia menyayangi sandal putus dia... utuk menglakkan dari kena marah... saya cadangkan ween tebuk satu lubang kecik, pastu isi rantai keychain... lawa apa - rantai kunci sandal putus - unik... hmmm boleh dikomersialkan idea ni...

:: Wiween :: said...

ceehhh perli kah. tembak kanggggggggg! lama x mengganas kat blog nih. sentimental laa skang. *sob*

Keri AlHaj said...

aik! sentimental?? kata dah 100% ok...

:: Wiween :: said...

ween mmg ok. cuma less gangster, more sentimental. gagagagag

Unknown said...

"Hidup sama juga seperti rumah - perlu ada sesuatu di dalamnya."
pergh~~
ayat yg sungguh bermakne...

AiE bAhRi said...

Dalam maksudnya ni..
Kena fikir ni =)

IamYonna said...

err
entry ni suruh org rajin mengemas ke? :p hahaha..

err tapi kan bro.. betoi ckp bro.
bila dah kemas2 tu,sebenarnya byk2 sgt2 barang yang kite buang mcm tu je. ada yang x sempat guna pon,dah berhabuk then buang..

setiap kali kemas mcm tu la,
byk tu jugak barang yang dibuang.
kita still beli..

tu lah manusia..