Tuesday, June 23, 2009

Selamat Pendek Umur

Satu petang di sebuah restoran, saya dia dan adiknya menikmati hidangan sangat istimewa...
Dia menghulurkan sekotak bungkusan yang tidak berbalut. Hanya diikat dengan reben berwarna hijau pucuk pisang...

"Selamat hari lahir" katanya.
"Terima kasih... Apa ni?" Tanya saya pula, walaupun memang dah tahu apa yang diberi.

"Minyak senyoyong..." jawab dia selamba..
hahaha.. padan muka. dah memang tahu, tanya buat apa. dah memang sah-sah, yang dihulurkan tu satu set parfum kegemaran saya.. jenis kotaknya pun memang jenis yang menampakkan isi dalam. Dah memang parfum. - Esei Miyaki - lagi mau tanya ke.

Hahaha.. saya ketawa.

“Selamat pendek umur,” Ucap dia bergurau.

Saya ketawa juga. Itu juga ucapan yang saya ucapkan kepadanya pada hari lahirnya tahun lalu.

“Macam mintak saya pendek umur je”

Dia kelihatan ceria. Hari itu ulang tahun hari kelahiran saya. Dia meraikan saya dengan belanja makan di restoran berhampiran tempat dia bekerja.

“Yalah… bukankah tarikh mati telah Allah tetapkan di dalam rahim ibu lagi. Ertinya, semakin hari, semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu…”
“Makna, semakin hari semakin pendeklah umur kita.” tingkahnya memberi penjelasan
“Ya, hari ini setapak lagi kita dekat dengan kematian.”
Saya memang telah faham sebenarnya.

“Pelik, selalunya bila hari lahir orang bercakap tentang hidup. Tentang kejayaan. Tentang pencapaian. Sekarang kita bercakap tentang mati pulak.” saya meningkah kata.

“Siapa yang tidak bercakap tentang mati akan ‘mati’,” balas dia.

“Ekkk... Kenapa pulak?”

“Hukama' berkata, barangsiapa yang tidak tahu untuk apa dia akan mati, maka dia tidak layak hidup!”

“Untuk apa kita mati?”

“Untuk hidup…” kilas dia lagi, sekadar bermain kata, bersilat bahasa untuk meninggikan makna.
Saya diam. Menung dalam alam fikir yang telah terusik.

“Mati untuk hidup?”
“Ya, mati bukanlah suatu pengakhiran tetapi hanya satu permulaan…”

Saya diam lagi... Selalu begitulah, dengan Wanita bijaksana seorang ini saya selalu kematian hujah bicara... lebih banyak bertanya atau hanya menjadi pendengar sahaja.

“Mati adalah satu permulaan kepada hidup yang tidak mati-mati lagi – alam akhirat. Awak masih ingat kata-kata Umar Ibn Aziz yang saya sering ungkapkan dulu?”

"Ingat!! kata Umar, manusia diciptakan untuk hidup selamanya. Hidup selepas mati itulah hidup yang hakiki!”

Dia senyum lagi...

“Jadi, hidup ini untuk mati dan mati itu untuk hidup?”
Dia pula bertanya... bertukar-tukar pandangan itu lebih perlu untuk mengembangkan ilmu. Wah, saya pula yang terkejut mendengar liuk lentuk bahasanya. Berputar-putar seputar maknanya.

“Ya. Hidup di sini, di dunia ini, adalah tanaman untuk tuaian pada hidup di sana, di akhirat. Itulah tujuan hidup ini, untuk kelangsungan hidup kat 'sana' pulak. ” saya menjawab setelah terdiam seketika menyusun kata.

“So, kalau macam tu apa yang ada pada umur?”

“Umur hanyalah putaran matahari mengelilingi bumi, saat, minit, jam, hari, minggu, bulan, tahun yang dilakarkan oleh jarum jam, minit dan saat sebuah arlogi,” balas saya. Seronok sekali-sekala, berbual dengan bahasa berbunga di sulam kosa kata yang yang berputik dan berbuah.

“Itu maksudnya kita juga abadi kan? Tapi bukanlah abadi seperti Allah yang tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran. Kita tetap makhluk.” dia menyambung kata.

“Kalau gitu, umur itu relatif juga kan?”

“Ya, kan Enstein pun fahamnya macam tu jugak? Ingat tak Teori Relativiti masa?”

“Panjang dan pendek umur bukan pada kuantiti tapi pada kualiti.”

Semakin rencam perbincangan kami. Tidak mengapa, sekali-sekala apa salahnya… berfalsafah kekadang lebih indah.

