Thursday, July 2, 2009

Sebanyak manalah belanja makan dua orang anak?

Petang Jumaat yang lalu... Sehabis je waktu kerja saya bergegas pulang dan terus memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur... Memang gigih.. atas alasan...!!! "
"TRANSFORMERS"....
huhu... ntah apa-apa ntah - semangat sungguh...
Ke rumah adik saya di kepong, kemudian ke rumah abang pula di Sg. Penchala.
Pagi Sabtu... terus ke One Utama. Tapi! sangat mendukacitakan. Kedua-dua panggung tgv&gsc.. dan tiga panggung sebenarnya termasuk cineleisure kat the curve.... tiket semua habis... Huh!! gilerr punya gilerr... seawal pagi hari tiket semua sampai ke malam... habis.. masa bila diorang ni jual. hadoyai.... jauh aku datang ni... gigih...
Tapi tak pe, usaha tangga kejayaan... gagal sekali tak beerti gagal untuk selamanya... sabar ya. jagan bengang-bengang walaupun ada rasa macam nak bengang. Takpe, cuba lagi... esok datang lagi ya....
huh... sengal!!!!.


****************************

Pagi Ahad... setelah sekian lama saya tidak meronda Kuala Lumpur, pagi ini saya tiba-tiba terniat untuk menjejakinya. saya membuat keputusan menaiki komuter ke sana. Saya keluar betul-betul selepas waktu subuh dari rumah adik di Kepong. Lalu bergerak ke stesen Komuter Kepong. Udara sejuk, dingin, nyaman. Jalan ke arah stesen komuter lengang. Mungkin hari masih terlalu awal, dan boleh jadi juga kerana hari itu hari Ahad... (seingat saya sewaktu bertugas di Kuala Lumpur dulu... waktu-waktu begini saya lebih suka melayan bantal dan selimut... - kalau dapat bangun sembahyang Subuh pun dah kira cukup baik dah... Ini pulak bangun nak merayap)

Badan terasa segar dan mata menyenangi kedamaian persekitaran - burung belum lagi berterbangan mencari makan, tapi sesekali terdengar juga ayam berkokok - malaikat sedang meninjau makhluk-makhluk Allah yang sedang khusyuk beribadat: mendirikan solat, menyediakan sarapan keluarga.

Begitu harmoni suasana pagi itu. Komuter tiba tepat pada masanya. Penumpang tidak berasak-asak seperti kebiasaan. Tempat duduk banyak yang kosong. Mudah untuk mendapatkan tempat duduk. Saya cuba bayangkan suasana biasa dalam koc... Berdiri, bersesak-sesak, berpaut pada palang besi dan cuba sedaya upaya mengimbangi diri apabila penumpang bertolak-tolakan. Rimas dengan bau-bau peluh... tetapi tidak pada pagi itu.

Damainya pagi itu sehingga berjangkit kedamaian tersebut ke dalam koc. Penumpang lebih suka melayan rasa kantuk di tempat duduk masing-masing. Tidak kelihatan sebarang garisan senyuman pada wajah penumpang pada pagi itu. Kelihatan seorang dua sedang membaca; jika dilihat pada saiz dan ketebalan mungkin sedang membaca novel. Masih ada penumpang remaja yang mengamalkan budaya membaca - itu sudah bagus (tapi saya memang tidak boleh membaca dalam kenderaan bergerak - pening - mabuk... hehe)

Saya memerhatikan pemandangan di luar. Alam ciptaan Allah tidak pernah hilang kuasa magisnya ke atas saya.

Tiba di satu stesen... naik sekumpulan anak-anak sekolah (bersekolahkah pada hari Ahad?? kelas tambahan barangkali)... tapi!!!!, dari pakaian seragamnya, saya kira kumpulan anak-anak ini bukan kanak-kanak kita yang menghadiri sekolah tempatan. Dan untuk memastikannya, saya memasang telinga kepada perbualan rancak bertenaga mereka yang duduk bersebelahan dan bertententangan dengan saya.

