Tuesday, April 14, 2009

Andrew...

Saya mengenalinya pada hari pertama saya mendaftarkan diri di pusat pengajian tinggi di ibu kota… Dia begitu segak berkemeja hijau muda tampil bersama gaya rambut yang saya kira begitu elegan pada ketika itu… Melihat pada matanya yang separa sepet menjeling tajam – yang terlintas pada fikiran singkat saya hanya satu ~ dia sombong!!..

Kami tidak berbicara apa-apa, sehinggalah tatkala saya menemuinya semula di kolej kediaman ke 10… Terkejut saya bukan sedikit… Pemuda cina itu – adalah teman sebilik saya…

“Saya Andrew… Asal Kuala Lumpur,” dia bersuara sambil hulurkan tangan… salamnya saya sambut. Wah! Dia fasih berbahasa Melayu…

Sejak itu dialah rakan karib walaupun berlainan jabatan pengajian. Saya major di Jabatan Pengajian Media dan dia menekuni ilmu di Jabatan Seni Persembahan. Seperti saya, dia juga anak keempat dari anggota keluarganya.. bezanya dia tidak berabang… dan saya tidak berkakak…

Setahun mengenalinya, terdetik juga di hati saya apa dia ini memang ikhlas bergaul dengan orang-orang melayu. (anehnya dia tidak terlalu rapat dengan rakan-rakan sebangsanya) dan apakah motifnya rapat dengan saya. Pun saya cuba padamkan wasangka. Saya terus bersahabat dengannya hari demi hari demi hari demi hari……

Hinggalah pada ketibaan Ramadan pada satu tahun… terkejut saya bila dia berkata,
“Aku nak sahur dengan kau, nanti jangan lupa ajak aku.”
Saya terpana… dan mula yakin dengan kejujurannya bertutur dalam lenggok bahasa Melayu padahal dia terdidik di sekolah Aliran Inggeris (MGS). Yakin dengan kesungguhannya… dia berbaju melayu bila hari Jumaat yang pada saya melebihi pelajar-pelajar melayu yang lain.. saya mula yakin dengan ketulusannya bersahabat dengan saya selama ini.

Pada tahun kedua…
“Aku dah reserve kan bilik untuk kau.”…
Sebagai pembantu pelajar, dia berhak memilih roommate…

“Eh! Kita nak jadi roommate lagi ke?”

“Yalah… kan aku dah kenal kau, kau pun dah kenal aku.” Jawabnya agak selamba..

Tahun ke dua meyambut Ramadan di kolej, dia masih mengulangi amalan berpuasa…
Saya sekali lagi terharu… Dia ikut mengambil makanan di kafe, menunggu azan Maghrib berkumandang dan dinihari sama-sama bersahur. Malah dia pula yang selalu utarakan pertanyaan “Kau pergi tarawih tak malam ni?”…

Diam-diam saya anggapnya sebagai adik beradik saya sendiri.

Waktu sesekali keluar membeli-belah, apabila masuk waktu solat dia akan berkata, “Nanti aku carikan surau untuk kau.”…
Dan pengalaman manis yang tak akan saya lupa sampai bila-bila, saat saya mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran pada malam-malam Ramadan dia akan duduk di sebelah saya dan mendengarnya penuh minat.

Hanya sewaktu tahun ke tiga dan keempat pengajian… kami bukan lagi teman sebilik. Tetapi Andrew masih lagi mencari saya, lebih-lebih lagi ketika Ramadan bermula. Pertanyaannya yang menusuk hati saya.. “Nanti engkau nak berbuka kat mana?”.. dan saat Syawal menjelma bicaranya “Jangan lupa kuih raya untuk aku tau!”

Sejak itu, saya selalu mendoakan agar Allah memberi dia ‘Nur’ dan ‘Hidayah’… saya mula menghadiahi atau meminjamkan buku-buku agama berkenaan motivasi atau penghayatan Islam – sementelah kami berkongsi minat yang sama--- BUKU….

Saya perhatikan dia memang meminati budaya melayu. Cuma bila pula dia akan mencintai Islam? Ada masa, saya berseloroh dengannya… “Kau ni.. bila lah agaknya nak jadi Muslim ya?” dan dia menjawab… “Sabarlah… akan tiba jugak masanya..”