“Imam Nawawi, pendek umurnya tetapi ‘panjang’ ilmu dan kekal jasanya. Imam Safie, Imam Ghazali… tidak sempat pencen pun, tapi kesan perjuangannya melangkaui dekad dan abad,” tambahnya memberi contoh.
“Umar ibn Aziz memerintah hanya lebih kurang 2 tahun sahaja tetapi keunggulannya mengatasi khalifah Umayyah sebelum dan selepasnya,” sambungnya lagi.

“Rupa-rupanya petua nak panjangkan umur ialah dengan panjangkan amal, panjangkan ilmu, panjangkan jasa,” kata saya seakan merumuskan.
“Harta boleh panjangkan umur… sedekah atau wakafkan, jadilah amal jariah. Pahalanya berterusan. Akhlak boleh panjangkan umur… hubungi silahturrahim, panjanglah umur kita. Itu maksud hadis nabi tu.”

“Apakah rahsia kejayaan orang-orang yang ‘panjang’ umur tu?”

“Mereka sedar tentang tujuan! Mereka adalah peribadi yang sentiasa sedar akan tujuan segala sesuatu . Mereka tahu tujuan hidup, mereka tahu tujuan mati. Mereka mencari tujuan pada setiap tindakan.”

"Hasilnya?”

“Dunia sentiasa sediakan jalan kepada orang yang ada tujuan. When there is will, the is a way!.”

“Tapi kita bukan mereka”
“Betul. Tapi itu bukan kelemahan tapi kekuatan. Setiap kita adalah unik. Tuhan tidak ciptakan manusia bodoh, tetapi Dia mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.”

“Kita lebih bijak daripada mereka?” tanya saya secara berterusan.

”Ya, di sudut-sudut tertentu. Seorang pemandu lebih bijak daripada seorang profesor dari segi pemanduan kereta.”

“Tetapi keintlektualan lebih berharga daripada kebolehan memandu kereta. Profesor lebih berharga daripada seorang ‘driver’. Gaji mereka lebih tinggi”

“Maksudnya, umur seorang profesor lebih ‘panjang’ berbanding seorang driver? Maksud awak gitu?”

“Perbezaan itu bukan perbezaan taraf, tetapi perbezaan jalan. Jalan untuk seorang driver menjadi hamba Allah berbeza dengan jalan seorang profesor. Itu sahaja.”

“Awak tidak mengiktiraf darjat orang berilmu?”

“Bukan macam tu. Orang berilmu memang dilebihkan beberapa darjat… tapi dengan syarat, mereka takutkan Allah. Kan itu takrif sebenar seorang ulama?”

“Maksudnya?”

“Seorang driver yang takutkan Allah lebih tinggi darjatnya daripada seorang profesor yang tidak takutkan Allah. Tetapi sekiranya kedua-duanya takutkan Allah, tentu sahaja ‘umur’ profesor itu lebih panjang daripada umur seorang driver lantaran ilmu dan amalanya yang lebih tinggi dan berharga!”

“Kata ahli sejarah, para sahabat Rasulullah itu hidup kerana mereka mencintai mati. Dan kita hari ini ‘mati’ kerana mencintai hidup.”

Jam menunjukkan pukul 6.30 petang... hari makin pendek, malam makin menjengah. kami tamatkan perbualan bersama tamatnya hidangan lazat di meja.

"Selamat panjang umur" Ucapnya sekali lagi sebelum kami keluar dari restoran tersebut.
“Eh, tadi kata ‘selamat pendek umur" kata saya buat-buat hairan.

“Hmmmm, Awak lupa agaknya. Maksud ‘panjang umur’ tu berbeza dari biasa. Maksud saya, selamat menambah ilmu, selamat menambah amal, selamat mengeratkan silahturrahim, selamat menambahkan sedekah, selamat menambahkan rasa takut kepada Allah. Ya, itulah. Itulah maksudku selamat panjang umur!”...

Saya senyum lagi... Bersyukur dipertemukan dengan wanita bijaksana ini....




*************

24 comments:

ida said...

Tentu dia sorang yg special...pandai berhujah...

mati ....semua akan mati....semuga kita berada dalam golongan yang diberkati dan dirahmati

Keri AlHaj said...

ida - dia seorg yg sgt special... byk yg saya belajar dari dia...
-- Mudahan-mudahan kita berada dlm glongan yg diberkati dan dirahmati... InsyaAllah

Na Shari said...

Suka baca ayat-ayat dari dia...

penuh pengertian.... :)

AiE bAhRi said...