Apabila mereka mengeluarkan buku teks dari beg buku, ternyata mereka adalah anak-anak dari tanah seberang. Minit-minit yang berlalu itu mereka isikan dengan bersoaljawab tentang geografi tanah air mereka; dan juga sedikit sejarah negara mereka - Indonesia.

Keadaan yang tadinya senyap dan membosankan menjadi bertenaga dengan kehadiran anak-anak itu. Mereka menggunakan waktu yang ada untuk sesuatu yang bermanfaat. Belajar tidak hanya terbatas dalam bilik darjah... Dalam komuter pun boleh belajar.

Daripada cara mereka berbincang, ketara benar akan kesetiaan dan kekaguman mereka terhadap negara mereka. Dan mereka tidak segan-segan belajar meski ada juga mata-mata yang menjeling sinis. Ah! sejuk perut ibu yang mengandungkan mereka. Pasti ibu-bapa bertuah mendapat anak-anak yang begitu bersemangat...

Ini merupakan pertemuan pertama dengan kumpulan kanak-kanak yang benasib baik menghadiri sekolah di negara orang.

Saya teringat sebelum ini juga saya pernah dipertemukan dengan kanak-kanak 'luar' ketika saya sedang menikmati ABC di satu medan makan.

Satu masa, baru saja saya mahu hirup keenakan ABC, seorang gadis yang berusia kira-kira 9 atau 10 tahun muncul di sisi saya. Dia mengelek seorang anak kecil mungkin 8 atau 9 bulan usianya.

Gadis itu bertudung dan menjual ayat-ayat Quran dan buku agama. Lalu, kerana simpati saya membeli beberapa buah buku darinya (jangan pedulikan kanak-kanak itu mungkin dihantar oleh sendiket-sendiket tertentu yang mengambil kesempatan atas mereka seperti yang diheboh-hebohkan... bersangka baik... Ikhlaskan niat. Setidak-tidaknya satu urusan kita dah selesaikan) lagi pula tidak lah merugikan kerana saya membeli buku yang dijual...

Oleh kerana telah hampir waktu makan tengahari, saya bertanya padanya sudah makan atau belum (lebih kepada berbahasa isyarat, kerana kanak-kanak tersebut walaupun boleh berbahasa melayu... tetapi tidak sefasih mana).

Gelengan kepalanya sudah cukup untuk memberi jawapan. Lantas saya mempelawanya untuk makan bersama.

"saya ada seorang lagi" anak gadis itu memberitahu.

Dan, Syaitan pun mula mengganggu bila dalam fikiran saya tiba-tiba teringatkan filem melayu (filem P.Ramlee) yang heronya terpaksa membelanja satu family makan akibat mempelawa seorang gadis makan bersamanya.

Saya angkat jari telunjuk kepada gadis itu... Tapi dia segera menjawab "satu pinggan boleh makan dua orang..." ... Saya tersentap dengan jawapan itu.

Kemudian dia memanggil seorang budak lelaki, mungkin 8 tahun umurnya, yang sedang memujuk pelanggan di situ membeli bahan-bahan jualannya.

Masih saya ingat nama-nama kanak-kanak itu. Nor Hazrah nama si kakak dan mohd salim nama si adik. Dan bayi yang dibawa bernama Nor Azira, mereka datang dari Myanmar. Ibu mereka sakit dan ayah mereka telah tiada. Maksud 'tiada' itu tidak saya selongkari di sebaliknya.

Melihat mereka berkongsi makan nasi ayam dengan selera timbul rasa sebak di hati... Mereka kelaparan - Banyak manalah sangat belanja makan untuk dua orang kanak-kanak?... lalu saya memanggil pelayan dan memesan nasi goreng ayam pula untuk mereka.

Anak-anak ini begitu sopan. Sebelum makan saya dipelawanya dulu. Melihat mereka makan dengan semangat membuatkan saya rasa insaf... Meski kehidupan saya tidaklah semewah mana, tapi segala-galanya mencukupi. Ketika saya kekenyangan menikmati keenakan makanan, berapa ramai lagi mereka yang kelaparan di luar sana. Walau siapa pun saya... Saya masih sangat bertuah (Syukur ya Allah. atas rezeki kurniaanMu)...

