Thursday, May 7, 2009

Motivate Starts with Me and Ends with Me....

Just something to think about this week . It's said "motivation" makes the world go round! We have to be motivated to get up in the morning... to seek and follow a profession... to find friend... and even a "way of life".

Manusia memilih sesuatu atas sebabnya yang tersendiri. Mungkin kerana ianya baik. Mungkin kerana ianya menguntungkan. Mungkin juga kerana sudah tiada pilihan lain atau mungkin juga kerana itu sudah menjadi pilihan majoriti ~ jadi mereka yang lain mengikut sahaja. Walau apa juga alasannya untuk memilih, mereka berkehendakkan hanya satu - kebolehpercayaan.

Kadang-kadang kita taknak jadi macam tikus yang membaiki labu.
Sebab tu kita tak berani buat apa yang kita tak tahu. Kita takut kalau kita cuba-cuba nak buat sesuatu yang kita tak tahu, kita akan merosakkan lagi benda tu. Kita takut kalau kita cuba-cuba nak buat sesuatu yg kita tak tahu.... benda yang elok-elok tak rosak jadi rosak.

Dan kita pun buat kesimpulan begini - Buat apa susah-susah nak ambik tahu apa yang di luar? Apa yang hebatnya di luar itu yg ada kaitan dengan kita? Banyak benda adalah lebih baik kita tidak tahu daripada tahu. Lagipun kita lebih selesa dengan kita yang ada sekarang ~ tidak mahu lebih, tidak mahu kurang. Kita tidak mahu ambil peduli dengan benda-benda yg lain. Hmmm.. bijakkah tindakkan yang sebegitu... apa-apalah...

Kebanyakan kita melihat hidup ini sebagai satu jalan sehala. Apa jugak yang berlaku, jalan sahaja terus ke hadapan. Apa yang boleh kita ambil, kita ambil. Apa yang tertinggal jangan dikutip lagi. Istilahnya hidup mesti terus. kerana itu kita selalu terdengar: "Apa boleh buat, dah nasib.' "Buat apa lagi dikenang benda yg dah sudah?"

... dan kerana itu juga kita jarang memberi peluang kedua kepada diri kita sendiri.
Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian.

... Manusia memang begitu. Ada otak, boleh berfikir tapi tak bijak. Sudahlah tidak bijak, berlagak pandai pula itu. Tidak bijak masih boleh dimaafkan. Berlagak pandai mungkin boleh ditolak-ansur.

Jangan cakap orang lain bodoh, nanti sendiri jadi bodoh..

5 comments:

eQbalzack said...

*** chimera...ada ym tak? jom chat...

add me: sebarau74

:: Cikgu Wiween :: said...

see..kan da cakap da...nih mmg blog motivasi. ehehehehh

chime kalo jadik cikgu kaunseling mmg bagus gt nih :P

a.b geldofg said...

tiada insan yg paling bijak di malaya ini.....kecuali menteri2 malaya

chimera said...

mell.. haaa, pandai pun ko... (aku kata ko pandai ni, nanti aku jadi pandai)...




bang eq - saya jarang berYm lah bang.. tapi tak pe... saya bagi nanti, abang eq add saya boleh?





ween - saya nak jadi cikgu matematik dgn BI lah ween... ada kekosongan lagi tak .





ab - yeahhh... betul memang menteri2 tu bijak serba-serbi bijaksana sini, cakap je benda apa.. semua diaorg tahu buat... nak tukar org jadi katak pun diorg pandai...

addyaholix said...

saya seorang yang selalu kembali lihat ke belakang. walaupun jalan dihadapan terbentang luas.