Abg Chime,
nk gak set perfume tu.=)
Untung abg Chime dapat menjalin hubungan dengan 'org belah sana'@akak tu. Boleh kongsi dan dapat maklumat yang sangat berguna.

Semoga semuanya diredhai dan diberkati Allah..

addyaholix said...

aie,
nama akak kita tu kak sufi. cantik. manis. seindah namanya juga. kena bukak entry-entry lama abang chime kalau nak tahu. haha!

ya. kalian untung punya antara satu sama lain bang chime. moga Dia selalu pelihara silaturrahim yang terjalin. dan moga jodoh berpanjangan. Insyaallah!

ainShahajar said...

sukanya dengan akak tuh

nak jd mcm akak tu jugak

banyakkan membaca!!

=)

eiza in the house.. said...
This comment has been removed by the author.
eiza in the house.. said...

happy besday Chime..

Sufi mu itu mmg bijaksana sekali..
moga jodoh korang panjang hingga akhir hayat..amin

i.am.me. said...

encik....she is very special...
lucky guy =)

suka baca ayat2 dia dan ayat2 encik chime....membuat saya sntiase beringat....

AiE bAhRi said...

Bro addy.
Saya tahu namanya kak sufi (saje tak nak mention namanya..takut saham abg chime jatuh..hahaha)dan tahu orangnya manis sebab pernah tgk gambarnya di sini.Walaupun tak jelas tapi kelihatan dia memang manis dan ayu.

Sama2 kita doakan dia yang tebaik untuk abg Chime kerana mereka untung punya antara satu sama lain

ASYIQ said...

Ayat2 yang menginsafkan...penuh pengertian. Memang betul....selangkah usia ke hadapan kita semakin menghampiri saat kematian.

"....apabila telah sampai ajal kamu, maka tidak akan dilewatkan walau sesaat dan tidak diawalkan juga walau sesaat...." Al-Quran.

Bolehlah guna ucapan ini lain kali....tapi kena tengok orang juga...silap2 kena marah pulaks....hihi.

Dilla Ady said...

abg chime mmg camtu ke bile berbual dengan kak sufi tu? (ye ke si dia tu 'akak', ntah2 sebaya saya)

Formalnye...atau mungkin diolah bahasanya tapi maksudnya tetap sama kan..(apela saya ni)

suka dgn pemikiran dia..camne ye abg chime boleh bertemu dgn org yg rasanya layak dipanggil soulmate tu?

jgn tunggu lame2, tahun depan leh sy wish selamat hari bapa kat abg chime lak..hehe..

dir&fara said...

hanye dir, kak ween dan pajeli je tahu betape ayunye kak sufi.. hehe.. tapi jgn risau bang chime.. gmbar tu takkan tersebar sebarangan.. hehe.. 20sen!

Keri AlHaj said...

Na Shari - Ayat2 dari dia memang slalu penuh ilmu..


aie - nak parfum ke? mana blh mintak kat saya, saya kan bufday boy... aielah yg kena bagi hehehehe...
ya, kami memnag selalu berkongsi2 pengetahuan.. tapi dia lagi bijak...


Addy - laaaa, apesal pulak bagitau nama dia... kita-kita je yg tau... addy ni... entri2 lama pun mana ada saya tulis nama dia... tapi takpelah...
Mudah-mudahan jodoh saya memang dgn dia... Amin... doa-doakanlah ya.


ain - ya, bykkan membaca... akak tu memang gila membaca...


eiza - mekasih eiza. ya, mudah2an dipertemukan jodoh saya dgn si bijaksana tersebut... (saya pulak jenis bijak sini - kalau gabung jadilah bijak sana-sini... heheheh)


miechi - yeah, she is veri special...
terima kasih...


hidney - pakai esei miyaki jugak ke???.. tertunduk sedih kottt, pasal esei miyaki dah nak abis... hehe



Aie - haaaa.. tulah dia... saje je kan, nak bagi saham saya jatuh.. hahah
(komen-komen kali ni semua bermotifkan akak tu ke?? bukan pasal isi2 kata-kata dia ke!!)


kak asyiq - selamat pendek umur kak...heheheheh...


dilla... akak kot!! ntah, saya pun tak tahu.
heh! kitorg takdelah berbual mcm tu... manalah nak ingat kalau nak salin balik semua cara dgn gaya bulan kami... tapi yg saya tulis tu isi-isi perbualanlah, pastu tukar2 lah sikit gaya bahasa biar seronok orang nak baca... kan...
ecceli saya tersangkut kat dia pun sebab cara pemikiran dan kebijaksanaan dia.. cantik tuuuu... kira markah bonus lah, bukan keutamaan...
Tahun depan??? hmmm... sempat kot heheheheh...


dir - ya, hanya kita-kita je yg tahu betapa ayunya kakak itu kan.
20sen... mahalnya mintak rasuah... 5sen cukup.... lebih2 mintak dekat kak ween... dia byk duit.. hehe

Guru said...

best entri ni.. blog pun sehensem tuannya

saya follow yg empunya blog ya.. follow virtually je..

