Saturday, July 18, 2009

Tanda ingatan lagi

Aha.. seronok bila diingati. dengan pemberian tanda penghargaan persahabatan... Sekali lagi (untuk kesekian kali nya), saya diberi award lagi. Kali ni diberi oleh Kakak KLCITIZEN... ni award dia...

Best Blog award... hmmmm... terima kasih tak terhingga untuk kak klcitizen atas penganugerahan yg berharga ni. terima kasih daun keladi. kalau ada lagi nanti jgn lupa bagi lagi ya (nak lawan kak tirana nihh - dia dpt byk betul award.. heheheh)...

ok, berikutnya satu lagi tanda ingatan... TAG. yeah. kena tag lagi sekali. kali ni DIR pulak yang bagi... jom kita jawab apa dia punya soalan....

THREE NAMES I GO BY
1. Jericho Rosales... errrkkkk!!! (biar betul).

2. Anak-anak buah semua panggil saya Anjang (Pak Anjang sebenarnya - saje je tak nak letak 'Pak' tu... baru rasa macam muda sikit. kann..)

3. Ada bermacam panggilan sebenarnya. Ada member panggil Khi, ada yg panggil Bada, ada yang panggil Shuk, ada yang paggil Ari, ada yang panggil Abang... pilih lah mana yg rasa best.

THREE JOBS I HAVE HAD IN MY LIFE
1. Masa lepas abis SPM saya kerja kat Hotel Seri Malaysia... jadi GM. GM=General Manager. Best woooo, datang je terus duk atas kusi pusing2 arah orang buat itu ini... hmmm, errr... ok, jangan percaya tipu daya semata-mata. Kerja kat bahagian dapur tukang cuci pinggan je. Tapi sangat ok lah. sebabnya dari situlah saya belajar masak sikit-sikit, belajar potong bawang dgn betul, potong ayam dengan betul potong kentang dgn betul. Kira byk jugaklah hal-hal di dapur yang saya dapat lakukan dengan betul dan sekarang ni saya bolehlah masak beberapa jenis masakan yang enak seperti masak nasik, air dan telor rebus... (Yang enak?)

2. Jadi desktop publisher kat TTDI. Kerja dia men'design'kan dan meng'layout' buku-buku dan majalah. Mewarna gambar-gambar kartun dan membuat lukisan secara menipu tapi orang kata lukisan betul...

3. Sekarang, Grafic Designer. errrrr, sebenarnya tak ada beza pun dgn desktop publisher. kerjanya sama je. design mendesign.

THREE PLACES I HAVE LIVED
1. London... Tapi sebab tak tahan sejuk, saya balik dok Malaysia semula. Maklumlah saya ni tak boleh dok kat tempat sejuk nanti kulit jadi gelap... pastu naik jerawat.

2. Yang nombor 1 kat atas tu jangan percaya sangat lah. auta je lebih tu. tahun lepas dan beberapa tahun yang lepas (maksudnya 7 hingga 8 tahun yg lepaslah) saya dok KL. kat sg. Penchala. Mula-mula dok dekat dgn rumah Maya Karin (yang ni tak tipu tau) rumah maya karin memang betul2 kat tepi hutan yg byk pokok durian. pastu depan rumah dia byk tempayan... (apehal dok citer pasal rumah maya pulak ni). Pastu saya pindah dok kat luar sikit (masih lagi kat Sg penchala) - bukan apa, sebab dekat sgt dgn rumah Maya karin jadi seram pulak. Takut je malam-malam bulan mengambang tetiba dengar suara "Pulangkan!! Pulangkan!!" hah engkau, tak ke haru...

3. Sekrang saya dah balik dok dengan mak dan ayah kat pahang. Oklah sikit kan. byk dapat jimat. rumah tak yah sewa, makan ada orang masak, kain baju adik-adik tolong basuh... senang hati - berat badan pun dah naik dekat 5 kg dlm masa tak sampai setahun nihh... hadoiiiiii...


THREE TV SHOWS THAT I WATCH
1. Tak suka sangatlah tengok tv... tapi sejak hari tu tengok citer 'Nur Kasih' best pulak...