Kami agak renggang bila masing-masing menamatkan pengajian dan bekerja, kerana hambatan masa… Namun, kad ucapan hari lahir, kad selamat hari raya (pernah dia tulis nama saya dan namanya dalam tulisan jawi), telefon.. emel.. SMS menjadi penyambung persahabatan…

Ketika dia berkhidmat sebagai pensyarah di kolej swasta, sesekali saya menjenguknya. Ada ketikanya kami keluar bersantai sambil bercerita di restoran makanan segera yang digemarinya…

“Kau ni, bila lagi nak jadi Muslim?” saya memang tak pernah lupa membariskan pertanyaan itu bila bersua dengannya…
“Kau ni tak reti sabar ke? InsyaAllah,” Jawabnya seakan marah… saya maklum sikapnya dan hanya ketawa…

Dan ketika saya menamatkan pula pengajian saya dalam bidang seni reka graphic (secara sambilan) dan saya diterima kerja di bidang ini pula… rutin hidup menjadi sangat sibuk dan rumit. Saya pasti begitu juga dengan dia… Kami tidak ada ruang bertemu. Malah kami jarang juga bertelefon… Hanya emel sebagai penyambung – dan saya pula menjadi begitu malas membuka peti emel… hah!

Sehinggalah pada bulan Ogos tahun lalu… saya menamatkan khidmat saya di Kuala Lumpur… pulang ke Pahang, menabur bakti di tanah kelahiran di bidang yang sama membuatkan ruang saya untuk bertemu dengannya yang telah sedia sedikit menjadi makin sempit (malah langsung macam tak ada)…

Ada ketikanya dia bertanya, “Bila kita nak jumpa?”…
Dan jawapan saya.. “Maaf, aku sibuk sangat!!”… dan hakikatnya memang itu. Sibuk…

Melebihi setengah tahun kami tidak bersua muka…

Dan perkhabaran tengahari itu melalui SMSnya…
“Aku jemput kau ke majlis pernikahanku minggu depan. Nanti aku call kau lagi”… buat saya terpana tak senang duduk… Perkataan NIKAH itu… hahhh

Serta merta saya mendail nombornya… “Bila kau Muslim???”
Dia jawab… “Dah nak masuk 4 bulan”…
Saya membalas, “Sampai hati kau tak bagi tau aku”… seakan merajuk dan kesal…

“Aku sering ajak kau keluar, kau kata kau sibuk… tak apalah kan… apa bezanya beritahu kau hari ni dengan beritahu kau 4 bulan yang lalu?” sekali lagi saya terpana..
Ah!... memang silap saya tidak membuka ruang untuknya menceritakan hari bahagianya… saya membuat persoalan… saya kah bertindak agak kejam… atau memang masa yang kejam, atau saya sendiri kejam kerana membiarkan masa bertindak agak kejam… (hakikat manusia… mulalah menyalahkan perkara lain bila sesuatu perkara berlaku)

Malam itu… memikirkan dia… tanpa sedar saya menangis… jiwa saya tersentuh. Betapa kerdilnya kita sebagai manusia di sisi Ilahi. Seandainya sesuatu perkara itu memang tertulis, memang termaktub, akan memang terlaksana, tinggal lagi cepat atau lambat.
Saya sujud syukur atas kurniaNya menjadikan Andrew Cheng Wong kini Adnan Cheng Abdullah…

Saya menghadiri masjlis pernikahannnya.. (kerana saya berjanji pada diri… biar jauh, biar sibuk…apa pun terjadi, saya mesti hadir)… Kami kejap berpelukan ketika bertemu. Saya bukanlah yang jenis mudah menangis... Tapi... demi Allah tak dapat tahan air mata dari terus gugur…

“Huih, kau pulak yang over… gitu pun nak nangis… macam pompuan...” katanya yang memang sangat tampan berbaju melayu rona cream, bersongkok dan bersampin songket… saya memang tak dapat menahan sebak. Barangkali saya tercuit bila mengenangkan pengalaman persahabatan kami sepanjang tempoh 10 tahun lebih, akhirnya Allah menyatukan kami dalam ikatan persaudaraan Islam… Betapa agungnya dia yang maha Khaliq…

Alhamdulillah perkahwinan mereka direstui keluarga kedua-dua belah pihak.
Tahniah.. Selamat Pengantin Baru, Semoga bahagia ke akhir hayat… sahabatku merangkap saudara Muslimku, Adnan Cheng Abdullah dan pasangannya Nor Mastura Suhaimi!!!...








Dan persoalannya yang terakhir hari itu…
‘Kau bila lagi???’…….

20 comments:

miEchi said...

Alhamdulillah....

ladyeena said...

a'ah bro... bila lagi.. ehehehe ;)

anap_ilmi said...

fuhh..sgt menyentuh perasaan..bile la sy dpt peluang gitu..ganjaran amat besar menanti di akhirat nnt..

:: Cikgu Wiween :: said...

halemak..dah kawin pulak bro andrew tu. baru nak ngorat! uhuhu *gurau laa gurau :p*

Ad Rifza said...

