Monday, July 20, 2009

Orang kecil berjiwa besar

Perjalanan sepanjang turun dari kawasan tinggi Cameron melalui jalannya yang berliku melingkar-lingkar terasa sangat memeningkan. Sebagai jalan penyelesaian, saya (dan kumpulan saya) singgah berhenti di hentian sebelah Tapah untuk mendapatkan sedikit rehat dan melegakan mana yang patut dilegakan memandangkan kami akan melalui perjalanan pulang yang masih jauh.

Kami terpisah-pisah di situ apabila semuanya punya tujuan berbeza. Ada yang ke tandas dahulu, ada yang bersolat Asar diutamakan, dan ada yang terus mencari bahan makanan untuk memenuhi kehendak perut yang lapar.

Selesai solat saya memilih untuk ke food court untuk mengisi perut yang kosong. Setelah mengambil makanan, saya memilih untuk duduk berkongsi meja dengan seorang anak muda yang kelihatan sebaya saya tapi pada perkiraan saya lebih muda dari saya. Berpakaian agak lusuh dan berwajah penat yang sedang asyik menikmati segelas fresh orange. Saya menghulurkan tangan dan kami bersalaman.

Kami berbual ringkas... namanya Azhar dan kerjanya pula sebagai pemandu lori yang berasal dari Utara tanah air.

"Cantik Handphone baru"... saya menegurnya dalam bualan ringkas itu dengan menegur pada telefon bimbitnya dari jenis baru (yang saya idamkan juga) dengan pemudah 3G dan masih di dalam kotak di hadapannya. Model ini kelihatan agak janggal untuknya kerana model canggih seperti itu biasanya digunakan untuk seorang eksekutif... begitu fikiran saya.

Sambil tersenyum dia menjawab, "Kotak kosong je ni. Tak ada isi pun.."

Jawapan ringkas itu mengundang rasa ingin tahu saya. Reaksi ingin tahu itu sudah cukup untuk membuatkan dia bercerita terus tanpa perlu saya bertanya.

"Sebenarnya macam ni, beberapa hari lepas saya ke Kuantan.. masa rehat makan kat satu gerai tu saya nampak satu bungkusan di sebuah hentian bas yang berhampiran, saya pergi periksa tengok dan mendapati kat dalam bungkusan tu ada sebuah telefon bimbit canggih!" Bicara dimulakan dengan penuh minat.

"Saya pun ambillah dengan harapan tuannya akan hubungi ke talian telefon tersebut dengan segera." dia kemudiannya berhenti sambil menjeling untuk menilai minat saya pada ceritanya.

"Akhirnya telefon tu berdering, dan kat hujung talian telefon tersebut tuan empunya telefon tu berulang kali ucapkan terima kasih." Dia berhenti dan menyedut lagi fresh oren di gelas yang semakin ke dasar gelas kuantitinya.

"Lepas tu.." tanya saya agak mendesak.

"Dia meminta saya menghantar telefon tersebut ke Kuala Lumpur sebab menurutnya telefon tersebut berharga hampir RM3000.00"

Sambil tersenyum sinis dia menyambung, "Semata-mata balik semula ke Kuala Lumpur untuk menghantar telefon tersebut bukanlah idea yang bagus.." Nampak agak berkira. Tapi bila memikirkan kerjanya sebagai pemandu lori yang terpaksa bergerak merata-rata, tiba-tiba kena berpatah balik ke Kuala Lumpur tentunya akan melanggar jadual tugasnya, apatah lagi perbelanjaan untuk ke Kuala Lumpur dari Kuantan memang besar juga.

"Pada akhir perbincangan dia memberi jalan penyelesaian akan menghubungi rakannya yang berada di Kuantan untuk bertemu saya di tempat yang akan dijanjikan semula bersama rakan tersebut." ujarnya.

saya masih mendengar dengan penuh minat.

"Kemudian pada hari tersebut, rakannya menghubungi saya, dan untuk memudahkan urusan kami berjanji bertemu di Masjid Kuantan. Kemudian pada waktu-waktu yang dijanjikan dan setelah menghubungi saya sekali lagi, kami bertemu. Dia bersalam dengan saya dan memperkanalkan diri. Seperti yang saya bincangkan dengan tuan telefon itu tadinya, saya terus sahaja menyerahkan handphone tersebut." Dia berhenti sekadar menarik nafas.

"Sebaik je dia dapat telefon tu, dia terus berlalu pergi. Ucap terima kasih pun tak sempat. Dia nak cepat barangkali. Tapi bukanlah masalah sangat, tapi dia berlalu pergi padahal saya tak sempat nak serahkan kotak ni yang pada masa tu berada dalam lori." Ceritanya panjang lebar.