2. Citer Naruto (hihihi) Wonderpets, Geng Bas Sekolah, Ben10, Otromen, Power Rangers...

3. Smallville, Hero's, Kyle XY, Keliwon (pasal tak seram - kalau seram memang saya tak tengoklah), majalah 3, iklan bio aura (apa tu bio aura).. **Tadi kata tak suka tengok tv**

THREE PLACES I WANT TO GO (right now)
1. Right now??? hmmm. nak pergi KL lagi nak tengok harry porter pulak.

2. Katil... Pasal dah ngantuk sangat. Tapi sebab panas, dapat landing kat sofa orait jugak.

3. Tak terasa nak gi mana-mana pun sebenarnya. Sebab faktor kewangan yang tak berapa nak mengizinkan. Cuba duit byk, segala tempat kalau boleh nak pergi...

THREE OF MY FAVORITE FOODS..
1. NASIK.. yes. memang tak syak lagi. nasik dan saya memang tak dapat dipisahkan, kami memang kamceng sejak kecik lagi.

2. Cis kek.. secret resepi. lebih-lebih lagi yang orang belanja. perghhhh.. memang lazat.

3. Nasik goreng... (nasik jugak ke?)

THREE THINGS I AM LOOKING FORWARD TO
1. Suruh Mak pergi merisik...

2. Suruh mak pergi meminang...

3. Errrrrr... Kawin lah. Apa lagi??

THREE PETS THAT YOU HAVE OWNED
1. Seekor kucing bernama Hitam (tapi bulu dia kaler putih) tapi dah mati sebab tua..

2. Seekor kucing bernama Jusoh (apalah kampung sangat nama dia nih)... Tapi dah mati jugak walau pun masih muda (itulah, mati ni tak kenal usia).

3. Seekor kucing yang tak de nama lagi. Warna putih, tapi saya dah warnakan dgn kaler coklat buat belang-belang... (suka buat kerja tak senonoh gini tau)

THREE FRIENDS WHO WILL REPLY
1. Ntah...

2. Tak tahu...

3. No idea...

THREE FAVORITE BANDS/SINGERS (for now)
1. Hijjaz...

2. Tok iti

3. Inul daratusta (erkkkkkk)...

THREE FAVORITE SPORTS TO WATCH
1. Saya menggemari sukan-sukan rakyat seperti Lumba Motor, Lumba kereta dan lumba kuda...

2. Oleh kerana jawapan satu saya dah senaraikan 3 jenis sukan, jadi no2, dan 3 tak payah isi dah lah...

3. ... seperti di atas.

THREE FAVORITE DRINKS
1. Bio aura - 'airnya pun jernihh, tak berbau pulak tu' - hari tu sekali buat mandi pun pakai air bio aura.. heheheh - bukan apa, untuk cantikkan kulit... gituuu.

2. Limau ais - boleh membakar lemak-lemak kat perut yg dah semakin berkembang secara pesat ni.

3. Tea perisa straberi yang beli kat cameron helen hari tu. best.. kalau bancuh dgn susu lagi best. cubalah...


haaa... ok.. tamat sudah.... sekian.

15 comments:

sharamli said...

bila nk kawen?

Keri AlHaj said...

kawen???... itu yg nak suruh mak pegi merisik dulu tu.. hadoiii, bilalah nak kawen ni...

addyaholix said...

saya nak bagi award jugak. tapi bukan dalam bentuk gambar, tapi dalam bentuk tulisan.

ANUGERAH TULISAN PALING BERMOTIVASI DAN MEMBERI INSPIRASI.

yang ini bukan pujian kosong tapi bersebab. dan rasanya tak perlu saya sebut satu persatu sebab saya pernah sebutkan sebelum ini. dan abg chime sendiri pon tahu maksud saya kan =)

selamat malam bang chime!

zai said...

nasib tak komen kat blog akak pasal TAG akak tu..tapi oklah Aklcitizen dah kenakan adik dah hehehe

Tirana said...

hehehe..nak lawan kak tirana ke...