Hmmmhmmm tersentuh jugak Ad membacanya..huhu..Alhamdulillah hidayah Allah kepada hamba yang DIA pilih..So Adnan Cheng adalah insan terpilih..Alhamdulillah syukur...Moga dia dan isteri dapat menjalani hidup sebagai muslim dengan sebaik-baiknya..
Itulah bila bangsa lain ingin mendekati Islam kita mesti berikan peluang dan ruang yang secukupnya supaya dia lebih memahami Islam..Bukannya kita kutuk or whateva..hehe..rite?..

ASYIQ said...

Alamak chime...tergenang air mata kak baca entry ko kali ni...alhamdulillah insan sebaik itu akhirnya menjadi muslim juga. Syukur dan tahniah juga buat chime yg telah jadi kawan baik dia....tunjukkan contoh yang baik kpd dia...

Part yg akhir tu...bila lagi chime????

:: Alif :: Dal :: Mim :: said...

haish...penuh emosi membaca entry kali ni..rasa nk nangis jer..hehehe..

best plk ada kawan mcm tu ea..bila la plk turn sy..

Sufi Idany said...

Alhamdulillah....
Ida yang tak pernah kenal dia pun terharu baca citer ni, ini kan lak abg yang bersahabat dengan dia bertahun2 yang lalu.... sure sebu n sebakkan....

Erm... dia ke juga yang stopkan abg kat masjid n igtkan abg ttg solat yang agak nak terlepas dulu? rasa pernah abg citer kan dulu.... mungkin ida salah..... apapun semoga Adnan kekal bersama islam.... amin. juga ucapan selamat pengantin baru untuk dia ek.... abg nya bila lagi nak segak berbaju melayu rona ala2 kehijauan gitu.... hihihhihi

umi_e said...

Alhamdulillah... Akhirnya Allah berikan taufik dan hidayahnya :) Semoga Adnan akan terus sejahtera didalam pelukan kasih Allah SWT...

addyaholix said...

salam bang chime.
banyak kali masuk blog abg tapi tak sempat nak tinggalkan jejak. ni baru lapang sikit.

tersentuh saya baca tulisan abang yang ini. saya habis kata-kata. dulu masa sekolah di tingkatan lima saya juga punya seorang sahabat berbangsa cina yang minat membaca. dia bukanlah pelajar yang dikagumi selain antara pelajar dari kelas tercorot. kami ramai-ramai pernah kantoi hisap rokok bawah tangga sama-sama. yang jadi perhatian kami bila dia berminat membaca kisah-kisah nabi. saya juga pernah pinjamkan buku kisah-kisah 25 nabi yang sampai sekarang dia belum pulangkan. haha. yang saya kesalkan, tiada antara kami yang betul-betul mengambil berat. malah kadang-kadang mempermainkan dia. dan dia selalu cuma ketawa. tapi bila habis sekolah masing-masing bawa haluan sendiri. dia entah kemana. terakhir saya terserempak dengan dia masa tahun 2002 kalau tak silap. kerja di kedai jual alat-alat gitar.

ya. syukur cahaya Dia sampai pada andrew. tapi abg perasan tak, kita yang asalnya memang melayu selalu lebih lalai berkaitan agama kan. bukan berniat membandingkan tapi itu lumrah. saya sendiri macam tu. haha!

dan persoalan terakhir saya kali ini ‘abang bila lagi???’…….

chimera said...

miechi - Syukur pada Allah ...




eena - hmmm, soalan2 ginih memang dah dijangka... saya nanti 31 april... (tiru kak ween)




anap - dia bukan muslim sebab saya pun, sebab memang dia minat dari dulu2 lagi...



ween - itulah dia. lambat sgt, baru je nak tolong kenen2 kan, dia dah kawin dahh... tak de jodoh kan... ensem tau budak tu...




ad - betul... selalu bila ada org bukan islam berminat dgn agama kita, selalu kita buat endah tak endah je... jgn... kita kena bagi dorongan dan cth yg baik...


kak Asyiq - part yg akhir tu??? hmmm bila ya??.. saya pun dahrunsing dah dok pikir pasal tu...




adam - bila turn adam? turn apa? turn nak nikah ke? haaa... bila ya adam??




ida - saya pernah citer pasal tu ya. errr... pasal dia hantar saya ke masjid tu ya.. ha, betullah tu.. dia lah... kita doakan adnan terus kuat bersama pegangan barunya...
time saya bersama bjau ala-ala hijau???... hmmm ntahlah. akan tiba jugak nanti... tunggu je lah..