"Ni yang tinggal kotak saja ni saya bawak ke sana ke mari" Ia membuat penjelasan mengakhiri cerita.

Saya yang menjadi pendengar cuba menguji dengan bertanya "Kenapa tak ambik je. Buang sim card dalam tu isi simcard baru, lepas tu boleh lah bergaya dengan handphone canggih mahal".

Masa tu saya lihat pandangannya serius. Gelas di tangannya diletakkan.
"Abang! saya boleh ambik hak orang lain tu, dan memang tak ada siapa akan tahu. Harganya mugkin macam yang disebut oleh tuan handphone, hampir RM3000.00. Tapi, nanti apa pulak akan jadi pada saya? Pasti Allah akan ambik pulak dari saya sebagai ganti dengan satu jumlah saya sendiri tak akan tahu nilainya. Mungkin lori saya kena langgar, harta saya musnah, keluarga saya ditimpa sakit atau apa sajelah, tapi yang pastinya akan ada balasan dari perbuatan saya tu."

Matanya bercahaya... Ada sinar yang mengagumkan.

"Apatah lagi balasan yang kita sama sekali tak boleh elaknya bila kita pulang ke Akhirat. Jadi, ada baiknya kalau saya pulangkan benda yang bukan milik saya. Saya tak rugi apa-apa. UJarnya bersunguh-sungguh sebagai mengakhiri bicara petang itu di hadapan gelas fresh orangenya yang telah kosong dan bersama sejambak contoh yang sangat indah.

Demi Allah saya kagum. Pemuda (yang masih muda) itu benar-benar telah mendapat didikan sempurna. Petang itu saya melihat seorang kecil yang mangagumkan (setelah sekian lama melihat orang-orang besar yang menjengkelkan).. Orang kecil berjiwa besar... Tanpa menuturkan dengan lidah, saya berkata dalam hati... Hebatnya anda! Kalau lah saya boleh menjadi sehebat anda....

Kami berpisah bila dia meminta diri untuk meneruskan perjalanan pulang terus ke kampung halamannya.

***
Apakah yang membentuk kelakuan pemuda tersebut walaupun tak ada CCTV yang memantau?
Ya!!! Kepercayaan yang ada dalam hatinya. Imannya menyelamatkan dia dari melakukan perkara yang salah. Benar, manusia yang punya arah akan mengawal nasib dan gaya hidupnya. Dan akhiratlah menjadi kompas kehidupannya.

Semoga Allah memberi rahmat di sepanjang-panjang jalan kehidupannya.....





Salam Israk - Mikraj



*******

24 comments:

AiE bAhRi said...

Salam abg chime..
O..
pergi cameron tak ajak kami semua..hehehe..

Saya kagum dengan budak tersebut.hatinya cukup telus dan suci.Subhanallah!Sungguh saya kagum dengan budak itu.

sharamli said...

kal0 sentiasa igt ALLAH..kita takut nak wt benda yg xsepatutnya wal0pun 0rg laen xtw

:: Wiween :: said...

bagus brader tuh..jujur..xde laa main kebas aje x fikir halal haram kan..bebudak skola ween pun byk yg gitu tau chime. Slalu kalo jumpa duit even 20 sen pun, suma dia nak bg kat cikgu, suruh tanya sapa ilang duit. tade laa main bedal masuk poket.

a.b geldofg said...

aku kalau stakat hp tu yg ttinggal...aku kira halal jelah

Sharif John said...

Salam.... saya amat mengkagumi orng muda tu... bagi saya mmg sangat mulia apa yg dia lakukan... bukan senang nk jumpa orng mcm tu.... tapi apa yg dia katakan benar belaka... kita ambil hak org nnt Allah akn balas balik... Terima kasih untuk entry ini...

By the way, saya akn ke Cameron lusa...

ASYIQ said...

Ingat cerita budak perempuan beriman di zaman saidina Umar....apabila ibunya mencadangkan dia mencampurkan susu jualan dengan air utk menjadi banyak, dia berkata...."Memang saidina Umar tidak tahu perbuatan kita tetapi Tuhan Saidina Umar nampak apa yang kita buat...."

Ini yang kita nak terapkan di dalam diri kita....kalau kamu tidak nampak Allah tetapi yakinlah bahawa Allah nampak kamu....

p/s Sekarang kalau beli santan...macam cair semacam je....mungkin dah dicampur dengan air...

Abd Razak said...

Salam sdraku,

Mantap iman budak tu.

