Wednesday, June 17, 2009

Heppee birthday (my) life

Saya benci stereotype (sorry ya) apalagi kalau sampai melekat pada diri sendiri, tapi apakan daya, beberapa kriteria tersebut masuk juga ke dalam hidup ini tanpa di minta.... setelah sekian lama hidup dan bekerja keras.. tetiba dapat email sahabat lama yg kini menetap di Jakarta .. dia menggambarkan bahawa hidup tenang lebih kurang begini ~ ”Small studio apartment, morning coffee and newspaper and mortgage” yelah tu, saat ini walaupun tidak hidup mewah, paling tidak setiap pagi memang saya kena minum kopi atau milo atau tea sambil mengunyah nasi goreng sambil membaca suratkhabar dan kemudian memikirkan bagaimana nak settle hutang bulan depan...haaaahaaaa..

Kata orang sambutan harijadi merupakan hari yang paling istimewa dan pastinya kita merenung jauh apa saja impian..mimpi indah..angan-angan...yang sudah dan belum dilakukan pada setiap kali melewati detik-detik angka tambahan umur sebegini. Dan selalunya yang keluar adalah senarai panjang dari apa yang belum sempat dilakukan.
Namun begitu, saya tidak pernah membiasakan diri.. mengharap hari lahir sebagai satu bulan yang penuh mitos... menggenggam tangan sambil memejamkan mata sambil membuat hajat sebelum meniup lilin di atas kek... bukan kerana fobia takut usia makin bertambah..TAPI.. ianya semacam peringatan besar, hey, you haven’t done this and that, beware!

Oh ya..sudah lama teringin menulis topik yang akan buat saya dan orang lain mungkin boleh jadi sensitif...heehee

Hari baru, usia baru...kisah baru dan juga kejutan baru ~ kisahnya seorang teman lama yang tetiba muncul dan membuat saya shock memutuskan untuk berpisah setelah cinta pernah ada pada diri mereka selama 9 tahun hidup bersama sebagai pasangan suami-isteri. Ibarat rel kereta api, mereka selalu berada di dalam landasan yang dihormati..(oleh masyarakat dan budaya).

berkahwin kata sebahagian orang yang berpandukan dengan nilai religious yang baik adalah satu ibadah. Sebahagian lagi kerana tidak mahu hidup sendiri. Beberapa lagi ingin menghalalkan suatu hubungan. Dan sebahagian lagi kerana ikut-ikutan, katanya.."abis temen-temen gue udah nikah, masa gue belom??? (takut nanti tidak termasuk dalam senarai stereotype begitu?/)

Andaian singkat saya sendiri.. berkahwin bukanlah satu destinasti akhir, tapi ianya agenda awal yang harus diambilkira. Walau kadangkala pernah terfikir sejenak..hmmm... mungkin lebih baik juga settle down, tapi pekara ini lebih pada curiosity sahaja. Maklum saja.. sebahagian besar teman-teman sekeliling sudah berkahwin dan memiliki kehidupan keluarga yang bahagia. Ada masa bila mula berbicara..seisi luahan perasaan selalu menjadi misi utama.. dan mengeluh mengapa kasih boleh bertukar menjadi dua. Atau ada yang memendam rasa kerana selepas berkahwin, suddenly si suami/isteri menjadi kurang mesra (mungkin kerana kurang luarbiasa kott???) dan ada masanya jadi kurang bebas (katanya hidup single itu jauh lebih mendamaikan), sebab kita boleh membuat keputusan tanpa harus mempertimbangkan keadaan pasangan (dan menyesal kerana akhirnya bertemu orang lain yang lebih sefahaman dan sejiwa rasa...)

Tapi... ada juga yang sudah sekian lama berkahwin..Tetap jatuh cinta dengan pasangan dan bahkan semakin jatuh cinta dan tak mampu membayangkan hidup tanpa pasangannya. Memang ramai pun...

Apa sebenarnya definisi berkahwin/menikah itu ya? Ada seorang teman yang mengatakan, perkahwinan itu adalah ibarat cerita dongeng atau fairy tale. Dengan bijaknya teman ini menyokong tindakan sesiapa yang memilih hidup membujang dan sanggup memberikan dirinya sebagai contoh 'lara' yang memilih berkahwin dalam usia masih muda. Tapi bagi saya.. sebagai sahabat yang mengenal dia sejak sekian lama... fikiran saya terus terawang-awang.."apa yang mau dicari lagi ya??..(mungkin waktu hidup single dulu, masih belum puas nak enjoy ke sana ke sini agaknya.. dan entah hormon apa yang disuntik ke dalam badannya).. tetiba tak keruan mengimpikan dunia 'alternatif baru' dan belari bebas seperti seekor kuda terlepas dari kandangnya. Alahaiii..