umi - sama2 kita doakan dia sejahtera bersama pegangan barunya...




mel - nanti aku kenalkan... dia dok shah alam...





addy - bz ke... biasalah... dah namanya pun kerja kan...

kenapa ya, kita tak boleh jadikan kita sebagai cth yg baik pd org2 yg nampak berminat dgn agama kita... sape tahu, kot-kot hati diorg terbuka sebab kita... ha, besar ganjarnnya tu...
bukanlah saya nak kata saya ni cth yg baik... cuma, apalah salahnya kalau kita boleh tunjukkan pd mereka, bahawa agama kita adalah agama yg baik... bukannya susah mana sgt pun kann... tapi, itulah... sesetengah rakan-rakan saya pun gitu... nampak buat sambil lewa je pd mereka2 yg nampak minat dgn agama kita... pelik jugaklah. org2 yg dah masuk islam pun nampak di perleceh-lecehkan oleh org dah sedia islam... konon kita lagi hebat, ilmu lagi tinggi... apa-apa lah...
dan betul... kita yg memang dilahirkan dlm islam ni nampak lebih lalai dari mereka-mereka saudara baru ni...

dan persoalan terakhir tu...
(memang dah agak, addy mesri tanya punya lah) - kali ni saya pilih utk diam... hmmmmmmmmmmmmmmmmm... heheh

addyaholix said...

ya. sekarang makin busy bang. baliknya tak menentu. dengan keadaan yang kurang baik. tapi hidup ni kadang-kadang memaksa kita untuk tak memilih. saya ikut angin. kekanan, maka kekananlah. dan sebaliknya =)

ya bang.
mungkin sebab islam itu mudah, jadi kita ambil mudah semua perkara bang. saya juga bukan hamba-Nya yang baik. masih belajar untuk memperbaiki diri.

dan untuk soal balas tentang kahwin, saya pon nak diam. yang saya buat cuma tunggu kad wangi abang. haha!

™سوفي said...

31 April?

hurmmmm.


=)

azizi said...

alhamdulillah. itu semua pilihan dan usaha dia dan kawan2 mcm anda. ;-)

chimera said...

addy - keadaan yg kurang baik tu apa mksudnya... ya... ada masanya bukan hidup bukan sahaja memaksa kita utk tak memilih, tapi memang terus tak ada pilihan... rutin yg rumit... ruang nak bernafas... demam ke, sihat ke, selagi terikat dgn komitmen... apa sagtlah yg kita boleh buat utk bebaskan diri...

ok.. dok diam2 sudah... kalau kad tu sampai, addy nak dtg ke tak?



sufi - 31 april... kalau tak jadi, pospon ke 32 april.. hehe



azizi - alhamdulillah, dia buat plihan paling baik utk diri dia...

addyaholix said...

ya keadaan yang agak kurang baik. saya diuji tuhan berturut-turut. mulanya sakit gigi yang berpanjangan. kemudian gusi membengkak entah apa sebab. datang pula demam panas dengan selsema yang baru sembuh. kemudian sakit belakang yang dulu datang. tapi kan itu ujian. haha!

ya. setuju. kadang kita tak punya pilihan. kalau pun diberi peluang untuk memilih, keadaan kadang-kadang memaksa kita untuk tidak memilih. ataupun cuma sekadar memilih jalan tengah. mungkin mengecewakan, tapi mungkin yang buat kita kecewa itu mampu buat manusia sekeliling kita bahagia kan. tapi itu hidup. ujian datang bersilih ganti. dan itu juga terapi untuk kita perbaiki diri kan =)

ya ya. kalau kad sampai confirm saya pergi. serius!

chimera said...

hmmm... jaga kesihatan addy, jgn kerja berat-berat sgt...
terkadang kita memang perlu diberikan sakit - supaya kita tahu hargai ertinya sihat...

ya.. betul.. walaupun kerap kali jugak sgt merungut dgn rutin yg padat. Tapi saya syukur juga. Saya penat bermakna saya punya kerja... punya sesuatu utk rezeki saya... inilah hidup saya.. hidup kita. tambah-tambah lagi dlm keaadaan gawat sekarang... sana-sini org diberhentikan kerja... tapi saya masih bertugas dgn sibuk dan penat... Syukur Alhamdulillah...

~~ ms. libra ~~ said...

sukanya tgk dia!!!! dpt hidayah dr Allah lg....ni yg dh mmg dilahirkn dlm Islam, ada yg lagaknya kalah org bukan Islam....

( suka tgk dia!!! hehehe...)

chimera said...

suka tengk dia... hensem kan...

aNa-FanA- said...

terharu btol bc en3 ni...huk3