Sesungguhnya kejujuran mengundangkan kepada kebaikan, dan kebaikan mengundangkan kepada syurga. Sesungguhnya seseorang biasa berlaku jujur hingga ia disebut shiddiq (orang yang senantiasa jujur). Sedang dusta mengundangkan kepada perilaku menyimpang (zalim) dan perilaku menyimpang mengundangkan kepada neraka. Sesungguhnya seseorang biasa berlaku dusta hingga ia disebut pendusta besar.

smurf said...

terharunya membaca cerita tu . Semoga kita sama2 mendapat manfaat dari peristiwa itu . Sesungguhnya saya adalah insan yang lemah .

ceksumolek's said...

belom pernah lagi jmpa org yg sebaik tu..

sngat saya kagum..
smoga dia sentiasa dilindugi..

noorcahaya said...

salam.. kalau sy pon akan pulangkan janji amek sendiri.... sy dpt rasakan betapa sakitnya hati kalo hp hilang walaupun atas kecuaian sendiri...

Tirana said...

Kalau kak tirana pun rasanya takut juga nak ambil..sebab mahal sangat..hehehe... Walaupun tak ada siapa tahu tapi Allah nampak..Itulah perinsip yang dipegang oleh anak muda tersebut..Bukan mudah nak cari anak muda yang bersikap begitu sekarang ni

zai said...

Salam Chimera..
Apa yg boleh akak katakan alhamdulillah..pastinya beliau telah mendapat pendidikan yg sempurna daripada kedua ibu bapanya. mmg sesuatu akhlak yang terpuji diakhir zaman spt ini..dia ibarat sebutir permata ditengah padang pasir..ckp sukar utk bertemu orang spt ini yg masih sedar bahawa Allah itu Maha
Melihat dan Maha Mengetahui dan rasa takut akan balasan hari akhirat itulah semulia2 sifat.

Cik Azz said...

Alhamdulillah....Semoga kita semua turut bersifat jujur mcm adik tu...


p/s: tea perasa strawberry tu mmg sedap kan...wangi je bau dia....

Keri AlHaj said...

salam aie...
bukan tak mo ajak, tak muat kretalah.. penuh dgn org satu hal, penuh pulak dgn sayur2an satu lagi hahaha...
-Semoga kita dpt memiliki hati yg suci seperti pemuda tersebut.


sharamli - oleh itu, sentiasalah berasa yg Allah selalu perhatikan kita...


ween - ha... asuhan yg betul kena bagi dari budak2 lagilah... dah besar2 jadi buluh memang dah tak terlentur lagi dah.


ab - hahaha... tu, pasal dia baru beli kot.. sebab tu dia nak jugak suruh budak tu hantar...


john - salam... masih byk contoh2 disekeliling kita yg kita boleh jadikan cth kehidupan. memang bukan senang nak jumpa org gitu.. kita bila tgk orang pakai selekeh, mulalah buat fikir yg negatif.

ok... ke cameron jgn lupa stroberi tea 4 kotak... hahaha...


kak Asyiq - itulah dia... nak yakinkan diri bahawa Allah sentiasa pandang kita memang susah nak buat. asuhan dan didikan sempurna tu yg memainkan peranan...
- saya dah lama tak beli santan. sejak balik dok kampung ni, nak pakai santan kupas je kelapa yg tergolek byk belakang rumah...


Razak - salam kembali saudara ku.
smoga kita bersama-sama akan mendapt iman yg mantap juga.
- betullah bicara mu tentang kejujuran itu. tapi bukan perkara yg mudah utk berlaku jujur lebih-lebih lagi bila kita rasakan kita tidak diperlakukan dgn jujur... **sentiasa didik hati untuk sentiasa jujur dalm apa juga yg dilakukan**


Ase - kita semua adalh lemah. tiada yag kuat kecuali Allah... semoga ada iktibar utk kita bersama.


ai[sumi] chan - terkadang terasa aneh jugak. dlm keadaan dunia zaman sekarang tiba-tiba dipertemukan dgn seorang yg masih mda dan mulia akhlak.. org baik akan membawa kebaikan pd orang lain.
Ya! moga dia sentiasa dilindugi.



noorcahaya - itulah dia, kalau saya pun tak muhulah hantar kalau jauh2 sgt... memang perit hilang telefon. dgn segala benda dok ada dalam tu huh.. nak2 lagi kalau yg jenis mahal... lagilah cuak.

kak tirana - saya kalau biasa terjumpa brang orang, saya tak akan sentuh pun, sebab kalau dah sentuh tu, rasanya akan jadi tanggungjawab kita pulak untuk mencari tuan punya barang...
Ya, saya pun selalu berharap untuk punya prinsip yg hebat seperti pemuda tersebut agar saya juga boleh jadi hebat seperti dia...


kak Zai - Alhamdulillah... org kata sejuk perut ibu yg kandungkan dia. kalau begitu tingkah laku pemuda tersebut saya yakin dia tentu amat mengambil berat pada keberkatan rezekinya. rezeki berkat hidupnya pun berkat... org baik2 akan sentiasa mendapt doa yg baik-baik dr masyarakat sekeliling... moga dia sentiasa dirahmati...


kak Azz - Ya, mudah-mudahan begitulah.
-tea stroberi memang bestt.. sekarang ni sarapan pun pakai tea tu pulak tiap-tiap pagi... haha

Keri AlHaj said...

ko memang... kalau jumpa yg murah2 pun ko sambar je kan, ni pulak i-phone riban-riban... hahah. rezekilah kononnya... heheh..