Trend nikah-cerai yang melanda selebriti hiburan juga melanda dunia sekeliling kita. Kata pakar psikologi, kebanyakan orang sekarang lebih mengutamakan kebahagian peribadi, so apabila berkahwin, kalau kedua pihak tidak mampu, untuk hidup bahagia.. kata-putus dibuat untuk berpisah demi kebahagiaan masing-masing. Tapi, pada zaman orang tua kita dahulu, pasangan perlu mempertahankan perkahwinan kerana tekanan dari kumpulan masyarakat setempat dan budaya yang memaksa orang untuk mengganggap bahwa perkahwinan itu adalah sekali seumur hidup sahaja... dan andainya istana mahligai itu kecundang, maka mereka dianggap "sesuatu" kerana melencong dari struktur asal tata-nilai masyarakat. Tetapi tuntutan zaman sekarang sangat berbeza, nilai-nilai seperti itu sudah bergesel jauh (walaupun bukan semuanya begitu). Kini bercerai kerana tidak sefahaman bukan satu-satunya alasan stereotype...(katanya yang penting hepi)!

Ya, kini jikalau bertemu kenalan lama, pertanyaan klasik sesudah apa khabar adalah, “Dah kahwin ke?”..saya tidak keberatan untuk menjawabnya..haahaa malah rasa seronok pulak buat orang bingung dan prihatin kerana sudah seumur begini masih lagi sendiri. Dan keluar lah ayat standard yang stereotype.. "Hey, what’s wrong with you, dude??"

Anyhow, life has been so wonderful and friendly. Meski pernah juga ada masa-masa sukar yang pernah saya lalui (namanya pun kehidupan..) tapi alhamdulilah.. hidup harus sentiasa bersyukur dan reda pada ketentuan-NYA...

Apapun, berkahwin ataupun being single ada plus-minusnya. Bergantung bagaimana cara dan kreativiti menikmatinya. Jadi, nikmatilah perkahwinan Anda dan juga nikmatilah ke-single-an Anda ya...

kepada yg mengucapkan selamat hari lahir... tima kasih atas doa-doa anda... semoga ianya makbul... AMINNN...



Syukur Alhamdulillah, saya masih diberi nafas hingga ke hari ini - untuk meraikan pertambahan usia (secara tepat) ke umur yang lebih dewasa lagi... moga dengan kedewasaan usia ini benar-benar mendewasakan saya - TERIMA KASIH PADA MU ALLAH, Atas anugerah nikmat usia ini....

happy birthday my life...

30 comments:

AiE bAhRi said...

Bang,
Happy Birthday sekali lagi (walau orang ketiga yang ucapa-menurut abg chime lah)..takde no la nk msj..

Ermm..nampaknya abang chime ulas isu perkahwinan pada hari kelahiran. Saya no komen dan taknak komen lebih2 sebabnya saya budak kecik lagi..tak cukup umur lagi kot saya nak komen..hehehe

Tapi satu je prinsip saya, pedulikan apa orang kata sebab bagi saya perkahwinan bukan perkara yang main2.Lihat sahaja artis, berkahwin dalam 1 majlis yang gilang gemilang (1 pembaziran) dan akhirnya bercerai berai sehingga menyukarkan keadaan..(tidak tahukan mereka penceraian yang dilafazkan menyebabkan arash Allah akan bergegar?)

Ermm..ape2 pun, Semoga abg Chime sentiasa mendapat keberkatan Allah..saya yakin abg Chime dh bertemu jodoh cuma masa untuk ijab dan kabul sahaja yang pasti akan berlaku juga..

HAPPY BIRTHDAY!!

i.am.me. said...

ohhh...happy birthday buat encik chime...


kahwin???errrrrr.....kalau bole..soalan tu yg dielak bl bjumpe saudaramara....diri sendiri...emmm..........tak cukup umur lg kot...ehehehe....

tp....betulla...perceraian yg kelihatan spt trend (err betulkah)mbuat sy agk tkt..dmana letaknye kesucian perkahwinan?...erm....

addyaholix said...

selamat hari lahir bang chime. cis saya ingat saya yang first akan komen. aie lebih dulu nampaknya. haha!

untuk bang chime :
-terus sukses.
-tulis yang bagus-bagus.
-dipanjangkan usia.
-murah rezeki.
-bahagia sentiasa.
-dan moga tak makin hensem. cukup-cukup la yang tu. haha!

nanti saya belanja ciskek. pasal gambar yang abang chime bagi pon saya belum balas apa-apa lagi. tahu abang chime takkan mintak, tapi saya yang nak. terima kasih untuk semua nasihat abang.

selamat hari lahir!