Saya tidak makan waktu itu. Tapi entah kenapa hati saya senang bila mana hanya menyaksikan mereka menikmati makanan... Mereka anak-anak yang ramah. Dan kami berbual tentang banyak perkara.

Saya tidak sempat bertanya, samaada mereka bersekolah atau tdak. Jika mereka tidak bersekolah, dada mereka kekontangan ilmu. Lalu bagaimanakah corak masa depan mereka nanti. Siapakah yang bertanggjawab menyekolahkan mereka?

Anak-anak seperti mereka perlu diberi didikan mental dan rohani. Sekiranya mereka pulang ke Myanmar dengan dada yang kosong dan minda yang gersang. Tidakkah itu akan menyukarkan hidup mereka kelak? Apa yang mereka akan lakukan untuk mendapatkan sesuap makanan.


Dari sisi pandangan selapis, kumpulan anak-anak yang saya temui dalam komuter pagi Ahad yang lalu mempunyai nasib dan masa depan yang lebih cerah daripada Nur Hazrah dan 2 orang adiknya. Inilah anak-anak yang satu masa nanti bakal terajui kepimpinan negara.

Tegak atau condong sesebuah negara tertakluk kepada pendidikan dan bimbingan yang kita hulurkan kepada anak-anak sekarang. Lalu bagaimana dengan nasib Nur Hazrah dan adiknya - dapatkan mereka memberi sumbangan beerti kepada pembangunan negara mereka sekiranya mereka kembali ke tanah air mereka?

Atau jika mereka kekal tinggal di sini (mungkin mendapat taraf kewarganegaraan tempatan) Maka dapatkan mereka meyumbang kepada kemakmuran dan kehormonian negara kita??


************************


Hari ahad! (hari yang sama)... kawan saya yang mencarikan tiket "tranformers" menyampaikan berita 'gembira' apabila berjaya mendapatkan tiket pukul 5 petang... (mana kala kesemua tiket waktu-waktu yang lain - telah kehabisan).

5 petang cerita bermula.
Tapi!!! hari itu tengkok saya sakit...
tiket pukul 5 petang pun hanya tinggal untuk kerusi front row sahaja... depannnn sekali. Arghhhhhh... pening kepala dok kena dongak nak tengok robot... hadoiii... tapi tak pelah... ok lah jugak dari datang sia-sia tak dapat tengok langsung... dok depan sekali dapat tengok sebesar-besar Megan Fox... huh,
tak pe... akan saya cuba lagi di masa-masa akan datang pulak... usaha tangga kejayaan...
"Megatron, Optimus Prime... tunggu kehadiran ku di lain waktu pulak... ko tunggulah..."

23 comments:

Sharif John said...

Kegigihan mereka harus dipuji...

cDeeAbdulRazak said...

ishhh panjangnya, cD komen tang transformers je ehh. Gigeh sungguh kan, sanggup turun kl dan kuar sesudah subuh dek penangan Transformers. Ermm kat pahang x de cinema kew? oopssss...

Len kali kalau nak tengok kat gsc@tgv OU g tau arr cD. Leh book kan..

Na Shari said...

Terharu dengan cerita dua beradik tu...Kecik-kecik lagi dah kena cari rezeki.

Oh, transformers..belum sempat-sempat lagi nak gi tengok...:)

eiza in the house.. said...

mmg kasihan dan terharu..
beruntung jadi anak bumi bertuah "Malaysia".

wah2..
kerana itu roboh..
sanggup gigih merantau..he3

Ad Rifza said...

KALAU KAT KLANTAN MMG TAKDE WAYANG..PAHANG ADA KAN?..HURMM..

GIGIHNYA MEREKA..TAPI AD RASA MESTI ADA YANG MENJAGA MEREKA..CUBA SELIDIKI SAMPAI PETANG KEMANA MEREKA PERGI..HUHU..
TAPI ATAS NIAT YANG IKHLAS ALHAMDULILLAH REZEKI KITA JUGA UNTUK ORANG2 YANG SUSAH..MOGA ALLAH MEMBERKATI SETIAP REZEKI DARI TITIK PELUH DAN FIKIRAN KITA UNTUK DISEDEKAHKAN KEPADA YANG HAK..