::alifdalmim:: said...

cewaahh..kan sy da ckp..chime kalo berdating dgn si dia mesti penuh dgn ilmiah..salute ar..pandai dia berhujah..

btw, baru sy ingt nk adiahkn perfume Esei Miyaki..tp dia da bg dlu...kira tak yah bg la lagi..hahahaha ;p

Ad Rifza said...

Alhamdulillah..Anugerah Allah jugak tu nak bertemu dengan "org belah sana tu"..
Pernah kah kita fikir kadang2 dalam apa sahaja hubungan kita dianugerahkan dengan pelbagai jenis manusia yang boleh membawa kita kearah kebaikan atau sebaliknya...macam cerita penjual minyak wangi dan pelebur besi tu..
Bila berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan terkena dengan haruman bau wangi tersebut dan bila pelebur besi kita terkena pedihan percikan besi tersebut..hmm
Fikir fikir..

arazma said...

chime, cepat2 la buat skrip utk meminang lak... umur semakin pendek.. bila bersatu bijak sana-sini, bleh le panjangkan umur....

cepat la..cepat la.. nak tengok kombinasi hensem ngan ayu, ditambah ngan bijak sana-sini...

Sharif John said...

Setuju ngan bro... Semakin hari semakin menuju kematian... Semoga kita tergolong dalam org2 beriman...

smurf said...

chime ,
semakin jauh perjlnan
semakin dekat kematian
semakin betambah bebanan
semakin kurang pula keupayaan
hanya iman dan ketaqwaan mampu
mengayuh perahu ke arah lautan hidup yg penuh bergelora menuju pulau akhirat yg kekal abadi ..

Keri AlHaj said...

a kl citizen - bolg sehensem tuan???? hmmm... hadoiiiila...
ok, saya pun dah follow balik semula dah... sama-samalah kita saling follow memollow...


adam - yeke... adam dah pernah cakap ya... gitulah gaya dia kalau ber'aweks'kan org berilmu... cakap selalu cakap2 ilmu...
esei miyaki!! ehhh, boleh je kalau nak bagi lagi... lagi byk lagi bagus... heheheh...



mel - erk! ko jeles ek... ko tunang ko pun lawa sikit dari dia tu... tapi.. dia tu - lawa banyakkk... hahahahahahah...
alah, ko dah tunang, ko la kawen dulu...


ad - hmmmm... betul... sebab tu, masa mula2 nak mulakan hubungan dulu, saya kaji byk perkara jugak... (kena buat research) bukan senang nak bukak hati semula lepas cerita sedih saya lalui dulu... tapi dia berjaya sebab dia bijaksana... erkkkk...


arazma - alah akak ni... sabar la kak.. byk lagi nak kena prepare nihh... tapi!!! skrip nak meminag tu mcmana pulak ek... bukan wakil yg pergi meminang tu yg kena buat skrip, saya dok diam2 kat umah je... errrrrr.. *salah maksud kot saya nihh**


hidney - hahah... sama kita. atas meja bersusun botol esei miyaki kosong...
- ok, saya dah tgk... terharu sangat... terima kasih.. memang suprise...


john - insyaAllah... moga kita sentiasa sedia ke 'sana'



Ase1 - Moga kita membawa cukup bekalan... agar di sana tidak dahaga, kelaparan.....

bozzobattousai said...

seronok bila ada member gitu...banyak yg dapat kita belajar dari dia...thanks...bozzo pon dah paham sikit tentang hidup dan mati, pendek dan panjang umur....

addyaholix said...

nak buat camne bang chime, dah kak sufi tu lawa, maka jadi topik la haha!

owhh pecah rahsia. bang mel dah tunang ya? haha!

Keri AlHaj said...

bozzo - memang seronok bozo... berkawan dgn org pandai, kita pun akan jadi pandai...
Saya pun dah paham apa maksud panjang umur tu... moga bermanfaat...



addy - opppssssss... terpecah rahsia pulak... heheh... - saje je, statment nak bagi jatuh saham tu.. heheheh