RAWNA said...
This comment has been removed by the author.
RAWNA said...

happy birthday bro
dtg jakarta sy blanje mkn
hehehe

bg sy,manusia bila tak puas dgn apa yang dia nak, or something happen tak sesuai apa yang dia rancang, pasti ada akan ada alasan dia.

kenapa tak kawen lg - alasan bla2..
kenapa bercerai - alasan bla2..

diorg tak sedar sume tu sbb dari dlm diri. tak smua yg kita nak akan tercapai,tak semua yang kita harapkan harus tertunai.so,terima je lah.

Sharif John said...

Selamat Hari lahir juga... Perkahwinan bukan perkara kecil bro... perlu bersedia mental n fizikal... Perkahwinan yg diberkati bila kedua -dua pasangan bercinta hanya kerana Allah

Che Mat said...

Selamat hari ulang tahun kelahiran utk insan yg bernama chime. semoga tercapai apa yg dihajati dan diberkati oleh Allah akan hidupmu selalu.

Tirana said...

Happy Birthday to Chime... Moga-moga kehidupan sentiasa mendapat keberkatan Ilahi...

Nak tahu dah berapa tahun kak tirana kawin? Dah lebih 20 tahun..Tak percaya? Percayalahhhhh..hehehe..Kak tirana kawin dalam usia yang agak muda..belum tamat belajar lagi dah bergelar seorang isteri. Alam perkahwinan macam juga alam2 lain..ada cabaran yang tersendiri..Berdasarkan pengalaman, kak tirana ingin nasihatkan adik2 yang nak masuk alam ini, kena bersedia dari segi mental, fizikal, emosi, rohani dan material. Tanpa persediaan, bimbang akan rasa tertekan.

Sis Lin said...

hepi bufday chime@jericho....hehehe
hope ur dream will all come true oke...
semuga pnjang umur,murah rezki dan kekal bhgia ke akhir hayat....amin

Sufi Idany said...

Salam Abg Chime :
Happy Birthday yer... ke bper ek? tak ckp pun? huhuhuh apapun semoga lajur kehidupan akan terus berkembang, akan terus berrona ceria, akan terus berbahagia dengan apa cara sekalipun, semoga akan terus di berkatiNYA, akan terus tenang, damai dan senyum sekalipun gundah melatari landasan, semoga peningkatan umur akan terus mematangkan diri, minda dan jiwa..... :D selamat ulang tahun kelahiran ek.... apa adiah org belah sana bagi kat abg this year?

erm... kahwin? huhuhu ngeri ke word tu? sakit ati ke ngan org yang suka sgt nak ajukan kita pertanyaan itu? apa nak jawab ek bila org ty dah kawen ke? bila lagi nak wat majlisnya? hahaha...behave ida.... keeps on the rite track.... :) smile abg chime....

nuyuljana said...

sume komen panjang2.

i'll give u the shortest comment.

happy birthday. moga kamu diberkati oleh Allah.

:)

Dilla Ady said...

hai en chime..
hepi beshday to you..Mcm org lain sy jugak doakan yang baik2 untuk chime..

Cerai? Once kita da kawen kita akan tau kenapa ada orang yang bercerai..Bak kata Erra Fazira, sape yang nak cerai sedangkan da wat majlis grand2 bagai...

Kahwin, pd sy bukan penyatuan dua hati..tapi byk hati..Kita kahwin dengan HIDUP pasangan bukan dengan pasangan totally...Tentu pd pasangan itu, banyak lagi hati kan? Eh, awk faham ke ni? Maksudnya, family pasangan la..mak ayah, adik beradik saudara mara semuanya bersatu dalam diri kita bila kita berkahwin..

Kalau tak cukup kuat, itu yang terjadinya cerai..tak semestinya bercerai berpunca satu2nya alasan dari diri pasangan itu sendiri..unsur2 luar sgt mempengaruhi jugak..

Cakap byk rasa cam membazir ruang, kahwin la en chimera..Satu hari nanti bila awk berkahwin awak jugak akan terpikir seperti saya "hmm, patut la ramai orang bercerai.."

Unknown said...

Hepi besday....semoga panjang umur n murah rezeki...