Keri AlHaj said...

john - kegigihan sape? kegigihan studen2 tu belajar kat mana-mana ke kegigihan saya merantau nak cari tiket transfrmers... heheh..

cD - itulah dia, transformers punya penangan. Teringat pulak masa tgk PGL hari tu. Habis je kerja terus pecut pergi KL pasal pukul 8 mlm PGL tu main.
Kat sini ada panggung nak kena pegi kuantan... malaslah,lebih kurang sama jauh je, temapat saya nak ke kuantan dgn tempat saya nak ke KL.. KL byk panggung. tak ada yg tu boleh cari yg ni pulak...

Nak jugak call cd hari tu,abang eq ke, sue ke... nak suruh sponsor tiket (mata duitan nihhh) tapi phone ada masalah teknikal sikit... tak dpt berhubung dgn sape2 pun.

Na shari - Syukur kita punya rezeki yg banyak kat sini.
Transformers... hmmm. memang tak akan sempat kot utk masa2 terdekat ni... tiket kena booking dulu baru dapat.


eiza - Alhamdulillah, kita beruntung...

itulah dia... kerana robot...merantau jauh je... heheh. tak de pekdah langsung..


AD - Ada kat kuantan. tapi takde pilihan. memang tak akan ada tiket punyalah.

itulah. cuba jangan pandang pada org yg ambik kesempatan atas mereka. Pandang hanya pd mereka. ikhlaskan niat... Pahala tetap Allah akan bagi jugak. lagipun, byk manalah sgt kita nak bagi utk membantu. Tak rugi pun... ke mana bantuan kita tersalur lepas tu bukan lagi urusan kita... biar Allah tentukan ganjaran untuk mereka...

shay said...

setiap penulisan chimera terus dihayati... memberi keinsafan dalam diam...

amat kagum dengan tulisan anda...

I-sya said...

membaca dalam diam. berkata hanya dalam hati.

sharamli said...

sedey ngn cita bdk2 tu...

ssh kal0 xde ilmu...

Guru said...

semoga Allah merahmati anda...di dunia ini hingga akhirat nanti..


akak dah tengok transformer rabu lepas.. memang suka citer merapu macam tu...beli tiket 3 hari sebelum tengok...semangat nak tengok

Keri AlHaj said...

shay - terima kasih ya. sudi baca pun saya dah hargai... ini sampai di hayati semua ni, lagi saya tersentuh... tulisan saya biasa je rasanya. mungkin sebab saya ada modal nak dicerita... tu yg jadi best sikit tu.



acha - membaca mana boleh bising2 kan. nanti tak masuk kepala.


sharamli - betul.. so, sentiasalah cari ilmu untk bekalan hidup dunia dan akhirat...


a kl citizen - Aminnnn... terima kasih. semoga Allah merahmati kita semua dunia akhirat.

hmmm, saya pun tak puas hati lagi ni kak... tak kira, nanti kena jugak pergi sekali lagi nak tgk dari kerusi belakang sekali pulak..

Tirana said...

Chime bukan tinggal di KL ke? Aduhhh..selama ini kak tirana dok ingat Chime kerja di KL..hehehe..banyak lagi perkara yang kak tirana tak tahu tentang chime ni rupanya.. Kak tirana tinggal di Sri hartamas..selalu jugak pergi ke One Utama dan The Curve.. Harap2 satu hari nanti boleh terserempak dengan Chime.. Puas hati la tu dapat tengok transformer..hehehe..


Kadang2 bila kita terasa kita ni susah dan miskin..fikirkah ada lagi orang yang lebih tidak bernasib baik daripada kita. Ketika itu baru kita akan rasa bersyukur..rasa insaf kerana kita tidak perlu menadah tangan kepada orang lain untuk mengenyangkan perut kita.

:: Wiween :: said...

Uihh...abg batman nih gini laa dia. Adik dua org tuh dia belanja laa makan..kita nih mintak lompat tikam dr bulan posa tahun lpas x dapat2 pun. Huh...ini tidak adil!!