Chime..semakin ku kenal dirimu..rupanya pandai grafik..dah agak dah sbb ada mac..biasanya orang2 grafik aje yang guna mac (tidak termasuk kak tirana..heeheh) sebab mac memang excellent untuk buat grafik (betul ke?)

Abd Razak said...

Kalau bagi award tak apa tapi kalau bagi tag...ampun agak sukar nak menjawabnya

ASYIQ said...

Chime...

Time jwb tag la baru byk rahsia diri keluar. Dok Pahang rupanya..ingat dok kaw2 area KL.

Adik ipar saya pun nama Shukri...dan nama timangannya pun Ki. Aha...(opps..tersebut pulak nama betui nya...haha)

Tau tak pasai apa mak lambat hantar rombongan??? Pasai chime tak berapa beria2 kot...cubalah hentak2 kaki macam budak2 nak aiskrim...sure laju je dia gi merisik dan meminang. Jangan tunggu lama2.....

arsaili said...

salam...pak anjang..ehehe kalau kat swak...semua 'pak' or 'mak' digugurkan untuk memanggil pak saudara or mak saudara..so just panggil ngan, anjang, cik, usu..etc

eqbalzack said...

datang KL jgn lupa calling2 k...kita pekena teh tarik sampai mabuk...hehe

chekgu Bani Hassim said...

teh stroberi mmg layan...
nice...

Keri AlHaj said...

addy - Anugerah Paling Bermotivasi???.. haha, mcm bagus sgt lah pulak addy... bagi yg tahap rendah2 sikit lah.. perkataan 'Paling' tu rasa mcm lebih2 pulak..

kak Zai - dah komen dah. tapi tag saya ni bukan kak klcitizen yg bagi... ni org lain punya.. hehe.


kak tirana - hahah... mana boleh lawan akak kan.
Saya bolehlah buat grafic. kalau tak takkan kerja buat mende grafic kan... iya kak. Mac memang bagus utk tujuan grafic. lebih mudah. warna lebih cantik, tak yah pakai grafic card semua...


Razak - sesekali jawab tag ok jugak, tak adalah bosan sgt org nak baca pasal motivasi je kan..



kak Asyiq - akak pun tak tahu jgak ke? kan kat bahagian profile dah ada tulis saya dok pahang... baru je lagi kak. tak sampai setahun lagi. sebelum ni memang dok kl.
- alahhhh, akak saje je buat2 kantoi isi nama penuh kan... heheh.
-ha'ah lah. rasanya saya tak beria2 sgtlah. cakap pun slow2 je taknak bagi org dengar. tu yg mak tak pergi-pergi jugak merisik tu... hmm, nak kena bersungguh nih...



arsaili - salam... bagus nya sarawak ya... tak adalah rasa tua sgt kan... heheh



abangEq - tea tarik sampai mabuk??? huhu... mcm best je kan. ok, nanti saya call... tapi mcm biasalah, abang eq kena belanja... (mata duitan nihhh)



chekgu - kannn... best. saya sekali pergi kameren helen, memang berkotak-kotak saya beli tea tu...

said...

dangdut yuk...

hahaha...bro suka inul...

kkekekkek

Keri AlHaj said...

mel - ha'ah... lupa pulak satu lagi kan. alah takde org kesah punn.. ko ngape private blog. dah tu tak invite aku pulak... tu saje nak buboh benda tak senonoh lah tu kan...



yanie - yukkkk!! inul, roma irama, m daud kilau, sumer lahhh saya suka... hehehe.

Sharif John said...

Tahniah dapat award...

saya kena belajar ni cara memotong... bro bole buat entry psal tu x? request dari saya... saya nk belajar...

Keri AlHaj said...

mel - hmmm tau dah ko tu, benda tak senonoh suka dedah kat sana sini.. tak ada istilah 18sx, semuanya utuk tontonan umum... huh..



john - cara memotong apa john... bawang ke ayam... tak susah mana pun. tapi kalau nak buat entri kena letak gambar byk2 lah pulak kan...
tgklah nanti macamana...