Kahwin????? tidakkkkkkkkk.....

Mencari Sinar Bahagia @ Tommy said...

Happy Birthday to U
Happy Birthday to U...........
Many Happy Returns of The Day..
Hope your days filled with joy and happiness not ONLY but FOREVER...

c_fu^^ said...

salam abg chime..
Happy Birthday..
Mg d pjgkn umo, d murahkan rezeki n sentiasa dlm keredhaan Allah..amin

Doa Nabi SAW:
Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku di saat akhir dan sebai-baik amalanku d saat penutupnya dan sebaik-baik hariku ialah hari aku bertemu denganMu..amin

HAPPY BIRTHDAY BRO!
(*-*)

I-sya said...

selamat hari lahir chime. moga hari mendatang chime dah ada jawapan tuk pertanyaan "dah kahwin ker?".

hidup ni satu pelayaran yg panjang tapi bernoktah.

Secret Writer said...

Selamat ulang Tahun Chime. semoga panjang umur, di murahkan rezeki serta dikurniakan kesihatan yang baik

:: Wiween :: said...

Happy Birthday Abg Batmanku! Sorry lambat wish ptg nih baru bukak blog. uhuhuhu. chime bulan Jun jugak rupanya ek. :p

err...relax laa abg batman baru umur 32..tua setahun jek dr si ehem. Beliau relax jek lagik. hak hak :P

ASYIQ said...

Selamat Harijadi Chime....moga terus diberkatiNya.

Akak kawin awal jg..di awal usia 22 thn (masa thn tiga kt UM) then dpt anak sulung pd thn berikutnya....sekrg anak pn dah 15 thn.

Kalau dh ada niat...kahwin jer.Niat baik jgn ditangguh2kan....nnti Allah akan beri kemudahan utk Chime. Percayalah.....

P/S nnti dah bersara anak masih kecik2...rugi Chime. Hihi. Jangan mareeeee!!!

Ad Rifza said...

Selamat Hari Lahir Chime..Moga2 sentiasa dalam keberkatan dan rahmat Allah selalu...
Kawin tu ada jodoh nanti adalahkan.. Berdoalah dipermudahkanNYA...Ad pun camtu jugak malah Ad lebih tua pada Chime..huhu..Insyallah sama2lah kita berdoa..Sunnah ini akan tertunai juga nanti..Insyallah..

smurf said...

akak harap , akak bkn org yg terakhir utk mengucapkan Selamat Hari lahir buat Chime . Semoga panjang umur , murah rezeki dan dipercepatkan jodoh ...

nasib baik anak dara akak baru 17 tahun , berkenan kat chime nak buat menantu , hehehe .. gurau jer ! jangan amik hati yer ...

Keri AlHaj said...

terima kasih aie... haha, okalh tu jd yg ketiga... sebab 'orang belah sana' pun yg kedua tau... yg 1st, adalah sorang membe kamcing saya... nak no phone ke? tanya dekat dir... dia tau...

err, saya pun tak kisah langsung pasal soalan2 tentang kawen ni. dah biasa sgt dah.
jodoh tak jumpa lagilah. bakal jodoh je dah jumpa.. heheh... doa2kan jodoh saya memang dgn dia...


miechi - terima kasih...
errr, tak cukup umur jugak ke ni.. alasan je kan.. samalah mcm aie tu... aweks keliling pinggang.. heheheh
perceraian - ntah, tak tahu tujuan mereka berkahwin atas dasar apa sebenarnya.. hmmm..


mel - pastu, aku nak tiket penerbangan pergi balik ke hong kong... eh! tak nak, tak nak... kat sana ada H1N1... pergi UK jelah.. kan...


addy - terima kasih...
itulah dia, aie tu... awal2 lagi dia dah wish... kalau ikutkan, masa 1 hb ari tu pun dia dah wis dah...
terima kasih utk doa2 yg baik tu.. moga dimakbulkan.. Aminnnn...
dan, knp pulak moga tak makin ensem, mcm tu macam mana saya nak lawan mel...
cis kek?? tak yah susah addy... dah bagi ucapan dgn doa2 ni pun saya dah hargai sgt2 dah...