Wahhhh da tgk transformers nampak?? ween x terbukak ati lagik nak tgk. gagagagga

Shitsurei Shimashita said...

ya benar tuk pak
anak2 di sana punya jatidiri yg kuat
kerana sejak merdeka
semua adalah sama yakni bangsa Indonesia even ada yg mixed
tapi kat sini....hmmmm
cakap bahasa kebangsaan pun ke laut
pastu ada hati nak keluar tv bg ucapan.

Keri AlHaj said...

kak tirana - saya dok pahang kak... sebelum ni memang kerja kat kl.. tapi bulan 8 ni genaplah setahun saya kerja kat pahang... dulu saya dok TTDI... selalu sgtlah lepak kat OU tu.. tapi tak pernah pulak jumpa akak kan.. hehe. kalau tak boleh suruh belanja beli tiket wayang...
Transformers tu.. tak puas hati lagi kak.. seba tgk dlm keadaan mendongak.. lenguh...

Betul kak.. walau pun kita rasa kita tak sempurna tapi kita jauh lebih sempurna dari sesetengah orang... hidup selesa, makan kenyang... memang sentias kena bersyukur. Tapi asyik dok merungut je..


ween - alahhh, adok 2 org tu tak de duit... ween byk duit... setakat lompat tikam tu senang2 je boleh dpt... kan.



shitsurei - heheh.. itulah dia, ckap bahsa melayu pun ke laut, pastu paksa pulak org2 lain belajar matematik guna bahasa inggeris... biar bahasa melayu org lain pun sama ke laut mcm b melayu diorang...siot je perangainya...

:: Wiween :: said...

adok? apakah itu?

Keri AlHaj said...

adok tu makna dia adik2 dari seberang... kalau tempatan kita panggil adik... heheh... buleh gitu cikgu?

:: Wiween :: said...

eleehhh optimus prime nih da silap eja tuh ngaku jelah. hakhak

ehhh optimus prime pulak. Abg batman arrr. :P

SRISUFI said...

Sangat bagus bro....


tersentuh saya membacanya

noorcahaya said...

chime.. dulu penah kene sekali.. tapi yg beratur panjangggggggg.. ular kena palu pon kalah... pegi pagi.. rupanya yg beratur bli tiket yg late night punya.. sejak itu.. kalo nak gi movie yg blockbuster.. just booking kat internet saje.. kalo booking telepon jgn harap tepon di angkat.. tapi tulah.. gsc or tgv jek tau.. lenkali jgn sengal ek...

Keri AlHaj said...

ween - optimus prime memang tak pandai mngeja. kat hegeri dia dulu mana ada sekolah, sebab tak de kerusi saiz badan diorg...



srisufi - terima kasih. saya selalu berharap saya sentiasa dpt buat hal2 yg baik...



noorcahaya... pasal saya dok jauh. nak booking tiket dulu pun mcm tak berapa best sgt sebab pergi pun sacara tiba-tiba... so, tawakal jelah. seb baik jugak dpt tgk walaupun kena dok depan sekali...

arazma said...

banyak pengajaran dari n3 chime ni... kesungguhan nak tengok transformer, kisah seberang ngan kisah budak myanmar....

tu dah letak yoko-yoko kat tengkuk lum??

IamYonna said...

jujurnya, yonna tak pernah membeli satu buku atau sticker skalipun dekat budak2 yang jual benda2 tu. apatah lagi belanja makan mcm yg bro buat T____T tiba2 penyesalan bertimpa2. sebab hasutan syaitan tu selalu menghasut. yonna selalu. SELALU akan sematkan dlm otak yang ada mastermind suruh diorang jual benda tu. and last2 duit tu bukan jadi milik diorang pun :(

betullah ckp org, bersangka baiklah anda. even kat mana pun kita. janji kita ikhlas memberi. ada dalang atau tidak perkara ke-dua. janji urusan kita dah selesai T___T

aaaaaaa.sumpah sedih dah ni bro!!

budak2 yang pegi skolah tu err, diorg skolah ape hari ahad? betapa berharga nya ilmu di mata diorang. kite ni,kalau ada masa senggang (even tgh bawak buku), haram la nak pegang, apatah lagi nak membaca T___T sebab tu otak x maju! 9&%@!!