- tak de hallah. ok jugak ko tak pergi, byk skit sayur boleh muat kreta.. kalau ko ikut msti takde ruang dah nak buboh ayur, buah semua.. hehehe..

Dida... said...

Salam..

Kisah benar yg betul2 mengagumkan.. kagum dgn sifat jujur pemuda itu.. rasanya.. dlm 100 org.. cuma seorang je yg bersifat jujur mcm tu dlm zaman sekarang ni...

Tp sy agak terkilan dgn rakan tuan punya h/phn tu.. apa salahnya sekurang2nya ucap kan terima kasih pd org yg tlh bersikap jujur kpd sahabatnya...

Syabas..Teruskan berkongsi cerita utk pengajaran & pedoman kita bersama..

addyaholix said...

salam bang chime yang jambu!

ooo dah tahu saya bercuti tapi saja taknak ajak pergi cameron kan. haha!

rasa kagum sebab masih ramai anak muda yang berhati mulia. walaupun peluang untuk dia berbuat dosa cerah di depan mata. syukur bila dia selalu ingat yang tuhan selalu melihat tiap tingkah laku hamba-Nya. moga kita semua peroleh sifat mulia seperti dia.

oh ya bang chime, kak sufi idany kata abang lock blog sebab dia tak dapat nak bukak. sila ambil perhatian ok. peace bang!

addyaholix said...

salam kali kedua bang!
ni saya komen lepas baca blog aie. dslr berkecai? aduhaiiiii....

Keri AlHaj said...

dida - salam... ya, saya juga kagum dgn iman dia yg tinggi tu. saya selalu harap saya akan ada sifat2 mulia macm dia. tapi ntah bilalah akan dpat.
dan org yg terima h/p tu... hmmmm, apa nak komen ya. manusia tu pelbagai sifatnya.


addy - salam addy yg lagiiii jambu. (pasal pakai baju bunga2 - saya tewas di situ heheheh)...

sebab tahu addy cutilah tak nak ganggu percutian addy tu. lagi pun saya g cameren tu tak disengajakan... secara tiba2 je.

- ya, moga kita akan dpt juga sifat2 mulia seperti dia di zaman yg meyukarkan ni. ujian2 yg mcm uji keimanan.. tapi iman dia tetap teguh.
-ok, saya dah maklumkan pada ida tentang masalah tersebut. dah selesai dah kot...
yeah!! dslr ku hancus berkecaiii... hati ku turut hancusss sekali nih... tak pe2. lain kali jgn cuai...

addyaholix said...

takpe saya dengan besar hati bagi title jambu kat bang chime, sebab title hensem bang mel yang dapat. haha!

yelah tu taknak ganggu konon. waktu saya tengah cuti la kena ganggu kalau nak pergi mana-aman haha!

siannya dslr hancur. kalau saya memang anak saudara saya tu kena tempik. saya kadang baran jugak bang haha!

aikk mana tahu saya lahir bulan julai? kalau saya bagitahu tarikh agak-agak ada hadiah tak bang? haha! lagi dua hari. jangan lupa wish ok hhahaha!

addyaholix said...

kenapa abang mel private dia punya blog? ada entry lucahkah? hahaha!

kidding =)

bozzobattousai said...

klu ada ramai org cam gitu selamat malaysia nih...

Keri AlHaj said...

eh.. mana boleh bagi suka2 hati gitu je, kena penuhi syarat jugak... cthnya - memakai baju bunga2.. hahahah.. tu syrat wajib tu nak dpt title jambu.
taklahh.. sebab addy cuti ingatkan addy ada pegi mana2. korea utara ke, jepun ke, manalah saya tahu kan. lagi pun saya mana tahu addy tgh cuti. pakai teka je... rupanya memang cuti betul.

memang anak sedare saya tu kena tempik pun. mahunya tak bertempik.. ribu2 tgh melayang.

mel tu, saya tak heran kalau dia wat entri lucah... takut dia isi gambar2 lucah diri sendiri je.. hahahahah, bukan blh percaya dia tu. memang dah penah buat.. hahahahah.. bukannya malu.. **abislaaa kena marah dgn mel kalau dia baca ni.


bozzo - dunia pun selamat.

addyaholix said...

patutlah macam pernah jumpa. haha!
opss abg mel dengar mampos ni. haha!