Tepung kalau diuli boleh menjadi kuih yang enak, kayu balak yang besar kalau dipotong kecil-kecil boleh dibuat papan untuk buat rumah.
Manusia pun sepatutnya begitu ~ mereka akan berubah mengikut masa. Sekurang-kurangnya fizikal mereka akan berubah. Dan kajian saintifik menunjukkan mental manusia juga berubah mengikut umur. Secara logiknya, pemikiran manusia akan menjadi lebih matang apabila umur meningkat. Lagi tua lagi bijak membuat keputusan. Tapi kadang-kadang sebaliknya yang berlaku. Semasa muda pun sudah tidak boleh berfikir dengan betul, semasa tua pun begitu juga. Sepatutnya semakin tua semakin bertimbangrasa dalam tindakan, sebaliknya semakin tua semakin menjadi-jadi. Masa tua sepatutnya jadi masa untuk insaf dengan semua dosa semasa muda, tetapi ada yang tua tapi buat perangai orang muda....
Hakikatnya, adalah sukar untuk mengubah manusia. Kita boleh cuba tetapi kita harus akui, ianya kadang-kadang di luar kemampuan kita. Tapi kita menghadapi dilema kerana jika manusia tidak berubah, kita yang dipilih sebagai makhluk terbaik ini akan jadi makhluk perosak. Jadi apa yang boleh kita buat? Ikutlah pesan penyanyi Michael Jackson ~ kalau mahu mengubah... jadikan dunia ini tempat yang lebih baik, tengok diri sendiri dan buatlah perubahan..
ok.. sebelum saya tamatkan - mahu saya ceritakan sebuah kisah:...
Pada suatu hari, terdapat seekor cicak melepak di tapak pembinaan.
Pada ketika itu, seekor buaya besar menghampirinya. Buaya tersebut bersedia untuk memakannya.
Cicak tidak dapat melarikan diri lagi... Pada saat yang mencemaskan ini, cicak tersebut dengan cepat memeluk kaki buaya yang besar itu dan menjerit sekuat hatinya, "Mak!!"
Buaya tersebut tergamam dan terkejut. Lalu air matanya mengalir tanpa henti. Buaya tersebut menangis sambil berkata,
"Aduhai anakku yang tersayang, jangan pergi berkerja lagi. Selepas
bekerja setengah tahun, dah tinggal tulang... Ambillah cuti pada 1hb Mei."
ok... pengajaran cerita:
errr... tiada sebarang pengajaran, cuma saya mahu ambil mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Buruh kepada semua. Selamat hari pekerja.. selamat bercuti...
Thursday, April 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
selamat bercuti & selamat hr pekerja...emjoy the weekend...
slamat hari pekerja to all yg bekerja termasuk cicak tuh...
Selamat Hari Buruh..Kita ni buruh gak ek buruh kasar ke buruh halus?..hehe..
Yang penting yg keje jumaat bley cuti..Kat sini mmg dah cuti jumaat..uwaaa..nih frust neh..
selamat hari buruh. dan selamat bercuti bang chime!
esok saya ke ipoh. ada dinner. harap-harap saya paling ngancam nanti. haha!
abg ad,
cuti tak ganti ke?
selamat bercti jugak sis lin... manfaatkan cuti dgn family...
bozzo - selamat bercuti... hmmm cicak tu cuti kot esok.. tak tahulah kalau2 dia buat OT...
ad - kita ni buruh2 hensem... hehehe. tak dibawak ke hari ahad ke cuti tu...
addy - selamat bercuti addy.
jauhnya dinner...
ya, jgn bimbang... tanpa kehadiran kedua-dua abang mu itu, addylah yg paling mengancam... - pastikan saya dgn mel tak ada kat sana... hahahaha...
Kita tidak boleh mengubah orang lain kerana diri dia bukan di bawah kawalan kita...tapi insyaAllah kita boleh mengubah diri sendiri. Kalau masing2 berniat mengubah diri sendiri utk menjadi lebih baik..tentu ok jugakkan..tapi masalahnya ada orang yang tak mahu buat perubahan...
hehehe..lucu pulak kisah buaya dan cicak...
selamat hari pekerja bro...gue tak leh cuti...2hb final exam!
selamat hari buruh sedunia..huhu
just yg keje buruh jer bercuti k
happy weekend bro
mel - buaya tu pun blur jugak sebenarnya... tapi pasrh jelah.. haha.
tak jadi turun kl. aku domam laa.. cuaca panas giler.. pijar mcm kat gurun dah.
kak tirana - kita nak org lain berubah, septutnya kita kena berubah dulu... dan org akan contohi kita...tak jadi kalau kita je nak org berubah tapi kita masih jugak kat takuk lama...
- kisah tu saje je sesekali nak berjenaka.. hahah
abang eq - 2hb...hmmm... good luck bro... moga lulus cemerlang...
cik anis - haha... sebab tu orang tukar jadi hari pekerja... kalau tak buruh je yg dpt cuti... tapi... pekerja tu memang buruhlahkan..
tu anak boya ke anak boya darat tuh? ngeh ngeh :p
happy belated hari pekerja..errr boleh kaaa camni..haha
ya. saya paling mengancam malam tu. kawan kata saya makin jambu. haha!
tapi saya gtau diorang abang saya yang lagi dua orang ni lagi lah jambu. haha!
Tak bawak pun ke hari Ahad..Rasa-rasanya tahun lepas bawak ke Ahad kalo jatuh cuti hari Jumaat.. Peliklak tahun ni..Kerajaan nak suruh keje kuat kot tahun ni tu tak bawak..huhu..
ween - anak boya... pasal tmpat pembinaan tu kat tepi sungai... byk lah boya berfoya2 kat situ.
axim - kira buleh jelahhh...
addy - makin jambu????... erkkkk... seb baik saya tak de. kalau tak msti dpt gelaran jambu jugak... haha
ad - takpe.. tak pe.. cuti sari je. bukan best sgt pun. lainlah kalau dia bagi cuti seminggu... barulah rasa ralat kalau tak cuti.. kan
oh ya lah. baru perasaan. rupa abang pon ada macam jambu-jambu sikit. haha!
bang mel, cepat sokong saya cepat!
mak buaya anak cicak..ermmm oklah tu..selamat hari pekerja..:)
Post a Comment