K.A - Jakarta????? hmmmmmmmmm...tak pelah, saya makan kat sini jelah. belanja diri sendiri.
-manusia memang gitu, bila tak dpt macm berebut2 je nak ambik... bila dpt, lain pulak ceritanya.


john - terima kasih... moga kita semua dah memang bersiap sedia bila time tu tiba nanti...


che mat - Terima kasih che mat... Aminnnnn...moga doa2 tu diperkenankan Allah.


kak tirana - Aminn.. terima kasih kak.
20 tahun ke kak?? muda tu. nak tahu, adik saya - lelaki - dah pun ada anak dua... heheh. -yg pompuan tu tak payah ceritalah sebab tak pelik sgt... saya pun, kalau ikutkan dah kawin dah ari tu... tapi, jodoh tak sempat sampai - Allahkan sebaik-baik perangcang... tunggu rancanganNya yg berikutnya pulak...


Sis Lin - Aminnnn... terima kasih sis...



ida - salam ida...
terima kasih... ni yg ke 33... tak segan dah nak bagitau. dah memang tu umur kita kan.
terima kasih utk doa-doa tu... tersentuh ada adik yg baik-baik ni... org belah sana dia bagi set parfum 'esei miyaki' hmmmm... suka sgt.. hehehe
kawen.. tak rasa apa pun, bila org tanya pun tak rasa apa jugak... dahbiasa sgt dah. hahah


nuyul - salam kenal...
terima kasih utk doa tu... Aminnn...


Dilla - terima kasih... doakan k...
Faham! faham! - satu pandangan dari sudut berbeza, dah berpengalaman kan. saya nak kena kawin jugak ni baru boleh rasa susah senangnya alam rumahtangga ni...


mell - terma kasih mell... errrrr, kenapa 'TIDAKKK'...


tommy - hey!! thanx dude... so touching...


hidney - terima kasih... memang tak pernah ambik pot pun bila diajukan soklan gitu... tapi bila ada yg bagi statment pedas bisa yg tak boleh tahan tu... huhuh
Thanx again...



c fu - Aminnnnnnn.. Amin, Amin...
terima kasih..

Keri AlHaj said...

acha - terima kasih... jawapan utk soklan tu memang sentiasa ada pun...
tapi.. yalah, moga akan tiba jugak masa utk soklan tersebut di jawab dgn jawapan yg membanggakan...


kos - Terima kasih kos... moga hidupmu juga seperti yg didoakan itu...


ween - mekasih ween.. kitakan sama-sama gemini... sama-sama chimera (ingat lagi maksud chimera kan)... alah, saya pun relax je lah.. tak de pape pun...
cis kek! cis kek!


kak asyiq - terma kasih kak.
hmmmm, sama mcm kak tirana lah ni.
selalu jugak fikir pasal tu. mak pun selalu pesan gitu... nanti dah tua, jln dhn anak org kata jalan dgn cucu.. ish!!


Ad - Terima kasih Ad...
ya, hidup kita ni memang terikat pd satu lagi takdir Tuhan yg kita panggil 'jodoh'... semua tu milik DIA... sampai masanya akan diberi jugak...


ASE1... tak, akak bukanlah yg terakhir... sepanjang mlm ni, bertimbun lagi dpt SMS ucap selamat...
Terima kasih kak.. Aminnn...

Eh, berkenan jugak ke kat saya... saya pun berkenan jugak nak jadi menantu akak... heheh... dah besar ya anak akan? akak umur berapa dah...

i.am.me. said...

'samalah mcm aie tu... aweks keliling pinggang.. heheheh'

alamakk...kalau saya ade aweks keliling pinggaang..dah len mcm je tu bunyik die encik....

Keri AlHaj said...

takkk... maksud saya... aie tu yg awek dia keliling pinggang, bukan miechi... miechi setia pd yg satu kannn...

Abir Abhar said...

happy bday

i.am.me. said...

hehe....setia pada yg sudi..hehe..

Unknown said...

salam,
abang kesayangan saya!
maaf kerna telah terlewat mengucapkannya tetapi tidak terlewat untuk saya ucapakan kata-kata ini,

abang chimera,
selamat ulang tahun yang ke 32,
semoga kehidupan abang sentiasa mendapat rahmat olehNya, && mendapat keberkatan dengan apa segala kemungkinan.

selamat ulang tahun abang chimera!!

cDeeAbdulRazak said...

Happy Belated Birthday Abang Chime... sori la wish lambat, bz study katanya.. kekeke nak adiah x?

Keri AlHaj said...

abir - terima kasih


miechi - saya pulak sudi pd yg setia heheh


dek yuyu... terima kasih, tak pe.. tak lewat pun. doa-doa baik tu bila2 masa pun boleh di bagi.. tak yah tunggu hari jadi...



cD - Mekasih cD... tak pe. tak de masalah pun.. Hadiah???? wink! wink! *sambil angkat-anagkat kening*...